Isnin, 26 November 2018

Belitung Island

Setelah hampir setahun tidak travel, tetiba Dan Arif dapat jemputan untuk join satu trip ke Pulau Belitung, Indonesia. 

Obviously, bila  dia inform pasal media trip ke sana, aku pun teruja nak join sekali. hahhaah tak kira, nak ikut juga. Hello, dia kena ingat, November tahun lepas, ahkak berkorban balik dari Japan selepas hanya 3 hari di sana sebab nak bawak balik Dareeq Arif kena chicken pox kt sana. hahahha haru betul, bila ko nak travel, asyik ada cobaan sabotaj dari anak-anak kan. Trip kena cancel terus pun sis pernah kena tau. kikikiki. Bertabahlah. Tapi takpe, sis pasrah. Walaupun depa selalu sabotaj perancangan travel sis, sis tetap sayang sangat2 kat depa berdua nih. Pengarang jantung ni budak dua ketul itu.


Dalam masa kurang dari seminggu, memang agak mencabar nak minta approval dari bos utk cuti. Lagi lagi, penjawat awam ni kalau nak keluar negara walau dekat mana pun, perlu dapatkan kebenaran keluar negara dari Ketua Pengarah. Nasib baik, dapat juga kelulusannya walaupun sangat last minute. Bukannya apa, just in case jadi apa2 pada ahkak, at least privilege as penjawat awam tu, waris boleh nikmati walau tanpa diriku. Kita tak tau, ketentuan Allah, tiada siapa boleh halang kan! Yang penting, sediakan payung sebelum hujan.


Untuk trip Pulau Belitung ni, aku join pakej dari MTN Getaways Pte Ltd, travel company based di Singapore. Walaupun aku join media trip depa, pada aku pakej yang depa offer ni memang berpatutan harganya. Sekarang ni diorang tengah buat promotion agak dahsyat tu sebab termasuk skali tiket flight Garuda Airlines direct dari Singapore ke Pulau Belitung. Harga pakej utk 3H2M SGD399 dan 4H3M SGD499. Korang boleh follow IG depa, ada juga promo, beli 3 pakej dapat 1 pakej free. Haaaa memang terangkat kan?? So kalau korang berempat, buleh la cuba, dapatla RM900 je sekepala kalau amek yang 3H2M tu. 


Seriously murah sgt sebab Pulau Belitung tu memang sumpahhhhhhh cantik sangat pulaunya. Air dia jernih dan bersih!!!!! Cuba korang explore kt IG utk pix dari Pulau Belitung tu. tak tipu punya cantik. and some more, pulau ni bebas dari gunung berapi, gempa bumi dan tsunami! Kalau nak join trip dari MTN Getaways ni, korang bleh whatapps Faizun (+6585313381) atau Amira (+6582893688). Jangan cakap sis tak payung yea contact no depa berdua ni.

So sebenarnya, ada apa dengan Belitung ni uolls?

Nama pun pulau kan, of course mestila ada crystal clear water! Selain Pulau Belitung ni merupakan lokasi utama Penggambaran Filim Laskar Pelangi, pada aku pantai dia memang sangat jernih air dia dan yang penting bersih. Tak tercemar lagi pulau ni, dan aku harap, even selepas 10 tahun pun, harapnya kualiti air di sini kekal jernih dan bersih takda sampah sarap. Di antara aktiviti yang korang boleh buat adalah island hopping dan snorkelling. aku tak ada pun amek gambar masa snorkelling sebab mask yg aku pakai asyikla masuk air (menyesal x bawak sendiri punya) and yang paling x best, aku rasa nak muntah sepanjang masa (yaaa..aku punya mabuk laut masih teruk lagi, ingat masa muda2 je, sekali dah tua ni pun masihhhh lagi ya ampunnn). Masa snorkelling, tak buka pun life jacket sebab current dia agak kuat tp coral dia memang cantik lagi. Banyak nemo dan soft coral melambai-lambai. Huhuuu. Bagi sesiapa yang suka diving dan snorkeling, korang memang wajib datang sini tau!

Penduduk tempatan memang jaga kebersihan pantai mereka. Based on pemerhatian aku, orang-orang Belitung ni pembersih. Kalau korang masuk mana-mana tandas awam dia, tiada bau hancing tau. Aku suka sangat tang ni. Depa jaga betul toilet depa, tak kira la kat tandas tepi pantai atau tandas dekat restoran dalam bangunan atau tepi jalan!





Pantai Tanjung


Lokasi Pulau Kepayang
Selain dari aktiviti pantai, korang boleh explore juga apa yang ada di daratan. Kitorang pegi replika Sekolah Muhammadiyah, sekolah yang ada dalam Laskar Pelangi tu, Dermaga Kirana, Muzium Belitung, rumah adat Belitung, Danau Koalin dan yang korang memang x boleh miss adalah cubalah rasa Kopi Belitung Kong Djie ni.
Danau Koalin
Sempat juga ambil gambar berdua sebelum hujan lebat! Nampak tak gelap betul awan kat belakang tuh
Bersama Blogger Kisah Tatie, Sis Lin, dan geng Journalists dari In Trend dan Harian Metro (cantik manis single lagi depa bertiga ni uolls!)


