Khamis, 10 November 2011

26 fakta kaki jalan yang tak berapa nak tegar sgt ;)

Di saat aku kekeringan idea, seorang backpacker otai, Fatt dengan jayanya telah melancarkan satu "latih tubi" (lama tak guna perkataan tue ;p) utk geng2 traveler yg lain. Baguih betul hang, penuh dengan idea! Nways, aku try jawab mana yang mampu yea, since pengalaman berjalan aku pun tak sebanyak mana macam rerakan yg lain tue..:-)

Part I

1. Perkenalkan diri anda secara ringkas
Ramai orang memang panggil aku Mas. Senang jea. Aku ni agak friendly dengan orang (especially selepas aku kenal la).

2. Sejak bila anda terjebak dalam dunia travel?

Aku rasa sejak aku pegang duit sendiri. Sejak bekerja tahun 2004. Aku nie bukan dari keluarga  berada yg mampu dan  slalu travel sana sini. Pepehal kalo nak ke mana, aku pakai duit sendiri, segan nak minta ngan mak ayah..

3. Yang mana satukah menggambarkan diri anda; traveller atau tourist?

aku rasa lebih kepada traveller kot.
4. Konsep berjalan jenis apakah yang selalu diamalkan? ie. backpacking, memandai sendiri, tour agency?

backpacking (sebab sumber kewangan aku memang all the time limited) dan memandai sendiri ;). lebih best rasanya, aku buat apa yang aku nak, tak payah sangat nak ikut orang.

5. Siapakah travel partner anda?

So far, aku memang tiada travel partner yg tetap. biasanye, aku buat plan.. then aku war2kan kat orang. sesape yg nak join, aku ok jea. tapi kena prepare untuk ikut rentak aku la.. tak kesah makan ala kadar, tidur pun tempat yg cikai jea..etc

Part II

6. Bilakah kali pertama anda bercuti ke luar negara?

Tahun 2001, aku gi phuket then bangkok. Naik bas ber-jam2. ada tue travelling dari satu tempat ke tempat yang lain dalam 14 jam. Masa nie aku blajar, first time aku gi luar Malaysia. Sebab atas tiket study trip (kononnya), ayah aku kasi fund sikit, mase nie memang budak lagi dan tidak berduit. sob sob..

7. Senaraikan nama tempat/bandar/negara yang telah dilawati setakat ini:

Nak ikutkan tak banyak lagi kalo nak compare dengan otai2 sekalian.
Seluruh Malaysia kecuali Sarawak (sedih kan?), Pulau2 yang ada di Terengganu, Phuket, Bangkok, Singapore, Yogjakarta, Western Australia, Seoul, Sockho, Jeju.

8. Pernahkah anda melawat sesebuah tempat/negara yang sama lebih daripada sekali? Jika YA sila nyatakan nama tempat tersebut.

Buat masa nie belum lagi. Aku try pegi tempat yang aku tak penah sampai lagi.. Kalo dah abis semua, baru berbaloi nak repeat tempat yang sama kot.
9. Letak gambar salah satu tempat yang ingin anda ulangi dan nyatakan kenapa:
Seopjikoji, East Jeju Island.
Kenapa? Serious cantik dan sejuk mata memandang. Sebenarnya aku nak repeat Jeju. Aku nak trekking naik Mount Hallasan. Last time memang tak cukup masa ari tue, trekking at least 7 jam nak naik atas sana..

10. Nyatakan 3 tempat/bandar/negara yang ingin anda kunjungi di masa hadapan

India, New Zealand, Tasmania.

11. Ceritakan pengalaman kelakar/manis yang pernah dialami semasa bercuti:

Kenangan manis tue masa aku tak cukup duit nak dok hotel(even budget hotel!) sebab semua backpacker lodge penuh masa Chinese New Year di Singapore awal tahun nie. Nak tido kat masjid memang diharamkan di sana. Nasib baik, Allah telah menemukan aku dengan orang baik yang boleh tumpangkan aku untuk tidur semalam di rumah mereka. Aku akan ingat sampai bila2 pakcik dan makcik itu.

