Isnin, 30 Mei 2011

Ahad, 29 Mei 2011

Khamis, 26 Mei 2011

Why Should The Boss Listen To You?

Aku baru present buku ini di mesyuarat pagi jabatan aku untuk sesi Book Review Jabatan. Alhamdulillah, mendapat sambuatan positif dari bos-bos dan bos besar :))) 

So what are the seven disciplines underlined in this book?

1. Trustworthy
2. become a verbal visionary
3. develop a management perspective
4. Think strategically
5. be a window to tomorrow; understand the power of pattern of past experiences
6. Advise constructively
7. Show the boss how to use your advice

Among the disciplines, the seventh is the most important la. so many management schools fail to teach how to take advice from those whose advices one seeks. To see your ideas come alive, teach the boss how to take and to use your advice. at the end, u maybe surprised at how receptive your boss will be. Just go for it.

well, i am fully recommend everyone to have this book in your bookshelf!



Isnin, 23 Mei 2011

GOOGLE EARTH : Tanah Runtuh di Batu 14, Hulu Langat

Di antara imej yang dapat digodek dari Google Earth:

Pandangan atas Madrasah Al-Taqwa
Belakang bangunan itu ada 70% vertical cut. I believed it was not done by professionals. Because y, no work done to stabilize the slope after it was cut.

p/s: Its a Man-made tragedy la..Siapa yang mahu mengaku bertanggungjawab..?

Ahad, 22 Mei 2011

Jumaat, 20 Mei 2011

Perth Itinerary untuk Daddy Ziyyad & Akak Gorjes!

Atas permintaan Daddy Z, aku share itinerary aku masa pergi Perth tahun lepas. Kalau rasa begitu padat, Daddy Z bole omit mana2 yang perlu yea. Kalo pergi Perth nie, memang tak cukup kalo hanya pergi bandar dia jea. Boleh jalan jauh lagi ke Cervantes(Up to the North), Albany dan Augusta-Margerate River (To the South). Memang agak kampung kawasan2 itu, tapi CANTIK BANGAT!

Click to enlarge

ok Daddy Z? harap-harap entry ini dapat membantu apa-apa yang patut. :))

Untuk detail kembara bole tengok post2 yang telah di Tag 'Australia'. 

Alamak, sebenarnya Entry-Entry Kembara WA itu tak habis lagi. 

Whoaps, Ya Ampun, tengokla, perlu ade mood bila nak sambung menulis pasal itu. InshaAllah, nanti saya sambung yea. :)
 
p/s: Detail costing dah ilang dah failnya. tapi yang penting total cost untuk kembara WA saya ini untuk kesemunya:

flight tix+accomodation+makanminum+transportation+shopping= rm 2700.

:))

Khamis, 19 Mei 2011

Teringat Gunung Kinabalu

Tadi di Channel National Geography ada slot pasal naik gunung kinabalu.

Adoi, tetiba rasa macam mahu naik lagi la pula..

Teringat keperitan pendakian 6 jam ke Laban Rata, kesejukan gelap pagi berserta angin sejuk dia untuk sampai ke puncak, bermain dengan mental dan fizikal, memang ketahanan yang tidak boleh digambarkan dengan kata-kata.

Hanya orang yang pernah daki gunung itu tahu bagaimana perasaannya.

Dan segala keperitan yang dilalui dibayar dengan permandangan yang sangat mengasyikkan apabila berada di puncak gunung kinabalu.

Kena naik lagi ni bila rasa diseru..

cuba rasa apa yang aku pernah rasa di SINI


Rabu, 18 Mei 2011

Pre-KoreaBackpacking 4: Revised Itinerary and Costing

Entry kali ini adalah sambungan dari SINI.

Di sini aku mahu kongsi bersama detail itinerary yang lebih terperinci untuk kembara aku seterusnya. Bagi sesiapa yang pernah ke sana atau sama2 akan pergi ke sana, boleh kot kongsi dan kasi feedback jika korang rasa begitu optimistik plan aku ini.

