Malam ini harapnya hujan turun.Mesti syiok tido di malam yang hujan. Sejuk semulajadi.
Nways entry malam ini aku khaskan kepada sesiapa yang tidak bersependapat dengan ku, yang menempelakku kerana tidak layak mempersoalkannya kerana aku hanya penjawat awam yang tidak berpangkat sebesar mana, yang merasakan aku hanya perlu memikirkan pasal diriku sahaja dan tidak perlu 'kecoh-kecoh' mengenai perkara yang mereka katakan "sangat remeh" ini. Sebelum anda membaca blog ini, sila buka hati, buka minda dan berfikiran secara rasional demi kepentingan semua.
Niatku hanya satu hanya untuk berkongsi pendapat, kepercayaan, dan pemerhatianku di dalam blog peribadiku ini. Kita sama-sama belajar dari setiap kesilapan dan kekurangan. Janganlah perkecilkan saya tidak layak meluahkan pendapat di dalam blog saya sendiri jika saya ini bukan anak dato' atau mana-mana orang berkepentingan. (Sebab ada juga orang yang agak dangkal mempersoalkannya)
Semuanya bermula dengan Entry ini. Bermacam-macam reaksi yang aku terima terhadap entry ini dan entry-entry seangkatan dengannya. Di dalam entry pertama, aku menulis berkenaan isu the so called "smoking area" di kawasan premis kerajaan iaitu PICC. Kenapa PICC?!(Ada orang bertanya kenapa tidak KPKT or memana premis kerajaan lain?)
Sejujurnya, bukan hanya PICC menjadi tempat rungutanku berkaitan isu merokok di tempat awam ini. Ia merangkumi semua kawasan larangan merokok yang telah diwartakan di dalam PERATURAN-PERATURAN BERKAITAN. Tidak timbul isu hanya PICC sahaja yang dibangkitkan. Ia hanya contoh yang dekat denganku pada masa itu sebab aku baru habis menghadiri beberapa seminar di sana. Sementelah itu, aku bangga mempunyai bangunan sebegitu gah dan dipergunakan dengan sebaik-baiknya dengan pelbagai aktiviti kemasyarakatan, seminar, bengkel, perjumpaan pelbagai persatuan, sambutan perlbagai hari penting,kenduri kahwin, konvokesyen dan sebagainya. Ia juga dipergunakan oleh pelbagai jenis orang, dari yang kaya hingga ke miskin, dari yang berpangkat hingga yang tiada, orang dewasa-lelaki dan wanita, orang tua-lelaki dan wanita, kanak-kanak,orang-orang berpenyakit kritikal, dan sebagainya. Tidak timbul isu pengurusan PICC seperti yang dilebih-lebihkan ianya teruk bagiku oleh pembaca yg tidak berpuas hati dengan isu yang ingin aku bangkitkan ini.
Malah aku puji Unit Khidmat Pelanggan PICC kerana peka dengan aduanku dari E-MEL RASMI yang aku sampaikan kepada mereka serta kewujudan penulisan artikel aku ini selepas itu. Aku amat hargai komen yang telah dibuat oleh Unit Khidmat Pelanggan di dalam blogku ini. Ingin aku tegaskan di sini aduanku adalah RASMI dengan nama yang sah serta maklumat bagaimana untuk menghubungiku yang sah. Aku bukan berselindung di sebalik ANONYMOUS atau seumpama dengannya. Ia adalah sah dan mengikut prosedur yang sah. Tujuanku menCC-kan juga balasan emelku untuk PICC ke Pihak Yg Berbahagia Tan Sri KSN adalah sesuatu yang normal. Dan ini adalah sah. Kerana aku tahu, Tan Sri KSN adalah seorang yang sangat prihatin terhadap masalah yang dihadapi oleh penjawat awam mahupun orang awam. Kerana apa, setiap keputusan yang diambil oleh mana-mana pihak kesannya adalah kepada makhluk Tuhan, tidak kira ia penjawat awam atau orang awam, binatang mahupun alam sekitar. Kenapa perlu ada double-standard?
Ingin aku tekankan di sini, niat aku menulis berkenaan perkara ini adalah untuk perkongsian bersama dengan teman-teman blogku, dan setiap apa tindakan yang telah aku ambil boleh dijadikan tindakan susulan mereka(jika mereka rasa aku berada di pihak yang benar). Maklum balas pertama telah aku terima dari PICC kurang dari 24 jam (sebenarnya aku dapat lewat dari itu sebab 'masalah teknologi' yang aku guna sekarang-benar, ia kekurangan dari pihakku) dan aku sedang tunggu respon selanjutnya yang telah dijanjikan akan dimaklumkan kepadaku dengan kadar segera. Aku faham tugas mereka dan aku menunggu dengan sabar dan penuh keterbukaan yang munasabah sekarang.
