Selasa, 1 November 2011

Experiencing South Korea, Day 7, Part 4- End of Day 7

Setelah beberapa cubaan sebelum ini gagal, Jam 11.45am tadi baru berpeluang tengok REAL STEEL. Nangis tengok cerita ini. Ohhh serious best. (Selingan :-0)

Ini adalah sambungan entry dari SINI.

Experiencing South Korea, Day 7 bagi Part 4 ini adalah penghabisan bagi hari ketujuhku di bumi orang bermata kecil ini. Dari pagi di Seongeup Folk Village hinggalah ke petang di Seopjikoji memang penuh agenda aku.

Di luar kawasan Seopjikoji memang banyak restoran makanan laut ada di situ. Berderet akuarium di luar restoren mempamerkan menu-menu utama seafood di restoran masing-masing.

Ada satu akuarium  di dalamnya sotong optopus. Memang agak besar. Lebih kurang besar aku juga rasanya. Teringat aku satu cerita melibatkan optopus. Hehee agak geli tapi aku mahu kongsi di sini.

Kalau korang nak tahu, jika ada kapal terbang terhempas ke, ferry/bot karam ke etc, sotong optopus nie di antara yang paling awal datang untuk melekapkan jejari-jejarinya yang banyak itu ke serpihan/badan manusia yang tertinggal di permukaan atau dasar laut. Itulah di antara makanan kegemaran optopus selain ikan-ikan kecil di lautan..Ini adalah fakta bukan auta.

So bila aku tengok optopus sebegini besar dan teringat perkara itu, memang tak lalu aku makan..huhuhu, tp still ramai jea yang suka jenis sotong sebegini.

Even aku pun, kalo beli tako tao kat Jusco, aku akan amek tako tao optopus. Sedap.Tp itu optopus kecik la. :-)

Iklan!! ;)
Dari Seopjikoji, kami tunggu taxi untuk balik ke Pyoseon dan seterusnya naik bas awam balik ke Guest House di Jeju-si. Setelah berjaya mendapatkan taxi, kami minta ahjushi taxi tue hantar kami ke Pekan Pyoseon. Dalam 3 minit perjalanan, kami dalam teksi tue ada juga borak-borak pasal bas utk ke Jeju-si. Ahjussi taxi tue dengar dan offer untuk hantar kami terus ke Jeju-si dengan 20,000KRW. Sangat murah ok, lebih kurang je dengan harga tiket naik bas utk kami bertiga ke Jeju-si!

Aku tanya asal murah, sbb takut kena tipu, kot la 20,000KRW satu kepala. Then dia clarify yg memang untuk satu taxi sebab rumah dia pun dekat Jeju-si, otw nak balik rumah dia. Pasal tue tambang teksi dia ambil murah tak pakai meter. Great! At the same time dia pasang juga meter dia, untuk tunjuk brapa byk diskaun yg sebenarnya kami dapat. So kami teruskan perjalanan ke Jeju-si yang mengambil masa perjalanan dalam sejam setengah dari Seopjikoji.

Wind farm @ Jeju
Sepanjang perjalanan yang jauh tue, aku observe juga cara ahjushi taxi tue memandu. Hehe main belasah jea lampu merah. Kalo rasa nak belok belasah jea takde nak kasi signal bagai. Aku risau juga, tapi ahjushi tue nampak macam expert. Seat belt memang x pakai la. Masa tengah dalam perjalanan tue, ada satu tempat tue buat roadblock. So secara automatik aku yang dok sebelah driver tue terus capai seat belt sepantas kilat. Bantai gelak dia dekat aku. Dia memang pelik asal aku takut sgt ngan polis. Siot jea. Dia dengan selambanya boleh bersapa2 lagi ngan polis tue. haih! Penguatkuasaan trafik memang takde yea di Jeju nie. So tak payah nak risau, susah kot nak kena saman di Jeju nie.

Dalam pada itu, dia ada offer juga pada kami, in case jika kami nak dia jadi driver kami utk besok hari dari jam 8 pagi sampai 6 petang. Dia charge untuk seharian dari pagi sampai petang dalam 100,000KRW. Tak kisah kami mahu ke mana, dari timur ke barat dia akan bawa kami ke masa sahaja. Satu offer yang menarik sebenarnya. Kalo divide 3, sorang dalam 33,000KRW.