Day 1:
1.00pm: LCCT Airport
2.20pm: Depart to Incheon
10.00pm:Arrived Incheon
11.00pm:Check in Namsan Guesthouse
Dinner+Rest+Sleep

Day 2:
8.00am: Changdeokgung Palace
11.00am: Insadong Street - Jong no
1.00pm: Lunch @ Cheonggyecheon Stream
2.00pm: Cheonggye Plaza
3.00pm: Myeong-dong
6.00pm: Namsan N Seoul Tower
9.00pm: Back to Guesthouse
Dinner+Rest+Sleep

Day 3:
8.30am: Seoul Cheongnyangni Train Station
9.50am: Gapyeong Train Station
10.10am: Nami Island
               - Norae Museum-snapshop exhibition from filming of winter Sonata
               - Lunch @ Gyeoul Yengo Drama Caf√©
               - Winter Sonata Poster
               - Bae Yong Jun, Choi Ji Woo Sculpture
               - Metasequoia (Dawn Redwood Tree) Road
               - Bicyling on Paper Birch Road
               - Snowmen
4.00pm: Gapyeong Train Station
5.30pm: Seoul Cheongnyangni Train Station
6.00pm: Cheonggyecheon Stream
9.00pm: Back to Guesthouse
Dinner+Rest+Sleep

Day 4:
8.30am: Namsangol Hanok Village
11.00am: Namdaemun Market
1.00pm: Check out & Travel to Sockho by Express Bus
6.00pm: Check in Guesthouse at Sochko (no booking made yet)
7.00pm: Sightseeing Sockho town
10.00pm: Back to guesthouse
Dinner+Rest+Sleep

Day 5:
8.00am: Check out Guest house and travel to Mount Soeraksan
8.45am: Mount Soeraksan (Trekking yay!)
            - Do Gwongeumseong Fortress course, accessible by cable car
            - Then, Walk for about 20  minutes and reached the summit of Gwongeumseong Fortress. Enjoy a great birds’ eye view of Mt. Seoraksan.
            - Then walk past the great Bronze Jwabul Statue, towards the Ulsan Boulder, and then have a look around the Sinheungsa Temple.
            -  Headed towards Biseondae Cliff. Biseondae Cliff overlooks a beautiful valley. It is especially famous for its autumn foliage.
            - Then go to Cheongchoho Lake has the Expo Tower, from which can get a bird’s eye view of downtown Sokcho, as well as the Gangwon-do Province International Tourist Information Center.

5.30pm: Back to Seoul by Express Bus
11.00pm: Check in SeoulWalker Guesthouse
Dinner+Rest+Sleep

Day 6:
8.00am: Check out Seoul Walker Guesthouse
8.30am: Seoul City Sightseeing
2.30pm: Gimpo Airport
3.20pm: Fly to Jeju Island
4.30pm: Arrive Jeju
5.00pm: Check in Yeha Guesthouse
6.00pm: Sightseeing places near guesthouse by foot/taxi
9.00pm: Back to guesthouse
Dinner+Rest+Sleep

Day 7:
8.00am: Pick up Rental Car
8.30am: Touring Western Part of Jeju
           - Miniature Theme Park
           - Jusangjeolli Cliff
           - Tour Farm
           - Seowipo
              - Cheonjeyeon Falls
9.00pm: Back to Guesthouse
Dinner+Rest+Sleep

Day 8:
8.00am: Touring Eastern Part of Jeju
           - Yongduam Rock
           - Shop for Local Specialties
           - Seongeup Folk Village
           - Ilchul Land (Micheongul Cave)
           - Seopjikoji (All In Series Beautiful Background)
           - Dongbong-ri Women Divers' Village

9.00pm: Back to Guesthouse
Dinner+Rest+Sleep

Day 9:
8.00am: Return Rental Car+Check out Guesthouse
8.30am: Jeju Airport
9.25am: Fly back to Gimpo
10.30am: Arrive Gimpo
11.00am: Exploring Incheon
             - Incheon China Town
             - Compact Smart City Gallery (Wajib-ul Visit)
             - Sorae Wharf
             - Bupyeong Underground arcade
             - Wolmi Observatory
11.00pm: Back to Incheon International Airport
12.02am: Fly Back to KL

Day 10:
6.05am: Arrive KL, pulang ke pangkal jalan..

