Memaparkan catatan dengan label turkey. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label turkey. Papar semua catatan

Isnin, 28 Mac 2016

Pengalaman Ber-CouchSurfing di Turki

Hari ini aku nak share pengalaman aku ber-couchsurfing atau CS di Turki.

Sebelum baca entry ini, cuba baca yang INI dulu untuk tau macammana buat request untuk CS dan sebagainya ya. 


Untuk pengalaman di Turki, kami terima beberapa request dari individu yang offer untuk host kami. Dalam banyak-banyak tu, kami tilik bebetul profile mereka sebelum tekan butang ACCEPT. Kami akhirnya memilih 3 individu untuk berjumpa semasa 7 hari di Turki, iaitu Neshe di Istanbul, AhmetSan di Goreme dan Istanbul serta Sinan Celik di Kayseri.


Istanbul ( Neshe )

Bagi yang ingin ke Istanbul, aku memang recommend untuk korang jumpa dengan Neshe ni. Orangnya sangat baik dan banyak perkara yang korang boleh kongsi dan tukar pendapat dengan Neshe. Dia ada juga invite kami untuk tidur di rumah dia, di Uskudar,  namun sebab di Istanbul, masa kami agak singkat dan aktiviti kami pun padat, so kami dah book siap2 untuk duduk di hotel dan hanya jumpa beliau jika ada kelapangan. Kami jumpa Neshe ni 2 kali sepanjang kami di bumi Andalusia. Pertama, just for chit chatting sambil berjalan di pedestrian walkway sebelah jeti di Eminonu. Selepas puas berjalan, kami singgah coffee shop utk minum. Bila dah dapat duduk bersembang dengan Neshe ni, dapatla aku kenal dia dengan lebih rapat. Neshe ni orangnya agak conservative dan a practicing Muslim, alhamdulillah. Beliau di antara rakyat Turki yang begitu bersyukur bila Erdagon menang pilihanraya sebab Erdagon ni menjalani gaya hidup Muslim yang sebenar. Memang masa berborak tu, aku memang tanya pasal political issue kat Istanbul, sebab kat Taksim selalu ada buat demo orang macam membantah/kondem kerajaan Turki etc. Dia kata kat tengah2 Istanbul tu, memang ramai bebudak muda yang hidup cara Western memang x suka pemerintahan Erdagon yang agak Islamik. Pasal tu depa selalu memberontak, sbb macam2 sekatan di-introduce sejak Erdagon naik jadi presiden, sebagai contoh pub/disco dibukak hanya sampai kol 12 mlm etc. Macam tu la.



Pengalaman berborak yang macam ni yang aku suka sangat dengan CouchSurfing ni. Bukan hanya ko travel, buat sighseeing, syukur dengan keindahan alam etc, tapi ko boleh juga tau serba sedikit pasal orang tempatan secara lebih dekat, macammana cara hidup dia apa matlamat hidup dia etc. So sesapa yang tak penah cuba Couchsurfing tu, cuba la dulu sebelum nak condemn bagai khennn. Ia bukan hanya untuk free accommodation kekdahnya. Obviously, preference travellers ni masing-masing berbeza kan. So aku paling tak suka ada traveller yang dok condemn cara travelling orang lain. Itu jek pon ;-)

Lepas balik dari Kappadokiyya, aku jumpa lagi Neshe ni, sebab dia nak bawak kami pegi kelas Turkish Ebru dia. Yang ni memang terbaik la. sebab aku cam main masuk jea kelas depa dan cikgu and classmate dia semua excited layan kami dengan baik skali. Basically, Ebru ni macam seni lukis ancient orang Turki la kira. Aku memang part2 art ni ada terlebih feel sket. hehehe Kalo korang nak tau camna Turkish Ebru ni, cer bukak link Turkish Ebru ni. Memang pengalaman yang unik la bila aku join class art yang macam ni. Terima kasih banyakla Neshe sebab hangkut kami suami isteri utk hands on pasal marble-painting art ni!





Sekian dulu entry sendu hari ini. Aku akan share kemudian pengalaman Couchsurfing aku dengan 2 lagi host kami masa di Kayseri and Goreme. :-)

Selasa, 23 Jun 2015

Manisnya Cinta di Kappadokiyya 4: Cappadocia Green Tour_2_Ihlara Valley

Dari Derinkuyu Underground City, kami meneruskan perjalanan ke Ihlara Valley. Perjalanan amek masa dalam 30 minit juga la sebab lembah ini terletak di wilayah Aksaray. Ihlara Valley terletak berhampiran dengan Gunung Hasan dan Gunung Melendiz (dua daripada tiga gunung berapi Cappadocia). Kalau tengok stuktur ngarai ini macam grand canyon kat US nun. Cewahhh, macam pernah sampai sana pulak kan, padahal aku tgk gombo jea penah. Nak ke sana bebetul, tunggu dulu untuk projek-projek akan datang. huhuuu. Ada rejki lebih, InshaAllah sampailah sana satu hari nanti. Kan En. Suami? eh

Nways, tinggi canyon ni kira-kira 100 meter jugak la dan telah wujud sejak beribu-ribu tahun yang lalu. Ada sungai yang menyusuri kawasan lembah Ihlara ini, iaitu Sungai Melendiz. Panjang trekking yang tersedia di Ihlara Valley ini kalau tak silap dalam 14 kilometer. Bermula dari Kampung Ihlara sampaila ke Selime Monanstry. 


