Rutinku seharian, bekerja dan balik dari kerja everything sudah ready. Makanan dan segalanya. Aku amat bertuah, masih tinggal bersama keluargaku. Dan mereka ada di sampingku pada setiap masa dan ketika. Aku memang senantiasa berada di comfort zone ini sepanjang perjalanan hidupku ini. Syukur kepadaNya.
Walaubagaimanapun,ada ketikanya, bila umur semakin meningkat, persepsi pemikiranku serta kehendakku untuk hidup secara sendiri akan datang sekali sekala dan semakin kuat. Bukannya tidak mensyukuri segala keselesaan yang ada pada masa sekarang tetapi aku kira ia lumrah kehidupan, apabila sudah sampai tahap usia tertentu, kita ingin hidup di atas tapak sendiri dan belajar untuk rasa hidup berdikari. Aku pernah meminta izin dari keluargaku untuk menyewa di luar dan cuba hidup berdikari beberapa tahun lepas, walaubagaimanapun, tidak semua orang boleh faham akan kehendakku yang satu ini.
Tiba-tiba aku berangan;
Nanti bila sudah ada rumah sendiri, aku akan:
1. cat umah kaler putih, feature wall kaler biru.
2. seating L-Shape sahaja. Perabot takkan banyak. Menyemak sahaja sebab rumah pun bukannya besar mana.
3. Tv kena ada walaupun tengok pun jarang-jarang.
4. Ada satu ruang dinding untuk gantung gambar yang di snap sendiri dan di frame dengan white frame. (Kesan terpengaruh dengan ke-kreativian Emmy dan Ayu dalam menggunakan pic sendiri semalam. Korang aku masih bersin sampai sekarang ni. Adus..sengsara..)
5. Set bilik tidur kaler putih.
6. Rumah akan banyak gantung cermin sebab mahu nampak kesan ruang rumah yang lebih luas.
7. Dapur pun simple sahaja. Set dapur warna hitam. Meja makan pun muat untuk sorang dua sahaja.
8. Ada satu ruang ilmiah untuk aku bekerja.
9. Balkoni yang ada satu dua pokok dan ada benches untuk menikmati keindahan malam dari tingkat 23
10. Kunjungan kerap dari adik-adikku serta mak ayahku ke rumahku yang akan memeriahkan suasana walaupun aku tahu setiap hujung minggu pasti aku balik ke rumah mereka untuk menumpang kasih :)
Mak: Apa susah, kalau nak hidup berdikari, cepatlah decide untuk menikah. Mak tak kisah mas nak pilih sesiapa pun. Mak terima.
Aku: Bukan semudah itu mak.. Ada banyak lagi ingin kukecapi sebelum masa itu sampai..
Ok fine! Akk skrg di tmpt mak ya sbb akk juga seorang ibu. Mak mana yg takmo tgk anak dia bahagia? Kalau akk ank lom berkahwin, insyallah akk izin dia beli rumah dan sebagainya. ikut kemampuanlah...
BalasPadamNasihat akk, di luar sana ramai lelaki TAPI cari yg baik juga ramai TAPI biar yg bersefahaman dan ada agama...
Akk doakan adik btemu jodoh..insyallah...jgn risau umur sekadar angka...
@kak CT:
BalasPadamterima kasih di atas kunjungannya.
Mak ayah saya memang tidak membantah apabila saya decide untuk membeli rumah awal tahun dulu. cuma mereka berharap by the time saya bole duduk di sana, sudah ada orang untuk menjaga saya jika bukan mereka. Tapi takdir itu adalah di luar kawalan saya.
Saya setuju, umur hanya angka. Terima kasih di atas doanya. :))
saya datang!
BalasPadamsaya datang!
tin tong!
tin tong!
' amoi. lu kate mau pasang itu chermin byk a?
gua ada manyak chermin mau juai. berape lu mau? '
hahaha
lek a mas. aku umah pun xde.
kalau aku homeless nnt, ko tumpangkan aku ye?
@BDC:
BalasPadamhahahah,
come in dear..u r most welcome :)))))
tp aku percaye, ko musti akan ade dalam mase terdekat nie.
korang pindah rumah, aku kasik signature frame foto khas eh ;P
BalasPadamok, janji tau. Aku pegang kate2 ko. Entry ini sebagai bukti ;)
BalasPadamsiann makk kanns.. ehehe
BalasPadam@en_me:
BalasPadamtakpe dekat jea..kalo rindu 15minit drive bole sampai depan umah mak..
seronoknya dgr ayat " mak tak kisah mas nk pilih siapa pun" sbb mak sy x kata gitu...
BalasPadam@fiza:
BalasPadamdulu mak akak pun agak memilih, tp mungkin sbb anak dia nie cam dah lambat gile kan, so dia wat tak kisah dengan sape..;)
mak akak dh dapat pencerahan agung kut.. ataupun tak sabar nak bercucu :)
BalasPadam