Khamis, 14 Januari 2016

Terpaksa Cancel TravelTrip ?: Pentingnya Ambil Travel Insurance!!!!!

Nightime Blue Mosque, Istanbul
Hi hi hi,

Lama sungguh tak jenguk sini. Haaa dah bersawang tinggi bangunan 30 tingkat dah ni. Amek cuti jaga anak 2 bulan, ingat sempatla kan nak mengupdate tapi nan hado!!!

Apa-apa pun, aku nak ucapkan Selamat Tahun Baru kepada sesiapa yang masih membaca blog sendu ini. Kesian blog ni, terabai sungguh dia. Ini semua penangan Daneen Adeena. Tp takda la sampai tak update "setahun yang lalu" kan macam orang tu. Krik krikkkk ;)

Hari ni aku nak share sikit pasal pentingnya korang ambil insuran perjalanan / travel insurance. Sebelum ni kalau travel, memang aku beli. Bukannya mahal pun. Boleh beli yang individu, yang keluarga pun ada juga. Harga berbeza ikut destinasi dan tempoh travel kita tu.

Sepatutnya 7 Oktober 2015, aku, suami dan anak akan berangkat ke London, planning pi EU ni baik punya. Setahun punya planning sebab kami beli tiket awal tahun tu. Macam-macam dah berangan wei. Nak buat roadtrip Alps bagai. Dan sebulan sebelum travel, kami beli travel insurance pakej family dari AXAInsurance yang cover UK-France-Ned-Germany-Austria-Swiss-Italy utk tempoh 15hari dengan harga rm210.

Nak dijadikan cerita, pada tanggal 7 Oktober tu laa, dengan kehendak Allah SWT anak aku kena admit hospital. Warding for 7days. Masa tu musim jerebu yang teruk. So secara automatiknya, trip EU aku tu terpaksa dicancelkan terus. Haaa sedih gila kan?? Dah la semua dah dibayar. Bukannya pakai travel agent. Semua sendiri. Kami memang redha ketika itu. Kesian dekat kawan kami yg lain-lain yg nak follow kitorang. Kenkonon nak berenam. last2 berempat je depa. Terpaksa diorang proceed tanpa kami. Dalam hati kami, takpa la itu bukan rezeki kami lagi. Nak sedapkan hati lagi, dalam hati terpikir kita kan ada ambil insurance. Mungkin boleh kot claim tiket flight ke apa ke kan. Tak dapat banyak, sikit pun jadilah.

Di antara loss yang mungkin kami tanggung ketika itu adalah:

1. Tiket flight KUL-LON, MIL-KUL
2. Tiket flight Amsterdam-Munich
3. Tiket train Munich-Innsbruck
4. Tiket train Paris - Amsterdam
5. Sewa kereta Inssbruck-Interlaken-Milan
6. Hotel & Airb&b: London, Paris, Amsterdam, Munich, Inssbruck, Bern, Milan

Untuk tiket Flight KL-London and Milan-KL kami beli dari Qatar Airlines masa sales. Sebab tiket sales, Qatar refunds hanya airport tax sahaja. Naya tak? Connecting flight tix dan juga train tak dapat refund dari company2 yg kami beli secara online tu. Sewa kereta dan segala jenis accommodation pun kami tak boleh refund sebab tak cancel since kawan2 kami yang lain proceed dan guna kereta dan apartment2 yang kami dah sewa dan bayar "tong-tong" tu.

Selepas berjaya tenangkan hati yang sedih dari rasa kerugian terlampau, kami call AXA dan tanya macammana nak buat claim dan banyak mana boleh kami claim. Untuk insurance yang kami beli, kami entitled untuk claim max rm60,000 jika terpaksa cancel trip di atas sebab-sebab jika berlaku kematian, sakit yang serius bla-bla bla. Ok baca detail dia disini:


