Lama sungguh tidak mencoret di sini. Sejak-sejak dah ada baby daneen ni, memang blog aku dah ke laut. Sangat tak menang tangan langsung untuk update. Malas pun iye juga sebenarnya :-)
Alhamdulillah, aku telah selamat melahirkan seorang puteri seberat 3.37kg pada 24 September 2014 di Hospital Selayang. Nama yang dipilih untuk puteri sulung kami ini adalah Daneen Adeena. Jenuh juga nak mencari nama yang sesuai untuk si kecik ni sebab kena make sure maksudnya ada, dan baik. Daneen membawa maksud puteri dan Adeena adalah pious. Dalam Islam, nama yang diberi adalah satu doa untuk anak kita kan. Semoga membesar menjadi anak yang solehah hendaknya. InshaAllah.
![]() |
Daneen Adeena yang berusia sehari masa ini.. |
Namun, perjalanan breastfeeding aku tidaklah selancar yang aku harapkan. Seawal umur 5 hari, selepas Daneen menangis tanpa henti selama 2 malam, atas nasihat doktor, aku terpaksa top up dengan susu formula. Aku teruskan juga breastfeeding dan akan top up formula dalam 1-2 oz bila perlu.
![]() |
Daneen semasa mummy masih dalam pantang. Yang baby berdiri tu mummy dia ;) |
![]() |
Daneen diusia 2 bulan :-) |
Pada aku, kalau susu yang dibekalkan tak cukup (selepas usaha yea bukan x buat apa-apa), aku redha top up dengan formula. Lantakla orang nak cakap apa pun, daripada biarkan baby daneen berlapor kan. Aku bukan spesis mak-mak yg sanggup tgk baby nangis. cukupla aku seksa dia masa umur 3/4 hari dulu, mujur tak jadi apa2 pada daneen ketika itu.
![]() |
Daneen yang hampir 3 bulan di kala ini :-) |
![]() |
Daneen semasa 24th Dec, 3 bulan |
![]() |
Daneen, 3 months ++ and mummy |
![]() |
Daneen on 24th Jan, genap 4 bulan ketika ini |
![]() |
Daneen 4++ months |