12. Ceritakan juga pengalaman memalukan/buruk yang pernah dialami semasa bercuti:

Aku pernah lemas di Redang pada tahun 2007. Aku snorkelling masa tue tak pakai life jacket. after awhile, aku terasa pancit. Masa tue, snokel tiub aku masuk air plak..aku panik dan terus tenggelam. memang masa tue perasaan lain la dan mungkin dah penat kot. Nasib baik ada abg life guard tolong selamatkan. kalo tidak...

13. Adakah anda suka mencuba masakan tempatan bila berkunjung ke sesebuah negara?

Kalo boleh aku nak rasa makanan tempatan!
 
14. Letak gambar makanan tersebut dan ceritakan tentang keistimewaanya.
Nama makanan ini adalah Tahu Bakso. Yang speselnya, korang kena makan bersulam dengan cili api tue. Setiap gigitan kena make sure gigit skali cili api. baru kick! Serious...........SEDAPPPPP dan BERASAPPP!

Part III

15. Yang mana satu menggambarkan diri anda; backpack atau beg troli?

of course backpack! senang nak naik tangga ;p

16. Letak gambar bag(s) tersebut dan ceritakan sedikit sejarah dan berapa banyak tempat/negara yang ia telah ikut anda berjalan:
2 Beg aku nie memang byk sgt dah jasanya. aku pakai masa aktiviti2 island exploration aku.Trekking pon sama. Backpack 85L aku tue memang nampak besar..tp sebab disupport oleh ladder system, jadinya bila bawak tak berapa nak berat sgt. memang magik. travel outboound pun aku guna dia jugak. memasing sampai dah pudar2 especially deuter kuning aku tuh. aku ingat nak cari backpack baru yang kecik, dlm 65L. bahu aku macam dah tak larat jea bawak 85L ke hulu hilir skang. Mungkin faktor usia. dem! ;p

17. Senaraikan 3 barang yang wajib dibawa setiap kali bercuti.

Passport, buku nota,  CAMERA!

18. Senaraikan 3 barang yang kalau tertinggal pun takpe:

handbag(sah sah la kan!), minyak wangi, netbook.

19. Apakah perkara yang sering dilakukan setiap kali bercuti (contoh : update blog, tulis poskad, amik gambar)

update blog kalo berkesempatan dan ambil gambo (wajib!)

20. Mana satu yang tepat untuk menggambarkan diri anda, seorang yang suka bergambar atau malu-malu kucing?

aku memang suka bergambor, tak kira..lantak le org nak ckp ape pon ;p

21. Letak gambar anda sedang bercuti dengan posing yang suke hati nak diva ke, bajet bagus ke, tak kisah
over tak? hahahha
 
22. Anda seorang pengumpul souvenir? Jika YA, apakah jenis souvenir tersebut?

Aku suke Fridge Magnet jea. :-)

23. Adakah anda menghadiahkan souvenir yang dibeli kepada ahli keluarga dan kawan-kawan?

Byknye FM and Bookmark.

24. Selain dari jawapan dalam soalan #22, apa lagi benda yang anda suka kumpul berkaitan dengan sesuatu tempat?

Aku suka kumpul batu. aku akan kutip batu2nya. pelik kan?

Part IV

25. Seorang traveller harus mempunyai pemerhatian/observation yang baik. Nyatakan hasil pemerhatian yang telah dibuat berdasarkan 3 buah tempat/negara/bandar yang yang pernah dikunjungi (pick random)

Bangkok: Sangat-sangat sesak lagi crowded. ohhh lemas!
Singapore: Public space/area adalah kawasan larangan merokok. Aku sangat suka. Dan yang paling best, memang mereka begitu considerate pasal ini.
South Korea: Makcik pakcik Korea sangat rela membantu walaupun ada language barrier yang kritikal. Serious!

26. Lengkapkan ayat ini. "Saya berangan......." dan ayat tersebut mestilah berkaitan dengan travel

"Saya berangan satu hari nanti saya akan dibayar untuk travel ke mana-mana. Macam Ian Wright!"
Heaven kan?

Soalan Bonus :
Letak gambar stamp passport yang paling disukai dan ceritakan kenapa (maximum 3).
Passport aku ilang utk sementara waktu. bila jumpe nanti aku update pasal ini ek.

55 ulasan:

  1. okeh!!! 1st to komen! hahaha...jap nk baca sat naaa...