Untuk costing, aku ada buat revised costing sikit. Kalo entry sebelum ini aku bajet dalam rm1,990.00, tapi buat masa ini aku dapat reduce sikit jea perbelanjaan aku di sana ke rm1,861.00. Aku harap dari masa ke semasa, aku akan dapat kurangkan lagi bajet ini. Jika dapat, aku akan share lagi..

Till then, to be continued..

Ahad, 15 Mei 2011

Sabtu, 14 Mei 2011

Pre-KoreaBackpacking 3: ReturnTicket to Jeju by Eastarjet

Alright entry berkisar pulau dah tamat ;).

Kali ini adalah Sambungan entri berantai sesuka hati dari SINI.

Sebelum aku meneruskan penulisan, aku ingin berterima kasih kepada Rafidah, salah seorang individu yg telah meninggalkan komen di dalam entry berkaitan sebelum ini mengenai tempahan tiket flight(murah) ke Jeju Island. Dia ada suggest kepadaku untuk try book tiket dengan Eastar.Jet. Dan hasilnya,

yay!

kalau sebelum ini, bila aku check dgn Korean air atau Asiana Airlines untuk return ticket dari Seoul-Jeju adalah dalam RM 500-600, tapi dengan Eastar.Jet, aku bole dapat return tiket harga dalam RM200. Eastar.Jet nie macam penerbangan tambang murah korea la. Cover mainly domestic destination in korea. So memang banyak boleh jimat. Lebih dari separuh harga ok.

Cara nak book pun senang. Pergi jea website dia dan jadi member terlebih dahulu. Then baru proceed with your booking. Memang jimat dan yay, aku dah beli return tiket itiew :)


Jadinya, jika ada kawan-kawan yang mahu ke Jeju Island dari Seoul, bolehlah buat perkara yang sama macam aku. Kalo ikut jalan darat nak ke Jeju tue ambil mase dalam setengah hari. Sebab kena naik bus/train ke Makpo then amek feri dari sana ke Jeju. Dan kosnya pun lebih kurang dengan kos naik flight. So lebih berbaloi jika korang naik flight. Jimat masa dan tak letih. 

Itu jea la yang aku nak share buat hari ini. Ada  member2 lain yang nak tambah tips2 lain..?
Tips yang mengurangkan budget perjalanan+penginapan  memang amat2 dialu-alukan :))))

till next time..

Rabu, 11 Mei 2011

Islander: Redang Kalong Resort

Sepanjang berada di Redang aku menginap di Redang Kalong Resort. Ini adalah kali kedua aku memilih untuk duduk di sana. 

Kenapa?

Kalau kita sebut Redang, mesti kita akan terbayang kemeriahan yang ada di sepanjang Pasir Panjang Redang. The Disco beach.  Di situ memang berderet resort  menyediakan penginapan dan aktiviti sebegitu. Aku pernah duduk di Laguna Redang pada tahun 2007 yang terletak di Pasir Panjang itu. Well, memang happening especially bila malam menjelma.
Walaubagaimanapun, tahun lepas aku telah memilih untuk duduk di resort yang terletak jauh dari kemeriahan long beach, agak sedikit terpencil iaitu Redang Kalong (Cer tengok map di atas).

Dan hasilnya aku sangat suka dengan kesunyian dan kedamaian yang ada di sana. Peace and tranquil. Sebab itu, aku memilih untuk duduk lagi di sana tahun ini.