Bila kami sampai di Jeju-si, hari sudah senja dan kami terus bersetuju untuk pakai khidmat dia untuk keesokkan harinya. Aku rasa agak berbaloi sebab masih banyak tempat yang kami mahu pergi lagi dan kalau dengan bas/taxi memang agak mustahil untuk dibuat. Lagipun, kalo nak di-compare dengan bus tour yang Yeha GH offer, diorang ambil dalam 79,000KRW untuk setiap orang/ per day. Klik SINI untuk details. Jadinya kami harap pilihan kami ini adalah yang paling tepat.

Kami minta ahjushi taxi itu untuk standby besok pagi tepat jam 8 pagi di depan GH kami. 


Setelah mendapat rehat yang cukup dalam sejam dua, kami keluar balik untuk ke pasar yang berdekatan. Pasar ni aku tak ingat namanya apa, tapi kami ke sana dengan bus yang tambangnya 1,000KRW. Di sana, kami beli sotong, salad dan buah buahan untuk snack sampingan.

Balik dari pasar, kami menanak nasi dan masak sambal sotong yang bari dibeli. Sambal tumis tue yang cap Brahim yea..memang senang, masuk jea sotong dan sambal tue bole siap dalam dalam 10 minit. :)

Sambil makan, tengok berita dalam tv yang langsung tidak difahami..huhuhuuu tp dinner kami malam  itu agak mengenyangkan, alhamdulillah.

Malam itu sebelum tidur, telefon mak dalam setengah jam untuk update, international call adalah FREE di sini, jadinya gunakan dengan sebaiknya. :-)

Untuk kembara keesokkan harinya, memang lagi best. Aku akan kongsi sikit-sikit yea..Day 8, akan ada lebih banyak bahagian berbanding Day 7 sebab kami melangkah lagi jauh dan lebih banyak tempat yang telah diterokai.

Till next time..

37 ulasan:

  1. Mas!
    haha...bajet aku tu sbnrnya kalo tgk balik, lebih kat shopping je. saje nk bwt lebih2 just in case. kita xtau kan ape jadik kat sana. nk lepak minum kopi lagi, hahah.

    anyway, murahh benar tu kalo pakcik tu nk kasik 100k won je utk 1 hari travel. mmg berbaloi-baloi. ade amek biz card die x? =)

    BalasPadam
  2. @john:

    aiseh ko kalo menyopping kalah aku kan kan? :-)) takpe asal dalam hati ada bahagia. ye dak? ;p

    nanti aku share contact number pakcik taxi tue kat next entry. memang aku suggest korang utk naik jea ngan uncle ni in case ko tersampai ke jeju tengah bulan nov nanti. mana la tau kan.. tetibe terbeli tiket flight ke jeju :-)))
    (mood meracun!)

    BalasPadam
  3. seronok uncle baca catatan ini .. teringat nasi dia yang macam pulut - melekit tapi sedap.

    dulu masa uncle pergi belum jadi blogger .. kalau tidak mahu 10 episod .. hehe

    BalasPadam
  4. @uncle:

    nasi dia memang macam pulut. cepat kenyang.

    itula, uncle lebih banyak merantau kalo nak banding dengan kami nie..lagi jauh uncle dah pegi..

    BalasPadam
  5. kalau tengok mas ni kecik aje
    orangnya tapi minat dan keberanian
    ke tempat org sangat besar n berani ye..

    BalasPadam
  6. @kak ati:

    ada org yang lagi berani dari saya kak..:-)

    BalasPadam
  7. Seronok boleh buat panggilan tanpa bayaran. :)

    BalasPadam
  8. kak...sy blom tgok lagi real steel.....hihi


    eh international call free? buleh tepon tiap2 ari la nmpk gaya nye..hihi

    BalasPadam
  9. @kak cik:

    itula...rasa macam dekat jea..:-)

    BalasPadam
  10. @kemang:

    berbaloi tgk real steal!

    international call utk land line memang free kalo di yeha. memang bole call tetiap hari kalo mahu.. :-)

    BalasPadam
  11. iklan jap....

