Sabtu, 16 Oktober 2010

Response Time yang Sangat Efisiyen Oleh PICC: "Smoking Area"

Pagi tadi semasa sedang berpeluh-peluh memasak puding buah-buahan yang akan kubawa bagi Kenduri di rumah Asuku, aku telah menerima satu pesanan ringkas SMS daripada Pihak Pengurusan PICC berkaitan aduan awam yang aku buat sebelum ini yang telah diemelkan kepadaku pagi tadi.

Ok, lihat. Hari ini adalah Hari Sabtu dan aku amat-amat menghargai respon yang sangat cepat dari PICC dalam mengendalikan, aku kira setiap aduan awam yang mereka terima. Aku amat menghargai setiap tindakan susulan yang telah mereka ambil sebaik setiap aduan diterima. Ucapan terima kasih yang tidak terhingga kuucapkan.

Mesti teman-teman blogku yang mengikuti Rentetan Aduan Pician ku ini ingin mengetahui apa yang telah diputuskan. Ok, aku kongsi bersama bagi pemahaman semua orang dan penambahan ilmu bagi diriku dan juga anda sekalian terhadap larangan merokok ini.

Salam Sejahtera dan Salam 1 Malaysia
Puan
Terima kasih diucapkan di atas aduan puan mengenai aktiviti merokok secara berleluasa di Taman Bahagian Tengah PICC. Setiap aduan adalah penting untuk kami mempertingkatkan sistem penyampaian perkhidmatan di PICC.
Untuk makluman puan, Taman Bahagian Tengah PICC yang puan maksudkan adalah 'atrium' yang mempunyai 'ruang udara terbuka'. Atrium bukanlah sebuah taman rekreasi seperti tanggapan puan. Malah terdapat signage besar di setiap atrium sebagai "Kawasan Merokok". Terdapat 2 atrium di PICC iaitu di zon hijau dan zon biru. Atrium ini direkabentuk oleh arkitek di PICC untuk tujuan berikut:
            i.          mengeluarkan udara kotor dan mengepam udara bersih dari/ke ruang Basement Tempat Letak Kereta PICC; dan
            ii.          memberikan cahaya matahari ke ruang Concourse bagi menjimatkan tenaga elektrik di PICC.
3.         Bagi mengindahkan pemandangan ruang atrium ini, arkitek dan pemaju bangunan PICC pada waktu itu (2001-2003) telah bersetuju untuk menanam pelbagai jenis pokok dan 'landscape' untuk tujuan ini. Oleh kerana PICC adalah bangunan zon tidak merokok serta tempat persidangan antarabangsa dan domestik yang dihadiri oleh pelbagai peserta dan pelawat, maka kawasan atrium telah dicadangkan dijadikan sudut untuk para peserta dan pelawat untuk merokok. 
Ia telah banyak mengelakkan orang ramai dari menjadi 'passive smokers' seperti yang puan maksudkan dalam aduan puan. Kaedah ini telah dan  sedang digunapakai di banyak negara luar dan contoh di negara kita sendiri adalah Bangunan KLIA dan Parlimen. Selain dari itu, bangunan PICC adalah sangat sensitif terhadap asap dan api, oleh itu tabiat perokok sukar dihalang dari merokok dalam bangunan, dan sekiranya dihalang mereka akan mencari ruang sendiri seperti tandas dan dewan-dewan kecil untuk merokok yang akan menyebabkan sistem penggera PICC menjadi aktif secara automatik, sekaligus menghentikan sistem-sistem lain dan ini pasti memberikan kesan buruk kepada majlis-majlis yang berlangsung. Dalam hubungan ini, penyediaan kawasan khas iaitu atrium adalah cara terbaik untuk mengawal kesan dari perokok-perokok ini kepada peserta/pelawat lain, seperti puan sendiri dan sistem kebakaran PICC. Keselesaan diberikan seperti tempat duduk dan 'ashtray' bagi menggalakkan perokok-perokok ke atrium-atrium ini.  
Merujuk kepada Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau 2004 [P.U. (A) 234/2004] yang puan maksudkan, PICC bersetuju bahawa premis bangunan Kerajaan tidak boleh dibenarkan untuk aktiviti merokok. Walau bagaimanapun, mengikut Peraturan 11 (2) P.U. (A) 234/2004 yang menyatakan seperti berikut: Per. 11 (2) - Walau apa pun subperaturan (1), Menteri boleh, apabila permohonan dibuat, meluluskan mana-mana kawasan sama ada secara tetap atau bagi tempoh yang ditentukan olehnya sebagai kawasan merokok.  
Pemeriksaan PICC dengan Kementerian Kesihatan pada 15 Oktober 2010, mendapati tiada kawasan dalam PICC yang telah diwartakan sebagai kawasan merokok lagi termasuk atrium. Ini adalah kerana terdapat interpretasi yang berbeza mengenai maksud 'premis Kerajaan' serta sejauhmana atrium dikategorikan sebagai sebahagian kawasan dalam bangunan PICC memandangkan ianya adalah satu kawasan terbuka dan sebenarnya berada di luar bangunan.  Dalam mesyuarat khas yang telah diadakan oleh PICC bersama Kementerian Kesihatan, Putrajaya Holdings, Hijazz Kasturi, Jabatan Kesihatan Putrajaya dan JKR (W.P.) pada 15 Oktober 2010, takrifan yang jelas telah diberikan oleh Kementerian Kesihatan di mana premis Kerajaan bermaksud kawasan di dalam bangunan dan juga di luar bangunan. Oleh itu, atrium tidak terkecuali dan ianya juga adalah kawasan zon larangan merokok. 
Sementara, permohonan dihantar kepada Y.B. Menteri berkenaan untuk tindakan seterusnya,  Jabatan Kesihatan Putrajaya sebagai penguatkuasa Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau 2004 di sini, telah diminta untuk membantu PICC menguatkuasakan peraturan ini sepenuhnya sehingga ada apa-apa keputusan sebaliknya. 