Ada yang membangkitkan:
"3. So mana kwn2 tuan punya blog yg ckp ada staf gomen buka FB dsbnya masa keje, korg pun tgh tuding jari jugak la kat tuan punya blog ni..2 x 5 je..fakta pun x betul bila post 'Perlanggaran Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau (Pindaan) 2008 yang telah disediakan sendiri oleh Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia'. Sejak bila la pulak JPA terlibat dgn akta nih? Akta ni bawah Kem Kesihatan la..saya betulkan je takut nnt tuan tanah salah jawab soalan PPK..hehe..yg JPA keluarkan hanya siaran akhbar utk ingatkan pegawai awam je..rujuk http://www.jmm.gov.my/files/laranganmerokokdipremiskerajaan.pdf sebagai contoh..itu pun hanya melarang penjawat awam merokok di premis kerajaan, bukan pulak melarang orang awam..jadi ayat2 hebat tuan tanah kat atas tentang pelanggaran apa semua tu, xde la hebat sgt pun..pengurusan PICC mana boleh nak mendenda orang awam yang merokok...itu tugas pihak lain pulak...tak pasal2 nnt kalau 2 kawasan hijau tu diwartakan terus sbg zon merokok lagi haru...hehehe.."Alright Mat Teropong. Do you have any name? You should be proud to address your name when you talk or write to people. Especially to me, even either im onli a civil servant or i dont have any high rank status to be respected. Or what else shall i called you, The Peeping Tom? You can asked me to buy a good Binocular, if you wish to thou..(owh me, just joking.., no hurt feeling ok..)
ok, lets back to the argument:
Untuk pengetahuan kamu, kebanyakan masa si Tuan Blog ini melayari internet (bagi tujuan 'lango') adalah waktu malam, lewat petang dan rehat apabila masa bekerja. Adalah tidak layak untuk anda menuduh yang bukan-bukan jika tidak tahu hal sebenarnya. Do not talk shit like this when you talk to me.
Walaupun saya ini penjawat awam yang berpangkat rendah sekalipun.
And yeah, terima kasih daun keladi kerana cuba memperingatkanku berkaitan PERATURAN BERKAITAN. Sebelum tuan google perkara itu, saya (sebagai pejuang anti-perokok di tempat awam) dah baca lama dah Siaran Akhbar yang dikeluarkan oleh JPA berkenaan. Saya sangat bersyukur kerana ia menunjukkan Kerajaan adalah serius dalam membenteras gejala ini. Walaubagaimanapun, Adalah KHILAF SAYA mengatakan ianya DISEDIAKAN oleh JPA wakhal SEBENARNYAnya peraturan itu disediakan oleh Kementerian Kesihatan kerana semasa penulisan dibuat, maklumla mengantuk di kala malam. Dan Tuan perlu tahu bahawa ianya datang bersama-sama Peraturan yang satu lagi tue. Tuan boleh baca sekali lagi siaran akhbar tersebut dan juga Peraturan terperinci berkaitan. Jangan fokus hanya kepada siaran kerana ia untuk penjawat awam sebab dikeluarkan oleh JPA. Fokus juga perlu bukan hanya kepada Perkara 8 dan Perkara-Perkara yang lain. Ada 20 keseluruhannya.
And yes, tidak perlu Tuan risau jika saya mungkin akan tersalah jawab masa Peperiksaan Tahap Kecekapan Kompetensi Generik nanti. Berapa peratus sangat ada orang yang tidak ada salah langsung dan dapat 100% bagi soalan subjektif PTK Generik itu. Terima kasih di atas kerisauan anda kerana saya sudah ambil periksa pertengahan tahun 2010 dan dapat Aras yang agak memberangsangkan. Alhamdullilah, tapi Nak 'he-he' balik la dekat Tuan.
Ok, sebelum melalut.. Kembali kepada fakta. Marilah kita hayati pengertian sebenar Peraturan yang digubal tersebut. Kedua-duanya. Saya percaya ia adalah bagi semua orang di Malaysia ini tidak kira anda adalah seorang penjawat awam, penjawat swasta, orang awam dan sebagainya lah- kerana apa? Cuba fikirkan dengan mendalam apa tujuan Peraturan-Peraturan itu disediakan? Untuk menjamin kehidupan rakyat yang lebih terpelihara dan sihat kan? Mari kita kaji dan membuat penilaian impak terhadap hasrat sebenar Peraturan-Peraturan itu dikeluarkan. Tapi bukan di sini la, bole minta Kementerian Kesihatan untuk menjalankan penilaian impak tersebut. Walaubagaimanapun, saya tahu hasilnya akan membawa kepada penambahbaikan seterusnya.