    Kemang wehhhh pi tengok cepat!! Reel Steel memang BESTTTTTTT!!!!!!!!!!

    Maszuber,
    Macam tau-tau je soalan aku "Wah siap masak sambal tumis!" HAhaha pak Brahim punya rupanya :D Aku ada termiss ke memana ke eh? Tempat ni memang ada dapur ke atau korang ada bawak periuk kecik masa g sana erk???

    BalasPadam
  12. @masMZ:

    kat tempat nie memang ada dapur yang lengkap, siap ada periuk dan pinggan untuk Muslim, x yah nak samak. :-)

    periuk nasi pun ada jea kat dapur di Yeha tuh, besar punye.

    cuma kitorang utk travel kali nie memang bawak satu periuk nasi kecik, cukup utk makan sekali round 3 orang. :-)

    p/s: periuk tue muat masuk beg kecik bawak ke hulu hilir ;p

    BalasPadam
  13. akak ske mkn sotong. x kire yg cemana...ehehhhe

    p/s: awk berselera tgk sayur2an celur tuh ker? hahahha...

    BalasPadam
  14. oh my...dah rasa masakan sana..bila balik sini..g korean rest..mula la rasa x puas hati kan.. tak de taste mcm kat sn! hahaha

    eh..restoran spring potato tu..mcm overrated lah. aritu try g makan.. pfttt.. hampeh gila!!

    BalasPadam
  15. i think the thing should be called OCtopus?


    ok, tina suka ni. haha

    BalasPadam
  16. sebab tu dorang senang je guna chopstick sebab nasi dorang kenyal kan

    BalasPadam
  17. hero utama dlm N3 ni ialah sotong..hehe

    BalasPadam
  18. international call adalah free? wah..kalau saya bergayut lama la ngan org2 malaysia...hehe...

    BalasPadam
  19. tengah ambek nota sbb target nak gi next yr... dok kat masa sampai leh masak... ini sudah bagussssss

    BalasPadam
  20. international call free??? woh, terbaiklah korea!

    BalasPadam
  21. @akuzle:

    saya suke salad itu, x payah celur. sgt berselera..:-)

    BalasPadam
  22. @hanie:

    o yeke.. i x penah try korean restaurant kat KL lagi, ari tue kat seoul garden biase jea..

    BalasPadam
  23. @BDC:

    yes exactly, its OCtopus.

    whoappss ;p

    BalasPadam
  24. @lily:

    heheee masak bila rasa terdesak ;)

    BalasPadam
  25. @GB:

    kat sini jea yang free, itu pun landline..tmpt lain kena bayor ;p

    BalasPadam
  26. aku rasa ngeri pulak bila baca fakta psl octopus tu...tp kira fair la kan, dia makan kita, kita makan dia...hehe ;P

    aku nk tanya, yg periuk nasik kecik yg kwn ko beli tu brp harganya. aku ingt nak beli 1, senang kalau travel kat europe takdela boring mkn spaghetti & roti 24jam..dahla nasik mahal...

    BalasPadam
  27. hi im blog walking to ur place.. .. nampak sedap makanan tu walaupon simple

    BalasPadam
  28. waaahhhhh... best best... sotong tu mmg sedap.. tak try makan yg kecik yg hidup2 tu ke? my husband makan tp kita tak lalu.. uwek la jawabnya... tqs for sharing d pics etc.. duduk 11 bulan tak sempat ke jeju sbb ada baby & winter yg amat2 lama.. naknya pi jeju...!!

    BalasPadam
  29. @fatt:

    periuk tue harga dalam rm36. member aku beli masa dia kat langkawi. dah lama dah. aku carik gak kat KL nie, tak jumpe lagi...

    memang berguna periuk tue..masuk bag aja!

    BalasPadam
  30. @mulan:

    heheee saya tak try kalo makan yg hidup2 tue. tp kalo makan dan dpt duit, i rela jea..ala2 dalam amazing race ;)

    BalasPadam
  31. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam