Memaparkan catatan dengan label south korea. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label south korea. Papar semua catatan

Rabu, 13 Mac 2013

Observation: Seoul Peak Hour



7pm Namsan Tower Obvervation Deck
Gambar ini aku ambil semasa menikmati waktu senja di kawasan peninjau, Menara Namsan. Keadaan trafik adalah agak serius di bawah sana, di Seoul, terutama ketika waktu puncak, iaitu 7-9 pagi dan 4-8 malam. 

Seoul di antara bandar yang mempunyai sistem rangkaian pengangkutan awam yang sangat baik; dengan bas awam, teksi dan  subway saling berhubungan dengan baik, matsalleh sebut, very well-connected. Namun kenapa masih ramai individu memilih untuk menggunakan kereta persendirian masuk pekan?

1. Harga kereta yang murah di Korea 
2. Dah beli, mestilah nak pakai tiap-tiap hari, kalau tidak rugi kot
3. Kepadatan Seoul sendiri dengan 10 juta penduduk. Subway memang padat, jadinya ramai juga individu memilih kereta persendirian, lebih selesa dan terus ke tempat yang dituju tanpa bertukar mod pengangkutan.

Renung-renungkan.

Rabu, 18 Januari 2012

Experiencing South Korea, Day 8, Part 4 - Ilchul Land

Ini adalah sambungan entry dari SINI.

Bila selasai explore Miniland,  aku join balik 2 orang kawan aku yang menunggu di luar Miniland, menikmati makan tengahari di situ. Lunch kami adalah nasi, ayam masak merah(brahim) dan telur. Di samping itu, ada juga crackers untuk makan dengan salmon n mayonis. Agak mengenyangkan sebenarnya. Jadilah, nak cari restoren mungkin amek masa sebab ada 2 tempat lagi yang kami mahu pergi untuk hari yang panjang ini.


Alright, dari Miniland, ahjussi taxi terus membawa kami ke IlchulLand. Perjalanan mengambil masa dalam 30 minit. Jauh juga sebenarnya tempat itu, tapi memandang salah sorang dari kawan aku nie nak juga ke sana, aku follow jea.

Apa apa dengan Ilchul Land? Tiket masuk tempat nie dalam KRW 7,000. Bila masuk jea kami disaji dengan satu kolam yang agak besar dan ada man-made waterfall dalam tue. Agak cantik sebenarnya tempat ni sebab ianya adalah well-decorated garden dan juga arboretum. Sangat aman dan sedap mata memandang. Memacam jenis pokok ada dalam taman nie. Yang paling aku suka adalah bonsai dia la, ada banyak jenis dan usia memasing pon aku bajet berpuluh-puluh tahun atau mungkin cecah seratus lebih, kalo tengok dari saiz batangnya.



Di tengah-tengah taman itu ada satu gua yang dinamakan Micheon Cave.

Macam di Manjanggul Cave, suhu dalam Micheon Cave nie memang sejuk. Aku sebenarnya masih seram sejuk masa nak masuk gua nie. mungkin sebab makhluk yang aku tertangkap di gua pertama. tp so far, takde apa2 pun yang berlaku. Dalam gua nie ada kolam semulajadi yang agak besar. Itu yang membuatkan suhu dalam nie makin sejuk.

Ada sesapa penah masuk gua kelam tak? Gua kelam di Perlis lagi best!



Keluar dari Micheon Cave, aku sambung tour masuk taman-taman yang ada di situ. Bagi sesiapa yang Landscape Architect, aku rasa tempat nie memang seswai untuk korang. Banyak design2 taman yang menarik yang boleh korang cedok dan improvise dari Illchul Land nie.


Di tengah-tengah taman ini juga ada dibina patung Harubang. Sebenarnya, patung nie memang ada dimerata2 tempat di tanah Jeju nie.  Mereka dianggap macam tuhan yang boleh memberi perlindungan dan kesuburan pada masyarakat di sana. Sebab tue kebanyakan patung nie  diletakkan di luar pintu pagar untuk perlindungan daripada syaiton, katanya.


Setelah puas pusing-pusing IlchulLand, kame meneruskan perjalanan ke sebelah barat Pulau Jeju pula. Destinasi seterusnya adalah ke Jusangjeolli Cliff dan perjalanan ke sana mengambil masa dalam satu jam dari Ilchul Land..


akan di sambung kendian.

Ahad, 1 Januari 2012

Experiencing South Korea, Day 8, Part 3 - Mini Land

Hari ini 1.1.12.

Hari pertama bagi Tahun 2012. Yay!

Setelah berhibernasasi agak lama, di mana banyak menda2 best yang aku ketinggalan dalam doniya alam maya ini especially dengan progress bersama travelholicS lain yang meriah itu, aku sambung balik cerita kembara aku yang dah agak basi nie. Ini adalah sambungan entry dari SINI

Setelah puas melayan blues dengan rumput pink-purple di Sangumburi, aku meneruskan perjalanan ke destinasi seterusnya, MiniLand or Miniature Land. Tempatnya memang sebelah jea dengan Sangumburi Crater nie. Signboard ke Miniland nie memang jelas dari Sangumburi Crater.

Tiket masuk ke Miniland nie memang agak pricy, dalam KRW9,000. Akak berdua yang join skali utk kembara korea aku nie tak berapa nak masuk sangat sebab diorang dah penah masuk Miniature land di negara lain yang lagi advance sebelum nie. Aku tak kisah sangat, tp korang kena tunggu la kat luar sebab aku memang nak masuk..huhuhu

Jadinya Aku masuk dengan ahjussi taxi, boleh la dia tolong amek gambo aku sikit2. Untuk info, biasanya driver taxi diberi masuk secara free di kebanyakan tourist spot di jeju nie. termasukla di sini.

MiniLand nie ambil masa dalam 5 tahun untuk dibina sepenuhnya. Agak spacious tempatnya. Ada dalam 116 architectural wonders dan UNESCO Wold Heritage sites dari 50 negara berbeza dibina di sini. Agak banyak jugak. To name a few, ada statue of liberty, great wall of china, forbidden city, leaning tower of Pisa, London Bridge is falling down3x, Eiffel Tower and so on.



Kalo nak ikutkan, miniture di sini dibina saiznya dalam 1/15 or 1/30 of their original sizes. Ini adalah miniature park pertama di Korea, so agak popular la juga sebenarnya di sini.


 Ada feel2 macam kat US tak? 



Secara overallnya, tempat nie NICE, cuma biasa-biasa jea kot. Miniature2 yang ada di sini nampaknya dalam level average in terms of the presentation and quality. Expectation aku lebih sebenarnya..or mungkin sebab aku berdua jea yang masuk so kureng sket feelnya. Aku dapat bayangkan kalo aku masuk ngan geng Underdesk aku. Ohhh Hmm mesti meletops!
aku request ahjussi taxi tue pose macam tue..hehehe kelas!
Dalam Miniland nie juga ada satu building untuk Mirror Maze. Haa yang nie aku suka-suka! Serious, pening kepala aku untuk mencari jalan keluar. Memang tricky dan seram sket kot kalo sensorang, kot la  dalam cermin tue aku nampak JU-ON ke The Ring rambut panjang ke, dahla lampu dalam bilik tue memang purposely dikelamkan dan diblink2..huhuhu. tapi basically BEST!

Masjid Ubudiah, Bukit Chandan, Kuala Kangsar, Perak.
Dalam banyak-banyak bangunan yang ada dalam MiniLand nie, Masjid Ubudiah nie memang terbaek la bagi aku. Bangga sungguh aku. Petronas Twin Tower takda dalam nie, tapi Masjid Ubudiah ada di Jeju, Korea Selatan. Masjid nie memang ada sentimental value bagi orang perak or orang Kuale Kangsar secara khususnya. Maklumla, opah aku kat Kuala Kangsar. Arwah atuk aku pun disemanyamkan di perkarangan masjid Ubudiah nie.. Kalo mase kecik, balik raya ke sini, nampak jea masjid nie dah sah-sah, lagi beberapa minit jea nak sampai umah opah..huhuhu..

Alright dari MiniLand nie, kami meneruskan perjalanan ke IlchulLand pula..

Akan disambung kendian!

Isnin, 14 November 2011

Ini mungkin si DIA, cc: Biqque.

Lokasi di Manjanggul Lava Tube.