PICC mengucapkan terima kasih kepada puan kerana mengemukakan aduan ini kepada PICC yang telah membolehkan PICC mengambil tindakan sewajarnya.

Sekian, terima kasih jua.
Aku harus menerima dan hormat terhadap sebarang keputusan yang telah diambil oleh pihak PICC dalam menghantar permohonan berkaitan. Aku percaya setiap keputusan yang dibuat telah mengambilkira segala faktor yang mereka fikir berkaitan.

Jika permohonan itu diluluskan, aku harap bagi mana-mana orang awam yang bukan perokok supaya menjauhi atau tidak perlu masuk ke kawasan tersebut. Benar kawasan atrium itu cantik dan penuh dengan tumbuhan dan dikira dapat memberi udara segar, namun perlu berpada-pada. Awas, ia bukan taman awam. Jika adik-adik, makcik2 yang merasakan kawasan itu ada aesthetic value dan masuk ke dalam untuk berehat atau menghargai kecantikan kawasan tersebut dengan menangkap gambar segala, lihatla dulu ada perokok berhampiran atau tidak. Jika tiada, bolehla masuk ke kawasan berkenaan.Maklumlah, sekarang ini bermacam aktiviti dijalankan di PICC dan pengunjung yang datang adalah terdiri daripada pelbagai lapisan masyarakat, kanak-kanak, orang tua, ibu mengandung, wanita, lelaki  dan  kebanyakan orang tidak tahu atau ambil maklum terutamanya orang awam betapa teruknya kesan asap rokok kepada mereka tidak kira untuk jangka masa panjang ataupun tidak.


Alright then, aku harap segala persoalan telah diperjelaskan di sini. Aku ambil ini sebagai ilmu dan dipergunakan dengan sebaiknya. Aku harap teman-teman juga sebegitu. Pohon jangan buat spekulasi negatif atau sebagainya yang berkaitan. Kita ambil ini sebagai perbincangan positif dan sihat dan jangan bimbang untuk membuat sebarang perubahan bagi tujuan penambahbaikan dan manfaat semua orang.

30 ulasan:

  1. salam dr me dikejauhann jerr.. ehehe

    BalasPadam
  2. noted. good job, mas!

    so, PICC tadek taman laa? haha

    BalasPadam
  3. alright..so maknenye PICC x sediakan kaw berehatla... bagusla jd smokers..enjoy ur cig & d greenery b4 death comes 2u!!

    BalasPadam
  4. Salam Semua,

    1. X sangka pulak smpi secepat ni PICC blh buat kptsn, bermesyuarat etc. So sapa ckp gov agency lembab/byk baca FB etc? Ismail Fitry and the geng? Maybe ada jugak yg mcm tu, but i guess in this case, PICC staff have proven you guys r wrong.

    2. PICC x sediakan kwsn berehat? X kan xde kot? Xde sofa langsung ke kat sana? Kalau nak berebut kwsn apa tu..atrium..bahagi dua je..satu utk smokers, satu non smokers..tp kalau kedua2 bukan non smokers pun elok...hehe..habis aku plak kena kutuk nnt nih..

