Khamis, 21 Oktober 2010

Sesuatu Yang Amat Dihargai..

Situasi di sebuah kedai mamak di TTDI.

Sedang kami asyik makan rojak sedap di Jaseema, TTDI sambil berbual..datang sekumpulan anak-anak muda, aku bajet umor memasing early 20's la.  Masuk restoran terus duduk di meja belakang aku. Kalo nak ikotkan restoran tue memang sentiasa ramai orang pun so sususan meja dan kerusi di antara satu sama yang lain serta depan dan belakang memang kureng sket la jaraknya. Tapi aku tak kisah la kan, nama pun kedai mamak, bukannya restoran eksklusif memana pun.

Kami teruskan menikmati rojak sedap tersebut di samping mendengar gelak-gelak kuat geng yang duduk blakang aku tue. Kenkadang kitorang pun bole tergelak skali bila tercuri dengar  lawak bodo diorang tue. So silly actually tapi agak kelakarla jugak.

Then tak lama lepas tue, aku rasa macam terkepung dengan asap rokok dari beberapa orang yang duduk belakang aku tue. Memang la dia tak hembus dekat depan muka aku tapi diorang hembus ketepi, and still  semua asap tue pergi juga ke belakang diorang, iaitu ke arah aku..di saat itu, bebetul aku yang merasai penderitaaannya.

Dalam seminit itu, aku dah start bersin. Serious, aku memang allergy dengan asap rokok nie. Bukan hanya immunity badanku sahaja tapi mental dan perasaanku juga allegik. Sepantas kilat kawan aku tue bangun:

Har: Excuse me, guys, would u pls go somewhere else if u choose to smoke now. I dont think its appropriate for this place and even for other people eating here.
Budak: Pardon me?!
alamak, aku tak sempat nak tahan dia masa dia bangun. Risau juga aku, in case kalo boleh bertumbuk pula. Maklumla, bebudak yang dia tegur tue semuanya muda remaja lagi..Memasing darah muda.

Har: as i said before, this is not the place for you guys to smoke. Dont u see the sign? (Sambil menunjukkan tanda No Smoking dan senyum)

Budak: Oh sorry then, tak perasan pulak sign tue.
then, bebudak tue semuanya bangun dan berpindah tempat ke kaki lima restoren. Masa bangun, budak yang dok blakang aku tue sempat berbisik kat aku,
Budak: Sorry yea kak,
terkejut, aku pun menoleh sambil memberi senyuman yang paling manis.
Aku: terima kasih yea,dik.
Wow, satu situasi yang amat memberangsangkan. Tidak ku sangka mereka di usia yang biasanya dikaitkan dengan jiwa pemberontak begitu mudah menerima teguran dengan begitu matang dan patuh. Aku harap setiap orang begitu juga la hendaknya. Tidak kirala anda seorang yang muda atau tua, kaya atau miskin, berpangkat ataupun tidak. Kadang-kadang mereka ini terlupa terhadap persekitaran sekeliling, tidak sensitif dan bertindak mengikut rasa dan kemahuan tetapi apabila ditegur mereka sedar dan tidak membantah. Aku salute la dekat golongan2 sebegini.

Nways, ada 2 perkara yang amat aku hargai berkaitan perkara ini.

Pertamanya, effort Har dalam menegur bebudak itu.

Keduanya, kematangan bebudak itu menerima teguran tersebut.

Kedua-duanya amat aku hargai.

Har, si pemilik mata coklat itu. thanks dear..

20 ulasan:

  1. ok. this is sweet.
    1st: ada org yg sanggup tegur budak yg menghembus asap rokok kat situ. can't you see how caring he is????

    2nd: bebudak tu..terima teguran dan akur dgn silap mereka. wow....this is um...refreshing!

    ape2 pun..aku mmg suka!

    BalasPadam
  2. aku pun suke gak dengan senario sekarang yang seseorang itu lebih mudah mengakui kesilapan dan cuba untuk memperbetulkan keadaan.

    p/s: yeah, he is caring enough to ignore me at times..(the other side of me,spoil brat..)

    BalasPadam
  3. well...papepun citer ko ni akan masuk dlm entri aku nanti. huuu~

    BalasPadam
  4. mesti muker gengster akak Har teww kanns.. takutt sehhh.. uhuhu

    BalasPadam
  5. teringat kepada anonymous-anonymous pro-merokok sebelum ini...

    BalasPadam
  6. @en_me:

    hehee..Mr H saya itu kalo dia gangster mesti slalu kalah.. ;)

    BalasPadam
  7. @Temi:

    hehee..no comment la kak. tapi pagi tadi saya dapat satu emel yang agak interesting dr satu individu yang tidak dikenali dan saya akan share dlm entry seterusnya malam nanti..he heee geli hati sungguh.rupanya masih ada yg tidak puas hati.. ;)

    haih..anon anon..

    BalasPadam
  8. wahhhh, remaja educated lah tu kak and well mannered. sbb yg slalu memberontak dan bergaduh ni pikiran dia sempit. kat sek pun x berapa nak pandai

    saya rasa

    hehehe

    BalasPadam
  9. @yaty:

    i agreed they are all mannered. walaopun, memasing macam selebet dan habis hip hop tapi budi bahasa dan ke-gentle-man nya ada. i likee..

    BalasPadam
  10. Budak2 tu Melayu ke bangsa asing? Har tegur mereka guna BI? Mungkin itulah sebabnya.

    BalasPadam
  11. SALAM
    CARA AKAK MENEGUR KAMI PUN CARA YANG SOPAN APA SALAH KAMI YANG MUDA BERSAOPAN ... BAHGIA HENDAKNYA ENGKAU AKAK

    BalasPadam
  12. @Tuan YB:

    bebudak tue 3 malays, 2 indians, diorang communicate sesama diorang tue pun dalam 90% english. walaubagaimanapun, mereka masih ada budi bahasanya.

    yup, har tegur pun dlm BI.

    BalasPadam
  13. @brutal solo:

    lain macam jea all capital letters nie ;)

    BalasPadam
  14. bersivik tinggi mereka itu sis... paham signage huhuhu wah.. ada hero malaya yer :)

    BalasPadam
  15. @cikfiza:

    itu la..kan aman kalo semua orang macam itu.. tidak melatah apabila ditegur,,

    hero malaya? heehee..walaupun dia bukan malaya tulen, tp hero dihatiku buat masa ini..;))

    BalasPadam
  16. ehem.. i smell nasi minyak here :)

    BalasPadam
  17. hmm dat one i cant confirm yet.. many things had happen lately and the sky is not dat clear..

    wat ever it takes, life must move on..

    BalasPadam