SECTION 11 - LOSS OF DEPOSIT OR CANCELLATION
1.CancellationWe will reimburse You up to the limit stated in the Schedule of Benefits, for loss of irrecoverable deposits or charges paid in advance or contracted to be paid for Your Trip only in the event of necessary and unavoidable cancellation by You arising from causes beyond Your control occurring after this insurance has been effected which is as a result of:
(a)Your death, Serious Injury or Serious Illness or the death, Serious Injury or Serious Illness of Your Immediate Family Member. A death certificate must be obtained or written advice from the attending Physician treating You or Your Immediate Family Member confirming the advisability to cancel the Trip due to Serious Injury or Serious Illness.(b)Unexpected outbreak of strike, riot or civil commotion arising outof circumstances beyond Your control at the planned
(c)Witness summons, which were not made known to You prior to the taking up of this policy.(d)Serious damage to Your residence in Malaysia from fire, flood or similar natural disaster occurring within one week before the commencement date of the Trip and Your presence is required on the premises on the commencement date of the Trip.2.Deferments or Postponement If Your Trip is deferred or postponed, arising from causes beyond Your control occurring after this insurance has been effected which is as a result of the above causes stated in 11.1 (a to d), We will reimburse You up to the limit stated in the Schedule of Benefits, for additional charges levied in relation to any prepaid costs paid by You, due to amendment of the travel dates.
You can only claim under either Section 11.1 or 11.2 for any one event. 
Exclusions applicable to Section 11
We will not pay for any loss if this insurance is purchased less than fourteen (14) days prior to the commencement of the scheduled Trip.
Selain itu kami tanya juga AXA selain tiket flight and train yang kami cancel, boleh ke kami claim accommodation and car rental yang tak cancel sebab kawan2 yang lain proceed. And to the surprise, depa kata boleh je, AXA akan refund amount bagi bahagian kami shj. Let say, satu rumah tu sewa dalam RM1000. Since kami berenam, depa akan refund 1/3 dari total: RM333.33.

Cuma dari documentation segala bill, resit, resit online semua kena lengkap la. Sort cantik-cantik ikut sequent. Adalah lagi bagus, korang kasi skali bill credit card yang ada statement transaction berkaitan. Sebab apa? Kebanyakan bil, resit yang  ada kebanyakannya pakai Euro, Pound. So masa process kira claim nanti, jika tiada statement credit card korang yang charge brapa sebenarnya RM, depa just pakai rate conversion Bank Negara Malaysia ikut tarikh resit/bill. Haaaa rugi tu sebab rate BNM rendah and rate bank komersil kita beza tinggi kan??? Jangan rugi di situ ya!
Medical report, Death Certificate, proof of relationship etc as the case may be. Copy of Medical Bills. Original receipts for payment of the tour.Tour operator’s booking and cancellation/refund invoices, terms &conditions
Untuk kes kami, selain dari segala mak nenek bill/resit/invoice, kami kasi skali bill hospital, surat doctor yang mengatakan memang anak kami tak boleh fly ketika itu.

Selesai documentation, kami submit terus pada AXA bersekali dengan cover letter. Make sure, korang buat salinan utk korang sekali yea. We never know, kot kot ofis AXA terbakar ke ape ke kan, sebab ada train tiket yg original kami attach sekali dan takkan dapat yg lain dah. huhuhuu. Untuk kes kami, cukup 2 minngu process, kami dapat REFUND 100% dari yang kami claim. AXA terus depositkan refund tu masuk dalam bank okeh. Tetiba tgk acc bank ade beribu lemon. kikikikii


Haaa amacam? puas hati kan? Agak2 berbaloi tak korang spend hanya RM210 tp dapat refund 100% dari jumlah claim yang korang submit. MESTILAH BERBALOIIIIIIIIII.

So moral of the story, kalau nak travel memana, SILALAH beli travel insurance yek. Based on pengalaman aku ni, berurusan dengan AXA memang mudah, cepat dan tak banyak songehhhh. SO aku 100% recommend la AXA Travel Insurance.

Nota: Entry ini bukan entry berbayar yea. Aku share sebab aku nak korang tau kita boleh dapat refund 100% dengan bayar insurance jika tetiba kita kena cancel trip travel yang diidam2 dengan penuh angan2 itiew. ;)

Ahad, 27 September 2015

Been TWO years and still counting.. Thank You Allah SWT

TODAY, 27th September 2015.
Baru menjalani kehidupan berumah tangga selama 2 tahun. Masih dua tahun jagung. Sebenarnya, masih di peringkat mengenali pasangan dan dalam proses menyesuaikan diri di antara satu sama yang lain.


