Selasa, 25 September 2012

NorthIndiaBackpacking 9: Kashmir - Gulmarg

Salam semua..

Oh mai, terasa begitu lama aku meninggalkan travelogue North India aku..huhuhu mood utk menyambung entry sebelum ini tetiba hilang entah ke mana. Punya la susah aku nak kumpul semangat untuk menulis kembali pasal itu. And yes, malam ini mood sudah datang dan rajin benor tangan aku untuk menaipnya. :-)

Tapi awas, entri ini banyak sangat gambornya pun..

Ini adalah sambungan entri dari SINI

Aku teruskan hari keempat aku di bumi kashmir ke Gulmarg. 

Perjalanan ke Gulmarg dari Srinagar agak senang sebenarnya. Signboard yang ada memang banyak membantu.
Pengangkutan Awam, Bas juga ada yang terus ke Gulmarg. Buleh amek bas seumpama ini, cumanya masa perjalanan tue konfem lebih dari 2 jam la gamoknye. Al maklumla nak naik gunung berliku-liku atas sana..

Pekan Baramulla yang di tempuh. Indian Army memang merata-rata di mana-mana daerah di Kashmir nie..
Entrance ke Gulmarg
Salji yang memakin cair dan bila tengok bebetul agak kotor juga. Perlu hati2 sebab jalan memang licin
Gulmarg ni lokasinya dalam 2 jam dari pekan Srinagar. Berada di daerah Baramulla, tempat ni memang agak famous la berbanding 2 tempat yang aku pergi sebelum ini, Pahalgam dan Sonamarg. Mungkin sebab faktor jarak yang paling dekat dengan Srinagar dan juga natural terrain yang tersedia cantik di situ. 



Gulmarg nie pada musim salji memang laku la. Ramai orang meluncur salji kat sana. Gondola yang ada utk naik ke kawasan gunung adalah yang kedua tertinggi di doniya nie. Harusla orang datang nak naik kan.

Malangnya masa aku pi sana, gondola tu tengah dalam tempoh selenggara. CES sgt tau!! baru berangan nak naik atas sana sambil tgk banjaran himalaya! haih..nampak gaya memang kena datang balik ke kashmir nie. Saje je kan..

Walau tak berkesempatan naik gondola deme yang tinggi tue, aku sempat juga la berguling2 di kaki gunung di gulmarg tue. Walaupun Salji yang ada pun banyak yang nak cair, tp cukup untuk buat aktiviti skiing kat sini.

Walaupun tergolek 3 kali, gaya kena menten macam tak jadi apa2

Bukan senang okeh nak skiing nie. 3 kali juga la aku jatuh terguling. Semuanya sebab terover laju dan tak tau nak break macammana. Menjatuhkan diri adalah tindakan yang mulia dari terlanggar orang lain dan membuatkan org lain juga jatuh. ye dak? hahaaa



Oh yea, untuk trip hari itu, aku suruh juga uncle ghulam untuk bawak anak2 dia follow kami. Jadinya dia bawak Tabu dan Ahmad sebagai peneman kami. Untuk aktiviti skiing di Gulmarg, rate dalam RM 15 utk 30 minit. Murah kan? termasuk equipment tau!! Mana nak dapat dalam doniya nie aktiviti skiing 15 hengget jea kan? Hanya di Kashmir tau! heheee
yay!
Tabu kata dia tak penah segembira hari itu. Serious, dia tak penah buat aksi ini seumur hidup dia!


The jumper..hahaa


Permandangan yang ada di sana memang seumpamanya macam gambo dekat Swiss la. Luas saujana mata memandang luas tempat ini dengan dilitupi salji. Sejuk memang sejuk, tapi sebab aktiviti skiing yang aku buat sedikit sebanyak membantu dalam memanaskan badan. Penat pun satu hal juga. Perlu ada stamina juga. Almaklumla, makcik kan macam dah tua skit, makanya terasa agak mengah juga la berskiing masa tue..

Untuk info lebih pasal aktiviti di Gulmarg ini, sila klik SINI.






