Saman ekor yang aku dapat (semasa di Kuala Krai mungkin?) telah selamat dibayar melalui MyEG.
Saman selepas discount bernilai RM150 dibayar kepada PDRM dan RM2 dikenakan sebagai caj. Total:RM152.
Untuk makluman semua, bagi mana-mana individu yang nak tahu dengan lebih detail mengenai saman ekor yang dikenakan, boleh berhubung sendiri dengan pihak PDRM. Sebab maklumat yang dinyatakan dalam MyEG itu sangat sikit dan tidak lengkap.
Mereka akan berikan lebih info berkenaan berapa had laju yang telah dilanggar(jika kesalahan speeding). Maklumat imej hanya boleh dirujuk di balai yang mengeluarkan saman ekor itu. Kena bayar RM10 jika mahu print imej yang ditangkap semasa kesalahan dibuat.
Macam kes aku ini, Had laju yang aku bawak adalah 90km/j. Yang dibenarkan 60km/j.
Malas mahu argue lebih-lebih sebab kalau nak tengok bukti perlu ke Balai Polis Daerah Kuala Krai pula.
Jadinya, bayor aje la.
Bagi sesiapa yang nak bayor saman secara online, boleh pegi ke SINI.
Sedikit nota bagi sesiapa yang mahu bayar secara manual di sekitar Kuala Lumpur. Adalah lagi mudah dan cepat jika mahu bayar di Bukit Aman. Mereka ada sediakan kioks pembayaran di luar balai. Balai trafik di Jalan Bandar memang sangat sesak sekarang.
Sekian sudah. Melayang duit aku hari ini.