ABOUT ME

Serba sedikit tentang blog picisan ini.

Blog ini diwujudkan sebagai platform untuk aku berkongsi pengalaman hidup aku dengan semua pembaca yang sudi menjengah ke sini. Seperti tema yang telah aku pilih untuk blog ini: 

Jotting, Thinking, Traveling, Observing, Experimenting, Experiencing, Learning, Yearning, Living Life To The Fullest...

Aku tulis berdasarkan apa yang aku rasa, apa yang terlantas di fikiran aku, apa yang aku alami dan berdasarkan pemerhatian aku di mana-mana juga tempat yang aku telah pergi. Blog ini tidak hanya fokus kepada travelouge, namun aku akui, kebanyakan entry yang dihasilkan adalah menjurus ke arah itu. Buat masa ini aku belum berniat untuk mengubah hala tuju penulisan entry di blog ini.

Serba sedikit tentang pemilik  blog picisan ini.

Aku seorang penjawat awam. Kuli kepada kerajaan MALAYSIA. Dilahirkan, membesar dan menetap di Kuala Lumpur.

Sudah bersuami dan BELIAU juga seorang yang pantang diajak berjalan. hehee. Aku suka dengan aktiviti ekstrem, seorang yang agak degil, dan seorang pemerhati. Aku hargai segala perkara yang ada dalam hidup aku dan amat bersyukur dengan semua yang ada di sekeliling aku sekarang, keluargaku, kawan-kawanku, rakan-rakan blogku dan seterusnya rakan-rakan #TravelholicAwesome yang sering memberi inspirasi untuk aku terus menghabiskan entry-entry kembara tertunggak aku. heheee

Semoga anda semua enjoy apabila membaca semua perkara yang aku kongsi di blog picisan aku ini.

Jika ada sebarang kemusykilan, boleh email kepada:

maszuber@gmail.com 

0 comments:

Catat Ulasan