Hampir 3 jam kami bercanda di sana dan setelah puas, kami decide utk balik ke Srinagar. On the way balik, kami singgah untuk piknik di tepi jalan. Sangat syahdu tau..Dengan background pokok pine dan juga penuh salji di tepi jalan, kami bentang tikar piknik Uncle Ghulam dan susun semua lauk yang ada. Lauk lunch hari itu agak meriah sebab Isteri uncle ghulam buat juga masakan daging kambing..Sedap sangat..


Memang sedap dan mengeyangkan..


Miss them somehow..


Anak bongsu Uncle Ghulam, si comel penambat hati..

Akan di sambung kemudian..

Rabu, 5 September 2012

#Life@SriIskandar: First Impression

Malam makin larut, terasa nak update entry..

Isnin lepas aku dah lapor diri di tempat kerja baru.

Bertemu dengan YDP Majlis, orangnya nampak sempoi dan humble. Aku rasa bakal bos aku nie best orangnya! Alhamdulillah. Terima kasih sebab kasi chan padaku untuk tangguh 2 minggu lagi. Saya akan berjumpa Tuan untuk next OSC meeting yea.

Unit OSC Majlis: Wow first time bertemu eye to eye! Ada beberapa dah add aku di FB sebelum ini. Tengok gambor memang familiar la masa first time jumpa di sana. Semuanya PERAMAH. Yes! Ini yang aku nak! Thnx to Safiyah sebab bawak aku reronda setiap bahagian dan introduce dengan semua orang di sana.

Unit aku di sana teamnya kecik jea. Tapi aku rasa macam best! Harap-harap banyak benda aku akan belajar di sana. Dan harap-harap team baru aku di sana akan beri kerjasama penuh utk aku dan sama-sama kita kerja dengan lebih tekun selepas ini. Jangan risau, saya tidak garang. Sama-sama kita bangunkan Sri Iskandar! Ceh ayat YB sangat! ;)

Part di mana untuk tinggal pun alhamdulillah dah settle. Aku akan bermastautin di Bandar U untuk 2-3 tahun ini. Hanya 7 mins drive to workplace. Heaven rite? Tinggal berdua dengan housemate baru aku.  Orang KL juga. Kebetulan. Tapi dia dah duduk Sri Iskandar 8 bulan sensorang. Memang cekal sungguh dia! Nways, new room rental commitment, RM150. Murah tak? Harus aku cut expenses lango' aku yang lain lepas nie. Sebelum ni dok ngan parents, x kuar duit untuk rental bagai. Ha sekarang, rasakan!

Di Sri Iskandar ada tesco, kedai-kedai makan yang HIDUP di waktu malam, Secret Recipe pon ada! dan yang paling baru, McD DriveTru pon dah bukak. Aku tengok tengah malam kat parking McD tue penuh aje. Ni mesti student UiTM and UTP yang buat penuh neh. Oh maiiii... best kot!

Lagi 2 minggu aku akan start bekerja di sana..

Aku rasa aku suka Sri Iskandar!

Back to my family root some more.  Ayah dan mak saya berasal dari Kampung Tua Batu 16, Lambor Kanan. Dalam 15 mins drive from Sri Iskandar. Klik here for more info. Iye, saya dari keturunan yang tak buleh makan ikan Tapah. Kalo makan badan jadi gatal! Pakcik saya (adik ayah) penah termakan ikan Tapah dan kena carik batu geliga utk surutkan kegatalan. Perak sangat kan :-)

Till then..

Khamis, 30 Ogos 2012

Welcome to Perak Tengah :-)

Jumaat lepas, semasa masih lagi bercuti raya, aku telah dapat satu berita yang tidak berapa diingini.

Aku akan ditukarkan ke Majlis Daerah Perak Tengah berkuatkuasa Isnin depan, 3rd September. 

Terkejut dan rasa down seketika bila dapat berita tu. WOW.. how can i survive living at BOTA?

Tapi bila pikir bebanyak, sebenarnya mujur juga kena hantar ke Perak. Jarak perjalanan pun dalam 2 jam lebih dari KL. Lagipun, ramai sedara mara aku di sana..Batu Gajah, Kg Gajah, Pulau Tiga, Ipoh, Setiawan, Kampung Tua Batu 16, dan Sri Iskandar sendiri. Kalo nak dibandingkan dengan orang lain yang akan ditempatkan ke ceruk-ceruk lain especially di Kelantan nun, terasa lega di hati.

