Selasa, 19 Oktober 2010

Oh Graffiti> Kupu-kupu senja.

Jika anda berpeluang ke wilayah Jogja di Indonesia dan seorang peminat graffiti, pasti anda terpesona dengan kebanyakan dinding bangunan yang dipenuhi dengan Graffiti. Walaubagaimanapun ia bergantung juga dengan citarasa seseorang individu. Ada orang yang merasakan imej-imej mural ini menyemak sahaja walaupun ianya cantik. Tapi bagiku, setiap mural yang ada di Jogja ini amat menarik pandanganku. Aku memang seorang yang menghargai hasil karya seni yang sebegini. Lebih-lebih lagi kalau graffiti yang dilukis itu membawa maksudnya yang tersendiri.

  
a thoughtful grafitti about 'kupu-kupu senja'. 

kalo kita sebut pasal kupu2 senja ia selalu dihubungkaitkan dengan aktiviti pelacuran @ gro dan lain-lain seumpama dengannya. Sejauhmanakah grafiti ini dapat menghantarkan mesej tentang betapa teruknya kesan negatif terhadap aktiviti pelacuran yang berleluasa pada masa kini?

Jika di Kuala Lumpur, terdapat beberapa senario yang sekarang memang menjadi tren kupu-kupu senja ini. Cuba hayati pelaporan dari wartawan Harian Metro dalam mengorek aktiviti2 kupu-kupu senja ini.

Oleh Mohd Jamilul Anbia Md Denin anbia@...

KUALA LUMPUR: Apalah sangat nilai RM50 berbanding harga diri seorang wanita, namun itulah hakikat kehidupan kota hari ini apabila beberapa gadis lepasan sekolah dan kakitangan swasta sanggup menjadi ‘kupu-kupu senja’ menjual maruah dengan menawarkan khidmat seks hanya dari dalam kereta.
 
Kebanyakan gadis itu yang berselindung di sebalik identiti sebenar menawarkan khidmat sambilan lepas pejabat selepas proses tawar menawar dilakukan melalui khidmat pesanan ringkas (SMS).

Siasatan wartawan Harian Metro mendapati aktiviti hina itu dilakukan sebagai pekerjaan sambilan bagi menambah pendapatan serta menganggapnya satu bentuk perniagaan tetap.

Kegiatan tidak bermoral itu berjaya dibongkar membabitkan sekurang-kurangnya dua gadis apabila nombor telefon mereka diperoleh daripada laman web mencari kenalan baru di internet.

Gadis pertama berusia 25 tahun yang hanya dikenali sebagai Fiza (bukan nama sebenar), bekerja sebagai jurujual di sebuah butik di Damansara, di sini.

Pada mulanya, dia enggan menjawab panggilan telefon walaupun beberapa kali dihubungi.

Namun, selepas SMS dihantar bertanya mengenai perkhidmatan seks ditawarkan selain kadar bayaran dikenakan, gadis terbabit segera membalas mesej teks berkenaan.

Hasilnya, gadis itu menghantar SMS dengan perkataan, “Boleh, boleh sangat. U katne (di mana)? You nak I isap **** atau nak date je. Berapa you boleh bayar I? Mana you dapat nombor handphone (telefon bimbit) I?”

Seorang lagi gadis pekerja syarikat insurans di Seremban, Negeri Sembilan dikenali sebagai Lin, turut menyediakan khidmat sama dan berjaya dijerat melalui SMS.

Lin, 23, (bukan nama sebenar) tinggal serumah dengan beberapa rakan yang bekerja di kelab malam dan karaoke di Seremban dan mendakwa sering kesunyian, terutama apabila rakan serumahnya keluar bekerja sepanjang malam hingga awal pagi.

Pada mulanya, gadis terbabit diragui sehinggalah dia menghantar SMS berbaur lucah.

Ketika ditanya sama ada dia pernah melakukan hubungan seks serta status dirinya, Lin segera menjawab melalui SMS, ‘seks hari-hari... dah lali. Nak kata kahwin tak juga, nak kata tak kahwin serupa dah kahwin.’

