Memaparkan catatan dengan label australia. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label australia. Papar semua catatan

Jumaat, 20 Mei 2011

Perth Itinerary untuk Daddy Ziyyad & Akak Gorjes!

Atas permintaan Daddy Z, aku share itinerary aku masa pergi Perth tahun lepas. Kalau rasa begitu padat, Daddy Z bole omit mana2 yang perlu yea. Kalo pergi Perth nie, memang tak cukup kalo hanya pergi bandar dia jea. Boleh jalan jauh lagi ke Cervantes(Up to the North), Albany dan Augusta-Margerate River (To the South). Memang agak kampung kawasan2 itu, tapi CANTIK BANGAT!

Click to enlarge

ok Daddy Z? harap-harap entry ini dapat membantu apa-apa yang patut. :))

Untuk detail kembara bole tengok post2 yang telah di Tag 'Australia'. 

Alamak, sebenarnya Entry-Entry Kembara WA itu tak habis lagi. 

Whoaps, Ya Ampun, tengokla, perlu ade mood bila nak sambung menulis pasal itu. InshaAllah, nanti saya sambung yea. :)
 
p/s: Detail costing dah ilang dah failnya. tapi yang penting total cost untuk kembara WA saya ini untuk kesemunya:

flight tix+accomodation+makanminum+transportation+shopping= rm 2700.

:))

Sabtu, 5 Mac 2011

Kembara Perth and the Western Australia - Part 6_Vol. 1_Caversham Wildlife Park

Ini adalah sambungan Entri dari SINI.

Telah lama entri mengenai Kembara Perth dan Western Australiaku ini tergendala. Jadinya aku sambung balik catatan kembara hari ketujuhku di sana. Mana tahu dapat menjadi panduan kawan2 yang yang bercadang ingin ke sana dalam masa terdekat atau akan datang.

Jika hari-hari sebelumnya, kami menjelajah ke kawasan yang jauh-jauh, tapi hari ketujuhku di sana dipenuhi dengan agenda di sekitar Perth City. Part 6 ini aku bahagikan kepada 4 volumes.
Volume 1: Caversham Wildlife Park
Volume 2: Jenjalan kaki di Fremantle Town
Volume 3: Jenjalan kaki di Perth City
Volume 4: Jenjalan kaki di Kings Park


Untuk hari ini, Ianya bermula dengan Caversham Wildlife Park. Pagi-pagi lagi dalam jam 8am kami dah kluar rumah untuk ke Whiteman Park, Swan Valley di mana terletaknya Caversham.

Harga tiket masuk dalam AUD22. Kanak-kanak rasanya dalam AUD18. Memang agak mahal tapi maacam2 ada dalam itu. Dari pelbagai jenis burung, binatang ternakan sampaila binatang buas seperti the Tasmania Devil.
Ada banyak sesi bersama binatang diaturkan. Itu yang aku rasa best dalam nie.

Sesi pertama: With kangaroos and wallaby

kangaroo's feeding:
Masa nie pekerja kat sini kasi kita makanan kangaroo dan apa lagi kena serangla dgn binatang-binatang itu. berebut2 diorang. Semuanya memang sangat jinak. kalo dah kenyang tue memang berbaring jea la diorang..

ngeee..
Sesi kedua: Show @ Molly's Farm
Aku rasa show yang memang best. First dia tunjuk macammana pekerja kat situ menggunakan anjing untuk mengawal kambing2 biri kat sini untuk masuk kandang. Then, bagaimana bulu kambing yang fluffy itu dicukur. Sian juga tengok tapi takpe..dalam 3 bulan tumbuh balik bulu mereka.
Bagaimana susu lembu diperah pun ditunjukkan. Boleh buat praktikal lagi masa tue. Kalo bawak budak2 memang diorang akan sangat suka.
kawasan ternakan..


Sheering sheep..


5 dollar per sheep. Jadi la.



Memang rakus anak2 kambing nie..

Perah jangan tak perah. Teknik kena betul baru susu itu boleh keluar..

