Rabu, 16 November 2011

Isnin, 14 November 2011

Ini mungkin si DIA, cc: Biqque.

Lokasi di Manjanggul Lava Tube.


Bila aku snap gambo ini, aku terus preview then nampak benda seperti yang dibulatkan.

Aku pelik sebab tiada orang di depan aku tengah lalu ke apa, kecuali travel mate aku yang dekat depan sekali tue.

Aku pandang sekeliling, memang tiada orang. Even di belakang pun. Lalu aku berlari terus dekat dengan kawan aku di depan.

Aku senyap, dan meneruskan perjalanan hingga ke hujung gua.

Ini adalah kali KEDUA, aku tersnap sesuatu. Masih ingat entiti yang aku jumpa di FRASER's HILL dulu? Cuba klik SINI.

Sesungguhnya hanya Allah yang Lebih Mengetahui.

Ahad, 13 November 2011

Experiencing South Korea, Day 8, Part 2-Sangumburi Crater

Sambungan kembara dari SINI.


Dari Manjanggul Lava Tube, kami meneruskan perjalanan ke Sangumburi Crater. Sebenarnya tempat nie memang takde langsung pun dalam list aku sebelum ini. Tapi pakcik teksi, Mr Jang bermatian suruh kami singgah ke Sangumburi. Dia kata sangat rugi kalo dah sampai Jeju tapi tak singgah Sangumburi. Jadinya, aku pun ok jea la...kalo tak best, memang aku bakar teksi dia. haha


Dalam perjalanan ke Sangumburi, kami lalu kawasan pantai yang nampak tenang di sepanjang tepi jalan. Lepas tue tetiba ternampak Windmill dekat situ. Secara otomatik, aku minta Mr Jang brenti jap.


Aku tak sure nama pantai nie apa. Tapi air dia memang kaler hijau biru la..Aihh geram jea aku tengok. Rasanya mau gak aku lompat masuk air. Tapi sebab baju mandi memang tak bawak, maka aku main-main air jea la kat situ. Walaupun dah nak masuk musim luruh, air laut kat situ masih lagi suam-suam. Memang seswai kalo nak mandi manda dan piknik. Angin memang kuat di kawasan itu.


Dari pantai itu, kami meneruskan perjalanan ke Sangumburi. Perjalanan ada la dalam 30 minit untuk sampai ke sana. Entry masuk tempat ini dalam 3,000KRW. Tengok dari luar memang macam biasa jea. aku bajet macam kawah biasa2 jea.


Tapi bila masuk ke dalam lagi, SubhanAllah...tak terkata aku. Patutla Mr Jang bermatian suruh aku masuk gak Sangumburi Crater neh. ok, aku takkan bakar teksi dia!

Sangumburi merupakan salah satu bekas kawah gunung berapi yang dah mati dan sekarang dipenuhi dengan tumbuh-tumbuhan yang subur. Route untuk sampai ke kawah itu juga sangat "asik" untuk dinikmati sebenarnya. Cerun  yang nak didaki tue landai jea dan ambil masa lebih kurang dalam 5-7 minit.


Pavement pathway dia memang terbaik sebab ada sesetengah tue diletakkan rubber mat. Sedap jea berjalan kaki atas tue. Berjalan kaki menaiki cerun yang singkat membawa kami ke satu platform untuk menikmati pemandangan di situ. Mount Halla memang jelas nampak dari sini. Banjaran gunung berapi yang lain pun nampak juga..Ohh memang ollalallalalla!


Alright dari platform atas tue, kita akan nampak juga kawah Sangumburi itu. memang besar dan nampak macam stadium semulajadi. Kedalaman kawah dalam 130 meter dan pokok2 yang ada dalam kawah tue nampak macam padang rimbun permainan kanak-kanak. macam carpet pun ada juga. Diameter kawah tue dalam 650 meter, ukur lilit dalam 2070 meter. Jangan tak tau, aku bawak measuring tape skali tau mase ke sana ;p.
 
Kawah Sangumburi adalah lebih besar daripada kawah di puncak Gunung Halla (puncak tertinggi di Korea) dan memang seswai dengan diberi nama "Sangumburi" yang bermaksud 'kawah gunung'.


Kawasan kawah dan ke dalam memang tak dibenarkan masuk atas tujuan conservation. Anyhow, orang masih boleh enjoy pemandangan yang ada dari atas. Kawah tue memang penuh dengan pelbagai jenis  pokok renek; termasuk magnolia, pokok-pokok pain, dan Maples. Diorang kata Rusa Jeju pun dok dalam kawah tue dan kawasan sekitar. Ada mitos pasal Sangumburi ni kalo nak tahu:
"Legend of Sangumburi
The crater is indeed a sanctuary for Jeju’s timid wildlife. There is even an ancient Jeju legend about the crater tied to its animals. Long ago, Jeju people believed, two young, star-crossed lovers lived in the crater. Maljatddal was the daughter of one of the gods of Jeju and her lover was Hangam, or Hanbyeol, a star that she fell in love with. Her father did not approve of the match and they ran away to live inside Sangumburi. They were happy together for a time but Maljatddal eventually left Hangam, who stayed behind to tend the craters many animals. The people of Jeju honor Hangam as a guardian of the island’s animals and as a guardian of hunters. In the past they performed shaman ceremonies at Sanbumguri to ask the gods, and Hangam, for good hunting."
Source: Buku Sejarah