Daneen Adeena hadir pada 24 September 2014, setelah setahun kami berumahtangga, menambahkan cabaran dan kemanisan hidup berumahtangga kami. Walaupun anak baru seorang, tapi aku akui, bukan mudah seperti yang dibayang-bayangkan. Its totally beyond my imagination. PATIENCE, TOLERANCE and EFFECTIVE COMMUNICATION are vital in any relationship, especially in marriage.

Semoga rumah tangga kami dilindungi Allah SWT dan dilimpahi kebahagiaan, kesabaran, kemanisan, dan dikurniakan cahayamata-cahayamata yang soleh dan solehah.

Orang kata, bila kita doa untuk dapatkan anak yang soleh dan solehah, kita WAJIB MENYOLEH dan MENYOLEHAHKAN diri kita sendiri dahulu. Semoga ada perubahan yang positif ke atas diri kami suami isteri dari semasa ke semasa dan seterusnya bersedia untuk mendidik anak-anak di zaman yang amat mencabar sekarang. InshaAllah.

Terima kasih Allah di atas pemberian suami dan anak di sisi sekarang. Alhamdulillah.


Jom throwback dulu apa yang jadi 2 tahun yang lepas di SINI :-)
Selamat menonton DI SINI
Bila tengok balik video kahwin ni, rasa ada sedikit sayu juga sebab dah nak masuk 2 tahun usia perkahwinan, album kahwin kami yang sebenar masih belum kami dapat. Kami harap, individu yang diamanahkan untuk menyiapkannya dengan material dan kualiti yang sebenar dapat membuat sesuatu. Ini adalah amanah orang. Apa-apapun, kami dah maafkan kamu namun, kami masih berharap album dan frame itu siap satu hari nanti. Jangan lupa yea..

Isnin, 29 Jun 2015

#TRAVELHOLICAWESOME PHOTO CHALLENGE BALIK RAYA 2015

#TRAVELHOLICAWESOME PHOTO CHALLENGE BALIK RAYA 2015

YEAHHHH! PHOTO CHALLENGE DATANG LAGIIIII! ARE YOU GUYS READYYYYYYYYYYYYY? LET'S DO THIS!

3 SYARAT UTAMA YANG WAJIB ADA!
1.       Setiap gambar MESTI ada Blogger.
2.       Setiap gambar MESTI pegang/letak/lekat kertas A4 bertulis "#TRAVELHOLICAWESOME PHOTO CHALLENGE BALIK RAYA 2015".
3.       Setiap gambar MESTI kena pakai baju raya. (Tak kisah baju melayu/baju kurung/kebaya/jubah/apa2 yg motif raya la)
Note : Kalau takde salah satu syarat diatas ni, masih bleh teruskan, tapi tolak markah je la kihkih!

10 CHALLENGES YANG PERLU DIBUAT!
1.       Blogger menimbang berat. Mesti nampak muka, patu kaki atas penimbang dan tunjuk berat badan korang. Di sebelah penimbang tersebut ada sampul duit raya.
(Jangan malu, bukan berat yg menjadi ukuran haha.)

2.       Blogger berdiri di tengah-tengah pasar ramadhan / pasar malam / pasar terbuka, berkain pelikat sambil pegang buluh lemang dan kaki kene angkat tinggi sebelah.
(Tak kira laki ke perempuan, tetap kena pakai kain pelikat ye.)

3.       Blogger melakukan aktiviti-aktiviti yang paling gila yang pernah blogger buat masa puasa / raya.
(Lagi pelik, lagi unik, lagi mencabar, lagi gile, lagi bagus. Risiko tanggung sendri tau hehe.)

4.       Blogger bergambar secara kreatif dengan kuih-kuih yang dibentuk menjadi perkataan “#TA RAYA”. Mesti kena guna minimum 7 jenis kuih yang berwarna-warni serta bercorak-corak.
(Lagi kreatif, lagi bagus.)