Sesi ketiga: Wombatt and Possum Show
wombatt itu pasrah ..

possummm!
Sesi keempat: With Koala
Masa kami kat sana, hampir semua koala tengah tido. tak kira la korang panggil macammana pun, dia buat dek jea tido. Mana tak nye, diorang memang tido 20jam sehari. ok, ini fakta. bukan auta.

Tapi nasib baik, ada seekor yang awake. so bole la nak tgk koala in action. Binatang ini sangat fussy pasal makanan. Hanya makan daun eucalypt. Daun jenis nie sgt rendah dlm memberi tenaga so pasai tue, koala nie tido utk simpan tenaga dia. Satu lagi, kalo daun ini telah disentuh/dipegang mende lain, manusia sentuh ke apa, dia takkan makan dah daun tue. Mengada kan?




Alright then, for more info about Caversham Wildlife Park, boleh click SINI

Tempat ini buka dari jam 8.30am-5.30pm.

Kami spend masa di sini sampai jam 11am. Then, kami terus ke Fremantle City untuk meneruskan perjalanan..:)

Till next time..

Selasa, 11 Januari 2011

Kembara Perth and the Western Australia - Part 5_Vol. 5_Lake Clifton and Mandurah

Entry sambungan  Kembara Perth dan Western Australia kembali semula di tahun baru ini :). Entry yang lepas  adalah berkenaan Margerate River Chocolate Factory>boleh click sini .
Selepas menikmati hot choc yang "kaw" di Margerate River kami meneruskan perjalanan ke Lake Clifton. Jam di tangan hampir pukul 4 petang semasa kami berangkat dari sana. Perjalanan ke Lake Clifton mengambil masa sejam lebih dan kami sampai di sana ngam-ngam waktu sunset. SubhanAllah, sungguh cantik pemandangan ketika itu..

Ada apa dengan Lake Clifton neh selain dari pemandangan senja yang sangat indah? Di tasik ini terdapat satu kehidupan yang agak unik, namanya Thrombolite. Thrombolite ni macam batu hidup la, sejenis microbialites. Tak banyak tempat dalam dunia ini ada hidupan unik ini. Selain di Western Australia ni, ia juga wujud di Bahamas dan Bermuda. Untuk keterangan lanjut boleh click sini dan sini juga. :)
Selepas puas menikmati panorama thrombolite dan juga senja di Lake Clifton, kami meneruskan perjalanan ke Mandurah City untuk dinner. Perut memang agak lapar ketika itu. Hari semakin malam.

Sesampai di sana, kami ternampak restoren CoastalKebab dan terus decide untuk dinner di sana. aku pilih untuk makan kebab kambing atau the doner kebab malam itu..hmm daging dia surprisingly sedap. Susah nak dapat daging kambing yang sedap tau!


Selepas selesai dinner, kami terus balik ke Wilson. Sampai rumah kak Ara dalam dalam pukul 10.30pm. Memang letih hari keenamku ini. Dari pagi sampai ke malam kami berjalan. Tapi puas! Puas sebab cover banyak tempat. Margerate River-Augusta-Mandurah. Memang puas.

Kembara hari ketujuh akan di sambung kemudian di Part 6. Hari ketujuh juga agak panjang siri kembaranya dan akan dipecahkan kepada beberapa volume macam Part 5 neh.

Alright then, jumpe lagi di siri kembara seterusnya. :)

p/s: Balik KL, dapat saman trafik bawak laju di Mandurah. Siap ade gambar lagi. Bukannya laju pun bawa kereta malam tue. Had laju yang dibenarkan adalah 90km/j, yang kami bawak dan kene speed trap ketika itu adalah 92km/j. Terlaju sikit jea kan?

Lesson learnt: Jangan sesekali bawa kereta dengan kelajuan lebih dari had yang ditetapkan. Penguatkuasaan trafik sangat effisyen di sana! huh

Jumaat, 10 Disember 2010

Kembara Perth and the Western Australia - Part 5_Vol. 4_Margerate River Choc. Factory

Ini adalah entri sambungan kembaraku. Adoi, sungguh lama untuk aku menghabiskan coretanku yang satu ini. Berpart-part, bervolume-volume. Penat kepada sesiapa yang mengikuti (jika ada..).

