Isnin, 3 Oktober 2011

Experiencing South Korea: Day 2 (Part 2), Itewon-Dongdaemun-Cheonggyecheon Stream@nite

Sambungan entri berantai dari SINI

Dari Insadong, kami naik bas untuk ke Itaewon. Sebelum ni aku ada mention yang Itaewon nie macam tempat gathering foreigner di Seoul. Western, Middle East, Indian n Subcontinent etc. Kalau nak cari makanan halal, dekat sini memang banyak restoren yang boleh di cuba. Nak cari daging halal pun ada kedainya di sini.  Cumanya buat masa ni takda la Malaysian Food Restaurant kat sini lagi. According to Mr Park, Malaysia Embassy di Seoul ada plan nak bukak restoran makanan Melayu di situ, tapi belum buat lagi. Aku rasa dengan semakin ramainya Malaysian visiting South Korea lately, kalo Malaysian embassy or any individual nak buka Restoren Muslim Korean Food, mesti ramai yang akan pegi. Combination local korean foods and malay cuisines mesti lagi melotup.


Selain dari banyak restoren halal di sini, Seoul Central Mosque pun ada di sini. Dibina pada tahun 1976, masjid nie memang tempat tumpuan aktiviti Muslim di Seoul. Solat Jumaat memang dibuat di sini dan khutbah diberi dalam bahasa Arab dan Inggeris.


Dari Masjid di Itaewon, kawan travel aku nak singgah restoren lebanese di situ. Since aku takdela lapar sgt, diorang jea yang makan. Lagipun, aku ada snacks aku sendiri. Menu diorang, sekeping roti nan cheese dengan kuah dal biasa harga dalam 9,000 KRW.
Selesai makan, hari semakin gelap. Dari Itaewon, kami ambil subway balik ke GH untuk recharge our energy for night sight-seeing pula. :-)

Selepas mendapatkan rehat yang secukupnya, kami keluar balik dalam Jam 10pm. Suhu malam hari memang lagi sejuk berbanding siang. Kalau jalan malam di Seoul nie, memang akan selalu selisih dengan orang mabuk la. Drinking di Korea nie memang culture diorang. Abis waktu keja, terus lepak bar/restoren untuk minum. Kalo tensi/putus cinta, kampai. Kalo dah minum ter-banyak, mabukla jadinya.


Malam itu, destinasi kami adalah Dongdaemun Market. Tempat nie memang tempat shopping secara wholesale/retailing untuk kain-kain, baju-baju, bedding, house ware, footware, dan segala macam benda la. Ada kedai2 yang memang buka 24jam.

Kami sebenarnya nak cari kain sutera korea dan brooch. Tapi penat kami pusing-pusing, memang x jumpa langsung. Fuhh memang besar sungguh tempat tue.

Selepas agak keciwa x dapat apa yang dicari, kami lepak pula di Cheonggyecheon Stream. Stream ni dulu memang sangat dusty and heavily polluted  dengan major traffic and highways. Then selepas di-restored in 2005, jadi major nodes/city retreat untuk penduduk seoul pula, begitu juga  as tourist spot. 


Redevelopmnet project yang agak sukses bagi Seoul. Malaysia pun sekarang nak buat benda yang sama dengan Sungai Kelang kita tue. Pernah dengar PM annouced projek "River of Life"?. Hopefully berjaya la kita nanti nak menjernihkan air sungai Kelang tue sejernih Cheonggyecheon yang pernah kaler hitam satu seketika dulu dan sekarang jernih boleh rendam2 kaki lagik. Ada water-touching-experience. Syahdu kalo bole dibuat satu hari nanti especially dekat Sungai Kelang area Masjid Jamek dan seangkatan dengannya.

Masa kami sampai di sini dah pukul 12 tengah malam. Still, ramai lagi yang ada di situ.

Selepas dalam sejam di sana, kami decide untuk pulang ke paqngkal jalan. Malam semakin dingin.Jam dah pukul 1 pagi. Subway train dah x beroperasi. Jadinya kami decide mahu berjalan kaki pulang ke GH. Tengok dalam map macam dok sebelah GH kami. Jalan punya jalan, x sampai2 pula GH kami, give up then terasa macam sesat, kami tahan teksi untuk balik. 

heheee, ok juga hari kedua kami di sana. Occupied dari pagi sampai ke malam. Memang penat tapi puas. Sampai GH, kami bersihkan diri then terus tidur!

Untuk next entry, hari ketiga, kami pegi Naminara or the so called, Nami Island.

so, till next time.

to be continued..

21 ulasan:

  1. hahahaha...ko x beli pape ke kat damdaemun tu? brg2 cmne murah ke mahal jugak?

    btw, ko bertakaful ke kat stream tu? hihihi

    BalasPadam
  2. @bdk2:

    since apa yang aku carik xda, so aku memang x beli apa2 pun.

    ada barang yg mahal, ada yang murah. cumanya, aku memang tiada sangat nafsu utk membeli masa tue. lgpun, aku memang x bawak duit banyak pun nak shopping bagai. :)

    BalasPadam
  3. @bdk2:

    ko agak aku buat ape kat sana sejam?

    hehee mengenang masa depan..;)

    BalasPadam
  4. muka kamu glowing lah....

    kenapa eh?

    BalasPadam
  5. huh tak sabarnya nak tunggu sampai episod akhir...auka tgk...gambar sume cantik2

    BalasPadam
  6. masZuber,

    hohoho ko wat entri Korea!!!! suka! suka! aku plan nak pi sana tahun depan kalo dapat :)

    BalasPadam
  7. @uncle gedek:

    glowing? tang mana tue?

    sebab terserempak ngan dong gun kot :)

    BalasPadam
  8. @masMZ:

    thnx for drop by, nanti i abiskan entry korea nie yea..panjang lagi nie..:)

    BalasPadam
  9. tempat jual brooch tu dalam satu bangunan kat situ...tapi i tak ingat nama bangunan tu...satu tingkat semua brooch...harganya boleh tahan lah...

    BalasPadam
  10. dah cuba ginseng ayam sup kat itewon...sedaaap. ni kena cuba tau...

    BalasPadam
  11. kalau saya yg sampai kat dongdaemun market tu, misti dah habes dah duit buat shopping
    hahahha

    BalasPadam
  12. x bhaya ke jln2 time mlm tu? mcm best jek korea nih..tp x de feel lg nak gi sane ni... kite jd miskin kat sane, hihi

    BalasPadam
  13. @SKTT:

    bangunan kat situ banyak..memang fening hehee :)

    saya x suka sgt ginseng..x tahan dengan bau dia...

    BalasPadam
  14. @h4ni3:

    ehehheheh itu la dia..duit saya terselamat masa ini..:)

    BalasPadam
  15. @kemang:

    selamat kalo nak jenjalan memalam di seoul nie. crime rate very low.

    xpe, kenkadang bila rasa diri kita miskin di tempat orang..sgt menginsafkan. valuable experiences!

    BalasPadam
  16. mas, ko rasa costly tak travel cni? aku blum tukar duit lagi ni...tick tock tick tock...tak lama lagi...huhuhu

    BalasPadam
  17. wah berani nyer jalan memalam~ i tot kalo tmpt rmai orng mabuk2 ni bahaya kakak!!! hehe salute~

    knape x amek hostel area itaewon tuh? xde yg murah ke kt situ?

    BalasPadam