Rabu, 19 Ogos 2009

Kursus Biro Tata Negara_Kem Ulu Sepri_13-17Ogos2009

am out of coverage from 13-17 august for attending BTN course.

Di saat wabak H1N1 yang kembali mengganas negara sekarang (setakat nie dah ada 67 kes fatality) ..sempat lagi aku kene attend BTN kat Kem Ulu Sepri, Rembau BTN.

Keje di ofis mmg byk yang ditinggalkan demi menghadiri kursus kenegaraan tersebut. Hati berkecamuk memikirkan banyak bende sepanjang kursus tersebut. jika tak kerana utk pengesahan jawatan aku sekarang, jgn haraple aku nk gie. Dah la line Maxis langsung takde kat sane. Sangat MELELAHKAN jiwa dan ragaku. haih....

Nways, setelah menghadiri kursus tue, ade sketla semangat patriotik itu timbul di dalam jiwaku yang selama ini agak berhaluan kiri. Tetibe terasa sayu dihati mengenangkan peritnya untuk mengecap dan mencapai kemerdekaan 52 tahun dahulu. Betapa perit dan jerihnya geng datuk Onn Jaafar dan Tunku Abdul Rahman berserta UMNO and de geng (ketika early 50's.. kalo nk harap Umno yang sekarang nie mmg hampeh, berkeparat memanjang) berkorban ape saje yang ada berusaha utk memerdekakan tanah melayu.

dan seterusnya, aku rasa bertuah menjadi seorang MELAYU. UMNO actually kene bangkit. Thers nothing wrong with the party. ITS JUST THE PEOPLE WHO DWELLS IN IT>Kene buang segale sifat materialistik serta keparat mereka demi mengembalikan semula kepercayaan semua orang Melayu terhadap UMNO. dan sesungguhnya, aku sangat setuju dengan langkah kerajaan sekarang supaya SEMUA AHLI UMNO perlu menghadiri Kursus Biro Tata Negara tersebut. Supaya dengan itu, setiap ahli dapat menghargai betapa murninya pengorbanan UMNO seketika dulu dan bagaimana generasi umno sekarang menjahanamkan segale usaha generasi awal Umno. Ceh tetibe jea citer pasal politik. poyo pule rasenye.

BTN kali nie dihadiri seramai 120++ kot. Majoritinya dari FELDA (sumernye anak2 ikan) dan juge Kementerian Kesihatan (kebanyakkan nurse2 dan pegawai sains). Tp secara amnya, peserta dari JPBD yang sentiasanya tertonjol keberkalibarnya. haha

Kursus tamat pada 17hb Ogos 2009 pada jam 1.00 tengahari.
gambar semasa dikursus akan di update setelah masalah mengeluarkan file dari memory card kamera dapat diatasi...

hehe..akhirnya prob memory card camere dapat di atasi ;). Disebabkan penggunaan kamere tidak dibenarkan sepanjang kursus, makanya gambor yg diambil pun amatlah sedikit.

pantang bebudak nih nampak kamere

dah nk abis dah..

Cheezzz: Baz, Mas, Moon, kak Faizu


Mas n Munira aka Moon




Adik-adik manis JPBD


Adik2 FELDA group aku: Fikri, Firdaus, Faizal, Azlan and Ikhsan








Selasa, 11 Ogos 2009

Trekking up Gunung Nuang, April 2009





On 18th April, lebih kurang 3 minggu sebelum pendakian ke Gunung Kinabalu, satu sesi test run telah dibuat dengan mendaki Gunung Nuang. Gunung Nuang dengan ketinggian 1493m/4898ft adalah latihan terakhirku sebelum trekking up Kinabalu.



Trekking trip kali ini diketuai oleh temanku, Harun dan disertai bersama ofismateku, Kak Ton. Bagi kak ton, this is her first attempt doing hiking thou. Quite tough for her. So from de very beginning, reaching de peak of nuang is not our goal.


Wat we are looking for (for me n kak ton) is to get familiarise with de trekking condition as nuang offers great trekking experience. In fact Nuang also known as de best training place for beginners before tend to climb up kinabalu.







Kami memulakan pendakian pada pukul 7.30pagi. sejam setengah pertama adalah menyusuri jalan yang sepertinya a never-ending road. punya la jauh..nasib baik ade banyak pondok2 disepanjang perjalanan. Nways its actually good to gain our stamina before de real route for trekking.







































Selepas jalan tamat jalan ber tar itu, kami memulakan pendakian. Few kem yang kami lewati di sepanjang pendakian seperti Kem Lolo, n Kem Pacat. Pendakian agak melelahkan tapi takde la seteruk rasenye seperti pendakian ke bukit tabuh dulu. Kali ini panjat pakai tongkat sakti yang di cari oleh Harun. 100% helpful as de stick really support quarter of my body weight. heheh


Trek pendakian agak clear actually. You dont have to work much on clearing the route. Everything is ready for the hikers to move on from one path to another.
Trekking kali ini kami sampai setakat Puncak Pengasih. Ini adalah kerana pada waktu tue jam dah pukul 2.00petang. so we decide to turn back as we need to reach back to kaki bukit before dusk.


Kami sampai di kem Lolo dalam pukul 5 petang. Berehat agak lame disitu sebab sgt kepenatan tahap cipan. Perjalanan menuruni gunung diteruskan pada pukul 5.45 petang dan kami berjaya keluar dari hutan sebelum gelap. Seterusnya, perjalanan diteruskan dengan 'de neverending road' . suasana semakin gelap dan creepy sepanjang perjalanan balik.

Nak dijadikan cerita, tetiba Kak Ton pitam. Aku dan Harun menggelabah juge sebab hari memang dah gelap pekat dan torchlight yang ade pun cahayenye semakin kelam. Kami cuba mententeramkan keadaan. Kak Ton pitam sebab dia kurang makan sepanjang pendakian and started to dehyrated. Kami berhenti di tengah jalan dalam setengah jam dan advise kak ton supaya makan. Dia memang terlalu penat untuk meneruskan perjalanan seketika. Setelah keadaan kak ton semakin pulih..kami meneruskan perjalanan. Sampai betul2 di main gate lebih kurang pukul 10pm. Apabila sampai di bawah kami terus membersihkan diri. Dalam perjalanan balik, aku dan Harun singgah makan di restoran dan balik ke rumah masing2 setelah perut kenyang...

hmm Next attemp kalo berkesempatan, harapnye dapatle naik sampai puncaknya..

H1N1 Flu a.k.a Pig Flu a.k.a Selsema Babeng

Flu fatalities climb to 32 (the Star Online, 11 August 2009)




PUTRAJAYA: Malaysia reported six more deaths related to Influenza A (H1N1), bringing the total number of fatalities to 32.
Health director-general Tan Sri Dr Ismail Merican said there was one death on Sunday while two people succumbed to the disease last Wednesday. Three patients died on Saturday.
It was only now confirmed that the five had died of A (H1N1) following post-mortem, he said, adding that the deaths were officially reported to health authorities on Sunday.
“Four of the victims had underlying risk factors,” he said. “In the last 24 hours, 203 new cases were reported, of which 15 were treated in Intensive Care Unit and 67 patients are in the isolation wards,” he said yesterday.
To date, the total number of reported cases in the country stood at 1,982. Globally, 208,155 people have been found to be infected by the virus and 1,688 people from 174 countries have died.
Dr Ismail advised those who showed symptoms and in the high-risk groups to seek medical attention, adding that anti-viral treatment was effective on patients who began treatment within 48 hours of showing the flu symptoms.
High-risk groups include children who are below five years, senior citizens 65 years and above, children and youth under 19 who have been taking asprin for long-term, pregnant women, those who suffer from athsma, cronic lung disease, organ failure, cardiovascular, liver and blood system diseases, diabetic, obese people and those with low immunity.
“Those who show light symptoms should be given symptomatic treatment, stay at home and limit their interaction with others.”
In Perak, state Health committee chairman Datuk Dr Mah Hang Soon said another institution - the Mara Junior Science College in Lenggong - had been ordered to close.
A total of 41 schools and institutions in Pahang have been closed but 11 had reopened, Mentri Besar Datuk Seri Adnan Yaakob said.
“The staff of the state health department are doing their level best to curb the spread of the virus.”



__________________________________________________________________________




Its getting worst day by day and im sure the fatalities number would increased tomorrow. Nauzubillah Min Zalik



Dalam kitab doa-doa pilihan yang ditulis oleh Asy-Syekh Ibnu Ahmas Al Tamimi Al Malizi Rahmatullah Alaih (seorang mursyid) : Ada satu doa yang sangat masyhur di kalangan orang2 zaman dahulu; iaitu doa pelindung dari semua jenis penyakit berjangkit, seperti sakit taun, denggi, selsema burung, pernafasan akut, yang terkini selsama babi dan lain2 penyakit berjangkit yang lain.



Doa tersebut adalah seperti di bawah:



(Betulkan Yaqin kita setiap masa, sesungguhnya semua penyakit datang-Nya dari Allah SWT, dan sihat juga datang-Nya dari Allah SWT)

Maksudnya: Ada bagiku lima dengannya aku memadamkan kepanasan penyakit berjangkit. Mereka itu ialah Nabi yang terpilih, Ali yang diredai, Fatimah dan kedua-dua anak mereka (Hassan dan Hussain)

Baca lepas solat 5 waktu 7x atau 21x atau 40x dan bacalah juga sepanjang masa setakat yang termampu. (Doa ini tak perlu aangkat tangan, memadai dengan mengucapnya di dalama hati.)

Sumber: Ustaz Thalut@Muhammad Adeeb b. Sakiran, Bhgian Dakwah Bebas, Jab. Agama Islam Selangor.



Isnin, 10 Ogos 2009

Kursus Aset di A Famosa.

Hari nie kes H1N1 dah mencecah 27 kes!!!! MashaAllah..Lindungilah hamba Mu ini dari virus yg sgt jahat itiew!

Maklumla...baru balik dari Kursus Tatacara Pengurusan Aset Alih Kerajaan di A Famosa Resort, Melaka selama 3 hari dari 7-9 Ogos 2009 (jumaat-Ahad). Of course laa ade sedikit skeri sebabnye Melaka got de highest cases out of 27 tuh. Dah la ade malam tue sempat berjalan2 bersama kak Asmahan(JPBD, R&D) dan Y (JPBD, B. Wilayah) ke Jonker Street. Walaupun pakai mask (yg dibeli dengan harge 50 sen-puas minta kurang kat uncle tue tak dapat gak) semase aktiviti berjalan tue..tp rase riso tue tetap ade la...Punye la pack org kat sane. Tak takut langsung diorang berase di tempat sesak tanpe memakai sebarang perlindungan!

Nways, kursus berjalan dengan lancar. Dis is de first time im attending this sort of course, so its rather beneficial n in fact i really am need it as just being appointed as pegawai aset for my unit.
Penceramahnyer, En Roszaimy Musa dr Treasury pun best gak. At least every talk dat been given mmg satu2 masuk dalam kepala. Bagus betul dia tue. Walaopun nak ikutkan inti pati cemarahnyer tue sgt dry..tp he manage tue keep still de audience alive. haha . Credits to u Roszaimy!

Kursus tamat pada pukul 12.30pm. After lunch n check out hotel, drive back home! eh lupe, gie wisma tun sambanthan utk hantar y dulu then baru balik umah...

gambar kursus akan di update dari masa ke semase..sbbnyer ade masalah ngan memory card camera..asal tah tak bleh kuar gambar2 tue dr memory card. Tp akan diusaha-in!

Rabu, 5 Ogos 2009

Al - Kurma lah! (Kurma Samin dari IRAN)




Menjelang Ramadhan al Mubarak nie...satu mende yang kite sering ingat adalah berpuasa, terawikh dan menahan diri dari perkara2 yang membatalkan puasa. Walaubagaimanapun untuk entry hari nie, aku nk story sket pasal betapa berkhasiatnya buah kurma. Kurma yang selalu kita makan untuk sajian semasa berkumandangnya azan maghrib.

Buah kurma atau dikenali sebagai Tamar tergolong dalam keluarga Phoenix. haa..bukan burung jea ade phonix2 nih ;). Phoenix adalah sekumpulan jenis palm seperti kelapa sawit. Buahnya bertangkai seperti buah pinang.

Dari segi khasiatnya Kurma mengandungi pelbagai khasiat pemakanan yang tinggi seperti Kismis dan Aprikot kering.

Antara khasiat buah kurma ialah ;
1-Kaya dengan protein
2-Kaya dengan gula
3-Kaya dengan serat
4-Kaya dengan Vitamin A dan Viramin C
5-Kaya dengan zat mineral dan galian seperti Besi, Kalsium, Sodium dan Potasium dan sium sium yg lain ;)

Umat Islam disunatkan untuk berbuka dengan kurma. Kepentingan buah kurma adalah berdasarkan hadith Nabi SAW yang bermaksud :“Rumah yang tiada kurma seperti rumah yang tidak mempunyai makanan”. Kurma adalah antara makanan/buah yang paling disukai oleh Rasulullah SAW.

Pecahan kandungan khasiat buah kurma dalah seperti berikut ;
1-Protein (1.8~2.0%) 2-Serat (2.0~4.0%) 3-Glukosa(50.0~57.0%)

Disebabkan kandungan gula di dalamnya telah ditukar secara semulajadi,maka apabila kita memakan kurma, tenaga dapat diserap oleh tubuh dengan serta-merta.
Sebaliknya gula di dalam kebanyakan buah-buahan lain, dikenali sebagai Fraktosa dan Gula Tebu atau Gula Pasir yang biasa mengandungi Sukrosa. Gula-gula jenis ini tidak boleh menyerap terus ke dalam tubuh.Ia terpaksa dipecahkan dahulu oleh enzim sebelum bertukar menjadi Glukosa.Glukosa inilah yang diserap oleh tubuh sebagai tenaga.