    3. Den terus meneropong tapi bukan mengintai (peeping)..

    Mat Teropong

    BalasPadam
  5. @ bonekadlmcermin:

    beb, aku baru balik dari umah makcik aku. tak tau la pukul berapa aku bole tido nie..aku tak rase bole join korang bf besok, bajet bangun lewat ;) tp aku akan tolong ko pindah umah ek! c u 2moro k!

    Nways..kita ambil maklum apa2 yg fatut..

    BalasPadam
  6. @Tina and Arwen:

    hmm kalo permohonan mereka untuk membuat kedua2 belah kawasan itu zon merokok, maka tiadalah taman "atrium" kita.

    tp aku harap permohonan PICC hanya melibatkan warta satu kawasan shaja. aku rasa lebih wajar sebegitu. Sebab at certain time, tempat tue bole jadi crowded gile. Memang besar picc tue tp at times, ko memang perlu juga fresh air di masa2 crowded neh.

    my arwen:huhu sabor jea la, kita doakan mereka sedar betapa dahsyatnya kesan merokok ini kepada mereka dan orang sekeliling dan seterusnya berubah tabiat kepada tidak merokok. Cumanya jgn tunggu org tersayang meninggal kerana itu baru nak berubah. kesian la pule..

    BalasPadam
  7. @ my peeping tom (sorry dats is your name for me since u didnt give your real name):

    1. Usah cepat melatah dengan pandangan awam terhadap penjawat awam seperti kita(jika u pun civil servant). Its happen evrywhere thou. Hence, Its is our responsibility to prove them wrong, tidak kira la PICC atau mana2 badan kerajaan lain. what ever pun, stay truth to your client charter and people would give respect on your job, tidak kirala di mana-mana jabatan. Di dalam kes ini, PICC membuktikan tindakan susulan diambil serta merta apabila sesuatu aduan diterima. Credits should be given to them.

    2. To tell you the truth, sofa seselasa mana pun, kalo dah crowded, u kena juga dapatkan udara segar di luar. takkan nak menapak jauh ke luar bangunan kan. kan bagus salah satu kawasan dibuat juga kawasan larangan merokok? its a win-win situation isnt it?

    3. i tak kesah pun u nak teropong, niat u bukannya x baik kan.

    BalasPadam
  8. response yang cepat dari PICC...bagus...diorang memang kena peka dengan setiap aduan yang dibuat oleh org awam...anyway aku salute dgn kau mas sebab mengutarakan hal nie pada mereka...good job...

    BalasPadam
  9. Isu merokok di tempat awam (PICC) dah selesai. bagaimana pula isu minuman keras / arak yang dihidangkan di tempat awam tersebut (PICC) ketika ada satu event International pada bulan Ramadhan dua tahun yg lepas? Penulis Blog, silalah kecoh2kan benda ni plak.. antara rokok dgn minuman keras nih, ternyata yg minuman keras tu lagi KERAS.....!!!

    BalasPadam
  10. Salam MasZuber,

    Response yg cepat mcm inilah yg kita harapkan. Kita tahu komen atau teguran kita dihargai.

    BalasPadam
  11. Saya pernah terlibat dgn projek di mana akitek kami juga menggunakan konsep yg sama iaitu atrium utk tempat merokok. Cabarannya ialah memasang air curtain utk memisahkan ruang dalam bangunan dgn atrium yg terbuka itu utk menghalang udara dalam dan luar bangunan bercampur. Itu pun guna tenaga elektrik juga. Jadi alasan mengurangkan penggunaan tenaga utk menerangkan ruang dlm bangunan mungkin kurang berkesan setelah ditolak tenaga elektrik yg diperlukan utk menjalankan air curtain tu.

    BalasPadam
  12. @Lyn:

    thnx lyn sebab sokongan yg diberi. :)

    BalasPadam
  13. @Anon:

    saya tiada di tempat kejadian dan kesahihan perkara tersebut adalah diragui. Jika anda bebetul percaya perkara itu terjadi dan berpendapat ia tidak patut diadakan, buatla aduan anda berdasarkan fakta berkaitan.

    Saya percaya PICC akan menjawab segala kemusykilan anda dengan tindakan susulan serta merta seperti mereka mengendalikan aduan awam saya ini. TQ

    BalasPadam
  14. @Tuan YB:

    Salam,

    Benar, terasa dihargai dan PICC amat peka dengan setiap aduan yang diterima.

