Selasa, 18 Oktober 2011

Experiencing South Korea: Day 7, Part 1: Seongeup Folk Village-Trick Art Museum

Aiseh..Lambat untuk sambungan Entry dari SINI.

25th September 2011, Sunday.

Setelah mendapat rehat yang secukupnya, Hari Ahadku di Jeju diteruskan seawal jam 8 pagi. Pulau Jeju ini adalah "the only special self-governing province" di Korea dan keluasannya agak besar sebenarnya dalam 1,848km² (5 kali ganda besar dari Langkawi). Jadinya kalau nak cover keseluruhan tempat best di Jeju nie kena kasi tempoh dalam seminggu penuh sebenarnya. Aku hanya ada 2 hari penuh so, banyak tempat lain yang aku terpaksa tengok dari jauh jea.. ;-(

Jeju ini unik sebab ia adalah volcanic island. Dibentuk dari letusan volcano 2 juta tahun yang lepas. Jadinya tanah dan batu di sini adalah dari basalt dan lava. Sekarang nie Jeju tengah compete untuk jadi The Seven Nature Wonders of the World. Aku rasa once kalo terpilih, mesti lagi mahal nak ke sini.

Anyways, untuk hari ini kami telah pergi ke 4 tempat menarik iaitu di Seongeup Folk Village, Trick Art Museum, Seongsan Iilchulbong dan Seopjikoji. Semua tempat ini terletak di bahagian Timur Pulau Jeju yang terletak dalam 45minit - 2 jam perjalanan dari Yeha Guesthouse. Dan untuk hari ini, kenderaan utama kami adalah bas dan teksi.



Dari GH, kami berjalan kaki dalam 5 minit ke Jeju Intercity Bus Terminal. Terminal ini adalah pusat bagi pengangkutan bas awam di Jeju. Untuk ke Seongeup Folk Village (SFV), kami telah naik bus di platform no. 3 di terminal tue. SFV ni terletak di wilayah Seogwipo-si. Perjalanan dalam 50 minit dari Jeju-si (Pekan Jeju).

Bila sampai di sana, memang nampak la keunikan kampung nie. Memang conceptnya cultural village, showcase villagers' way of life, how they worked and lived back then.  Jalan di situ berserta  dinding hitam dari batu lava, straight but curvy alleys to block the wind, and tak lupa juga batu "grandfather statues" (Harubang), memang landscape feature yg wajib di Jeju. Mana-mana ceruk Jeju pun akan ada Harubang nie.



Satu elemen penting yang perlu ada di setiap perkampungan di Jeju ni adalah babi hitam mereka (local black-haired pigs n tongsi). Mereka percaya yang oink-oink jenis ini begitu nutritious n yummy. Erk, kena try baru bole aku percaya. Tapi bau dia memang..hmm harum semerbak ;)


Aku suka fence di folk village nie. Selain memang untuk menghalang orang dari trespassing ada juga socio-cultural role. Biasanya akan ada  3 bars up. One bar up means something like 'back in a while'. Two bars up mean 'out for the whole day'. Three bars up mean 'gone traveling, come back again after a week or a month'. :-)

Sedang khusyuk meneliti dinding rumah-rumah di situ, ternampak kelibat samar-samar windmill. Aku pun apa lagi, mencari jugala arah ke situ mengikut pandangan yang ada. Dan tak sangka pula ada windmill farm sebenarnya berdekatan dengan kampung itu.  Jeju ni angin dia memang agak kuat bertiup. Sesuai untuk dibina windmill di situ, sebagai salah satu alternative untuk generate energy bagi Jeju province.

And yes, satu lagi...selain dari sayur yang tumbuh menyubur di bumi Jeju ini,  Limau adalah tanaman buah utama di Jeju. Limau jenis Citrus. Masa aku datang nie, ladang limau di sini kebanyakan buahnya masih hijau, Ada sikit jea pun yang sudah kaler kuning masak. Geram juga tgk yang masak tue..


Dari SFV, kami meneruskan perjalanan ke Trick Art Museum. Dengan bas, perjalanan dalam 7 minit sahaja. Agak dekat dari SFV. Sebenarnya kami dah tersilap langkah dengan pegi SFV dulu, sebab kalau dari Pekan Jeju, kami tempuh Trick Art Museum dulu. Cumanya, kami tak berapa perasan masa bas lalu museum tue tadi. Maka kami macam patah balik la kiranya. Nasib baik tak jauh sangat. Kalau nak masuk SFV adalah FREE, tapi untuk ke Trick Art Museum (TAM) nie fee dalam 9,000KRW.


Concept museum macam ini  ada banyak dah di negara-negara lain. Aku tak penah lagi masuk memana yang lain sebelum ini, makanya museum ini bagi aku agak best. Macam-macam jenis lukisan 2D yang memberi efek 3D ada di sini. Ada banyak sangat lukisan dalam tue, dan page aku nie akan sangat berat kalo aku letak semua. Jadinya aku pilih le memane yang spesel di mata aku.


Yang syioknye di sini, bila tangkap gambo, then tengok end resultnya. haih unable to distinguish between the real and the surreal. :-)


Museum nie ada dibahagikan kepada beberapa zon, setiap zon tue memang ada featured theme la, seperti parody zone, aquarium zone, animal zone, Egypt zone, magic zone, Jurassic zone, and illusion zone.

Yang di bawah ini adalah di antara feveret aku. :-)


Intention of the Museum, To fool our naked eyes ::: SUCCEED!

Di luar kawasan museum ada trick safari pula. Memang best la tempat ini. Bagi sesiapa yang tak penah masuk memane trick art museum sebelum ini (seperti aku), aku recommend tempat ini untuk korang pegi. Memang berbaloi dengan harga tiket yang dibayar.


Setelah hampir 2 jam setengah kami berada di museum ini, kami teruskan perjalanan untuk ke Seongsan Ilchulbong Peak. 

To be continued..

39 ulasan:

  1. erkkk...kuda belang tu mmg kuda betol ke?

    BalasPadam
  2. @bdk2:

    nampak macam betul kan????

    BalasPadam
  3. aku mati2 ingt kuda btol td...hihih. tp mcm tak logik lak kalo kuda btol smpai kaler2 cmtu. haram.

    BalasPadam
  4. @bdk2:

    ahahahha pasal tue namanya trick art safari. memang sebiji cam betul..;)

    BalasPadam
  5. Macam kat Puzzling World Wanaka yang aku tak pergi dulu...

    BalasPadam
  6. trick art museum sgt menarik!!!!
    confirm memory card xckp neh..hehe

    chup,kire akak xjd menyewa kereta lah ek

    BalasPadam
  7. cantiknya kuda belang tu
    MZ, nanti MN nak ambik guideline pasal p spore tu.
    ada plan nak g sana la :)

    BalasPadam
  8. @anon:

    Wanaka tue punya lagi best tau!

    BalasPadam
  9. @anon:

    tak jadi sewa kereta..xde international license.. so pakai bus n taxi shj

    BalasPadam
  10. @uncle gedek:

    memang best bagi saya :-)

    BalasPadam
  11. @miss nina:

    kuda belang tue memang spesel n nampak real. :-)

    semoge enjoy di singapore nanti yea..:-)

    BalasPadam
  12. wowww... kagum tgk lukisan2 3D tuh!

    BalasPadam
  13. @h4ni3:

    itula kak...tak sape la yg pandai lukis tuh

    BalasPadam
  14. Besar rupa rupanya Jeju Island ni ya...5X Langkawi...so saya kena ingat ni, kalau nak ke sini kena plan betul2..hehehe

    Eh, ada windmill jugak macam kat Albany & EMudown windfarm lah! haha..

    Best gile lah kat Illusion Zone tu!! :)

    BalasPadam
  15. popular jeju island ni..

    gambar semua awesome la dear :)

    BalasPadam
  16. @daddy Z:

    memang byk windmill kat jeju. ada satu di lotte hotel stail dutch. cantek. tp saya x kesana.

    BalasPadam
  17. best giler la mas tgk ko amek gmbr kat muzium tu...gambar pun cantik2...

    BalasPadam
  18. mcm kat niu zilen jer ni.. hihihi

    eh camane terlekat kat dinding tu?

    BalasPadam
  19. great trip... cantikkkkkkk semua nya..

    miss betol dulu tak sempat pi jeju masa duduk seoul sbb ada baby & musim sejok sana panjang berjela2..

    BalasPadam
  20. @kemang:

    berlakon le melekat kat sana ;)

    BalasPadam
  21. @mulan:

    next time datang, kena sampai jeju tau!

    BalasPadam
  22. seronoknya tgk yr trip ni.. akak dah bookmark dah.. nanti nak baca lebih details. Boleh dapatkan tips kalau teringin nak ke sana.

    BalasPadam
  23. @iina:

    thnx..tp x bole celen u punye pix yg lagi best! :-)

    BalasPadam
  24. Pasni buleh la geng-geng blogger kita lantek MasZuber sebagai Ketua rombongan.

    Jom Mas, kita plan outing dengan kwn2 blogger kita. Based on your experience, KC rasa mas layak.

    BalasPadam
  25. @kak chik ella:

    huhuhu rombongan cik kiah mas le pulek ;p

    saye kalo travel sgt sempoi kak, makan pon tak terurus, makan bila dan jea..takut x ramai orang bole follow, takut diorang serik ;p hehee

    BalasPadam
  26. slm, sis,
    knp utk 2-2 hari @ jeju ni..cover east & west skali?apsal xcover 1day east, 1day west?
    or mmg route jln die convenient cam gini?

    BalasPadam
  27. Igtkan satu hari buleh cover satu bhgian dgn public transport. Tp gagal. Sbb nak pegi semua tempat, maka teksi yg dibook minta kaver balance part mana yg x smpat nak cover mase 1st day ke 2nd day.. Lagi efisien u book teksi 2 hari. 1 hari cover east part and 1 hari lagi cover western part pula..

    BalasPadam
  28. Assalamualaikum.. thanks sebab dapat info ttg jeju islands. Inshaallah nak pergi bulan 11 nanti. First time kat jeju. second time kat busan dan seoul.

    BalasPadam