Seperti yang aku dah inform di entry sebelum ini, hari seterusnya di Jeju kami menggunakan khidmat pakcik teksi bagi sepanjang hari, dari jam 8pagi hinggalah ke 6 petang. Untuk khidmat seharian, dia charge kami dalam 100,000KRW. Agak berbaloi sebenarnya sebab kami pergi banyak tempat dari timur ke barat. In case jika ada sesiapa berminat, bolehlah contact ahjussi taxi ini di:
Name: Jang Ji Hwan
Email : araiih@naver.comTel no : 010-2687-6841
Jika naik teksi, untuk jimat make sure korang ada geng dalam 3-4 orang. Kalo seorang, adalah lagi jimat kalo naik bas sahaja. Cumanya kalo naik bas memang tak sempatla untuk cover banyak tempat. Dan satu lagi, tidak semua tempat bas awam sampai, kena naik teksi juga untuk ke sesetengah tempat.
Alright untuk hari ini, kami pergi ke lapan tempat:
1. Manjanggul Cave
2. Beach
3. Sangumburi Crater
4. Miniature Theme Park
5. Illchul Land
6. Jusangjeolli Cliff
7. Yongduam Rock
8. Love Land
Untuk entry Part 1 nie, aku elaborate tentang tempat pertama yang kami pergi, Manjanggul Cave. Tempat ini terletak kira-kira dalam 40 minit ke timur Jeju City dan merupakan salah satu tiub lava yang terbesar di dunia. Lava tuib ini panjang keseluruhannya adalah hampir 13 km dan tercipta kira-kira 200,000 - 300,000 tahun yang lepas.
Aku terpanggil untuk ke sini sebab Lava tiub nie telah diwarta sebagai Tapak Warisan Dunia oleh UNESCO. Walaupun hanya 1km daripada 13km panjang dibuka kepada pelawat, orang yang datang memang akan dapat lihat seni geologi asli lava tiub ini.
Perkara pertama yang pengunjung akan notis apabila memasuki mulut tiub lava ini adalah saiznya. Kebiasaannya, bagi orang yang sudah biasa untuk masuk lava tiub yang lain, mereka perlu merangkak dan melutut. (tetibe teringat masuk gua telinga kat Taman Negara dolu-dolu). Mangjangul nie beza sikitla. Ketinggian tiub adalah dalam 20m di beberapa tempat dan kebanyakannya dalam 24m. Tinggi 4 tingkat bangunan tue.
ok, itu lava tipu! |
Masa yang diperlukan untuk habiskan 1 km walk nie dalam 40 dan 90 minit. Bergantung pada orang juga. Ada orang enjoy slow pace sambil tengok betul2 batu2 si situ. Sebab suhu agak sejuk dalam lava tiub tue berbanding luar, aku nasihatkan bawakle jaket kalo pakai short sleeve. Memang sejuk..lagi dalam lagi sejuk dan lembab. Gambar pun makin susah nak ambil sebab skrin berwap2.
Kasut kalo nak pakai pun yang flat lagi sesuai sebab permukaan yang dipijak itu memang uneven. Kalo pakai selipar make sure yang bunganya masih banyak, takut licin. Sepanjang 1km tue lampu dinyalakan dengan baik, tapi mungkin ambil masa sikitla untuk mata seseorang menyesuaikan diri dengan tahap cahaya yang lebih rendah.
Sepanjang laluan juga ada beberapa penanda jarak dan telefon kecemasan in case kalo jadi apa-apa. So far tak penah lagi jadi perkara2 yg tak diingini dalam lava tiub tue. mana2 bahagian yang ditutup tue jangan le memandai nak explore juga..karang sesat selamanya dalam tue.
Personally, aku memang suka bab2 geologi nie. So aku memang suka la jenjalan slow pace dalam tue. Ada setengah orang memang tak suka, rasa tiub tue panjang sangat la. Jadinya, kalo korang rasa x larat nak jalan kaki sepanjang 1 km tue dan x brapa minat sgt pasal gua, x payah kot pergi. Tapi bagi aku lava tiub ni unik.Banyak formasi lava yang cantik n unik, seperti ada dinding yang bentuk macam sayap, "batu penyu", stalagmit dan stalagtit yang pelbagai corak.