Bila aku snap gambo ini, aku terus preview then nampak benda seperti yang dibulatkan.

Aku pelik sebab tiada orang di depan aku tengah lalu ke apa, kecuali travel mate aku yang dekat depan sekali tue.

Aku pandang sekeliling, memang tiada orang. Even di belakang pun. Lalu aku berlari terus dekat dengan kawan aku di depan.

Aku senyap, dan meneruskan perjalanan hingga ke hujung gua.

Ini adalah kali KEDUA, aku tersnap sesuatu. Masih ingat entiti yang aku jumpa di FRASER's HILL dulu? Cuba klik SINI.

Sesungguhnya hanya Allah yang Lebih Mengetahui.

Ahad, 13 November 2011

Experiencing South Korea, Day 8, Part 2-Sangumburi Crater

Sambungan kembara dari SINI.


Dari Manjanggul Lava Tube, kami meneruskan perjalanan ke Sangumburi Crater. Sebenarnya tempat nie memang takde langsung pun dalam list aku sebelum ini. Tapi pakcik teksi, Mr Jang bermatian suruh kami singgah ke Sangumburi. Dia kata sangat rugi kalo dah sampai Jeju tapi tak singgah Sangumburi. Jadinya, aku pun ok jea la...kalo tak best, memang aku bakar teksi dia. haha


Dalam perjalanan ke Sangumburi, kami lalu kawasan pantai yang nampak tenang di sepanjang tepi jalan. Lepas tue tetiba ternampak Windmill dekat situ. Secara otomatik, aku minta Mr Jang brenti jap.


Aku tak sure nama pantai nie apa. Tapi air dia memang kaler hijau biru la..Aihh geram jea aku tengok. Rasanya mau gak aku lompat masuk air. Tapi sebab baju mandi memang tak bawak, maka aku main-main air jea la kat situ. Walaupun dah nak masuk musim luruh, air laut kat situ masih lagi suam-suam. Memang seswai kalo nak mandi manda dan piknik. Angin memang kuat di kawasan itu.


Dari pantai itu, kami meneruskan perjalanan ke Sangumburi. Perjalanan ada la dalam 30 minit untuk sampai ke sana. Entry masuk tempat ini dalam 3,000KRW. Tengok dari luar memang macam biasa jea. aku bajet macam kawah biasa2 jea.


Tapi bila masuk ke dalam lagi, SubhanAllah...tak terkata aku. Patutla Mr Jang bermatian suruh aku masuk gak Sangumburi Crater neh. ok, aku takkan bakar teksi dia!

Sangumburi merupakan salah satu bekas kawah gunung berapi yang dah mati dan sekarang dipenuhi dengan tumbuh-tumbuhan yang subur. Route untuk sampai ke kawah itu juga sangat "asik" untuk dinikmati sebenarnya. Cerun  yang nak didaki tue landai jea dan ambil masa lebih kurang dalam 5-7 minit.


Pavement pathway dia memang terbaik sebab ada sesetengah tue diletakkan rubber mat. Sedap jea berjalan kaki atas tue. Berjalan kaki menaiki cerun yang singkat membawa kami ke satu platform untuk menikmati pemandangan di situ. Mount Halla memang jelas nampak dari sini. Banjaran gunung berapi yang lain pun nampak juga..Ohh memang ollalallalalla!


Alright dari platform atas tue, kita akan nampak juga kawah Sangumburi itu. memang besar dan nampak macam stadium semulajadi. Kedalaman kawah dalam 130 meter dan pokok2 yang ada dalam kawah tue nampak macam padang rimbun permainan kanak-kanak. macam carpet pun ada juga. Diameter kawah tue dalam 650 meter, ukur lilit dalam 2070 meter. Jangan tak tau, aku bawak measuring tape skali tau mase ke sana ;p.
 
Kawah Sangumburi adalah lebih besar daripada kawah di puncak Gunung Halla (puncak tertinggi di Korea) dan memang seswai dengan diberi nama "Sangumburi" yang bermaksud 'kawah gunung'.