5.       Blogger bergambar dengan orang yg ambik zakat fitrah kat kaunter (amil), sambil hulurkan biskut raya (tak kira sekeping atau sebalang) sebagai tanda terima kasih.
(Siapa amil tu tak kisah. Kalau orang lain yang tgh bayar zakat pun takpe.)

6.       Blogger bermain bunga api dengan penjual bunga api.
(Siapa penjual bunga api tu, tak kisah.)

7.       Blogger bergambar di petrol station sambil memegang 10 jenis sampul duit raya yg berlainan design. Mesti kena pegang sampul 5 kanan 5 kiri sambil gaya mengipas.
(Walau mengipas, sampul kena nampak ye. Lagi kelakar, lagi bagus.)

8.       Blogger pegang kalendar 2015 yg tunjuk tarikh hari raya 1 Syawal, kat depan rumah tol / RNR.
(Kalau dpt bergambar dgn pekerja tol yg buat muka menangis lagi bagus.)

9.       Blogger susun kasut raya kat rumah orang yg korang pegi beraya, secara bertingkat.
(Lagi tinggi, lagi macam-macam bentuk kasut, lagi bagus.)

10.    Blogger bersalaman dengan orang yang paling tua masa raya / buka posa. Orang tua tu kena pegang kertas tulis photo challenge tu dan diselit pula sampul duit raya.
(Sapa orang tua tu tak kisah. Lagi tua, lagi bagus. Hahaha!)

PERINGATAN!

- Ingat! 10 challenges diatas, mesti kena ada 3 syarat utama tu dalam setiap gambar. Jangan lupa tau! If tanak lupa, sila PRINT post ni sebelum balik raya :D
- Tarikh tutup ialah Ahad (26 July 2015). Blogger kena publish post kat blog pada Isnin (27 July 2015). Jangan lewat tau!
- Post kat blog mesti bertajuk “PHOTO CHALLENGE BALIK RAYA 2015 – Nama korang”. Patu letak 10 challenges berserta gambar bukti, ikut sususan. (Copy paste je kat atas tu.)
- Dah post, sila tinggalkan link post korang tu kat ruangan comment bawah ni. Senang kitorang nak view nanti. Kat sini je tau! Jangan comment tempat lain plak hehe.
- Keputusan para pemenang akan diumumkan pada Isnin (3 Aug 2015). Again, jangan lewat yeeee :)
- Segala keputusan akan dijuri oleh ahli #TravelholivAwesome dan segala keputusan adalah muktamad. Takde rayu-rayu dah. Titik! Hehehe!

THE BEST PART IS, OF COURSE LA HADIAH-HADIAH NYER!

FIRST PRIZE :
TIKET FLIGHT

SECOND PRIZE :
VOUCHER HOTEL

THIRD PRIZE :
VOUCHER TAMAN TEMA

Notes:
*Tiket/voucher adalah tertakluk pada harga, tempat dan ehsan pihak penganjur.
*Tiket/voucher mungkin akan ditambah mengikut tahap sambutan dan ke-excited-an pihak penganjur.

APA LAGI? CEPAT BAGITAU SEMUA! SEMUA ORANG BOLEH MASUK, JANJI POST KAT BLOG JE. APA? TAKDE BLOG? CEPAT BUAT SATU HANYA UNTUK PHOTO CHALLENGE BALIK RAYA NI! INGAT! PIKIRKAN CAMNE NAK DAPATKAN SEMUA GAMBAR-GAMBAR NI YE. NAMPAK JE SUSAH TAPI ACTUALLY SENANG GILE KALAUUUUU KORANG TAU BERFIKIR SECARA KREATIF. KALO TAK TAU, JANGAN RISAU! KORANG IMPROVISEEEEEE :D OK?

