Malam ini cubaan mengaler setelah bertahun2 meninggalkan doniya seni ini.
Hmm x puas hati!
Published with Blogger-droid v2.0.4
Located at Solaris Dutamas, MapKL shows the works is an exciting programme of community oriented activities that encompasses the widest possible diversity of creative content.
MAP will provide opportunities for arts and cultural producers from multidisciplinary backgrounds to develop their ideas while promoting compelling encounters to a broad audience.
As a meeting point between artists, curators, critics and the public, it will also serve as a catalyst for the exchange and exploration of contemporary ideas.
Agak sedih sebab kedua-dua situasi ini memang ada terjadi.
Oleh Mohd Jamilul Anbia Md Denin anbia@...
KUALA LUMPUR: Apalah sangat nilai RM50 berbanding harga diri seorang wanita, namun itulah hakikat kehidupan kota hari ini apabila beberapa gadis lepasan sekolah dan kakitangan swasta sanggup menjadi ‘kupu-kupu senja’ menjual maruah dengan menawarkan khidmat seks hanya dari dalam kereta.Kebanyakan gadis itu yang berselindung di sebalik identiti sebenar menawarkan khidmat sambilan lepas pejabat selepas proses tawar menawar dilakukan melalui khidmat pesanan ringkas (SMS).
Siasatan wartawan Harian Metro mendapati aktiviti hina itu dilakukan sebagai pekerjaan sambilan bagi menambah pendapatan serta menganggapnya satu bentuk perniagaan tetap.
Kegiatan tidak bermoral itu berjaya dibongkar membabitkan sekurang-kurangnya dua gadis apabila nombor telefon mereka diperoleh daripada laman web mencari kenalan baru di internet.
Gadis pertama berusia 25 tahun yang hanya dikenali sebagai Fiza (bukan nama sebenar), bekerja sebagai jurujual di sebuah butik di Damansara, di sini.
Pada mulanya, dia enggan menjawab panggilan telefon walaupun beberapa kali dihubungi.
Namun, selepas SMS dihantar bertanya mengenai perkhidmatan seks ditawarkan selain kadar bayaran dikenakan, gadis terbabit segera membalas mesej teks berkenaan.
Hasilnya, gadis itu menghantar SMS dengan perkataan, “Boleh, boleh sangat. U katne (di mana)? You nak I isap **** atau nak date je. Berapa you boleh bayar I? Mana you dapat nombor handphone (telefon bimbit) I?”
Seorang lagi gadis pekerja syarikat insurans di Seremban, Negeri Sembilan dikenali sebagai Lin, turut menyediakan khidmat sama dan berjaya dijerat melalui SMS.
Lin, 23, (bukan nama sebenar) tinggal serumah dengan beberapa rakan yang bekerja di kelab malam dan karaoke di Seremban dan mendakwa sering kesunyian, terutama apabila rakan serumahnya keluar bekerja sepanjang malam hingga awal pagi.
Pada mulanya, gadis terbabit diragui sehinggalah dia menghantar SMS berbaur lucah.
Ketika ditanya sama ada dia pernah melakukan hubungan seks serta status dirinya, Lin segera menjawab melalui SMS, ‘seks hari-hari... dah lali. Nak kata kahwin tak juga, nak kata tak kahwin serupa dah kahwin.’
Apabila ditanya secara tanpa selindung berhubung khidmat istimewa yang boleh diberikan, Lin lantas membalas dengan ayat berbaur lucah ‘I leh (boleh) luv bite (gigitan cinta) nama i kat dada you yang cerah tu jadi huruf. Tahan seminggu.’
Serentak itu, dia cuba dipujuk untuk mengadakan temujanji seks di ibu kota selain menetapkan bayaran.
Ternyata ajakan itu dibalas dengan positif apabila Lin menghantar SMS dengan menjawab, ‘I boleh turun KL Sabtu ni... tapi you kena cari hotel dan bagi (bayar) RM200. Kalau okey reply (balas)’.
Temujanji itu ‘tergendala’ apabila SMS gadis itu tidak dibalas oleh wartawan Harian Metro.
Pendedahan kedua-dua kes berkenaan membuktikan khidmat seks melalui SMS yang dimulai dengan perkenalan singkat menerusi internet, kian menjadi trend di kalangan gadis, termasuk dari luar ibu kota untuk mendapatkan pendapatan sampingan.