Jumaat, 7 Oktober 2011

Experiencing South Korea: Day 4 (Part 1), Namdaemun Market-Namsangol Hanok Village

Sambungan dari entry kelmarin di SINI.

22nd September 2011, Thursday

Hari ini adalah hari terakhir untuk aku berada di Seoul sebelum aku bergerak ke Daerah Sockho dan kemudiannya Pulau Jeju. Jadinya sebelum itu aku nak pusing dulu Namdaemun Market dan Namsangol Hanok Village sebelum mengambil bas ekspress ke Sockho.

Pagi itu dalam pukul 8 pagi, kami dah keluar berjalan kaki ke Namdaemun market. Perjalanan adalah dalam 10 minit dari Namsan Guesthouse (GH). Macam-macam ada di pasar nie sebenarnya dari souvenirs, baju, kasut, house ware, makanan kering/basah, bunga, skin care products, wigs, glasses, accessories OF EVERY KIND etc.

Objektif utama aku ke sini nak cari sebutir dua kerongsang dan souvenirs. Sebab aku memang x bawa byk duit utk berbelanja sgt, maka itu Itu sahaja yg aku cari! Lepas aku dapat apa yang aku nak then aku angkat kaki dari sana. Mata aku memang aku tahan dari melilau-lilau..takut terpengaruh dan x sedar diri pula nanti. ;p

Baju-baju di sini pun ok la aku tengok. Dah nak masuk musim luruh, maka baju2 yang diorang mula jual pun tidak le berapa seksa. So macam seswaile kalo nak pakai ngan tudung etc.

Selepas 2 jam di sana, kami balik GH untuk sambung packing. Kami akan check out dari Namsan Guesthouse selepas 3 malam di situ. Selepas check out dalam jam 11am, kami tinggalkan beg besar di situ untuk sementara sebab kami nak pegi Namsangol Hanok Village(NHV) yang terletak agak dekat dari GH.

Untuk ke NHV nie, boleh naik subway Line 3 or 4 dan berhenti di di Chungmuro Station. Tempat nie macam taman perumahan tradisional korea la.
Ada banyak aktiviti yang ada dalam tempat ini. Dan yang paling best, Entrance fee adalah FREE! Pasal tue tempat nie menjadi tumpuan budak-budak sekolah especially kindergarten buat lawatan di sini. Budak2 nie comel sungguh!


Kebetulan dalam tue ada aktiviti untuk menyediakan KIMCHI kobis daun, makanan wajib korea. Apa lagi, aku pun volunteer la nak join. Memang best! Siap dapat free lagi kimchi yang aku prepare tue untuk bawa balik. :)
Yang speselnya rumah lama korea nie, mutu kayu yang digunakan memang yang berkualiti. Geram aku tengok tiang, pintu dan kayu tiang rumah-rumah di sini.

Di Namsangaol Hanok Village ini juga ada showcase untuk pakaian tradisional wanita korea. Hehee sampai di luar rumah showcase itu, tetiba teringin pula nak cuba, then apa lagi...

Showcase bagi aktiviti mengayam capal, bakul dan lain-lain peralatan memancing juga ada di sini. Memang sekejap jea masa yang uncle2 ini ambil untuk siapkan satu benda. Dan setiap benda nie memang tahan untuk dipakai bertahun-tahun!

Memang macam-macam ada di sini, so aku suggest bagi sesiapa yang akan ke Seoul nanti, datanglah ke sini. Memang best tempatnya. Banyak aktiviti yang ada di sini adalah lebih dekat kepada para pelawat yg datang.

Dalam jam 3 petang, kami gerak keluar dari NHV dan kembali ke Namsan Guesthouse untuk mengambil bag besar kami dan terus menuju ke Seoul Walker Guesthouse. Dalam perancangan kami, kami akan tinggalkan beg besar kami di sini dan terus ke Terminal Bas Dong untuk naik bas ekspress ke Sockho.

Disebabkan, badan sudah mula letih dari pagi tadi berjalan, maka kami naik cab. Tambang dari Namsan Guesthouse - SeoulWalker Guesthouse - Terminal Bus Dong adalah dalam 22,000KRW.

Dari Terminal Bas Dong, kami ke Sok-cho dengan bas ekpress jam 4 petang dan harga tiket dalam 17,000KRW/pax. Just tanya di kaunter bas dan pembelian tiket bas amat mudah. Kekerapan bas dari Dong-Sockho adalah setiap 35minit. So no worries. Boleh beli tiket on the spot dan tak payah pening untuk sebarang aktiviti booking sebelum itu.

Perjalanan bas ekspress ke Sok-cho mengambil masa dalam 3 jam. Kami sampai di Sok-cho bus terminal tepat jam 7 malam.

To be continued..
...

22 ulasan:

  1. kalau ko dah suggest aku pun akan ke sana nanti!! ;) (bila lah agaknya tuh)

    mm..naper ko carik keronsang?

    BalasPadam
  2. @fatin:

    sebab kerongsang dia cantik. memang cantik pun!

    BalasPadam
  3. Mas!!!

    nk pegi laaa NBV nih! pakaian korea utk lelaki ade tak? kekke...

    sokcho ni utk ke mount sorak kan? pastu yg seoul walker guesthouse kat mana?

    BalasPadam
  4. @bdk2:

    baju untuk lelaki pon ade! macho tau!

    seoul walker guesthouse ni somewhr in Insadong, Seoul. aku akan duduk guesthouse tue untuk semalam bila balik dari Sok-cho. jdnye aku simpan jea dulu beg gedabak aku kat situ sebelum bertolak ke sok-cho ari tue.

    BalasPadam
  5. owhhh....nnt aku try google psl GH tu. so far, aku dh book utk stay 3mlm kat Jin GuestHouse. pastu, nk try Buchok Hanok. Tp mahal la skit yg ni. mybe stay utk 1 mlm je.then, nk try tempat ko pegi ni lak.

    btw, Sok-cho ni mount sorak kan? ko overnite kat sna? better pegi balik hari ke?

    BalasPadam
  6. @bdk2:

    Aku overnight kat Sok-cho, duduk di HouseHostel. Dari Sok-cho, naik bas dalam setengah jam nak sampai Mount. Soerak.

    Biasenya kalo nak pi mount soerak, org akan overnight di Sok-cho, sebab bas nak ke soerak sumer dari Sok-cho.

    BalasPadam
  7. errr.. ape tu??
    sepinde utk bagi montot nampak cekci?
    hehehe

    BalasPadam
  8. @h4ni3:

    ahahhaah betul la tue..:-)

    BalasPadam
  9. patutnya salah sorg kena pakai bj utk lelaki!!
    barula best!!


    anyway, nice piccas beb!

    I LIKE!!

    BalasPadam
  10. seronok tgk journey dlm blog ni...
    seronok dpt tgk makanan dan budaya dorang...

    BalasPadam
  11. @kemang:

    yea betul, spender menipu namanye :)

    BalasPadam
  12. @BDC:

    aku carik gak lelaki yg ade di situ, tp xde yang hensem untuk aku berbaloi tanye bole jadi pengantin lelaki aku mase tue or not..:-)

    BalasPadam
  13. Mas,

    Seoul Walker Guesthouse ni ade breakfast tak?

    BalasPadam
  14. thanks for including the prices, leh buat budget

    BalasPadam
  15. @bdk2:

    dia x provide breakfast la..

    BalasPadam
  16. ko mintak tak resepi kimchi? sambal ape dia guna utk wat kimchi eh?

    BalasPadam
  17. @fatt:

    aku tanye gak, tp sebab diorang x reti nak explain, so diorang kasi satu buku resipi masakan korea..ehhehehe, dlm buku tue ade kot. aku tak belek abis lagi..:-)

    BalasPadam