Selain dari legend yang ada, pemandangan keseluruhan tempat nie memang indah laaaa. Flamegrass kaler pink purple dia memang terbaek la. Adoi...rasa macam nak terjun jea masuk kawasan lalang2 tue dari atas. Lalang-lalang tinggi ini dipanggil Eoksae. Bila angin kuat jea, Eoksae ini pun ikut berayun dan menghasilkan wave yang cantik dan bunyi-bunyi nyaman. Ok, sekarang aku berangan teringat kat sana....


Dekat dengan laluan keluar tempat nie ada deretan dan susunan batu unik kat sana. Walaupun aku suka batu, tapi aku x brani songlap batu yang dekat sini. Hehee aku tengok gak tempat kalo nak kutip pun. huhuuhu


Batu-batu di susun ke atas. Simboliknya, setiap batu itu disusun dengan membuat wish di dalam hati. Diorang percaya, impian tue boleh terlaksana bila disusun lagi tinggi.. Ok aku tak join sebab memang tak percaya benda2 karut neh. Tapi sesiapa nak cuba pun buleh..:-)

Me and my beloved camera. kecik jea..x bleh nak celen ngan kengkawan punye DSLR..
Abaikan muka ngan tudung terherot aku tue, fokus pada Mount Hallasan yang dekat belakang tue..
Kami ambil masa dalam 2 jam lebih di Sangumburi Crater. Selepas itu kami terus ke Mini Mini Land atau Miniature Land yang terletak bersebelahan dengan Sangumburi ini.


Akan disambung kendian....

Jumaat, 11 November 2011

Khamis, 10 November 2011

26 fakta kaki jalan yang tak berapa nak tegar sgt ;)

Di saat aku kekeringan idea, seorang backpacker otai, Fatt dengan jayanya telah melancarkan satu "latih tubi" (lama tak guna perkataan tue ;p) utk geng2 traveler yg lain. Baguih betul hang, penuh dengan idea! Nways, aku try jawab mana yang mampu yea, since pengalaman berjalan aku pun tak sebanyak mana macam rerakan yg lain tue..:-)

Part I

1. Perkenalkan diri anda secara ringkas
Ramai orang memang panggil aku Mas. Senang jea. Aku ni agak friendly dengan orang (especially selepas aku kenal la).

2. Sejak bila anda terjebak dalam dunia travel?

Aku rasa sejak aku pegang duit sendiri. Sejak bekerja tahun 2004. Aku nie bukan dari keluarga  berada yg mampu dan  slalu travel sana sini. Pepehal kalo nak ke mana, aku pakai duit sendiri, segan nak minta ngan mak ayah..

3. Yang mana satukah menggambarkan diri anda; traveller atau tourist?

aku rasa lebih kepada traveller kot.
4. Konsep berjalan jenis apakah yang selalu diamalkan? ie. backpacking, memandai sendiri, tour agency?

backpacking (sebab sumber kewangan aku memang all the time limited) dan memandai sendiri ;). lebih best rasanya, aku buat apa yang aku nak, tak payah sangat nak ikut orang.

5. Siapakah travel partner anda?

So far, aku memang tiada travel partner yg tetap. biasanye, aku buat plan.. then aku war2kan kat orang. sesape yg nak join, aku ok jea. tapi kena prepare untuk ikut rentak aku la.. tak kesah makan ala kadar, tidur pun tempat yg cikai jea..etc

Part II

6. Bilakah kali pertama anda bercuti ke luar negara?

Tahun 2001, aku gi phuket then bangkok. Naik bas ber-jam2. ada tue travelling dari satu tempat ke tempat yang lain dalam 14 jam. Masa nie aku blajar, first time aku gi luar Malaysia. Sebab atas tiket study trip (kononnya), ayah aku kasi fund sikit, mase nie memang budak lagi dan tidak berduit. sob sob..

7. Senaraikan nama tempat/bandar/negara yang telah dilawati setakat ini:

Nak ikutkan tak banyak lagi kalo nak compare dengan otai2 sekalian.
Seluruh Malaysia kecuali Sarawak (sedih kan?), Pulau2 yang ada di Terengganu, Phuket, Bangkok, Singapore, Yogjakarta, Western Australia, Seoul, Sockho, Jeju.

8. Pernahkah anda melawat sesebuah tempat/negara yang sama lebih daripada sekali? Jika YA sila nyatakan nama tempat tersebut.

Buat masa nie belum lagi. Aku try pegi tempat yang aku tak penah sampai lagi.. Kalo dah abis semua, baru berbaloi nak repeat tempat yang sama kot.
9. Letak gambar salah satu tempat yang ingin anda ulangi dan nyatakan kenapa:
Seopjikoji, East Jeju Island.
Kenapa? Serious cantik dan sejuk mata memandang. Sebenarnya aku nak repeat Jeju. Aku nak trekking naik Mount Hallasan. Last time memang tak cukup masa ari tue, trekking at least 7 jam nak naik atas sana..