P/S: Nak tengok macamana peserta tahun-tahun lepas buat dengan jayanya? Klik link kat bawah ni.
·         Contoh perserta 2012
·         Contoh perserta 2011
·         Contoh perserta 2010

P/S: Nak tengok hadiah menarik tahun-tahun lepas? Klik link kat bawah ni.
·         Hadiah tahun 2012
·         Hadiah tahun 2011
·         Hadiah tahun 2010

~Organized and sponsored by #TravelholicAwesome.~
~Originated by Sekupang Team.~


Selasa, 23 Jun 2015

Manisnya Cinta di Kappadokiyya 4: Cappadocia Green Tour_2_Ihlara Valley

Dari Derinkuyu Underground City, kami meneruskan perjalanan ke Ihlara Valley. Perjalanan amek masa dalam 30 minit juga la sebab lembah ini terletak di wilayah Aksaray. Ihlara Valley terletak berhampiran dengan Gunung Hasan dan Gunung Melendiz (dua daripada tiga gunung berapi Cappadocia). Kalau tengok stuktur ngarai ini macam grand canyon kat US nun. Cewahhh, macam pernah sampai sana pulak kan, padahal aku tgk gombo jea penah. Nak ke sana bebetul, tunggu dulu untuk projek-projek akan datang. huhuuu. Ada rejki lebih, InshaAllah sampailah sana satu hari nanti. Kan En. Suami? eh

Nways, tinggi canyon ni kira-kira 100 meter jugak la dan telah wujud sejak beribu-ribu tahun yang lalu. Ada sungai yang menyusuri kawasan lembah Ihlara ini, iaitu Sungai Melendiz. Panjang trekking yang tersedia di Ihlara Valley ini kalau tak silap dalam 14 kilometer. Bermula dari Kampung Ihlara sampaila ke Selime Monanstry. 


Adalah dipercayai bahawa lembah ini menempatkan lebih daripada empat ribu kediaman dan seratus gereja gua dihiasi dengan lukisan dinding. Kira-kira lapan puluh ribu orang pernah tinggal di Ihlara Valley.



Terdapat 4 pintu masuk ke Ihlara Valley ni. Yang pertama adalah pada permulaan lembah di Kampung Ihlara. Yang keduanya adalah di kilometer ke-4. Kitorang masuk dari pintu kedua ini la. Dari pintu masuk tu, aku dah nampak rangkaian tangga yang maha tinggi untuk turun ke lembah. Lebih dari 300 anak tangga juga la. Nasib baik turun je kan. Aku tanya gak kat guide kami, nanti nak kuar kitorang kena naik tangga mcm ni juga ke..huhuhuuu naseb baik tak payah. Tapi semua tu tak penting sebab permandangan yang ada kat point itu memang cantik sangat aku rasa. Seriously, memang lain dari apa yang ada di Goreme. 

Pintu masuk ketiga ialah Belisirma. Ia terletak di tengah-tengah (km 7) Ihlara Valley. Nak ikutkan kami trekking dalam 4km sahaja sampai ke Belisırma ini la. Sepanjang perjalanan nak sampai ke KM.7 ni, kita akan dihidangkan dengan  pandangan unik gereja-gereja dalam gua serta keindahan alam semula jadila. Kami tempuh kebun-kebun anggur (masa kami pi ni winter..mmg takde la daun dan buahnye..ada ranting jek), pokok pistachio di samping menyusuri sungai Mendendiz. Ok bunyi air sungai tu memang mengasyikkan. Tak rasa penat pun. Kalo ada rezeki boleh la jumpa binatang-binatang lain macam burung helang, kambing biri-biri, rama-rama dan sewaktu dengannya. Malas nak cerita lebih-lebih, korang layan la gambo-gambo ni dulu.


Sampai di Belisirma, kami makan tengahari yang kosnya dah masuk dalam harga pakej ke sini. Sedap juga nasik goreng dan ayam panggang yang telah dimarinated. Ada beberapa pilihan selain dari ayam, seperti trout, meatball n vegetarian food. Habis jea makan, kami terus naik van menuju ke checkpoint terakhir Ihlara Valley di Selime Monastry. Kalo nak trekking lagi 7km ke sana pun boleh sebenarnya. Tapi sendiri-sendiri la. Since kami ikut tour dan rasanya trekking 4km sebelum tu dah cukup best dah rasanya.

Akan di sambung kemudian..