    BalasPadam
  2. okeh dah baca....same with u. sbb bukan dr fmly berada, bila ade duit sendiri baru panjang skit langkahnya. insyaALLAH...lama2 luas pemandangan.

    btw, hobi mengutip batu mmg unik. mybe 1 hari, ko boleh pos gmbr batu2 tu sume...nk jugak tgk kan.

    85L??? perghhhh....besar gilerrr beb!

    BalasPadam
  3. InshaAllah, nanti aku buat entry khas pasal batu2 yang aku kutip ek :-)

    besar tp bole angkat, jgn riso :)

    BalasPadam
  4. mas,
    nti tlg paste link entry ni kat blog aku ye...senang nak track balik...pasni aku dtg balik utk review. thanks a lot for participation!! wah sume org ada cerita pelik2...tp aku rasa ko pelik bila kutip batu...tak penah lagi aku jumpa but yes..it's u! :)

    BalasPadam
  5. @fatt:

    alright nanti aku kasi link kat blog ko. :-)

    batu itu simbolik tanah sebenarnye. tanah tempat kite dah pijak ke sana..:-))

    BalasPadam
  6. Hahah siap jugak na...wah berani ko tak pakai life jeket swimming kat laut ye..aku tak pernah cuba,,sebab aku seriau kaki tak jejak tanah. mesti nak kene pakai life jeket jugak walau aku tau berenang hehehe.

    BalasPadam
  7. SALAM,
    NICE SHARING. READ WORD BY WORD ! NANTI DATANG LAGI. DIJEMPUT DATANG PD 18 DIS NANTI . BOLEH SEMBANG2

    BalasPadam
  8. peh semangat kak neh !! kihkih

    ok nak review

    6. peh, best gila ! kire nye mcm overland trip la ni eh, ke guane ?

    8. hehe, betol.. jejak tmpt yg kite x gi lagi, then baru ripit..tp kalo tiket mhl sgt, tpaksa la ripit...hihihhihii..nk hilangkan gian travel punye pasal..

    9. santek !!!!

    11. pengalaman tu... xpe, Allah mesti tolong hambaNya kan ;)

    12. same, penah lemas dulu..kaki x jejak tanah dlm sungai, kalut gila time tu..nasib baik ade kwn pompuan tarik bwk naik ke darat..die pro gila berenang,, malu2 ! haha

    14.. peh macam sedap ! makanan kat belah mane ni? mestio berasap je muka kalo tgk..hee

    21. buat backflip dlm air ke? kihkih

    24. batu? pestaim dengor org kutip batu.. nanti tepek gambo eh

    26. nak beragan gitu jugak lah..sume disponsor...kena jd anak ikan la jwb nye , HAHAHAHA !!!!

    BalasPadam
  9. ok, aku kembali utk buat review! ok, aku pun rasa cam dah lama tak dgr pkataan latih tubi...zmn skola dulu rasanya last aku dgr. anyway thanks Mas sbb participate. aku saja buat kuiz ni sbb nak korek pglmn2 travel blogger sume :)

    harini ada rmai org submit jwpn so sbb tu aku slow skit nak review..aku punya jwpn pun blum siap lagi..haahaha...aku buat penutup la eh..aci la eh?

    ok, kita mulakan...