Pada pendapatku, sekali lagi dengan rasa rendah diri dan bukan siapa-siapa atau cuba nak berlagak heroin atau sebagainya,
Kita ambil contoh di PICC seperti kajian kes pada entry pertamaku dulu. Kita memang semuanya maklum bahawa pengunjung yang akan berada di sana bukan hanya penjawat awam sahaja malah orang awam. Jika kita buat penilaian statistik terhadap pengunjung yang datang berdasarkan jantina, rasanya siapa yang lebih ramai? Anda fikirklah sendiri. Kita zoom lagi antara semua pengunjung atau penjawat awam yang bekerja di situ, rasanya BERAPA RATIO orang yang merokok dengan orang yang tidak merokok dan bakal menjadi perokok pasif jika dia ingin menggunakan taman tersebut untuk tujuan rehat sebagainya? BERAPA AGAK PECAHAN RATIO-NYA? Anda fikir sendiri. Aku tak pandai dalam mengagak ni tapi mungkin dalam 10:3. 10 adalah bukan perokok dan 3 adalah perokok. Maaf jika saya salah.
Dan seterusnya, adakah berbaloi wang yang digunakan dalam membina taman tersebut dan dikhaskan terus kepada golongan MINORITI ber-ratio 3 itu? Adakah wajar di sini? Adakah golongan yang mempunyai 10 ratio ini yang sesungguhnya majoriti tidak berhak untuk menikmati faedah dari taman yang dibina dengan SELESA? Lagi-lagi di premis kerajaan seperti PICC sebagai contoh.
Alright, kita cuba bergerak ke situasi yang lain. Jika kawasan tersebut telah diwarta sebagai kawasan larangan merokok oleh pihak PICC. Adakah wajar tindakan penguatkuasaan hanya kepada penjawat awam? Pada saya, jika cadangan saya untuk menzonkan kawasan tersebut sebagai kawasan larangan merokok ini diterima, tindakan penguatkuasaan perlu juga dibuat ke atas orang awam yang merokok. Kerana dia juga melanggar larangan yang dibuat. Dari mana datangnya idea hanya penjawat awam perlu dikenakan tindakan? Bunyinya tidak adil bukan. Sebaliknya, seseorang perokok itu tidak kira dia seorang penjawat awam atau pengunjung awam perlu set in their mind bahawa kawasan yang ingin diorang pergi ini kawasan larangan merokok dan patuh terhadap larangan. Jika tidak,perlu bersedia untuk diambil tindakan tidak kira mereka itu siapa. Double-standard tidak wajar wujud dalam setiap tindakan penguatkuasaan.
Walaubagaimanapun, jika pihak pengurusan PICC berpandangan supaya didedikasikan kawasan itu sebagai kawasan merokok, dan saya tidak dapat berkata apa2 la. Cumanya apa yang saya harapkan mereka mengambilkira prinsip keadilan sejagat yang saya dok pekikkan macam anjing ini(seperti kata 'anon.' tah yg keberapa tah, ramai sgt pun) sebelum ini. Saya sedar diri saya siapa. Saya sedar saya bukan siapa2. Tapi layakkah si annon berpendapat sebegitu apabila saya melontarkan pendapat yang berasas di dalam blog saya sendiri. Entahla, saya harap suatu hari nanti kamu akan faham yea, Annon.
Alright ada satu lagi perkara yang telah mencuit hatiku (gelak guling pun ade memikirkan isu yg cuba dibangkitkan, sgt tidak relevan dan berasas, pakcik):
"5. Akhir sekali aku rasa tuan tanah ni juga seolah2 ada salah guna jawatan dia yg dia pegang..cth mcm gi Kinabalu tu..kan urusan peribadi, so napa la nak guna emel gomen? Nak soh timbul perasaan gerun skit ke keatas pengurusan resort tu? Salah guna kuasa tu..x elok..patut guna emel peribadi kalau tujuan tu peribodi.."
Pemerhatian yang rapi telah dibuat sebelum emel rasmi itu dibuat. Dan aduan itu bukan untuk kepentinganku sahaja tapi untuk semua pendaki terutama pendaki di Kundasang sendiri yang perlu membayar hampir minRM500 dan ke atas untuk mendaki gunung di belakang rumahnya sendiri. Tujuanku untuk berkongsi di laman blog peribadiku ini supaya ia dapat menjadi panduan bagi mereka yang lain yang ingin mendaki gunung kinabalu supaya mendapatkan harga pakej yang berpatutan. Ingin dijelaskan di sini, emel telah dihantar ke Kementerian berkenaan dan kementerian berkenaan yang meminta supaya SSL berhubung terus denganku kerana mungkin mereka berpandangan harga pakej yang ditetapkan oleh company berkenaan tidak relevan, di samping beberapa aduan yang sama dari pendaki lain.