Pengantin sangatttt
Di Replika SD Muhammadiyah
Dalam Kelas, ada gak yang nak menyelit!
Makhluk Istimewa di Belitung!
Apa yang spesel dengan kopi ni, kena bancuh dengan air yang dijerang (pakai arang yea!)
Pix meletop dari mohdzarin.com. Terima kasihla gigih bawak drone, dapatla gambar dari atas Untuk Dermaga Kirana ni!
Pix meletop lagi dari mohdzarin.com. Pulau Lengkuas (lighthouse)
Okla, cukup-cukup untuk hari ini. Nanti bebila aku sambung lagi yek. Huiiii lama tau tak karang entry travel. Nantila, aku slow2 catch up menulis balik yea. Banyak sangat entry tertunggak dari banyak negara. Ni dapat semangat sikit-sikit kesan dari travel dengan blogger2 tersohor kelmarin la. haa nampak tak, tak sia-sia ikut suami pi kerja. huhuhuuu

Sekian, kita sambung lagi nanti ya :-)

49 ulasan:

  1. oit...lawanya tempat
    rugi kan klu tolak tawaran aritu hehehe

    sis baca nih ....

    BalasPadam
  2. Tula kak, mesti lagi havoc kalau akak dpt gi hari tu sama2

    BalasPadam
  3. Tula kak, mesti lagi havoc kalau akak dpt gi hari tu sama2

    BalasPadam
  4. Assalam Mas..
    Waaa dia dah update laaa..Kita masih cari idea lagi ni, baru update promo..hehehehe
    Draft dah masuk, gambar je tak IN lagi hehehehehe

    BalasPadam
  5. Wonderful post!!! Genuinely loved this kind of post. Although I want much more information on like precious subject matter.
    The tour basket

    BalasPadam
  6. Bestnya dapat pergi Belitung. Tahniah kak Mas sebab berjaya update blog. hehe

    BalasPadam
  7. Wonderful post!!! Genuinely loved this kind of post. Although I want much more information on like precious subject matter.
    Samsung Irex India

    BalasPadam
  8. Hai Teman ..kami dari Agen poker terbaik dan agen poker terpercaya ingin mengajak kamu bergabung di DNAPOKER.
    ♠ Bonus New Member 20% max bonus Rp 300.000,-
    ♣ Bonus setiap Deposit 5% max bonus Rp 100.000,-
    ♥ Bonus Cashback rollingan 0,3%
    ♦ Bonus Refferal 15% ( Seumur Hidup )
    Untuk info lebih lanjut :
    WA : +8558692773
    link alternatif kami :
    www.dnawin.net
    www.dnawin.co
    www.dnapoker.com

    BalasPadam
  9. Every blog post makes a difference in some way, large or small, even if it only makes a difference in the life of the person who wrote it. If no one ends up reading a post, you still benefit from the experience of writing down your thoughts, similar to how you would in a diary. If others read your post, then they will be affected in a big or small way, depending on how relevant your message is to them. In short, you should definitely keep writing on your blog, as at the very least, it will benefit you to keep this up..
    backpack

    BalasPadam
  10. Salam ziarah.. Jemputlah ke blog saya. Hikssss

    BalasPadam
    Balasan
    1. ahahahhahahahahahahaha hoiiii
      Assalammualaikum

      Padam
  11. Seruu.. Tempatnya laskar pelangi berkibar disini..

    BalasPadam
  12. MENARIK DAN BANYAK INFO. TAHNIAH

    BalasPadam
  13. Nice Blog. If you are looking for short trips or outstation trips with friends or family from india to anywhere else in any place . so book now affordable tour package .

    India Tour Packages

    BalasPadam
  14. The package covers the most of North India. Lots of cultural Diversity, lots of forts and monument. It covers the best of Architectural diversity of North India covering palaces and the Taj.

    Royal Rajasthan Tour
    14 Nights 15 Days South India Tour
    Golden Triangle Tour with Orchha
    Golden Triangle Tour with Ajmer and Pushkar

    Thanks and Best Regards
    India Trip Designer (Excursion Holiday)
    Website: www.excursionholiday.com
    Website: www.indiatripdesigner.com

    BalasPadam
  15. Congratulations on your article, it was very helpful and successful. 3b4bdf827f1b9351e0bdea351a822630
    numara onay
    sms onay
    website kurma

    BalasPadam
  16. Thank you for your explanation, very good content. 97fadf702a1948533be1c09b60a2f71f
    altın dedektörü

    BalasPadam
  17. Nice post thank you John

    BalasPadam