    1. sama la mas. nak pulak family aku mmg bkn kaki jln..aku pun tatau mana aku kutip perangai kuat bjalan ni..hehe
    6. aku rasa mcm sume org yg jw soalan ni ratanya pegi phuket dulu...mcm coincidence eh kita sume ni? tetiba aku rasa cam phuketlah puncanya..hahaha
    7. sama la, aku pun lum smpai Sarawak lagi tau! sama lagi!
    9. klu pegi Mt Hallasan ni nmpk gaya cam kena camping la kot, eh? sbb sehala je 7 jam
    11. aku tertarik dgr kisah ni. klu ko penah blog psl cerita ni bleh share link dia? aku nak tau camne ko bleh jumpa pcik & mcik yg baik hati ni. kdg2 dunia ni pelik kan? kdg2 bila kita almost down & mati kutu tetiba Allah gerakkan satu hamba Dia utk dtg bg kita pertolongan. byk kali jgk aku penah alami situasi camni..tp lain2 bentuk..sbb tu aku suka travel sbb mcm2 pglmn kita akan kutip :)
    14. aku tak penah cuba lagi tp gaya mkn bersulam dgn cili ni dah kat 3 tmpt aku jumpa : tanah arab, thailand, indon...
    16. aku nk tanya, slalu ko isi penuh ke beg 85L tu? sbb pd aku mmg besar. dan aku tkejut bila ko ckp nak cari beg "kecik" 65L..aku ada 60L pun aku rasa dah cukup besar. hahaha. dlu aku penah try sekali karrimor 80L, mak ai...mmg mcm bawak peti ais aku rasa dia punya labuh..mmg tak sesuai dgn aku. skrg ni aku suka travel light. aku tgh prektis guna 32L pegi memana je skrg..kdg2 tu aku smpai blur tatau nak isi apa
    21. WOW! ko sumersault dlm air!!! impress :D
    24. aku rekues spesel entry pasal batu2 yg ko kutip. siyesly aku rasa unik. sume org kasik jwpn cliche tp aku rasa ko punya paling lain dari yg lain :)
    26. aku pun menunggu sape la nak byr aku utk travel. aku teringin gile nak dibayar utk travel dan tulis sebuah buku psl tu :)

    soalan bonus - erkk, passport ko hilang? dah repot polis? haritu blogger zilla hilang..ni ko pulak...aku hrp2 jumpa nanti

    BalasPadam
  10. ui~pasport ilang jangan memain~kalau nak ganti balik ambuik masa sampai sebulan tahu!

    BalasPadam
  11. pernah try tauhu bakso.itu pun kena paksa dengan supir hehe.bau dia ala2 lalu dgn tidak, tapi bila dah ngappp ehhh sedap..rasa masin2 tauhu tu masuk sekali dgn pedas cili api tu hehehe

    *mudah2an ketemu semula dgn pasport tu..sayang wooo kalau hilang

    BalasPadam
  12. sy sgt bersetuju poin no9 itu. xsmpt nk g seopjikoji itu hari. tp semua pun cm dh plan nk repeat balik. nk naik mt hallasan.

    korean people seriously sgt baik.

    jmpt dtg sarawak ye. sy 2,3 thn lg msh di sini kot..ohoho

    -ajlaa-

    BalasPadam
  13. hahaha betul!!! ako pun suka tahu bakso tu.. siyesss sedap kan.. first time makan, rasa laind r yg lain... cam x terpk org akan jual n makan camtu je, calit plak ngan cili api tu.. perghhh!!

    BalasPadam
  14. kutip batu kang ada benda yg ngikut hiiiiiiiii hihihi! tatauuuuuu! hahahaha!

    BalasPadam
  15. hahaha john saiko sungguh siap jadik first komen dulu baru nk baca hahaha...part lemas tu sungguh seram hishh aku dh le takut air..

    BalasPadam
  16. bestnya boleh gi backpackers cam gitu. ada keinginan tapi mengenangkan cabarannya tu hari rasa tak beranilah pulakkk...

    BalasPadam
  17. @janggel:

    aku kalo pakai jaket, mesti muntah. aku ade masalah seasick yg dahsyat. pasal tue kalo snorkelling aku kalo boleh tak pakai life jacket.

    walaupun aku x serik, tp sejak dari ari tue, aku kalo snorkelling, aku akan make sure aku tak lari jauh dari orang lain. in case kalo ada emergency cam ari tue, ada org yang dekat boleh dtg rescue...

    BalasPadam
  18. @LF:

    InshaAllah saya akan sampai BBB disember nanti :-)

    BalasPadam
  19. @kemang:

    1. Yang tue macam overland school trip la..cuma nasib baik x naik bas sekolah kaler kuning ;p

    banyak hari tidor dalam bas..

    2. Yang tahu bakso tue makanan belah jawa tengah, jogjakarta. berasapp...

    3. kih kih kih, backflip ape..mase tue tengah bersusah payah nak turun bawah dive..susah tau menyelam..;p

    4. ko jgn target nk jadi anak ikan, anak itik le pule ;p

    BalasPadam
  20. @fatt:

    aku tak sabo nak bace ko nye jawapan plak utk soklan ko sendiri. sila cekal utk jawab jea nanti! byk sunguh soklannye..huhuhu

    1. phuket masa aku sampai tahun 2001 tue macam putih suci jea tempatnya...mmg cantik. skrg aku x sure masih sama or not..