    Berkaitan perkara kedua yang tuan YB nyatakan, saya tidak dapat memberi komen lanjut kerana saya tidak begitu arif berkenaan perkara tersebut. Mungkin Tuan boleh berhubung terus dengan pihak PICC berkenaan hal berkaitan. Bukan apa, jika ia benar2 boleh terjadi, cadangan penambahbaikan boleh disyorkan kepada PICC untuk masa hadapan.

    trima kasih kerana kunjungannya. :)

    BalasPadam
  15. the right way is to specify a smoking room/hall...dgn aircond yg dikecualikan dr centralized system, bkn mjadikan kawasan hijau luar bgnan sbg smoking area. PICC, r u sure that d greenery area at KLIA & parlimen is for smoking area? dun think so..get ur facts right!

    BalasPadam
  16. @arwen:

    ape kata ko contact org sana. Masa meeting yang telah diorang buat, ada juga wakil JKR actually. aku memang tak arif bab2 civil+MnE nie. Mungkin ko boleh terangkan sket kat aku dan yang lain nie..

    BalasPadam
  17. Salam,

    @arwen, Untuk maklumat @arwen KLIA & Parlimen ada tempat smoking area mereka tersendiri. Penat PICC buat meeting bagai jika itu bukan fakta sebenar. Takkan PICC buat statement menipu kot. Fikir la sendiri.. Nampak sgt @arwen sengaja nak panaskan keadaan. Kalau tak percaya sgt kol Kementerian Kesihatan Malaysia. Jangan ingat diri tu tau semua bende.. PICC dah habis buat siasatan la baru bagi jawapn. U tanya i jawab.. dah bagi jawapan u kata i menipu lak.. so? sapa yg nak jawap?

    BalasPadam
  18. @Ajiefa:

    saya harap masing2 bole bertenang. kita ambil pendekatan diskusi dan santai. boleh buat pengetahuan tambahan bagi sesiapa yang berminat dalam bidang teknikal ini.

    trima kasih kerana menjenguk.

    BalasPadam
  19. hello Ajiefa...sy bkn buat statement sebarang, tp d way u answer cik mas ni punya email, sy quote balik ye:

    "Atrium bukanlah sebuah taman rekreasi seperti tanggapan puan. Malah terdapat signage besar di setiap atrium sebagai "Kawasan Merokok"."--->sape bg kebenaran bubuh signage mcm nih? obviously kementrian kesihatan bg mana2 kaw sbg kaw boleh merokok kat PICC tuh..bak kata u sendiri..

    "....maka kawasan atrium telah dicadangkan dijadikan sudut untuk para peserta dan pelawat untuk merokok.Ia telah banyak mengelakkan orang ramai dari menjadi 'passive smokers' seperti yang puan maksudkan dalam aduan puan. Kaedah ini telah dan sedang digunapakai di banyak negara luar dan contoh di negara kita sendiri adalah Bangunan KLIA dan Parlimen." maksud u kat KLIA & parlimen ada atrium perokok kan? setahu i ada smoking room..bkn atrium...

    correct me if i'm wrong...but I NEVER SAID I'M A KNOW ALL...I just dont want people to be lied to...after all...what is so hard wif accomoding smokers in a ROOM? Y DO U HAVE TO TAKE D ONLY AVAILABLE OPEN SPACE? furthermore, duit u tanam pokok kat tempat diorg ni duit sape kalo bkn duit dr kocek kita jugak....sama2 sharela..

    BalasPadam
  20. para 2 silaps: "Atrium bukanlah sebuah taman rekreasi seperti tanggapan puan. Malah terdapat signage besar di setiap atrium sebagai "Kawasan Merokok"."--->sape bg kebenaran bubuh signage mcm nih? obviously kementrian kesihatan Xbg mana2 kaw sbg kaw boleh merokok kat PICC tuh..bak kata u sendiri..