Kawasan kawah dan ke dalam memang tak dibenarkan masuk atas tujuan conservation. Anyhow, orang masih boleh enjoy pemandangan yang ada dari atas. Kawah tue memang penuh dengan pelbagai jenis  pokok renek; termasuk magnolia, pokok-pokok pain, dan Maples. Diorang kata Rusa Jeju pun dok dalam kawah tue dan kawasan sekitar. Ada mitos pasal Sangumburi ni kalo nak tahu:
"Legend of Sangumburi
The crater is indeed a sanctuary for Jeju’s timid wildlife. There is even an ancient Jeju legend about the crater tied to its animals. Long ago, Jeju people believed, two young, star-crossed lovers lived in the crater. Maljatddal was the daughter of one of the gods of Jeju and her lover was Hangam, or Hanbyeol, a star that she fell in love with. Her father did not approve of the match and they ran away to live inside Sangumburi. They were happy together for a time but Maljatddal eventually left Hangam, who stayed behind to tend the craters many animals. The people of Jeju honor Hangam as a guardian of the island’s animals and as a guardian of hunters. In the past they performed shaman ceremonies at Sanbumguri to ask the gods, and Hangam, for good hunting."
Source: Buku Sejarah

Selain dari legend yang ada, pemandangan keseluruhan tempat nie memang indah laaaa. Flamegrass kaler pink purple dia memang terbaek la. Adoi...rasa macam nak terjun jea masuk kawasan lalang2 tue dari atas. Lalang-lalang tinggi ini dipanggil Eoksae. Bila angin kuat jea, Eoksae ini pun ikut berayun dan menghasilkan wave yang cantik dan bunyi-bunyi nyaman. Ok, sekarang aku berangan teringat kat sana....


Dekat dengan laluan keluar tempat nie ada deretan dan susunan batu unik kat sana. Walaupun aku suka batu, tapi aku x brani songlap batu yang dekat sini. Hehee aku tengok gak tempat kalo nak kutip pun. huhuuhu


Batu-batu di susun ke atas. Simboliknya, setiap batu itu disusun dengan membuat wish di dalam hati. Diorang percaya, impian tue boleh terlaksana bila disusun lagi tinggi.. Ok aku tak join sebab memang tak percaya benda2 karut neh. Tapi sesiapa nak cuba pun buleh..:-)

Me and my beloved camera. kecik jea..x bleh nak celen ngan kengkawan punye DSLR..
Abaikan muka ngan tudung terherot aku tue, fokus pada Mount Hallasan yang dekat belakang tue..
Kami ambil masa dalam 2 jam lebih di Sangumburi Crater. Selepas itu kami terus ke Mini Mini Land atau Miniature Land yang terletak bersebelahan dengan Sangumburi ini.


Akan disambung kendian....

Rabu, 9 November 2011

Experiencing South Korea, Day 8, Part 1- Manjanggul Cave

Setelah lama terhenti, aku sambung balik entry kembara korea aku dari SINI.

Seperti yang aku dah inform di entry sebelum ini, hari seterusnya di Jeju kami menggunakan khidmat pakcik teksi bagi sepanjang hari, dari jam 8pagi hinggalah ke 6 petang. Untuk khidmat seharian, dia charge kami dalam 100,000KRW. Agak berbaloi sebenarnya sebab kami pergi banyak tempat dari timur ke barat. In case jika ada sesiapa berminat, bolehlah contact ahjussi taxi ini di:
Name: Jang Ji Hwan 
Email : araiih@naver.com
Tel no : 010-2687-6841
Jika naik teksi, untuk jimat make sure korang ada geng dalam 3-4 orang. Kalo seorang, adalah lagi jimat kalo naik bas sahaja. Cumanya kalo naik bas memang tak sempatla untuk cover banyak tempat. Dan satu lagi, tidak semua tempat bas awam sampai, kena naik teksi juga untuk ke sesetengah tempat.

Alright untuk hari ini, kami pergi ke lapan tempat:
1. Manjanggul Cave
2. Beach
3. Sangumburi Crater
4. Miniature Theme Park
5. Illchul Land
6. Jusangjeolli Cliff
7. Yongduam Rock
8. Love Land

Untuk entry Part 1 nie, aku elaborate tentang tempat pertama yang kami pergi, Manjanggul Cave. Tempat ini terletak kira-kira dalam 40 minit ke timur Jeju City dan merupakan salah satu tiub lava yang terbesar di dunia. Lava tuib ini panjang keseluruhannya adalah hampir 13 km dan tercipta kira-kira 200,000 - 300,000 tahun yang lepas


Aku terpanggil untuk ke sini sebab Lava tiub nie telah diwarta sebagai Tapak Warisan Dunia oleh  UNESCO. Walaupun hanya 1km daripada 13km panjang  dibuka kepada pelawat, orang yang datang memang akan dapat lihat seni geologi asli lava tiub ini.