Laluan lava tiub ni berakhir di menara lava yang agak besar. Ia adalah salah satu daripada beberapa tiang lava yang terbentuk apabila tiub aliran atas retak dan muntahkan batuan lebur. Lava ni dikira tak sempat keluar dah mengeras la. Memang bahagian yang paling menarik sepanjang 1 km tue. Dari situ, perlu patah balik untuk keluar dari tempat ini.
Akan disambung kendian..
salute kat mas.. sy cuak kalau masuk gua2 camni..
BalasPadamjumpa batman tak....?
BalasPadamKakcik suka tengok gambar2 yang dirakam dan catatan yang Mas coretkan. :)
BalasPadam@rozita:
BalasPadamla..nape cuak? sbb gelap ke?
@uncle gedek:
BalasPadamsaya jumpe kakak kepada batman! :-)
@kak cik:
BalasPadamterima kasih kak chik..:-)
pakcik teksi tu boleh speaking english tak?
BalasPadam@daddy Z:
BalasPadambole la sikit2. dia cikgu math n science. part time bawak teksi. dahsyat kan carik rezeki.
Adoi bile masa plak kat kuria ni ada gua gua nih! Haish menariknya. Ni yang buat nak kene ripit balik ni!
BalasPadamsedak nama gua~~manjanggul~~keh keh~
BalasPadamBestnya dapat masuk gua camtuh, dan masih lagi boleh berposing glamour dan berpakaian cantik! hebat!
BalasPadamKak Azie pernah masuk 2,3 gua jer... Memang best, kan?
@janggel:
BalasPadamkat jeju ada banyak cave tau! nanti gi sane :-)
@bujal:
BalasPadamhihihi tumpang sebut sipi2 z:-)
@kak azie:
BalasPadamsekali sekale masuk gua memang best. :-)
ha tempat ni tak sampai lagi nih! kena masuk list!
BalasPadam@biqque:
BalasPadamsila sila masuk list. aku siap tersnap gambo antu dalam neh tau! mana tau ko bleh jumpe dia skali :)
thank you for sharing such a beautiful place..nk g jugak...siap ambk emikcontact no ajusshi tu...hehehe...
BalasPadam@zuryn:
BalasPadamcontact la pakcik taxi tue, dia baik. :-)
siut la! meremang bulu tengkuk aku tengok balik gambar2 diatas! serius ke weh???!!! omggggggggg!
BalasPadam@biqque:
BalasPadamdah percaya sekarang..? :-)))
cik mas, ahjussi taxi tu join kite jenjalan sekali ke die tukang bawak je? kireny boleh la kite bg je list tempat yg kite nak g kat die ye? tq :)
BalasPadam@dodonpachi:
BalasPadamahjussi taxi join skali. kasi jea list mana nak pegi dia akan bawak ke mana saje. :-)
Hi, entry yg menarik & saya dah cuba contact ahjussi tu.. tp kenapa email dia bounce yer? nak tny utk call/sms no tu mcm mane? +82 01026876841 ke +82 1026876841? thanks
BalasPadamitula..saya try pon bounce balik..x tak kenapa..
Padamsalam. saya cuba call, msg n email...tp takdpt pula nak hubungi driver taxi tu?email bounce..call tak angkat, msg delivered tp tak reply...saya nak ke sana bulan 6 ni..tu tgh crik no driver taxi..TQ
BalasPadamalamak..pasal email tue memang bounce la..mungkin sy silap tulis kot mase tue..
Padamtp cuba ry call lagi sampai dia jawab..
hi nak tanye, kalau amek dgahjussi, tu bile lunch cmne ek? sbb ade tour service yg kena byrkan lunch diorg sekali..pkcik ni amek ikut jam atau sehari ? tq!
BalasPadamkami lunch makan bekal yang kami bawak..kami memang share jea apa yang kami makan..:-)
BalasPadampakcik nie amek dari kol 8pagi sampai 7 malam. 100ribu won