Adalah dipercayai bahawa lembah ini menempatkan lebih daripada empat ribu kediaman dan seratus gereja gua dihiasi dengan lukisan dinding. Kira-kira lapan puluh ribu orang pernah tinggal di Ihlara Valley.



Terdapat 4 pintu masuk ke Ihlara Valley ni. Yang pertama adalah pada permulaan lembah di Kampung Ihlara. Yang keduanya adalah di kilometer ke-4. Kitorang masuk dari pintu kedua ini la. Dari pintu masuk tu, aku dah nampak rangkaian tangga yang maha tinggi untuk turun ke lembah. Lebih dari 300 anak tangga juga la. Nasib baik turun je kan. Aku tanya gak kat guide kami, nanti nak kuar kitorang kena naik tangga mcm ni juga ke..huhuhuuu naseb baik tak payah. Tapi semua tu tak penting sebab permandangan yang ada kat point itu memang cantik sangat aku rasa. Seriously, memang lain dari apa yang ada di Goreme. 

Pintu masuk ketiga ialah Belisirma. Ia terletak di tengah-tengah (km 7) Ihlara Valley. Nak ikutkan kami trekking dalam 4km sahaja sampai ke Belisırma ini la. Sepanjang perjalanan nak sampai ke KM.7 ni, kita akan dihidangkan dengan  pandangan unik gereja-gereja dalam gua serta keindahan alam semula jadila. Kami tempuh kebun-kebun anggur (masa kami pi ni winter..mmg takde la daun dan buahnye..ada ranting jek), pokok pistachio di samping menyusuri sungai Mendendiz. Ok bunyi air sungai tu memang mengasyikkan. Tak rasa penat pun. Kalo ada rezeki boleh la jumpa binatang-binatang lain macam burung helang, kambing biri-biri, rama-rama dan sewaktu dengannya. Malas nak cerita lebih-lebih, korang layan la gambo-gambo ni dulu.


Sampai di Belisirma, kami makan tengahari yang kosnya dah masuk dalam harga pakej ke sini. Sedap juga nasik goreng dan ayam panggang yang telah dimarinated. Ada beberapa pilihan selain dari ayam, seperti trout, meatball n vegetarian food. Habis jea makan, kami terus naik van menuju ke checkpoint terakhir Ihlara Valley di Selime Monastry. Kalo nak trekking lagi 7km ke sana pun boleh sebenarnya. Tapi sendiri-sendiri la. Since kami ikut tour dan rasanya trekking 4km sebelum tu dah cukup best dah rasanya.

Akan di sambung kemudian..

Isnin, 15 Jun 2015

Manisnya Cinta di Kappadokiyya 3: Cappadocia Green Tour_1_Goreme Panorama+Derinkuyu Underground City

Awas: Entry ini banyak gila gambo. Sambungan dari SINI.

Hari kedua di Kappadokiyya, kami pilih untuk join arranged tour yang memang disediakan oleh tourism board di sana. Ada 2 main routes yang biasanya orang berminat untuk join. Yang pertama adalah Green Tour, which cover mainly the sourthen part of Cappadocia. Tempat yang kita akan pergi Goreme Panorama, Derinkuyu Underground City, Ihlara Valley, Selime Monastry and Pigeon Valley. Dan yang kedua adalah Red Tour, cover bahagian utara cappadocia, which are goreme open museum, cavusin old cave village, pasabag, uchisar castle, devrent valley and urgup 3 beauties fairy chimney. Kedua-dua tour ni harga dalam 100 lira/orang.

Kami tanya bebetul kat mamat hotel yang kami menginap tu, mana yang lebih berbaloi untuk amek, dan dia suggest amekla Green Tour. Sebab kebanyakan tempat adalah luar goreme dan sgt mahal kalo kita nak pegi sendiri2. Red Tour kebanyakkan dalam bandar goreme sendiri, even open museum pun kami boleh jalan kaki ke sana. So kami decide untuk amek yang Green Tour dan memang sangat puas dengan outcomenya.

Pepagi buta dalam pukul 9.30am, sebuah van 16-seated, datang jemput kami di hotel. And then, van tu juga akan singgah hotel-hotel lain untuk amek penumpang yang lain. Dalam kol 10am aku rasa baru abis amek orang then start perjalanan ke destinasi pertama kami iaitu Goreme Panorama. Masa kami sampai, tempat ni masih lagi kuat berkabus. Sejuk memang sejuk la kan. Sedap je nak menempel ngan suami ke mana-mana kan. Pemandangan memang seluas alam la. Akan nampak seluruh wilayah Goreme katanya. 

Menda ni depa jual 1 biji 1 lira. aku beli 1. :-)
Winter Sonata tak?


Ahem sgt
Uchisar Castle nampak dari sini katanya. Entah yang mana gamoknye.
Di antara benda-benda yang dijual di sini
Evil's eye. Depa percaya jika ada benda ini, ia boleh menyelamatkan kita dari mana-mana kejahatan. hmm percaya?
Next destination, Derinkuyu. Perjalanan ke bandar metropolis bawah tanah ni amek masa dalam 50 minit juga la dari Goreme. Jauh juga sempat tidur lagi dalam van. Sesampai je sana, terus la tour agent kami, namanya Hemeeda tu cerita history bandar ini. Secara keseluruhannya, Derinkuyu ni terdiri daripada 8 tingkat bangunan bawah tanah. 2 tingkat pertama katanya dulu di simpan segala jenis binatang ternakan. Dan 6 tingkat selebihnya untuk penempatan orang. Metropolis ini wujud sejak seribu tahun dulu. Kebanyakannya adalah orang Christian la yang menyorok semasa zaman Uthmaniyah dulu.



Tu dia, pintu semulajadi. maha berat

Source of natural light
Kalau nak diikutkan, hanya 30% dari keseluruhan metropolis ini yang dibuka untuk orang awam. Usaha-usaha penggalian masih lagi dijalankan even sampai ke hari ini. Nak tunjuk, betapa besarnya kawasan metropolis bawah tanah ini. Kalau dulu selain Derinkuyu ini dijadikan tempat untuk berlindung dari tentera Islam masa zaman kegemilangan Uthmaniyah di Turki, ia juga menempatkan kilang wain, tempat pembaptisan, bilik-bilik mesyuarat, sekolah, dapur, gereja, telaga dan kubur. Walaupun disebut kubur ada di sini, namun sehingga kini tak jumpa satu rangka pun yang ada di sini semasa penggalian dibuat. Mungkin belum jumpe lagi kot. Hameedah tu ada juga cakap, tempat ini boleh memuatkan 20,000 orang pada masa yang sama. Tak dapat aku bayangkan sebenarnya, betapa penuhnya orang dengan cahaya yang suram-suram gelap dalam tu.
Bertindak sebagai dapur memasak



Suhu di bawah tanah ini adalah lebih panas berbanding suhu dipermukaan tanah. Itu adalah advantage la sebab di Cappadocia ini, kalau musim sejuk memang agak melampau sejuknya. Duduk bawah ni at least boleh menghangatkan sikit badan tu secara semulajadi.

Setiap rumah di atas tanah yang ada di sekitar kawasan ini dipercayai ada terowong rahsia untuk ke bandar bawah tanah ini. Adalah dipercayai juga terdapatnya satu terowong rahsia sepanjang 8 km untuk menghubungkan Derinkuyu dengan satu lagi metropolis bawah tanah yang dikenali sebagai Kaymakli. Pada aku memang unik kewujudan bandar bawah tanah ini. So korang, apa lagi, sebelum bandar ini hancur akibat gempa bumi ke apa ke, lebih baik korang masukkan tempat ini dalam wishlist masing-masing.
Cross-Section Derinkuyu
Di antara souvenir yang dijual di luar Derinkuyu
Selepas habis explore Derinkuyu Underground City ini, kami meneruskan perjalanan ke Ihlara Valley untuk aktiviti trekking. Yay!!

Akan di sambung kemudian. :-)

Rabu, 3 Jun 2015

Manisnya Cinta di Kappadokiyya 2: Goreme Open Museum

Wow. Today is 3rd June 2015.


I am A proud  34-year-young woman. 

Ahem.

Wishlist: -

Alhamdulillah, i have all that i need for now. Semoga Allah tidak putus memberi rezki pada aku dan keluarga. Rezki kesihatan yang baik, rezki harta benda yang berkat, rezki kasih, cinta dan sayang dari suami, anak, adik beradik dan keluarga. Terima kasih Allah SWT.

Amin.

Untuk celebrate hari yang best ini, jom sambung entry Turkey. kikiki. Ini adalah sambungan dari SINI

Kami check in bilik dan bersenang lenang sekejap untuk hilangkan penat naik bas dari Kayseri ke Goreme. Perjalanan dari Kayseri tu adalah dalam sejam lebih kot.