Well, ada apa di Sri Iskandar sana? Harusla aku Tourism Perak Tengah lepas nie. 


Selain itu ada 2 universiti di situ. UITM Sri Iskandar dan juga Universiti Petronas. Nampak gaya kalo banyak sangat masa terluang di sana, ada gak  yang sambung belajar part time di sana.. InsyaAllah.

Nak ke Ipoh dalam setengah jam. Nak ke umah opah aku di Kuala Kangsar dalam sejam perjalanan. Syukur.

Apa yang akan aku rindu selepas ini?

1. My FAMILY : Parents dan adik beradik aku semua di KL. Kebanyakan kezens yang rapat juga di sini..Dah 30 tahun kot aku dok ngan parents aku. Mungkin Allah nak aku mula hidup lebih berdikari lepas ini!

2. My FRIENDS : Kawan sekolah aku semua di KL. Geng nakal SMAKL. Dah la almost every week jumpa..mesti aku akan terasa sangat. Geng UIA pun almost semua base di KL..TravelholicAwesome pon sama..ohh tidak, sila jgn lupakan aku yea kalo ade aktiviti jelajah memana lepas ini.. Aku akan rindu korang semua #sebaknanges

3. HIM: alahai, cinta baru nak berputik..terpaksa jarak jauh la pula lepas nie. Ada hikmah di sebaliknya ni. Dugaan pertama. Tabahkah kita? InshaAllah, we can get through this..

4. My ACTIVITY : Karoks with good friends, window shopping, Swimming and yes Tennis..hmm kena cari partner tennis baru la pula..Manala nak dapat geng tennis yang sabar dengan ketidak-tahuan aku main seperti my kezen Ashap and Naju? hmm nak nanges bile teringat macammana aku nak isi waktu di sana. Or mungkin aku bleh isi masa abiskan semua entry travel aku yang tak penah habis-habis itu.. Ha haa!

Way Forward

Aku positif dengan perubahan yang aku akan dapat selepas ini. Career development some more. Aku akan lead satu unit di sana dan akan belajar buat benda baru selepas ni. 

Pls doakan aku yea..

Selasa, 21 Ogos 2012

Selasa, 14 Ogos 2012

Ramadhan Al-Kareem & EidFitr 2012

Accept the things to which fate binds you, and love the people with whom fate brings you together, but do so with all your heart.
- Marcus Aurelius

Setelah sekian lama berhibernating dari doniya alam maya ini,

berjaya juga aku untuk keluarkan satu post yang ini.

heheee

Ramadhan tahun ini agak berlainan dari tahun sebelumnya.

Selain dari tuntutan kerohanian dan spiritual yang dipenuhi,

ada satu perkara positif yang berlaku dalam hidup aku sekarang.

Keterbukaan hati untuk menerima seseorang.

memang betullah kata nasehat Uncle Alexander ni,

"When one door closes, another door opens. But we often look so long and so regretfully upon the closed door that we do not see the one which has opened for us"

Aku bersyukur sebab telah berjaya lepas fasa tersebut walaupun masa yang diambil agak lama. aku juga bersyukur, ia berlaku di dalam bulan yang mulia ini, Ramadhan al Kareem.

:-)

Ramadhan hampir melabuhkan tirainya. Ada lagi 5 hari untuk dipulun mendapatkan barakahnya. Selain itu, aku nak ambil peluang untuk mohon ampun jika ada mana2 individu yang penah terguris dengan mana-mana kata-kata di dalam entri yang pernah aku publish sebelum ini. Walaupun tak banyak yang aku keluarkan sekarang, tapi mana la tau kan. Begitu juga dengan kenkawan yang kenal dengan aku, rapat atau jauh. Dengan rasa rendah diri, aku mohon maaf yea.

Semoga kita lebih gigih di minggu terakhir Ramadhan ini dan ahlan wasahlan Syawal..


Salam EidFitr Al Mubarak!


To whom it may concern: Thinking of you now.