    2. kat mt hallasan, ade accommodation kat atas sane tue. bole tido. then next day, turun balik. Diorang kate scenery memang ollalalalallaaa!

    3. cite pasal kemurahan makcik pakcik singapore kat sini:
    http://theponderofme.blogspot.com/2011/02/first-nite-temasek-great-hospitality-by.html
    :-)

    4. utk beg tue pula, biasenya aku tak isi penuh. tp bila balik, biasenye penuh la..itu yang kenkadang kalo berdiri lelame..rasa juge. tp serious, beg tue nampak jea besar, tp boleh bawak..

    5. hahahah yg tue tgh gigih menyelam..punye la payah nak turun bawah. abis tenaga!

    6. nanti aku buat entry khas pasal batu travel ek..heheheee actually x semua tmpt aku brani amek. kalo kt indonesia aku cam tak brani sgt..takut ade mende lain ikot..huhuhu

    7. same la angan2 kita fatt. tp aku rasa ko lagi layak kot dari aku..mesti buku ko laku!

    8. passport aku buat mase nie masih mencari2 lagi. aku percaya ada dalam rumah aku lagi! ohh pls...jgnla kucing aku bawak larik ke mana2..

    akhir sekali, thnx sebab review ko nie ek. len kali kasi soklan lagi, ooppssss!

    BalasPadam
  21. @bujal:

    alamak, sebualan? lamanye!!!

    BalasPadam
  22. @zilla:

    yang aku rase homemade tahu bakso. serious sedap. tahu dengan daging bakso itu memang terbaek.

    BalasPadam
  23. @ajla:

    ok nanti i smpi sarawak, roger u ek!

    BalasPadam
  24. @ako:

    pedas berasap dia memang terbaek!

    BalasPadam
  25. @Biqque:

    hahahaaa tau takpe. pasal tue bukan semua tempat aku brani amek...serious, batu nie kenkadang ada penunggu dia..

    BalasPadam
  26. @Ely:
    itula..pengalaman pahit yang tak kan dapt lupa sampai bebile pon...

    BalasPadam
  27. @Junaina:

    bole, cuba try sekali...mesti ketagih macam kami lepas tue :-)

    BalasPadam
  28. wah...bagusnya 'tag' macam ni...latih tubi yang bagus, sebab memberi info jugak kpd orang lain..

    syukur u tak lemas kan...

    jeju tu lagi cantik dari WA ker? :P

    BalasPadam
  29. pasni wat contest kat blog saya pula ye...mana tau bernasib baik dpt hadiah


    http://saya-suka-pink.blogspot.com/2011/11/contestjom-raikan-cinta-sempena.html

    suggest tmpt yg best2.saya perlu tahu pengalaman dari sifu2 sekalian...:)

    BalasPadam
  30. @daddy Z:

    itula doc, naseb baik umur masih panjang...

    jeju sama cantik dengan WA..:-)

    BalasPadam
  31. teringin gak nak NZ..kalau ada rezki, sy join awak eh..

    BalasPadam
  32. aku hampir2 confuse maszuber dengan masmz...arghhhhh! ok2, maszuber kutip batu, masmz gepren janggel! thats it! hahahaha!

    BalasPadam
  33. Loh ye ke maszuber dan masmz tu orang lain2? ingat org sama hahahah...sb penah tgk gak masmz kat blog fatt duk komen2 huhuhu..

    Ok aku terliur tgk tauhu bakso ko makan ngn cili api tu..kt KL ada jual??hahaha

    BalasPadam
  34. mas,

    1. nama kita dengan nama ayah kita dua-dua pun dah dekat sebab yang kuat bunyi Z - ko anak pak zubir, aku anak pak azizzzzzzzzzzzzzz...... hahahaha....

    12. tang ni sama sebab aku pun kekadang je pakai lifejacket.... eksen tak kita nih???? hahahahaa (gelak lagi)

    16. Beg ko memang aku rasa bapak berat!!!! Hebat ko pikul 85l, dah boleh ambek kontrak turun naik kinabalu anto tong gas kat sana!!!