I have fallen in love with the scenery, the laidback environment, the tranquilty and what not. Semua yang aku mahu ada di sana. Tidak bising dan tidak ramai orang. Suasana malam pun sunyi...





Di antara aktiviti lain yang boleh dibuat selain dari scuba diving dan snorkelling, adalah menyanyi sampai lebam di bilik karaokenya, beach volleyball, carom (i love it), ping pong, saidina, uno, dan banyak lagi. Macam-macam jenis game ada disediakan untuk mengisi masa malam di sana. And semuanya adalah free. Wifi ada disediakan cuma kena bayar rm20 selama berada di sana. Sekali bayor jea, ok la kan.

Bagi sesiapa yang rasa macam nak menikmati kemeriahan malam redang di Long Beach, boleh jea berjalan kaki dalam 10-15 minit ke sana dari Redang Kalong. Kot la kan bagi sesiapa yang suka nite life.. Ada laluan short cut ke sana.

Alright then, aku memang fully recommend korang untuk try duduk di sini jika berniat untuk ke redang. Owner dan staffs dia memang TERBAEK. Sangat ramah dan friendly. Dan yang paling penting, resortnya sangat bersih.
with resort owner+dive instructor, AB Lee
For more info, cuba click SINI dan apa kata TripAdvisor di SINI.

Islander: Penyu itu Mungkin Menangis..

Malam itu terasa susah untuk tidur. Memang tidak mengantuk langsung. Jadinya, aku lepak di tempat makan sambil melayan filem cina di tv2. Di samping itu dapat juga mencuci mata  dan berborak-borak dengan owner resort yang aku menginap. haha. 

Dalam jam 12 lebih tengah malam, kami diberitahu yang ada seekor penyu  di tepi pantai bertelur. Wow! Apa lagi, tanpa berlengah kami pun berjalan kaki di malam yang pekat untuk melihat sendiri penyu itu dibantu oleh lampu handphone. Aku tak pernah tengok penyu bertelur secara live sebelum ini dan peluang macam ini memang ikut nasib. Masa sampai di tempat kejadian, dia dah abis bertelur kot. Sebab tak nampak langsung telurnya. Dia sudah kambus.

Bila kami sampai dia dah nak turun balik ke pantai. Jadila kan.. Tapi penyu itu agak besar saiznya. Tak pasti umurnya berapa tapi aku perasan matanya memang berair. Adakah dia menangis..?

Sorry tak dapat nak snap betul2 dekat mata dia, takut kena lempang dengan tangan dia yang besar itu.
Inilah dia penyu itu.
ramai juga di antara kami yang berkerumun tengok dia. Itu yang dia segan dan mahu balik ke laut secepat mungkin.
Tapi sebelum dia balik, WAJIB tangkap gambor dengan dia dulu! Tak tau lagi next time pegi ada rezki boleh jumpa macam ini lagi ke idak. Sebab dah lima kali aku ke pulau, baru hari tue aku berpeluang tengok penyu ke darat untuk bertelur.
Ok, cuba tengok saiz dia dengan aku. huhuhu. Penyu itu memang besar saiznya.
Haih, terasa sangat bertuah malam itu!

p/s: bila telur dia menetas mesti comel kan anak2 dia..

Selasa, 10 Mei 2011

Islander: Bermain bersama Nemo!

Kali ini punya trip, aku sewa underwater camera dari resort. Sebab itu, banyak gambar dari dalam laut boleh diambil. Video pun ada!!! 

Terlalu banyak video yang telah kami record, tapi aku share pengalaman bermain dengan nemo jea la. Nak ikotkan nemo nie sejenis ikan yang tidak takut langsung dekat orang. Bila dok dekat2 dengan dia, bole pula dia dok nak mematuk kat mask kita. memang comel.


