Pagi Sabtu, lepas Subuh sempat landing lagi. Hari nie punya schedule tidaklah sepadat hari2 lepas. Dalam plan, shopping di Fremantle and sebelah petangnya Swan Valley!
Hari ini Black(Abang kepada Ayu) dan isterinya akan sampai dari KL untuk meramaikan lagi memeriahi group kami di sini. Selepas diorang sampai umah kak ara, rehat dalam sejam dua sambil breakfast, dalam jam 9.15am kami bertolak ke car rental centre Bayswater untuk menyewa keta utk black. Selesai urusan sewa etc, kami terus bertolak ke Fremantle, E-Shed market utk beli barang2 souveniour.
EShed Market ni terletak di Victoria Quay. Bebetul depan Fremantle Habour. Business hour onli on Friday, Saturday and Sunday. Memang bukak 3 hari seminggu+all public holiday.
http://www.eshedmarkets.com.au/
Banyak souvenir dibeli di sini la. Nak ikotkan banyak sangat kedai dalam market di tp ada satu kedai yang kami memang dok lama la dalam tue. The Aussin. Kedai souvenir owned by Indonesian. Agak murah harga2 souvenir kalo nak compare ngan harga kat fremantle market and perth city. Baju ke, patung ke, boomerang ke etc. Nak ikotkan sume barang dia murah kecuali fridge magnet+postcard sbb bole dapat murah lagi di perth city.
Bersama hasil tangkapan masing-masing
Aisyah n kangaroo
http://www.youtube.com/watch?v=V0NnwNsUxrs
http://www.youtube.com/watch?v=JSfGWfGy_H8
Dalam jam 12pm kami gerak ke Kailis. Lacated about 2km from Eshed Market. Pun tepi harbour juge. Restoran makanan sea food yg agak glemer di sini. Saje nak rase fish and chip kat Kailis yang digembar-gemburkan sedap. Tp bila rasa, sama jea..xdela sespecial mana pun. Kat KL lagi sedap kot ;)
http://www.youtube.com/watch?v=NGMDAirhnZg
Fremantle town
Perjalanan ke sana mengambil masa dalam 40minit juge la. Kami sampai di Caversham dalam kol 3.30pm. Agak lewatla utk masuk sebabnya tempat tue tutup kol 5pm. And most of the show dalam zoo tue dah abis. So staff di Kaunter tiket tue tak suggest la utk masuk sbb rugi, bayar AUD22/pax tanpa tgk animal show. Lebih baik datang lain hari, advisable pagi, so value for money la sket. Bagi tidak membazirkan duit, maka kami decide untuk datang dan masuk Caversham pada hari yang lain.
Walopun x masuk, sempat lagi snap barang satu dua tiga foto..
Friendly uncle yg memang tau cakap Melayu!
Setelah tue kami terus ke park yang berdekatan. Actually, Caversham is part of Whiteman Park. So ia dikelilingi oleh taman rekreasi yang bole la kalo nk berpicnic bagai. Nice actually. Parrot di merata-rata. Sgt jinak dan tak takut orang. Ada satu motor museum di situ, tp sudah tutup. maka kami pun berlegar2 la di sekitar taman untuk mancari port2 menarik utk tangkap gambo. Aisyah pun syiok dia main kat playground dgn budak2 yang ada di situ.
http://www.youtube.com/watch?v=wgSGaFSMGOc
Jam 5pm lebih kami bertolak balik Wilson. Perjalanan ke Wilson dalam setengah jam jea. Tak le jauh sangat ke rumah kak Ara pun.
Untuk makan malam hari ni, kami masak sume yang express..Cuba menghabiskan stok-stok makanan yang kami bawak berat2 dari KL. Brahim's ayam masak merah, Brahim's daging masak kurma and kuah satay kacang. Sumer tue makan ngan nasik impit. Di samping tue makan skali ngan sambal ikan bilis, brahim punye juga. Lauk kiranya semua cap Brahim la. Sangat mudah untuk disediakan. Bile tgk bebetul kat ingredient setiap paket tue, ade jea santan milk. fuhh.. seb baik pegawai kastam tue tak tgk satu-satu product makanan mase kat airport ari tue, dia tgk mana yg dia rasa nk tgk. kalo tak.. tak lepas gak nie..
Selepas selesai makan segala, dalam kol 8pm kami ingat nak wat night tour @ perth city. Saje je nak jenjalan di kala malam di kawasan bandar tue. Sampai di city area, kebanyakan shopping arcade dah tutup la. Hanya ade beberapa kedai souvenir yang masih buka. Supermarket IGA pun bukak sampai kol 11pm. Pubs and bars of course bukak sampai pagi, even the adult X centre ;).
http://www.youtube.com/watch?v=EdUilI67lro
Malam semakin sejuk..jadi dalam kol 10pm setelah puas meronda, kami balik ke Wilson.Tido malam tue agak lambat sebab dah start batuk..tp sebelum tue sempat gak bincang utk program besok. Perjalanan utk hari esok agak jauh to the southest...dan akan dieleborate more in Part 4.
Malam itu kami tido jam 12am lebih. :)
entry hari keempat tamat.
0 comments:
Catat Ulasan