SO next agenda kami adalah tentunya mengisi perut yang dah berkeroncong la kan. Tadi dalam bas makan coklat ehsan pakcik driver jea. Yang best dekat Turki ini, semua restaurant memang halal la kan. Kami memang x bawak banyak stok makanan masa travel kali ini sebab tau makanan memang sgt senang nak dapat.

Range harga kalau kebab tu dalam 7-10 lira. Depends on jenis. Kalau menu lain let say macam set kofte(meatball), iskander etc range dalam 15-18 lira. Setiap menu tu memang akan dihidang skali dengan roti2 potong. Makanan ruji kat sini memang rotila kot.




Bila perut dah kenyang dan dapat balik tenaga nak berjalan ni, maka kami pun meneruskan perjalanan ke Goreme Open Museum. Masa perjalanan dari pekan Goreme ke Open museum ni aku rasa dalam 20-30 minit sebab dalam sebatu juga la nak jalan. Ikut orang dan cuaca pada masa tu kot. Masa kami pegi ini winter, suhu dalan -5 ke 5C, so memang sedap la nak jalan walau jauh pun. Tp kena pakai full winter outfit la. Skali angin lalu...kuss semangat. Kalau masa musim panas, kawasan ini memang agak terik dan kering. So mungkin ada sedikit azab la berjalan masa tu. Mungkin.
Sebelum gerak ke Open Museum tu, kami jalan-jalan dulu pekan kecik dia. Memang x ramai pun orang. Kedai pun tak semua bukak. Waktu tu dah dalam pukul 2pm rasanya. 




Selesai jenjalan pekan Goreme yang kecik itu, kami meneruskan perjalanan ke Open Museum pula. Sepanjang perjalanan, korang akan dihidangkan dengan permandangan bukit/bangunan yang unik. Bukit-bukit yang rupanya jadi begini sebab hakisan angin la pada tanah-tanah di sini. Dari segi geografinya, Goreme ini memang berada di tengah-tengah Turki, wilayah Anatolia ini. So angin dari barat dan timur TUrki ini akan bertemu dan berpusing-pusing di sini.  Dalam ratusan dan ribuan tahun perkara ini terjadi, maka terbentuklah struktur tanah yang sebegini rupa. 
Bukit/bangunan yang terhasil dari hakisan angin ini telah dijadikan rumah atau tempat berlindung bagi penduduk di daerah ini sejak seribu tahun dulu. SO tak mustahil, kawasan ini termasuk dalam UNESCO World Heritage Site. 
 
Ada juga hidupan lain. 
Di antara spot yang ditempuhi. Tetiba ada pokok tembikar ini. Purposely utk create photobooth di sepanjang jalan ini.
Tak tau siapa empunyanya. Out of nowhere boleh ada basikal tua ini

Road surface memang macam ini supaya tidak licin jika ada salji. Jalan sedikit landai ke atas. Kalau tetiap hari boleh tonggek
Iya..sejuk sangat especially bila angin menghembus ke pipi

Haa yang ini yang paling tak boleh blah. Tak pasal2 alien pun nak interframe kat tepi jalan ini ;p
Setelah hampir 30 minit kami berjalan, maka sampailah kami ke tempat yang dituju. Tiket masuk ke Goreme Open Museum ni dalam 20 Lira. Sesapa yang bawak kereta ada tempat parking disediakan. Kena bayar ke tak, aku tak sure. Kalo bayar pun minimal je kot. 


Hari dah petang. Dalam Jam 3pm. Memang tak da orang sgt masa ini. Mungkin masa tutup pun pukul 5pm

Goreme Open Museum ini sebenarnya rangkuman beberapa gereja gua yang ada di Kappadokiyya. Kebanyakannya wujud sejak era Byzantine lagi. Kalau tengok lukisan-lukisan yang ada di dinding-dinding gua memang ada seni byzantine kuno. Zaman dulu sebelum Islam mekar berkembang di Turki, di sinilah tempat bangsa kuno Hitte mengamalkan ajaran agama Christian mereka. 
:-)









Kami ambil masa dalam sejam lebih juga untuk explore Open Museum tu. Musim sejuk, waktu siang dia singkat. So dalam jam 6petang dah gelap pekat. Oleh sebab itu, pukul 5pm dah kena gerak balik sebab nak menapak balik ke pekan Goreme tu agak jauh juga kan. Kami di antara orang yang terakhir meninggalkan kawasan itu dan berjalan berdua-duakan sepanjang balik agak mcm romantik gak la. kikikikii Kebanyakan orang yang datang ikut tour agent skali dengan bas. So tinggal kami berdua je yang gigih berjalan kaki balik ke hotel ;p


Akan di sambung kemudian.