    BalasPadam
  21. Salam,

    @arwen untuk pengetahuan, pembinaan PICC adalah bertujuan utk OIC pada 2003, akta merokok dikeluarkan pd 2004 klu tak silap. Dan pada ketika itu hampir 50% daripada jemputan adalah drpd golongan merokok yg kebanyakkan dr negara arab. Hijjaz Kasturi telah mengambil pendekatan dengan menjadikan atrium sebagai kwsn merokok untuk memudahkan pada waktu itu. Dan disebabkan hal itu atrium telah dijadikan kawasan merokok sehinggalan Puan Mas membuat enquiry. PICC adalah kwsn tumpuan org ramai, dlm dan luar negara. Kadang-kadang PICC dipenuhi dengan manusia melebihi 10 ribu org pada satu-satu masa. Sebagai contoh, semua dewan utama telah penuh dengan majlis yg melibatkan jemputan seramai 15ribu org. Cuba fikir.. Bilik kecil boleh menampung kapasiti org yg nak merokok? Sedangkan atrium yg dilabel kwsn merokok sblm ini pon org tak gunakan sepenuhnya inikan pula bilik kecil. PICC sudah membuat pelbagai cara utk mengatasi perokok2 ini. Sblm Pn Mas membuat enquiry lagi. Yer la atrium telah disediakan tetapi tandas dan juga lorong2 kecil jadi pilihan. So cam mana? selesai ke masalah ini? PICC mampu untuk mengawal 15 ribu perangai pada satu masa ker? Kita boleh bercakap spt perkara ini mudah seperti jentik jari jer.. tapi kita tak tahu yg PICC sendiri yg pening kepala nak selesaikan perkara ini. Kalau @arwen tidak puas hati, saya persilakan kol Kem. Kesihatan, hijjaz kasturi, jkr, & putrajaha holding. PICC bukan jenis org yg buat kerja dimeja sambil tekan2 keyboard je @arwen. Waktu bekerja di PICC 24 hours non stop... Walaupon sekurity sekalipon, ia adalah jawatan yg penting buat PICC. Ok la. Saya bukan nak tegangkan benang yg basah, tapi itu adalah hakikatnya.. kita nak jd yg terbaik terpaksa lalui perkara2 spt ini. Saya bersuara bukan utk menang tp untk keadilan buat PICC. sepertinya org2 di PICC ni semua cam tak buat kerja jer.. Klu @arwen keje gov, minta transfer ke PICC, kat situ baru tau langit tggi atau rendah.. enquiry di PICC bukan merokok sahaja tetapi berlambak lagi. Banyak lagi yg perlu diselesaikan. Knp jadi cam tu? ini adalah disebabkan manusia sentiasa tidak puas.. Hidup klu rasa nak puas hati sorang2, buat majlis jangan la jemput org.. Duduk sorang2 dlm dewan.. kompon tak de masalah.. sbb ada 1 otak ada 1 perasan.. ni klu buat majlis melibatkan 10ribu org.. mcm2 hal berlaku.. ok la. saya harap perkara ini selesai sampai disini.
    tq.

    *ingatkan dah setel perkara ini, tapi masih ada yg tak puas hati, itu pon dah terang lagi bersuluh yg menunjukkan manusia memang tak pernah puas ada je masalah yg perlu ditimbulkan. Cakap siang pandang-pandang cakap malam dengar-dengar..

    BalasPadam
  22. aku pun tak paham..
    bila buat enquiry, picc dah reply..siap
    buat meeting lagi..
    bila picc reply, still tak puas ati..
    tak paham kenapa nak against sgt dengan org yg
    merokok ni..mcm jijik sangat as if kami ni
    pembawa HIV positif pulak..
    kalau jijik sangat dengan perokok ni..tak payah
    duduk dekat2..kami bukannya isap rokok sambil hembus kat muka korang..sudah2 la ye..

    BalasPadam
  23. setuju dgn mat teropong... jgn kata semua penjawat awam ni xleh wat tugas dgn cepat :)

    sis, sy sgt berbangga dgn aduan yg sis lontarkan sbb mendapat perhatian yg sgt teliti oleh pihak bertanggungjawab PICC... :)

    BalasPadam
  24. salam everyone,

    Kepada Ajiefa dan @Arwen:

    terima kasih di atas penjelasan tambahan yang diberikan. Saya dan pengunjung blog ini secara tidak langsung dapat sedikit pengetahuan di atas maklumat yang dikongsi bersama ni. Tq

    BalasPadam
  25. @anas:

    takpe anas, masing2 ada pendapat sendiri. terpulang kepada setiap pihak bagaimana mereka interpret.

    bagi kamu, merokok memang tiada apa2 yang salah dengan perbuatan itu,

    tapi dalam beberapa situasi, ia boleh mendatangkan mudarat kepada diri sendiri dan juga penghidunya sekali walaupun mereka tidak merokok.

    nways, kes ini telah pun diambil perhatian oleh pihak picc dan feedback yang cepat daripada mereka amat dihargai.

    BalasPadam
  26. @Temi:

    x sure, yang tu kena tanya Ajiefa sendiri..

    BalasPadam
  27. @Cik Fiza:

    nak buek camno, as i told ealier, goment lambat la etc- that 'thought' existed since like forever. so lets prove them wrong. :)

    anyhow, yup 2 thumbs up untuk tindakan serta merta PICC terhadap setiap aduan yang diberi.

    BalasPadam
  28. mari kita rajin2 keje.. mane tahu tahun depan dapat bonus pula :)

    BalasPadam