Selasa, 11 Januari 2011

Kembara Perth and the Western Australia - Part 5_Vol. 5_Lake Clifton and Mandurah

Entry sambungan  Kembara Perth dan Western Australia kembali semula di tahun baru ini :). Entry yang lepas  adalah berkenaan Margerate River Chocolate Factory>boleh click sini .
Selepas menikmati hot choc yang "kaw" di Margerate River kami meneruskan perjalanan ke Lake Clifton. Jam di tangan hampir pukul 4 petang semasa kami berangkat dari sana. Perjalanan ke Lake Clifton mengambil masa sejam lebih dan kami sampai di sana ngam-ngam waktu sunset. SubhanAllah, sungguh cantik pemandangan ketika itu..

Ada apa dengan Lake Clifton neh selain dari pemandangan senja yang sangat indah? Di tasik ini terdapat satu kehidupan yang agak unik, namanya Thrombolite. Thrombolite ni macam batu hidup la, sejenis microbialites. Tak banyak tempat dalam dunia ini ada hidupan unik ini. Selain di Western Australia ni, ia juga wujud di Bahamas dan Bermuda. Untuk keterangan lanjut boleh click sini dan sini juga. :)
Selepas puas menikmati panorama thrombolite dan juga senja di Lake Clifton, kami meneruskan perjalanan ke Mandurah City untuk dinner. Perut memang agak lapar ketika itu. Hari semakin malam.

Sesampai di sana, kami ternampak restoren CoastalKebab dan terus decide untuk dinner di sana. aku pilih untuk makan kebab kambing atau the doner kebab malam itu..hmm daging dia surprisingly sedap. Susah nak dapat daging kambing yang sedap tau!


Selepas selesai dinner, kami terus balik ke Wilson. Sampai rumah kak Ara dalam dalam pukul 10.30pm. Memang letih hari keenamku ini. Dari pagi sampai ke malam kami berjalan. Tapi puas! Puas sebab cover banyak tempat. Margerate River-Augusta-Mandurah. Memang puas.

Kembara hari ketujuh akan di sambung kemudian di Part 6. Hari ketujuh juga agak panjang siri kembaranya dan akan dipecahkan kepada beberapa volume macam Part 5 neh.

Alright then, jumpe lagi di siri kembara seterusnya. :)

p/s: Balik KL, dapat saman trafik bawak laju di Mandurah. Siap ade gambar lagi. Bukannya laju pun bawa kereta malam tue. Had laju yang dibenarkan adalah 90km/j, yang kami bawak dan kene speed trap ketika itu adalah 92km/j. Terlaju sikit jea kan?

Lesson learnt: Jangan sesekali bawa kereta dengan kelajuan lebih dari had yang ditetapkan. Penguatkuasaan trafik sangat effisyen di sana! huh

17 ulasan:

  1. bestnya, jauh perjalananan, luas pandangan. Dengar kambing je, kecur air liur, akak memang peminat tegar kambing

    BalasPadam
  2. seronoknya sis bjalan2 ke tempat org.. teringin juga tp kena kumpul2 duit dlu :)

    BalasPadam
  3. @kak ina DDC:

    daging kambing kalo kena gaya masakannya memang sedap. tp susah nak masak kan?..

    BalasPadam
  4. @cik fiza:

    takpe, take it easy. masa lagi panjang lagi fiza untuk jelajah mane2. kumpul jea duit dari sekarang..

    BalasPadam
  5. vahhh.. chanteknyer langit keemasan diufuk barat tewww.. jeles nih.. ihiks

    BalasPadam
  6. cantik gambar!!!
    :)
    .
    .
    tak ada saman ekor? :)

    BalasPadam
  7. dlm byk2 tuh..ai minat choc factory!! ;)

    BalasPadam
  8. @en_me:
    :) gambar en_me lagi shanteQ kan..

    BalasPadam
  9. @drSinga:
    yang tue kena saman ekor la kiranya. x bile tah dia trap..tak bole nak argue sebab dia tangkap gambar kereta sekali mase tuh, dekat mane dan masa..

    BalasPadam
  10. @fatin:

    hehehee sebab dapat free coklat utk testing bergenggam-genggam..;p

    BalasPadam
  11. tgh berangan nak backpack around australia ni.

    nice pics!

    BalasPadam
  12. Best dapat pergi ke tempat org ni. Saya belum berpeluang lagi ke Down Under w/p kembar saya baru aje ke sana satu famili cuti sekolah baru ni huhuhu

    BalasPadam
  13. Lebih 2 km/j pun dah kena saman? Nama mereka tahu awak yg bawa kereta masa tu? Siap hantar ke sini lagi tu samannya.

    Berapa dollar kena saman?

    BalasPadam
  14. kat sane speed limit memang sungguh strict kan? ada tu 40km/jam. baik den jln kaki jor. brp lame ek, saman tu amik masa utk smp ke rmh?berdebar gak ni, takut2 ada saman mase drive tu hr.

    psstt...sgt jeles tgk ur picture, super cantik!!!

    BalasPadam
  15. lain kali jangan letak gamba kebab kambing!!

    sebab

    gamba yg lain suma dah x chantek bagi aku
    hahahaha

    alamak

    trus lapar!!

    BalasPadam
  16. @BDC:

    ko suke kambing gak ke? ehehehe

    BalasPadam
  17. @Tuan YB & Noreed:

    Saman tue actually authority sana contact empunya kad credit yang digunakan masa nak book kreta sewa ari tue, via company kreta sewa. hari tue guna kakak kawan saya punye credit card yang ada di sana. So kami diinform dari dia la. Ada dua saman, semuanya dalam AUD166.
    memang strict traffic enforcement kat sana.. gambar yang ada nampak no kreta sewa kami, berserta kami di dalamnya. masa dan tempat kene saman tembak tue pun dinyatakan. So susah nak argue..

    BalasPadam