Ini adalah sambungan entry dari SINI.
Bila selasai explore Miniland, aku join balik 2 orang kawan aku yang menunggu di luar Miniland, menikmati makan tengahari di situ. Lunch kami adalah nasi, ayam masak merah(brahim) dan telur. Di samping itu, ada juga crackers untuk makan dengan salmon n mayonis. Agak mengenyangkan sebenarnya. Jadilah, nak cari restoren mungkin amek masa sebab ada 2 tempat lagi yang kami mahu pergi untuk hari yang panjang ini.
Alright, dari Miniland, ahjussi taxi terus membawa kami ke IlchulLand. Perjalanan mengambil masa dalam 30 minit. Jauh juga sebenarnya tempat itu, tapi memandang salah sorang dari kawan aku nie nak juga ke sana, aku follow jea.
Apa apa dengan Ilchul Land? Tiket masuk tempat nie dalam KRW 7,000. Bila masuk jea kami disaji dengan satu kolam yang agak besar dan ada man-made waterfall dalam tue. Agak cantik sebenarnya tempat ni sebab ianya adalah well-decorated garden dan juga arboretum. Sangat aman dan sedap mata memandang. Memacam jenis pokok ada dalam taman nie. Yang paling aku suka adalah bonsai dia la, ada banyak jenis dan usia memasing pon aku bajet berpuluh-puluh tahun atau mungkin cecah seratus lebih, kalo tengok dari saiz batangnya.
Di tengah-tengah taman itu ada satu gua yang dinamakan Micheon Cave.
Macam di Manjanggul Cave, suhu dalam Micheon Cave nie memang sejuk. Aku sebenarnya masih seram sejuk masa nak masuk gua nie. mungkin sebab makhluk yang aku tertangkap di gua pertama. tp so far, takde apa2 pun yang berlaku. Dalam gua nie ada kolam semulajadi yang agak besar. Itu yang membuatkan suhu dalam nie makin sejuk.
Ada sesapa penah masuk gua kelam tak? Gua kelam di Perlis lagi best!
Macam di Manjanggul Cave, suhu dalam Micheon Cave nie memang sejuk. Aku sebenarnya masih seram sejuk masa nak masuk gua nie. mungkin sebab makhluk yang aku tertangkap di gua pertama. tp so far, takde apa2 pun yang berlaku. Dalam gua nie ada kolam semulajadi yang agak besar. Itu yang membuatkan suhu dalam nie makin sejuk.
Ada sesapa penah masuk gua kelam tak? Gua kelam di Perlis lagi best!
Keluar dari Micheon Cave, aku sambung tour masuk taman-taman yang ada di situ. Bagi sesiapa yang Landscape Architect, aku rasa tempat nie memang seswai untuk korang. Banyak design2 taman yang menarik yang boleh korang cedok dan improvise dari Illchul Land nie.
Di tengah-tengah taman ini juga ada dibina patung Harubang. Sebenarnya, patung nie memang ada dimerata2 tempat di tanah Jeju nie. Mereka dianggap macam tuhan yang boleh memberi perlindungan dan kesuburan pada masyarakat di sana. Sebab tue kebanyakan patung nie diletakkan di luar pintu pagar untuk perlindungan daripada syaiton, katanya.
Setelah puas pusing-pusing IlchulLand, kame meneruskan perjalanan ke sebelah barat Pulau Jeju pula. Destinasi seterusnya adalah ke Jusangjeolli Cliff dan perjalanan ke sana mengambil masa dalam satu jam dari Ilchul Land..
akan di sambung kendian.
nk g gua kelam lah pasni. hehe~
BalasPadampegi tau. best kat sana!
Padamseronok tengok kau berjalan...tapi gua kelam pun aku tak pernah masuk lagi...huhuhuhu...kena gie perlis jawabnya nie...
BalasPadamsebelum ko ke gua kelam, bole pegi yg dekat sket, gua tempurung. aku x penah sampai lagi..tp tgk review macam best!
Padamaku ni kan, gua kelam pun tek penah masuk lagi tau! heheh~
BalasPadamok, bole la roadtrip ke sana GB!
BalasPadamwow..best gak ek!
BalasPadamwah, jeju ni ada dua tiga gua, walau ia sebuah pulau. menarik!
BalasPadamwooaahhh.... nak nya pi jeju.. tengok swallow the sun kat one hd, rasa meronta2 nak ke jeju..
BalasPadamjelesnya.....
BalasPadamberapa total berabis kat sana yer...
saya jeles....jeles nya saya...sangat jeles saya...ni jeles saya nih!
BalasPadamCoolBlog..he3..sambungan part ni mana??looking forward to read..best!!
BalasPadam