    20. kan!

    21. mas, dah macam twin lakssss..... hahaha... aku ada gambo lompat kat depan kuil gak pastu gambo ko bersilat dalam ayor pun sama cam aku!!!! tokojut nengoknya!!!! teringin nak pose dalam ayor tapi tak mao2 tenggelam... lemak aku banyak nau kot!

    26. Hahahaha best! best!

    BalasPadam
  35. @biqque:

    ahahhahah tepat, ko ingat jea mas yang lagi satu tue gerpren janggel, aku kutip batu ;p

    BalasPadam
  36. @chawanna:

    hahhaha ramai betul org konfius! huhuhu

    kat KL macam tak penah nampak lagi..tapi bole buat kot. beli bebola daging bakso kat pasar n lepas tue sumpat kat tahu. then cicah ngan telur dan tepung dan seterusnya goreng!!! jadi kot.

    aku x penah cube lagi..itu yang aku agak2 ler..huhuhu

    BalasPadam
  37. @masMZ:

    12. hahahha aku muntah tau pakai life jacket..memang bile pakai kite akan terapung jea then aku senang pening...so dah bayak kali aku dermakan muntah aku kat ikan2 kat sana. ;p

    16. hahahah aku pon mmg tgh prektis nak jadi porter tue..nak carik duit lebih akakakakkaka

    17. ko kena pakai batu kot baru tenggelam. tue la sape soh ringan sangat! aku yg berat nie senang sket tenggelam ;p

    BalasPadam
  38. @janggel:

    ko terasa ek nama ko diseru kat sini??

    ahahahha siyes, memang ade karen ko ngan masMZ neh! ;p

    BalasPadam
  39. Karen pakai bateri je!!!! Gosipppp!!!! Haish

    #15 hmmmm sama la, aku pon xleh pakai life jeket la, senang pening dan muntah... Rasa macam nangka kene sarung je....-

    BalasPadam
  40. @janggel:

    #15: aku penah skali tue tgh snorkelling dgn jacket..pening then muntah, lepas tue terus kena serang ngan ikan2 yang rakus...berebut diorang nak makan..adoiiii tobat dahhh...

    BalasPadam
  41. Hahahahhahahahahahahhaaha


    Mesti ikan2 tu rakus makan muntah ko kan! Badang sangat ikan2 tu!

    BalasPadam
  42. @janggel:

    tau takpe..berebut macam makan roti tau. sila bayangkan. kalo x jadik badang ikan2 tue, tak tau la aku. akakakkakakaka

    BalasPadam
  43. kak, bila nak buat entry pasal batu. tak sabar nak baca. hehe..

    salam ziarah~ ^_^

    BalasPadam
  44. jiahhh.. i missed this one! nak join gakkk buat entry gini!! huhuhu

    BalasPadam
  45. hye sis mas.. =) nice knowing u.salam kenalan n salam kaki jalan. eh..hehe. =). baru hari ni sempat membace some of the blog yg dah disenaraikan..ni blog ke9. wah..nice. jeju island. aduhai.. jeles. bile la dapat jejak sane.
    erk??snokerling w/o lifejckt? itu mmg gile. uish. nasib baik ade abg hero. eh. abg penyelamat. huhu. seronok bace ur experience.. =)

    BalasPadam
  46. ha ade fakta ringkas sini, blog lain ade tinggalkn jejak tp sini baru nk kasi panas.. so nanti cawan bace and hafal..

    yg pasti Mas ni takut ular.. he he..

    pengalaman lemas? aku pernah lemas dan hanyut di sungai.. he he..

    BalasPadam
    Balasan
    1. skeri kan lemas....aku takkan lupe perasaan masa lemas tue..helplessss!

      Padam
    2. i thought u bleh 12x round pool tu? silap percaturan laa ni ye..

      Padam
  47. This program is intended to recover lost passwords for RAR/WinRAR
    archives of versions 2.xx and 3.xx. http://www.passwordtowinrar.
    tk The free professional solution for recovering lost passwords to RAR and WinRAR archives.


    Heya just wanted to give you a quick heads up and let you know a few of the images aren't loading properly. I'm
    not sure why but I think its a linking issue. I've tried it in two different browsers and both show the same outcome.

    BalasPadam