Bagi sesiapa yang baru membaca entri ini, bole la jenguk-jenguk ke link-link terdahulu berkaitan kembara sebelum ini seperti berikut:
Part 1( Perth-Cervantes),
Part 2(Lancelin-Avon Valley),
Part 3(EShed-Kailis-Fremantle-Swan Valley),
Part 4(Belmont Sun Market-Busselton),
Part 5(vol. 1-Cape Leuwin),
Part 5(vol.2-AugustaWhale Watching), dan
Part 5(vol.3-Margerate River Town)

Entri kali ini adalah sambungan kembara hari keenamku di West. Aust. Selepas puas berlegar-legar di pekan Margerate River, kami meneruskan perjalanan ke Choc. Factory pula. Perjalanan mengambil masa dalam 15 minit dari pekan ke sini.
Najus's shot: The Kangaroo Paws. Di tanam di laluan masuk kawasan ini. Sangat unik.

Kilang coklat ini menempatkan pusat jualan produk coklat dari coklat untuk makanan dan minuman sehinggalah coklat untuk rawatan penjagaan diri seperti sabun dan lotion. Aku rase kalo pakai lotionnya, mesti lagi suka nyamuk nak geget kot, sebab memang menyelerakan bau dia. ;p
Kalo ikut nafsu, mau beli semuanya. Nasib baik duit tak banyak.
The Chocolate Windows, ala-ala bagaimana memproses coklat di situ.
Mau yang mana? Semuanya amat menyelerakan.
  Yummy, ini yang kami pilih. 
Minuman: A Pure Hot Choc. Kasi kacau sampai coklat yang yang di bawah itiew larut dan slurp..... Amat mengasyikkan!
Desert: Aiskrim yang juga Asikkk..

Kami mengambil masa selama sejam lebih untuk berpeleseran di sini. Then kami angkat kaki untuk ke destinasi yang seterusnya, bagi menikmati panorama Thrombolite!
 Sebelum beredar, lagi skali..;)

To be continued on Sunset @ Lake Clifton later..

Till next time :)

Jumaat, 12 November 2010

Kembara Perth and the Western Australia - Part 5_Vol. 3_Margerate River Town

Entry Kembara bersambung kembali. Entry sebelum ini adalah pengalamanku di Augusta sehingga jam 12.30 tengahari pada hari ke enamku di Australia Barat. Cuba click sini.

Selepas puas melihat gelagat ikan paus sambil pening-pening lalat, kami terus meneruskan perjalanan ke Cheese Factory di Margerate River. Ketika itu hari sudah tengahari dalam pukul 1 lebih. Tidak banyak gambar diambil semasa di Cheese Factory ini selain sibuk merasa jenis-jenis cheese yang ada. Memang sedap bagi penggemar cheese sepertiku. :)

Selepas itu kami terus ke Margerate River Town untuk berjalan-jalan di sana. Terima kasih kepada teman-temanku Emmy, Naju dan Akil sebab consider permintaanku untuk mengexplore pekan tersebut. Diorang nak ikutkan nak terus ke Chocholate Factory tapi aku merayu untuk singgah ke pekan sekejap barang setengah jam. Bukan apa, aku rasa pekan itu sangat unik dan masa kami pergi sebelum ini hari dah senja dan banyak kedai sudah tutup.

Sesampai di sana, maka berjalanlah kami mengeksplore pekan itu.

Restoran Rasas: Taste of Asia. Orang Malaysia kot yang punya

Peaceful and clean.
Commercial centre. Sunday market juga dibuat di sini.
 
Anybody interested to migrate?

Standard of signboard. Sama aja semuanya.
An elite residential area..

Aku suka tang ini, enough space for the bicycle way etc
 
Variety kind of accommodations provided. From caravan, backpackers, cottage etc. Tips: bole try Riverview Tourist Park sebab dalam tue semua jenis ada and yes, beautiful scenery as well.

Kami spend masa di sini dalam setengah jam dan selepas itu kami terus ke Chocholate Factory..

to be continued..

Ahad, 24 Oktober 2010

Kembara Perth and the Western Australia - Part 5_Vol. 2_AugustaWhaleWatching

Entry Kembara Perth dan Australia Barat disambung kembali. Entry yang lepas, cuba click sini,adalah berkenaan Cape Leuwin. Dan bagi kali ini aku ingin bercerita pengalaman di Flinder Bay dalam menjejak ikan paus pula. 

Kami bertolak dari Cape Leuwin Lighthouse dalam pukul 9.40am. Kami memang bajet Flinders Bay itu dekat jea dengan lighthouse. So masuk-masuk kereta terus set GPS ke Flinders Bay untuk cari lokasi sebenar. Sementara system tue cari lokasi kami gerak dulu. Apabila dapat result lokasi Flinders  tue kat mana memasing kecut perut. Dalam 48km lagi ke sana? Upss. Macammana bole jauh sangat nie? Rasanya dekat jea. Dah la kitorang kena ada di sana jam 10.00am or bot akan meninggalkan kami. 

Jam di tangan dah tunjuk kol 9.45am. Memang memasing cuak sebab pakej whale watching tour dah bayor. $300 pula tue. Memang memasing suspens. Nak nangis pun ada juga. Tapi kitorang teruskan perjalanan. Drive jea dan memasing senyap. Then dalam 15mins drive kemudian ada satu simpang kanan nak masuk ke tepi laut. Kitorang gamble masuk jea sebab nampak macam ada bot kat tengah laut tue. Signboard Flinders Bay memang takde. Tapi kitorang cekal hati jea la turun dari kereta  mana tau bole join pakej lain. Nak tgk whale jugak. 


Selepas turun dan tanya orang, maka kami memang bernasib baik. Tempat itu adalah sebenarnya Flinders Bay. Adusssss..kena tipu lagi dengan GPS. Ari tue masa nak pegi ke Avon Valley pun GPS silap gak. Cuba click sini. Memang menguji kesabaran betul teknologi ini kadang-kadang. haih. Walaubagaimanapun, kami tetap bersyukur boleh tiba ke destinasi tepat pada masanya dan tidak ketinggalan bot.
 Inilah dia bot yang membawa kami merentasi Southern Ocean

Bole call no itu jika anda berminat untuk berkongsi keterujaan menengok ikan paus.
Tersonyum lebor apabila tiket berada di tangan..

Masa tengok ikan paus nie memang tak banyak tangkap gambor pun. Asyik snap sempat nampak ekor dia aja. So tak banyak gambar yang bole disharekan di sini.Yang banyaknya amek video la. Baru puas moving image. Nways, aku memang ada sea sick yang amat teruk. Even masa aku buat snorkelling dan scuba diving pun berkali2 aku akan muntah dulu. Tak taula kenapa. Makan pil tahan muntah pun tak jalan. Memang nasib badan.

So masa Augusta Whale Watching nie yang berjalan selama 2-3 jam nie, aku muntah tiga (3) kali ok. Kesian kan. Tapi nak buat macammana. Memang kepala pusing setiap kali bot berhenti untuk skodeng ikan paus. Dan vomitting adalah satu kaedah untuk melegakan sistem badanku ketika itu.

Sedikit info berkenaan Ikan Paus yang ada semasa tour. Jumlah keseluruhan ikan yang ada masa kami di situ dalam 5 ekor. Mereka adalah dari spesis Humpback Whale. Semuanya banyaknya show off ekor la. Ada tue siap bole tido lagi. Tak taula, kitorang yang diarah jerit oleh pakcik pemandu bot untuk memeriahkan suasana masa tue langsung dia tak amek pot. Terapung jea dia tido. Tapi yang lain ok la.. berpusing2 sambil show off ekor dan menyembur air bagai. Agak jakun sebab aku memang tak penah tengok ikan paus sebelum ini. Selama nie dekat Animal Planet,NGEO or Discovery Channel sahaja. So bila dah ada depan mata, memang teruja. Kalo bawak anak kecik mesti lagi mest kot. :)

Kalo korang ada di area Augusta dalam Jun-August, ambillah peluang untuk tengok ikan ini dari Flinders Bay.

Or jika September-December, bole terus ke Dunsborough sebab ikan-ikan itu melepak kat sana pula.

Sedikit paparan video:

Setelah puas muntah dan melihat aksi-aksi kuak lentang ikan paus bagai, dalam nak dekat pukul 1 teangahari kami pulang ke persisiran pantai. Walaupun aku agak sengsara dengan kepeningan bot, tapi puas sebab dapat tengok ikan-ikan besar itu..begitu juga hanjinh-hanjing laut seperti mengejar kami apabila bot ami berpusing untuk balik ke pantai. Comel sangat anjing2 itu..
excursion time, mike!

Alright then, penulisan kembara akan disambung kemudian. Selepas whale watching, kami terus ke Margerate River Cheese Factory, pusing-pusing pekan dan Choc Factory. 
Till then, tunggu...

:)




Khamis, 23 September 2010

Kembara Perth and the Western Australia - Part 5_Vol.1_Cape Leuwin

Sudah lama entri kembara ini terhenti. Sebabnya, aku telah mengambil masa yang agak lama  juga untuk mendapatkan mood menulis sambungan kembara ini.

Berdasarkan review dari rerakan yang merasakan entry kembara Part 1-4 panjang-panjang belaka (boleh refer part 1 , part 2, part 3, part 4) dan not-so-reader-friendly, maka Kembara Perth and the Western Australia - Part 5 nie akan dipecah-pecahkan kepada 5 volumes dan kelima-lima volume adalah merupakan kembara dari pagi sampai ke malam bagi hari keenamku berada di sana.

9th August, Vol. 1_Cape Leeuwin

Pagi itu lepas Subuh, kami tak tidur balik sebab kena keluar awal untuk meneruskan perjalanan ke Cape Leuwin. Naju sediakan sarapan bubur nasi dan aku sediakan lauknya. Biasala sumer lauk cap Brahim. Selepas sarapan kami terus bersiap-siap untuk check out sebab misi pagi ini perlu dimulakan awal. Kami check out dalam pukul 8am lebih dan terus ke Cape Leuwin, Augusta. Perjalanan ke sana dari Margerate River mengambil masa dalam 45 mins. Tidaklah jauh sangat pun. Tapi permandangan sepanjang jalan ke sana memang cantik. Sempat lagi kami berhenti di satu port yang agak cantik dengan angin yang sepoi2 bahasa jea. Nice!



Kami sampai di Cape Leeuwin dalam jam 9am. Ada apa dengan Cape Leuwin? Actually Cape Leeuwin menempatkan sebuah lighthouse yang telah dibina pada tahun 1895. Locationwise, the cape is considered the point where Indian Ocean meets Southern Ocean. Menarik kan..terasa seperti dihujung dunia ;). And yeah, at times the wave can be dangerous for those who approach the slippery rocks along the costline.

Entry masuk tempat nie dalam 5 dollars. Tapi sayang, semasa kami berada di situ pada hari itu, no tour guide provided untuk naik ke atas lighthouse. So unfortunate for us..We'll miss the scenic view from top of the lighthouse..Apa yang kami boleh buat hanyalah berlegar2 di kawasan luar rumah api tersebut..

the meeting point is somewhere there..



We dont spend much time in touring the place thou. We've got only half an hour je pun sebab nak rush ke Flinders Bay untuk whale watching tour on 10am pula yang telah kami book semalam. So dalam jam 9.30am, kami pun bertolak dari sana ke Flinders Bay.

Ada satu kejadian yang agak suspens on the way masa ke Flinders Bay nie. Heheee akan dielaborate more in Part 5, Vol. 2_AugustaWhaleWatching nanti..so stay tune for the next entry yeah!..:)))



to be continued..