Perkara pertama yang pengunjung akan notis apabila memasuki mulut tiub lava ini adalah saiznya. Kebiasaannya, bagi orang yang sudah biasa untuk masuk lava tiub yang lain, mereka perlu merangkak dan melutut. (tetibe teringat masuk gua telinga kat Taman Negara dolu-dolu).  Mangjangul nie beza sikitla. Ketinggian tiub adalah dalam 20m di beberapa tempat dan kebanyakannya dalam 24m. Tinggi 4 tingkat bangunan tue.


ok, itu lava tipu!
Masuk dalam gua memang akan ada la makhluk lain, selain makhluk halus (aku ada juga tersnap! nanti aku share lenkali), kelawar pun pengunjung tetap gua nie. Suhu purata gua ini dalam  11-21C dengan kelembapan antara 85% dan 100%. Atas dasar lava tiub nie ada kepentingan saintifik, makanya research dan monitoring memang sentiasa ada bagi kawasan ini.



Masa yang diperlukan untuk habiskan 1 km walk nie dalam 40 dan 90 minit. Bergantung pada orang juga. Ada orang enjoy slow pace sambil tengok betul2 batu2 si situ. Sebab suhu agak sejuk dalam lava tiub tue berbanding luar, aku nasihatkan bawakle jaket kalo pakai short sleeve. Memang sejuk..lagi dalam lagi sejuk dan lembab. Gambar pun makin susah nak ambil sebab skrin berwap2.
 
Kasut kalo nak pakai pun yang flat lagi sesuai sebab permukaan yang dipijak itu memang uneven. Kalo pakai selipar make sure yang bunganya masih banyak, takut licin.  Sepanjang  1km tue lampu dinyalakan dengan baik, tapi  mungkin ambil masa sikitla untuk mata seseorang  menyesuaikan diri dengan tahap cahaya yang lebih rendah.  

Sepanjang laluan juga ada beberapa penanda jarak dan telefon kecemasan in case kalo jadi apa-apa. So far tak penah lagi jadi perkara2 yg tak diingini dalam lava tiub tue. mana2 bahagian yang ditutup tue jangan le memandai nak explore juga..karang sesat selamanya dalam tue.




Personally, aku memang suka bab2 geologi nie. So aku memang suka la jenjalan slow pace dalam tue. Ada setengah orang memang tak suka, rasa tiub tue panjang sangat la. Jadinya, kalo korang rasa x larat nak jalan kaki sepanjang 1 km tue dan x brapa minat sgt pasal gua, x payah kot pergi. Tapi bagi aku lava tiub ni unik.Banyak formasi lava yang cantik n unik, seperti ada dinding yang bentuk macam sayap, "batu penyu",  stalagmit dan stalagtit yang pelbagai corak. 



Laluan lava tiub ni berakhir di menara lava yang agak besar. Ia adalah salah satu daripada beberapa tiang lava yang terbentuk apabila tiub aliran atas retak dan muntahkan batuan lebur. Lava ni dikira tak sempat keluar dah mengeras la. Memang bahagian yang paling menarik sepanjang 1 km tue. Dari situ, perlu patah balik untuk keluar dari tempat ini.

Akan disambung kendian..

Selasa, 1 November 2011

Experiencing South Korea, Day 7, Part 4- End of Day 7

Setelah beberapa cubaan sebelum ini gagal, Jam 11.45am tadi baru berpeluang tengok REAL STEEL. Nangis tengok cerita ini. Ohhh serious best. (Selingan :-0)

Ini adalah sambungan entry dari SINI.

Experiencing South Korea, Day 7 bagi Part 4 ini adalah penghabisan bagi hari ketujuhku di bumi orang bermata kecil ini. Dari pagi di Seongeup Folk Village hinggalah ke petang di Seopjikoji memang penuh agenda aku.

Di luar kawasan Seopjikoji memang banyak restoran makanan laut ada di situ. Berderet akuarium di luar restoren mempamerkan menu-menu utama seafood di restoran masing-masing.

Ada satu akuarium  di dalamnya sotong optopus. Memang agak besar. Lebih kurang besar aku juga rasanya. Teringat aku satu cerita melibatkan optopus. Hehee agak geli tapi aku mahu kongsi di sini.

Kalau korang nak tahu, jika ada kapal terbang terhempas ke, ferry/bot karam ke etc, sotong optopus nie di antara yang paling awal datang untuk melekapkan jejari-jejarinya yang banyak itu ke serpihan/badan manusia yang tertinggal di permukaan atau dasar laut. Itulah di antara makanan kegemaran optopus selain ikan-ikan kecil di lautan..Ini adalah fakta bukan auta.

So bila aku tengok optopus sebegini besar dan teringat perkara itu, memang tak lalu aku makan..huhuhu, tp still ramai jea yang suka jenis sotong sebegini.

Even aku pun, kalo beli tako tao kat Jusco, aku akan amek tako tao optopus. Sedap.Tp itu optopus kecik la. :-)

Iklan!! ;)
Dari Seopjikoji, kami tunggu taxi untuk balik ke Pyoseon dan seterusnya naik bas awam balik ke Guest House di Jeju-si. Setelah berjaya mendapatkan taxi, kami minta ahjushi taxi tue hantar kami ke Pekan Pyoseon. Dalam 3 minit perjalanan, kami dalam teksi tue ada juga borak-borak pasal bas utk ke Jeju-si. Ahjussi taxi tue dengar dan offer untuk hantar kami terus ke Jeju-si dengan 20,000KRW. Sangat murah ok, lebih kurang je dengan harga tiket naik bas utk kami bertiga ke Jeju-si!

Aku tanya asal murah, sbb takut kena tipu, kot la 20,000KRW satu kepala. Then dia clarify yg memang untuk satu taxi sebab rumah dia pun dekat Jeju-si, otw nak balik rumah dia. Pasal tue tambang teksi dia ambil murah tak pakai meter. Great! At the same time dia pasang juga meter dia, untuk tunjuk brapa byk diskaun yg sebenarnya kami dapat. So kami teruskan perjalanan ke Jeju-si yang mengambil masa perjalanan dalam sejam setengah dari Seopjikoji.

Wind farm @ Jeju
Sepanjang perjalanan yang jauh tue, aku observe juga cara ahjushi taxi tue memandu. Hehe main belasah jea lampu merah. Kalo rasa nak belok belasah jea takde nak kasi signal bagai. Aku risau juga, tapi ahjushi tue nampak macam expert. Seat belt memang x pakai la. Masa tengah dalam perjalanan tue, ada satu tempat tue buat roadblock. So secara automatik aku yang dok sebelah driver tue terus capai seat belt sepantas kilat. Bantai gelak dia dekat aku. Dia memang pelik asal aku takut sgt ngan polis. Siot jea. Dia dengan selambanya boleh bersapa2 lagi ngan polis tue. haih! Penguatkuasaan trafik memang takde yea di Jeju nie. So tak payah nak risau, susah kot nak kena saman di Jeju nie.

Dalam pada itu, dia ada offer juga pada kami, in case jika kami nak dia jadi driver kami utk besok hari dari jam 8 pagi sampai 6 petang. Dia charge untuk seharian dari pagi sampai petang dalam 100,000KRW. Tak kisah kami mahu ke mana, dari timur ke barat dia akan bawa kami ke masa sahaja. Satu offer yang menarik sebenarnya. Kalo divide 3, sorang dalam 33,000KRW.

Bila kami sampai di Jeju-si, hari sudah senja dan kami terus bersetuju untuk pakai khidmat dia untuk keesokkan harinya. Aku rasa agak berbaloi sebab masih banyak tempat yang kami mahu pergi lagi dan kalau dengan bas/taxi memang agak mustahil untuk dibuat. Lagipun, kalo nak di-compare dengan bus tour yang Yeha GH offer, diorang ambil dalam 79,000KRW untuk setiap orang/ per day. Klik SINI untuk details. Jadinya kami harap pilihan kami ini adalah yang paling tepat.