Lihat, jika anda ini bijak, Tiada isu penyalahgunaan kuasa di sini. Sangat jelas dan terang. In the first place, siapa pula saya ini yang Kementerian/SSL tue nak gerun? Hebat sangat ke saya ini? Saya hanya penjawat awam biasa seperti yang lain. Jadinya, sebelum membuat sesuatu kenyataan berhubung sesuatu perkara, kajilah dahulu. Isu apa yang dibangkitkan dalam aduan tersebut. Pohon jangan membuat tindakan terburu-buru seperti ini lagi, ia hanya memalukan dirimu sendiri bila diteliti. Adus..
Panjangkan Entry kali inikan?
bagi teman-teman blogku sekalian, aku mohon maaf sekiranya isu yang aku cuba debatkan ini SANGAT REMEH DI MATA SESETENGAH ORANG. Setiap orang mempunyai pendapatnya sendiri tetapi sebelum dilontarkan sebarang kritikan buatlah kajian sedikit..Dan berfikir secara rasional demi kepentingan semua pihak.
Sekali lagi, kepada pengkritik sekalian,
Wassalam.
Good one, Mas!
BalasPadam:)
love the way you answer it...hehehehe...
BalasPadam@Temi+Lyn:
BalasPadamterima kasih korang sebab menyokong usahaku yang hanya picisan dan direndah-rendahkan oleh segolongan masyarakat.
ape2 hal pun, kita berserah k..
nampaknya cuitan dah jadi cubitan. :)
BalasPadam@GB:
BalasPadamngee..
Salam Semua,
BalasPadam1. Noted atas jawapan/alasan yg diberikan. Terima kasih. PTK dah mansuh ye.
2. Also saya ucapkan terima kasih dan tahniah atas penarikan semula perkataan 'bacul' dan 'poyo' kepada pihak PICC.
3. Yup, majoriti post dlm blog ni adalah di luar waktu bertugas rasmi, tapi harap Tuan Tanah tak nafikan yang ada juga komen yang Tuan Tanah buat semasa waktu bekerja. Saya dah check sblm saya post hari tu.
4. Hopefully isu di PICC dah selesai, either they will dedicated one atrium for smokers, the other one as non-smokers picnic area, or both as of the whole building/area of PICC are declared as non-smoking area. Hope you'll then will also take some pictures of smokers at your office, posted it at your blog and send an official complaint to your office.
5. Den akan terus meneropong..hehehe..walau ada yg x suka den meneropong..tapi den x suka skodeng benda yg bukan2..
Mat Teropong
@ my peeping tom:
BalasPadamThanks for your effort to have a look on my page here, keep coming again and again. i felt very much appreciated.TQ
on your first point, ive got my increment already so dats not a big thing for me anymore.
on your second point, for me when u make a mistake, do not hesitate to admit dat. no harm at all isnt it.
on your third point, if u can access my HRMIS and check when is my annual leave, then you will know which weekdays dat i took my leave then take some effort to recheck again when is the time i replied each of my comments. you will get the truth then, and it will deffo bites you. well again, do not consider myself as yours(IF you are like dat..). U never work with me before and you do not know how occupied i am each of my every single working days. so pls do not make some kind of judgement to me even to anyone else k. no good la..
anyhow, i kind of agreed with your 4th point. They can divide the places for two different activities. Dats will fulfill the needs of everybody. you know wat, in one ocassion dat i attended, theres one convocation event held at the same time. the places r too crowded evrywhere you go. then theres a "golden age lady" came to me and ask whr can she find a place for her having a fresh air. i was having my tea and we both are right in front of the greenny atrium. Both of us numb to each other. i felt so sorry to her but i cant suggest her to get in the place whre also crowded with smokers and even some other kids and mom and even the whole family having their sweet time taking photos inside the place.We dont know where they came from but they seems so excited with the place without realizing how unhealthy the places they are in. Thats is my observation.
And something need to be done.
Anyways, u are free for blogwalking here anytime u wish for but i suggest u to find a quality binocular so that the image is more clearer and real. just my two cents.
:)
one more thing,
BalasPadamdo not easily say something itu 'alasan' jika anda tidak faham mesej yang cuba disampaikan. TQ