Rabu, 5 Oktober 2011

Experiencing South Korea: Day 3 (Part 2), Seoul Tower-Myengdong

Ini adalah sambungan entri dari SINI

Setelah mendapat rehat dalam sejam di GH, aku keluar balik dalam jam 6 petang. Untuk agenda seterusnya, 2 orang kawan aku tue nak tengok Han Nite River Cruise. Tapi aku nak buat benda lain, so kami berpecah. Aku memang ada niat nak naik Seoul Tower pada waktu malam. Jadinya aku nekad dan terus ke sana seorang diri.

Perjalanan ke Seoul Tower dari GH aku nie pun amat mudah actually. Hanya jalan kaki dalam 5-7 minit untuk sampai ke Namsan Cable Car.  Dari situ, naik cable car dalam 5 minit untuk sampai ke puncak bukit Namsan. Fee dalam 7,500KRW(return). :-)
Semasa aku dalam cable car, ngam ngam masa tue matahari nak terbenam dah..

Bila sampai di atas, mangga-mangga kunci yang tergantung di observation deck ini agak menarik perhatianku. Namsan Tower nie kononnya lambang CINTA la. Memana couple yang datang sini ada bawak 2 mangga kunci then gantung kat tebing itu. Simbolik kekukuhan perhubungan di antara mereka la. Kalo tetibe clash, diorang akan datang balik dan buka mangga itu. haha!

Memacam message la diorang tulis di mangga masing-masing. kebanyakannya tulis dalam korean language, tp aku bajet mesti ada perkataan I Love You. Disebabkan aku sensorang jea yang naik masa tue, aku dok observe jea la aktiviti diorang nie. Bila aku rasa nak tangkap gambar aku, aku minta sesapa yang dekat ngan aku tolong snapkan. :-))

Selain mangga CINTA itu, ada benda yang LAGI BEST sebenarnya. Pemandangan Seoul City dari atas nie memang superb la. Terkelu aku tengok. Lama aku bertafakur tengok keindahan malam dari atas sana itu. Tak sia-sia aku nekad naik atas nie. :-)


Traffic jam boleh tahan juga nampak dari atas sini. Lampu-lampunya bersilauan. Angin malam pun sedap jea sepoi-sepoi bahasa. Menambah dingin malam.

Aku pun syiok juga tangkap sana-sini.. :-)

Tema Seoul Tower nie memang I LOVE YOU lah. Memana pergi mesti ada unsur-unsur ke arah itu. Tapi ada satu puisi cinta yang diorang letak di situ agak comel la bila dibaca. Nways, aku tujukan replika heart nie khas untuk sesapa yang baca entry aku nie. ha ha. Thnx yea sebab sudi baca entry-entry panjang aku nie. :-)


Dalam jam 8 malam lebih aku decide untuk turun ke bawah. Puas tengok bandar yang dilimpahi cahaya lampu di malam hari. On the way balik jalan agak sunyi tapi aku confident selamat. Crime rate Seoul memang di antara yang terendah di dunia.

Bila sampai depan GH, aku tengok jam masih awal. Malam masih muda! Jadinya aku teruskan jenjalan aku ke Myeongdong area. Memang dekat sebenarnya dengan GH aku. Sampai di sana kebetulan ada mini konsert pula di situ. Alahai, memang semua yang berkumpul tue muda mudi korean. aku pon join sekali le. :-)

Siapa yang perform tue jangan tanya aku la. Aku memang ZERO knowledge dengan memana penyanyi yang ada di korea nie. Entah sape2 la yang perform malam tue. Ada group laki2 memang smart le kalo menari bagai, Tapi bila kluar suara untuk nyanyi kedengarannya memang semput.
Tapi crowd yang datang memang tak kesah pun suara diorang sedap ke idak. Memasing aku tengok pun enjoy dan terhibur.

Dari Myeongdong area nie, memang akan nampak Seoul Tower dengan jelas!

Dalam jam 10 lebih malam, aku gerak kembali ke GH. Ingat malam tue nak balik awal untuk simpan tenaga untuk keesokan hari. Besoknya aku akan travel ke Sok-cho, satu daerah di bahagian timur South Korea yang jaraknya dalam 3 jam perjalanan dari Seoul.

Till next time...

39 ulasan:

  1. i love u too mas! hahhaha....awesome!

    BalasPadam
  2. nti aku nk amik gmbr smbil tgn buat gaya patah hati...tskk, tskkk...

    dulu kengkonon aku dgn dia nak buh mangga la kat sni sekali harommmm....hahahaha...opss :)

    BalasPadam
  3. @fatt:

    nanti ko ajar aku gaya patah hati tue skali ek..

    aku nanges dlm hati jea tengok orang kat atas tue punya public display affection. caittt

    BalasPadam
  4. aishiteru~


    ok aku mmg sgt suka all romantic display ceginiii!

    love!

    BalasPadam
  5. SALAM,
    PERNAH KE SANA. TAPI TAK BANYAK TEMPAT YG DILAWATI. ORANG2 KOREA NI, SEMANGAT NASIONALISME NYA CUKUP KUAT. KERETA2 ATAS JALAN, RASANYA 95% KERETA KOREA.

    BalasPadam
  6. uncle dah tengok gambar2 dari hari pertama. semua kualiti gambar itu terbaik dan objek pun semuanya menarik.

    kagum dengan orang korea, walaupun negaranya kecil tapi jiwa mereka besar. semangat kebangsaan mereka cukup tebal.

    BalasPadam
  7. mas akk pun suka tngok smua gmbar2 tu. cintan cintun sokmo ok!

    BalasPadam
  8. mas ada letak padlock tu tak?

    BalasPadam
  9. mas gantung mangga skali tak?
    heehehe

    cantik betul pemandangan dari atas! subhanallah

    BalasPadam
  10. korea ni friendly tourist tak.masa nak ke cable car ada signboard dlm english tak

    BalasPadam
  11. @LF:

    betul tue, diorang nie ada "SEMANGAT HAN". kalo buat sesuatu mesti pulun smpai habis. tgkle masa world cup bola dulu. :-)

    BalasPadam
  12. @uncle lavendari:

    yes, mereka sangat bangga dengan bangsa mereka. SEmangat Nasionalisme Han.

    BalasPadam
  13. @akak gorjes+h4ni3:

    saya x letak apa2 kat situ. xde apa2 wish pun..:-)

    BalasPadam
  14. @h4ni3:

    memang cantik masa malam hari...sejuk pula tue..

    BalasPadam
  15. @eka:

    kalo signboard memang akan ada dalam English. cuma dari GH akak sgt dekat ke cable car station, x perasan pula any signboard ke sana. sebab senan je nak ke sana.

    kalo nak kereta ke sana, memang ada proper signboard. no worries.

    BalasPadam
  16. mas cantik sangat tempat tu secomel ko. negara korea nampak berseh. realitinya berseh tak mas?

    BalasPadam
  17. kalau dari subway.mudah tak...arap2 ada la sign board english utk guide kami nanti

    BalasPadam
  18. hadei hadeiiiii caner nak letak mangga tu nanti erk?!!!!! kagum aaaaaa....
    Mas, duk kat atas tower tu ada limit2 masa ke????

    BalasPadam
  19. nanti gi sana aku nak bawak solex!

    BalasPadam
  20. @cik ina DDC:

    realitinya bersih kak. jeles! :-)

    BalasPadam
  21. @eka:

    dari subway ada kot signboard, x perasan la dik

    BalasPadam
  22. @masMZ:

    dekat situ macam ada ring, yg bole sangkut padlock kat situ..makin bertambah2 ring tue nampaknya..

    aku rasa tem[at tue bukak sampai tengah malam!

    BalasPadam
  23. @GB:

    bawak yang kaler pink. adeke cap solex kaler pink?

    BalasPadam
  24. harap2 dpt update psl sokcho cepat2....x sabar nk bace...nk tau jugak cmne nk ke sana n mt seorak tu....

    BalasPadam
  25. @anon:

    alright, sy akan try update malam nie yea..:-)

    BalasPadam
  26. unik gila pasal mangga tu..and cun !

    jd satu keje nak cari mangga tu kalo clash..sebulan pon x jumpe kot !

    BalasPadam
  27. sesungguh nye jeles sbb seoul tower tuh i tak kesampaian langsung

    BalasPadam
  28. @kemang:

    tau takpe..banayk sungguh kat sana!

    BalasPadam
  29. @lily:

    next time sampai seoul, naik ke sana yea. :-)

    BalasPadam
  30. Hello! I simply would like to give an enormous thumbs up for the great data you’ve got here on this post.
    I will likely be coming again to your blog for more soon.



    My webpage: semak saman pdrm online myeg services

    BalasPadam
  31. Good day! I simply would like to give an
    enormous thumbs up for the great information you’ve here on this post.

    I will probably be coming again to your blog for more soon.


    My web-site ... my baby you seo in guk lyrics

    BalasPadam
  32. Hey! I just want to give an enormous thumbs up for the
    great info you may have right here on this post.
    I shall be coming back to your blog for more soon.


    My web blog - queen seon deok cast of characters pictures

    BalasPadam
  33. Hiya! I just would like to give a huge thumbs up for the
    good info you’ve right here on this post. I will likely be coming again to your blog for more soon.


    Also visit my web site :: seo do young han hyo joo dating

    BalasPadam
  34. Good day! I simply would like to give a huge thumbs
    up for the nice data you’ve got right here on this post.
    I will probably be coming again to your blog for more soon.



    Feel free to surf to my web page pakistani semi formal dresses 2013

    BalasPadam