Kami minta ahjushi taxi itu untuk standby besok pagi tepat jam 8 pagi di depan GH kami. 


Setelah mendapat rehat yang cukup dalam sejam dua, kami keluar balik untuk ke pasar yang berdekatan. Pasar ni aku tak ingat namanya apa, tapi kami ke sana dengan bus yang tambangnya 1,000KRW. Di sana, kami beli sotong, salad dan buah buahan untuk snack sampingan.

Balik dari pasar, kami menanak nasi dan masak sambal sotong yang bari dibeli. Sambal tumis tue yang cap Brahim yea..memang senang, masuk jea sotong dan sambal tue bole siap dalam dalam 10 minit. :)

Sambil makan, tengok berita dalam tv yang langsung tidak difahami..huhuhuuu tp dinner kami malam  itu agak mengenyangkan, alhamdulillah.

Malam itu sebelum tidur, telefon mak dalam setengah jam untuk update, international call adalah FREE di sini, jadinya gunakan dengan sebaiknya. :-)

Untuk kembara keesokkan harinya, memang lagi best. Aku akan kongsi sikit-sikit yea..Day 8, akan ada lebih banyak bahagian berbanding Day 7 sebab kami melangkah lagi jauh dan lebih banyak tempat yang telah diterokai.

Till next time..

Khamis, 27 Oktober 2011

Experiencing South Korea: Day 7, Part 3: Seopjikoji

Ini adalah sambungan entry dari SINI.

Dari Seongsan Illchulbong, kami meneruskan perjalanan ke Seopjikoji. Untuk ke Seopjikoji nie, tiada bas awam yang lalu masuk ke situ. Jadinya kami ambil taxi dari Seongsan. Perjalanan ke Seopjikoji mengambil masa dalam 15 minit.


Apa yang ada di Seopjikoji?

*Picture Postcard!*

Dari namanya, "Seopji" nie nama lama untuk kawasan ini dan "Koji" adalah dari dialect Jeju yang membawa maksud "a sudden bump on land". Any idea why?

Cuba tengok gambo-gambo yang ditembak di sini..



Tempat ni memang saujana mata memandang sebenarnya. Kawasan hijau tanpa pokok dengan batu-batu tunggal yang ada di seashore. Batu-batu ini dipanggil "seondol". Juga terdapat tembok batu di sepanjang jalan untuk menyekat angin dalam perjalanan ke rumah api di hujung jalan ke Seopjikoji. 


Aku memang tergamam bila lalu kawasan nie sebenarnya. Berjalan kaki menuju ke lighthouse dengan keadaan yang berangin kuat serta sejuk memang sangat asyik. Terlupa sekejap dengan terik matahari. Agak romantik kalo pergi dengan spouse sebenarnya.


Seopjikoji nie juga terkenal sebagai lokasi penggambaran drama untuk TV mini siri "All In." Pernah tengok tak cerita tue?

Drama ni popular pada tahun 2003  dan dibintangi oleh Lee Byung-hun dan Song Hye-kyo. Tempat nie pernah dilanda taufan teruk dan telah dibersihkan dan dibina semula untuk dibuka pada orang awam melawat. Berabis juga duit diorang gunakan untuk reconstruct gereja dan biara di situ.



Bagi aku, selain dari Seongsan Illchulbong, Seopjikoji adalah satu lagi tempat yang wajib dipegi jika sampai di Pulau Jeju. Untuk sesiapa yang nak berbulan madu pun sangat sesuai. Suasana memang romantik di sini. Pemandangan memang superb. Background gambor memang  Ohsem! 

Aku harap, satu hari nanti, ada la rezeki untuk aku datang lagi ke sini. Tapi waktu tue bukan berseorangan la..huhuhu..x best feel sorang-sorang sebenarnya ;) *Mood berangan tak sudah*

sob sob..

to be continued..

Selasa, 25 Oktober 2011

Experiencing South Korea: Day 7, Part 2: Seongsan Illchulbong (Haenyo Women Diver)

Ini adalah sambungan kembara dari SINI,

Dari Trick Art Museum, kami meneruskan perjalanan dengan bas awam ke Pyoseon Town. Dari sana kami akan naik satu bas yang lain untuk ke Seongsan Illchulbong. Perjalanan ke Pyoseon dari Trick Art Museum mengambil masa dalam 30 minit.