10. Nyatakan 3 tempat/bandar/negara yang ingin anda kunjungi di masa hadapan

India, New Zealand, Tasmania.

11. Ceritakan pengalaman kelakar/manis yang pernah dialami semasa bercuti:

Kenangan manis tue masa aku tak cukup duit nak dok hotel(even budget hotel!) sebab semua backpacker lodge penuh masa Chinese New Year di Singapore awal tahun nie. Nak tido kat masjid memang diharamkan di sana. Nasib baik, Allah telah menemukan aku dengan orang baik yang boleh tumpangkan aku untuk tidur semalam di rumah mereka. Aku akan ingat sampai bila2 pakcik dan makcik itu.

12. Ceritakan juga pengalaman memalukan/buruk yang pernah dialami semasa bercuti:

Aku pernah lemas di Redang pada tahun 2007. Aku snorkelling masa tue tak pakai life jacket. after awhile, aku terasa pancit. Masa tue, snokel tiub aku masuk air plak..aku panik dan terus tenggelam. memang masa tue perasaan lain la dan mungkin dah penat kot. Nasib baik ada abg life guard tolong selamatkan. kalo tidak...

13. Adakah anda suka mencuba masakan tempatan bila berkunjung ke sesebuah negara?

Kalo boleh aku nak rasa makanan tempatan!
 
14. Letak gambar makanan tersebut dan ceritakan tentang keistimewaanya.
Nama makanan ini adalah Tahu Bakso. Yang speselnya, korang kena makan bersulam dengan cili api tue. Setiap gigitan kena make sure gigit skali cili api. baru kick! Serious...........SEDAPPPPP dan BERASAPPP!

Part III

15. Yang mana satu menggambarkan diri anda; backpack atau beg troli?

of course backpack! senang nak naik tangga ;p

16. Letak gambar bag(s) tersebut dan ceritakan sedikit sejarah dan berapa banyak tempat/negara yang ia telah ikut anda berjalan:
2 Beg aku nie memang byk sgt dah jasanya. aku pakai masa aktiviti2 island exploration aku.Trekking pon sama. Backpack 85L aku tue memang nampak besar..tp sebab disupport oleh ladder system, jadinya bila bawak tak berapa nak berat sgt. memang magik. travel outboound pun aku guna dia jugak. memasing sampai dah pudar2 especially deuter kuning aku tuh. aku ingat nak cari backpack baru yang kecik, dlm 65L. bahu aku macam dah tak larat jea bawak 85L ke hulu hilir skang. Mungkin faktor usia. dem! ;p

17. Senaraikan 3 barang yang wajib dibawa setiap kali bercuti.

Passport, buku nota,  CAMERA!

18. Senaraikan 3 barang yang kalau tertinggal pun takpe:

handbag(sah sah la kan!), minyak wangi, netbook.

19. Apakah perkara yang sering dilakukan setiap kali bercuti (contoh : update blog, tulis poskad, amik gambar)

update blog kalo berkesempatan dan ambil gambo (wajib!)

20. Mana satu yang tepat untuk menggambarkan diri anda, seorang yang suka bergambar atau malu-malu kucing?

aku memang suka bergambor, tak kira..lantak le org nak ckp ape pon ;p

21. Letak gambar anda sedang bercuti dengan posing yang suke hati nak diva ke, bajet bagus ke, tak kisah
over tak? hahahha
 
22. Anda seorang pengumpul souvenir? Jika YA, apakah jenis souvenir tersebut?

Aku suke Fridge Magnet jea. :-)

23. Adakah anda menghadiahkan souvenir yang dibeli kepada ahli keluarga dan kawan-kawan?

Byknye FM and Bookmark.

24. Selain dari jawapan dalam soalan #22, apa lagi benda yang anda suka kumpul berkaitan dengan sesuatu tempat?

Aku suka kumpul batu. aku akan kutip batu2nya. pelik kan?

Part IV

25. Seorang traveller harus mempunyai pemerhatian/observation yang baik. Nyatakan hasil pemerhatian yang telah dibuat berdasarkan 3 buah tempat/negara/bandar yang yang pernah dikunjungi (pick random)

Bangkok: Sangat-sangat sesak lagi crowded. ohhh lemas!
Singapore: Public space/area adalah kawasan larangan merokok. Aku sangat suka. Dan yang paling best, memang mereka begitu considerate pasal ini.
South Korea: Makcik pakcik Korea sangat rela membantu walaupun ada language barrier yang kritikal. Serious!

26. Lengkapkan ayat ini. "Saya berangan......." dan ayat tersebut mestilah berkaitan dengan travel

"Saya berangan satu hari nanti saya akan dibayar untuk travel ke mana-mana. Macam Ian Wright!"
Heaven kan?

Soalan Bonus :
Letak gambar stamp passport yang paling disukai dan ceritakan kenapa (maximum 3).
Passport aku ilang utk sementara waktu. bila jumpe nanti aku update pasal ini ek.