Oleh itu kita sangat-sangat disunatkan untuk berbuka dengan kurma.Kurma dapat memberikan tenaga segera kepada si pemakan.Ini membolehkan kita beribadat dan menunaikan sembahyang maghrib atau tarawih dengan lebih bertenaga walaupun kita telah berpuasa di siang harinya.

Adalah sangat digalakkan untuk kita makan buah kurma tanpa buang kulitnya.Ini kerana buah kurma kaya dengan serat.Serat ini melawaskan makanan dan dapat mencegah barah usus.

Kandungan vitamin A dan C adalah paling tinggi semasa kurma di peringat Rotab dan Khalal. Manakala kandungan zat galian dalam kurma seperti Potasium adalah amat diperlukan oleh sistem saraf kita.

Pendek kata, Buah Kurma adalah juadah berbuka puasa yang terbaik untuk kita.Benarlah…dalam sunnah Nabi SAW itu terdapat banyak sekali hikmah dan manfaat sekiranya kita dapat mengamalkannya.

Kurma juga bagus diberikan kepada baby atau anak-anak kecil. Cubitlah sedikit isi kurma dan suapkan ke dalam mulut baby anda. Ianya membantu pembesaran minda dan kecerdasan minda anak anda.

Apa lagi, mari cite cube!!

Sementelah itu...

Bagi sesiapa yang berminat, saya ada menjual BUAH KURMA DARI IRAN. Kurma Samin ini adalah diimport khas dari Negara Timur Tengah, Iran.

Harga sekotak adalah RM10.00

Walaubagaimana jika beli 3 kotak, bole dapat RM 9.00 sekotak.

Apa tunggu lagi, kepada sesiapa yang berminat bole hubungi saya. :)

Selasa, 4 Ogos 2009

World Habitat Day_ Photography Contest 2009

Pagi tadi, aku telah membrowsing website JLN. Sebenarnye utk mencari direktori contact no en. Raja SaifulRizal. Sementelah nk tanya pasal dokumen yang aku passkan berkenaan program development facilitation yang sedang aku handle sekarang.

Alih-alih mateku ini tertarik lagi tertarik kepada advertisement mengenai photography contest bagi world habitat day anjuran Jabatan Landskap Negara nie.

Macam menarik jea. Walopun hadiah yang ditawarkan even utk 1st place pun hanya rm 2000, tp aku cam berminat jer nak masuk gak. Nie kene ajak teman aku, Ayu utk pinjam camere canggih dia.

Temanya: Planning For Our Urban Future

Kriteria Pemilihan: Gambar perlu tunjuk situasi interaction between HUman, LANDscape and its ENVironment towards achieving harmonious Living.

Tarikh Tutup Penyertaan: 10 September 2009

Untuk maklumat lanjut sila layari website JLN sendiri : http://www.kpkt.gov.my/jln/main.php

hmmm macam nak try jea masuk contest nie. Mane tau ade rezki bole menang. :)

Isnin, 3 Ogos 2009

Riadah di Tmn Melawati, UK


Semalam aktiviti riadah hujung mingguku adalah morning brisk di bukit di taman Melawati (berhadapan dengan umah Yusop Haslam).




Minggu nie aktivitiku disertai bersama teman-teman rapatku, The UnderDesk- Naju, Ayu dan Ama.



Aktiviti dimulakan agak lewat memandangkan temanku Ama yang rumahnyer di Serdang, tiba dengan Star LRT di Pandan Jaya pada 8.30am. Walaubagaimanapun, riadah kali nie amat manis untuk dikenang kernanya we are having fun @ de peak. Sesi fotografi utk memenuhi potfolio masing2 (gambar syiok sendiri) berjalan dengan 'penuh keriangan'. Haha I was nice anyway.


Berbekalkan camera canggih kepunyaan Ayu, maka kami mengambil angle2 yang seswai utk di-snap. heheheeeee

Aktiviti riadah tamat sekitar jam 10am dan seterusnya kami lepak kat Old Town White Coffee di Taman Melati. Aku makan nasik lemak spesel (haih sia-sia mengeluarkan peluh di pagi hari but end up menambah kolestrol dengan nasik lemak sedap OT)



Gathering tamat pada jam 12pm.