Apabila sampai di Pyoseon, Abang driver bas waktu nie memang baik. Siap nak turunkan kami bebetul ke tempat bus stop yang ada connecting bas ke Ilchulbong. TAPI, by the time kami hampir sampai di depan bus stop tersebut, lalu pula bas yang kami nak naik tue. Aihhh selisih la pula. x sempat kami nak turun dan tukar, bas yang kami mahu naik itu telah tinggalkan kami. Cait! Next bas after 30 minit!


Jam ditangan sudah jam 1.00pm. Kami perlu sampai di Ilchulbong pada jam 1.30pm untuk tengok live performance "Nenek2 Hebat" di sana. Kalau tunggu bas seterusnya, makanya tak sempatlah kami tengok performance itu.  Jadinya, terpaksalah naik taxi yang sentiasa standby di merata-rata Pekan Pyoseon itu.

Seongsan Illchulbong dari udara, Ehsan Mr. GOOGLE
Gambar di atas adalah tempat yang aku mahu pergi (gambo udara). Tempat ini adalah dari letusan gunung berapi 100ribu tahun lepas. Kawah gunung nie lebar diameternya adalah dalam 600meter dengan tinggi dalam 90meter. Sekarang pokok-pokok memang tumbuh dengan suburnya di dalam bekas kawah itu. Sebab keunikannya, tempat ni telah disenaraikan sebagai UNESCO World Heritage. Wajib pergi sini jika kamu sampai ke Jeju!


Alright, dari Pyoseon, kami naik teksi dan perjalanan mengambil masa dalam 25 minit untuk sampai ke Seongsan Illchulbong. Kami sampai sana ngam ngam jam 1.30pm dan nenek-nenek penyelam wanita atau The Women Divers a.k.a "Haenyo" tengah bersedia untuk turun ke laut mencari rezeki.

Sebelum Haenyo ni turun ke laut, mereka akan menyanyi satu lagu sebagai doa supaya mereka selamat semasa berada dalam laut. Memang aku agak kagum dengan stamina yang mereka ada. Rata-rata umur mereka dalam 55-70 tahun, tapi masih larat untuk turun menyelam TANPA TONG GAS OKSIGEN!

Aku pun suka juga kalo bab-bab menyelam nie KLIK SINI, tapi memang tak setanding langsung la dengan Haenyo kat sini. Lama tue diorang tahan nafas untuk cari sotong, tiram dan ikan di bawah dasar laut tue. Aku nak kejar nemo masa di Redang dulu pun tak sampai seminit dah tak cukup nafas. Inikan mereka yang dah taraf umur-umur opah aku, tapi nafas panjang. Memang OHSEM. Memang mereka adalah the living legend!

Kerajaan Korea Selatan memang sedaya upaya cuba berusaha untuk mempromosikan aktiviti Haenyo di sini selagi mana yang boleh. Cuma yang sedihnya, golongan Haenyo nie memang nampaknya tiada pelapis. Satu hari nanti aktiviti Haenyo nie akan pupus, yang tinggal hanya museum.

Setelah Haenyo kembali ke darat, kami bertiga mencari port untuk makan tengahari di situ. Angin sepoi-sepoi bahasa di situ dengan dingin nyaman memang mengajak  kami untuk duduk lama di situ. Menu lunch kami hari itu adalah nasi dan juga rendang daging Brahim. Memang asik! Sambil makan, aku usha-usha juga rock creation di sana. Unik dan cantik.
 Di antara kawasan teluk yang cantik!

Selain dari Haenyo, Seongsan Illchulbong ini juga terkenal sebagai tempat untuk melihat matahari terbit yang cantik di Jeju. Kalau rajin, bolehla mendaki sampai atas Seongsan di waktu selepas Subuh untuk tembak Sunrise di sana. Memang cantik. Dari atas sana, selain dari sunrise, bole juga tengok kawah gunung itu yang telah ditumbuhi pokok-pokok rimbun.
Kami sampai di Seongsan dalam jam 1.30 tengahari dan selepas hampir 3  jam  berada di sana kami meneruskan perjalanan ke Seopjikoji.
Siapa sangka itu adalah speaker!
To be continued..