Apabila ditanya secara tanpa selindung berhubung khidmat istimewa yang boleh diberikan, Lin lantas membalas dengan ayat berbaur lucah ‘I leh (boleh) luv bite (gigitan cinta) nama i kat dada you yang cerah tu jadi huruf. Tahan seminggu.’

Serentak itu, dia cuba dipujuk untuk mengadakan temujanji seks di ibu kota selain menetapkan bayaran.

Ternyata ajakan itu dibalas dengan positif apabila Lin menghantar SMS dengan menjawab, ‘I boleh turun KL Sabtu ni... tapi you kena cari hotel dan bagi (bayar) RM200. Kalau okey reply (balas)’.

Temujanji itu ‘tergendala’ apabila SMS gadis itu tidak dibalas oleh wartawan Harian Metro.

Pendedahan kedua-dua kes berkenaan membuktikan khidmat seks melalui SMS yang dimulai dengan perkenalan singkat menerusi internet, kian menjadi trend di kalangan gadis, termasuk dari luar ibu kota untuk mendapatkan pendapatan sampingan.
Hmm dashyat kan? Kita sebenarnya tak tahu ape yang mendorong kedua-dua wanita ini ke arah itu. Nak kata desakan hidup yang terlampau teruk di ibu kota ini sebagai penyebabnya pun mungkin juga. Tapi kan, kalo nak diikutkan mereka ini memang muda remaja. Ada setengah itu masih bersekolah menengah lagi. Sungguh tak sangka actually..terpaksa atau ada juga yang suka-suka melalui gaya gelap hidup seperti ini..

Moga-moga dijauhkan kita serta sanak saudara kita, dengan perkara-perkara sebegini..Nauzubillah..

11 ulasan:

  1. oh wow... scary sunggoh di luar sana.

    jom pindah jogja (takde kaitan, i know :P)

    BalasPadam
  2. cehhhhhhhhhhhh

    alasan nak pindah jogja...;)

    BalasPadam
  3. dasat.. sbb terdesak duit dgn taraf hidup yg makin tinggi ape pn sanggup buat..

    BalasPadam
  4. memang menakutkan...sebab tu la hubungan anak2 dgn keluarga kena rapat...parents kena tahu dengan siapa anak berkawan dan ke mana sahaja anak pergi...bukan nak mengongkong tapi adalah untuk kebaikan anak tersebut...

    p/s : saat nie aku risau memikirkan anak dara aku yang makin membesar...moga dijauhkan la dari anasir2 jahat nie...

    BalasPadam
  5. semoga zuriat dan keturunan kita dijauhkan....

    BalasPadam
  6. nauzubillah kan. cetek sgt dia pk

    nak seronok2 kejap je. nnt da dpt penyakit, sampai ke akhir hayat merana

    minta keluarga dan rakan2 dijauhkan dr benda x elok neh

    BalasPadam
  7. astaghfirullahalazim....
    sedih aku baca..
    tapi aku suka graffiti. if only we can have it done with govt support here

    BalasPadam
  8. @all;

    itu la, sedih kan. memacam yang daring sekarang boleh berlaku. Kenkadang itu ada kes, mak bapak dah didik dan beri kasih sayang sepenuhnya, tapi bila dah terpengaruh dengan rakan sebaya, terus lalai. Sungguh suka untuk mencuba benda baru dan akkhirnya memakan diri.

    Kita doa2kan la moga bukan dugaan sebegini yang Alah akan beri kepada kita di kemudian hari. Terlalu berat aku kira untuk seorang ibu menerima kenyataan anaknya sebegini.

    BalasPadam
  9. @GB:

    aku pun memang suka seni graffiti tapi kat Malaysia nie macam tak menonjol langsung. aku setuju mungkin kurang fund untuk menjayakannya.

    Sebab kat malaysia nie Artis memang ramai yang bole buat menda nie.

    BalasPadam
  10. aku suka seni.
    titik.

    = ayen.

    BalasPadam
  11. @ayen:

    Aku tau. rindu nk tengok ko guna watercolur...

    BalasPadam