Skip to content
Sejak minggu lalu, dengan tiba-tiba aku ingin mengubah mode of transportation ku ke pejabat. Selama ini aku memandu kereta sendiri. Mungkin sebab lokasi pejabatku tidak berapa jauh dengan rumahku. Parking di pejabat juga percuma. Hanya memerlukan tempoh perjalanan yang agak singkat. Jika musim cuti sekolah, aku boleh sampai ke pejabat dalam 10-15minit memandu. Namun jika hari biasa, perjalanan ke pejabatku memakan masa 30 minit. Biasanya jika aku keluar rumah 7.05am, aku akan sampai pejabat dalam pukul 7.35am.
Hari ini, 17hb Januari, aku telah mencuba mod pengangkutan awam, LRT. Jam 7.00am aku keluar rumah dan berjalan kaki ke stesen LRT berhampiran dalam tempoh 7 minit. Naik Star-LRT dan bertukar ke mod yang lain, Monorel di Stesen Hang Tuah. Dari sana terus ke pejabatku. Aku sampai pejabat, tepat jam 7.46am. Hmm terlebih 16 minit pula dari tempoh perjalanan biasa dengan kereta.
Tempoh percubaanku adalah selama sebulan. Jika sepanjang tempoh percubaan ini aku selesa, aku akan teruskan. Untuk hari pertama, aku rasa selesa dengan perjalanan hari ini. Badan terasa segar lain macam. Mungkin kerana berjalan kaki di awal pagi.
Aku suka.
p/s: Lo-Co2 >> Low Carbon, mari kita ke arah Low Carbon Society!
Related Posts:
Experiencing South Korea: Day 2 (Part 1), Gwangmun-NamsanPark-ChangdeukgungPalace-InsadongIni adalah Entry Sambungan dari SINI
20th September 2011, Tuesday
Pagi Selasa tue bangun agak lewat, lepas Subuh landing balik..memang mengantuk sung… Read More
Jaga Matamu.Jaga matamu,
TATAPI,
lokasi: phi-leh island, krabi
Feast your eyes first ;)
p/s: ok, mood sudah dtg balik sikit2. aku akan sambung citer kuria bila… Read More
NorthIndiaBackpacking 1: DelhiSalam,
Wow..terasa lama sungguh aku tidak menjenguk di sini.
Takda mood sebenarnya sebab netbook aku skrin dia terpecah sebab adik aku terpijak… Read More
Experiencing South Korea: Day 1, Incheon-SeoulSalam kawan-kawan semua!
Semalam aku sampai KL dengan selamat dan kulit terbakar. :)
Alhamdulillah, semua berjalan dengan lancar dari aku bertolak ke … Read More
RENEW PASSPORT ONLINE!tadi membuat cubaan untuk memperbaharui passport aku.
Dah nak travel baru terhegeh2 nak renew. padan muka sendiri.
buka website imigresen, ceh dah ada… Read More
dah lama x naik LRT...huhuhu...best kan dpt jln kaki awal pagi?
BalasPadamerr.. aku bukan xmahu, tapi x mampu habiskan masa tunggu komuter.. hehehehe
BalasPadamkos jadi lebih ke kurang? he he
BalasPadamhmm...ko buat aku mahu mencuba. :D
BalasPadamoh. saya sah-sah tidak akan mencuba.
BalasPadamdr rumah masih perlu memandu ke stesen lrt terdekat. kemudian, bersesak-sesak mungkin ke masjid jamek, kemudian sekali lagi bersesak-sesak menukar lrt menghala balik. kemudian mengambil bas ke pejabat. argh. mungkin mengambil masa selama sejam. kalau memandu, setengah jam shj.
utk lo-co2, kereta saya tidak bergerak ke mana-mana di hujung minggu. aktiviti bersosial kiga kebanyakannya carpool :)
harap-harap sumbangan saya cukup :)
@wahida:
BalasPadamyes, sangat best. lain betul rasanya.
@ayu:
BalasPadamsah sah la ko kena amek komuter. kalo aku pun x nak..;p
@norh:
BalasPadamdari segi kos adalah lebih kurang. kalo dengan kereta, petrol every week dalam RM30.00.
kalo dengan train, kos duit tiket utk seminggu dalam RM29++
memang tiada bezanya.
@GB:
BalasPadammari sama2 cuba :)
@redTupai:
BalasPadamdalam kes ko, aku rase naik kereta sendiri lagi berbaloi-baloi.
hahahaha
BalasPadamterase aku entri kau ni
aku yg umah depan opis pun
pegi opis naik keta
tak agak agak tahap malas aku
:D
kenapa naik LRT pulak, tak bersesak ke?atau dah boring naik kereta.
BalasPadamkalau la ada monorail dan lrt kat jb dah tentu itu pilihan aku mas...sebab kat jb nie jalan sentiasa sesak...
BalasPadamwah bagusnye sis.. rasanya LRT ok lagi.. kalo komuter mgkin masalah sbb slalu delay huhuu
BalasPadamdalam lrt tak boleh korek hidung secara terbuka~
BalasPadamhaha~~
dulu akak pun penah naik lrt (masa myk naik 2.70/L).tapi tak perlu la tukar2 naik monorel bagai.tp kene naik lrt dr umah pkl 7am utk smpai kelana jaya at 8am,pastu naik feeder bus.smpai opis ngam2 8.30am.
BalasPadamtapi kalau nak naik lrt kene memerlukan pengorbanan masa.kalau naik kete, 7.45am baru klua umah =)
@BDC:
BalasPadamhahaahahha aku tak bersalah..;p
@kak ina DDC:
BalasPadamhmm mungkin saya nak tukar angin seketika. hari nie perjalanan pergi dan balik tidak sesak alhamdulillah. rasenye cam ok jea. star-lrt bukan macam putra-lrt. yang tue memang sesak betul kot..
@lyn:
BalasPadamjgn riso lyn ade proposal dah nak wat mrt kat JB. so tungguuuu...
@cik fiza:
BalasPadammemang pun, ramai orang merungut komuter slalu delay trip and not that frequent..itu yang problem tuh..
@bujalX:
BalasPadamhahaha td saya x nampak org korek idung, tp korek mende lain. hmm sgt tak sensitif dengan keadaan sekitar. bangla pun namanya. dia pedulik ape kan..
@akak gorjes:
BalasPadamyea, lrt memerlukan pengorbanan masa yang lebih. time allocation terlebih 16 minit kalo naik lrt nie bagi kes saya...
*masih mempunyai 29 hari untuk tempoh percubaan*
alaa.. nak ke opis saya takde lrt atau yg seumpamanya.. naik kereta pun 5 minit saja.. perlukah saya berbasikal pula? ;p
BalasPadamkalau begitu mudahnya berkereta, takkan saya naik lrt ke, komuter ke, keretapi ke kecuali erl. dah serik. tak punctual langsung. saya pernah try dua hari dari seremban ke sri kembangan. amat mengecewakan dari segi ketepatan masa. jadi berulanglah dgn kereta sekarang .. habis tak kurang RM50 sehari untuk duit minyak dan tol.
BalasPadam@h4ni3:
BalasPadamok juge kalo berbasikal, ape kata mari jalan kaki.. :)
@al-lavendari:
BalasPadamkalo sehari rm50, termenung saye tuan..
chayok2..go green
BalasPadamaye..lamanya tak naik lrt :)
@miss nina:
BalasPadamtenkiu..hajjjcumm!