Satu lagi, nemo nie tak boleh hidup jauh dari terumbu karang dia yang lembut tue. itu la tempat tidor serta perlindungan dia dari di makan ikan-ikan besar yang lain.

Anyways, maaf yea..masa video yang diambil di bawah itu sangat sekejap. Nafas tak panjang untuk aku tahan bila berada di bawah sana. Agak susah untuk menyelam turun ke bawah tu. Aku bukannya pro sangat. Kalo ade tong gas oksigen, lain la cerita kan. :)

Isnin, 9 Mei 2011

Islander: Deep Down under..

Apabila aku di sana..
glup glurp..



mereka sangat cuteee!!




ever thinking what was under the deep blue sea..?
lets find out!





oh the corals.
p/s: for this trip, i dont vomit, not even once. lifetime achievement bagi pemabuk laut sepertiku. mungkin sebab tertelan banyak sgt air laut kot?

aku pencinta laut tegar..

Selasa, 3 Mei 2011

Island Excursion, Redang..

redang's google pix
Yay!

Aku akan ke sana untuk kesekian tiga kalinya.

Aku pernah ke Lang Tengah dan Perhentian, tapi Redang telah menarik aku untuk datang lagi dan lagi. iya, ada sesuatu di sana.

aku sudah try scuba diving last year, dan besok macam mahu cuba lagi.

Ada dunia lain yang indah di bawah sana.

Isnin, 2 Mei 2011

Hari Pekerja.

Aku mula bekerja pada Tahun 2004.


Sekarang sudah Tahun 2011.


Ohh sudah hampir 7 tahun lebih rupanya aku bekerja.


iya, aku masih "jambu" di dalam karierku.


Masih diusia rebung,


Masih banyak perkara yang perlu aku belajar.


Dan masih banyak perkara yang perlu aku tahan dan kental dengannya.


Selamat Hari Pekerja kepada diriku sendiri,


begitu juga anda semua.

Pre-KoreaBackpacking 2: Basic Itinerary+Costing

Ini adalah sambungan entry dari SINI.

Kali ini aku ingin share sikit berapa banyak aku telah estimate utk misi kembara aku ke korea akan datang. Aku kira based on itinerary yang aku telah design untuk 9 hari di sana.

Hari 1: Arrival and Check in Guest House
Hari 2: Seoul City; Changdeokgung Palace, Insadong Street, Cheonggyecheon Stream @ Plaza, Myeong-dong, Namsan N Seoul Tower.
Hari 3: Nami Island (morning-whole afternoon) & Cheonggyecheon Stream (@late evening)
Hari 4: Namsangol Hanok Village, Namdaemun & sebelah petang bertolak ke Sokcho (4-5 jam perjalanan dari Seoul)
Hari 5:  Seoraksan National Park & sebelah malam bertolak ke Gimpo domestic airport (4-5 jam perjalanan dari Sokcho)
Hari 6-8: Tiga hari untuk explore Jeju Island
Hari 9: Explore Incheon; Jeondeungsa Temple, Dream Park & Compact Smart City Gallery
Hari 10: Pulang ke pangkal jalan..


Setelah dianggar dengan mengambilkira kos public transport:bus,train&taxi +tiket flight ke jeju+car renting di Jeju+Petrol+Accommodation+activities and all entry fees+makan&minum, jumlah keseluruhan yang paling tinggi boleh capai utk 9 hari di sana adalah RM 2,000. Agak tinggi actually sebab aku include sekali itinerary ke jeju island. Kalo tak masuk jeju dan aku decide later utk cover mainland sahaja, aku rasa kos dalam RM1,300.

jika mahu dibandingkan dengan harga pakej ke sana oleh tour agent yang melibatkan 9-10 hari macam ini, agak-agak berapa kena ketuk?

well, cuba check the details: 
click to enlarge

Any other suggestion..?

or maybe ada sesiapa terpengaruh untuk join sekali..?

to be continued.