Pagi hari ini bangun agak awal dalam pukul 6am sebab mendapat tidor yang secukupnya malam tadi. Sangat fresh pagi itu. Di luar, mak ai..sejuk sungguh. Sakit jari jemari..mmg kene pakai proper baju ngan sarung tangan kalo nk jenjalan kat luar bilik motel.
Breakfast kami adalah roti dengan tuna bersama dengan teh o panas. Bile teringat2 kat milo yang x lepas kat airport semalam, kempunan la pule pagi tue..
Kami check out Pinnacles motel pagi tu dalam kol 8am. Dalam plan, untuk hari ni kami akan turun ke Lancelin for sandboarding dan terus ke Avon Valley. But we have something else in mind, Yanchep National Park. However these two places kena lalu jalan yang berlainan. Satu jalan yang terus ke Perth (Yanchep National Park) and Avon Valley masuk jauh ke dalam lagi. So kami tanya kat receptionist motel, which place is more interesting and worth to try out and she advised us to go to Avon Valley. So kami decide to go to Avon Valley instead of Yanchep National Park selepas ber-sandboarding di Lancelin nanti.
Isi minyak sebelum memulakan perjalanan. Dari Perth sampai ke Cervantes, makan minyak dalam setengah tank jea. so pagi nie kami isi dalam AUD 20 jea sbb harga minyak kat Cervantes nie mahal dalam 1 liter AUD1.44 berbanding di Perth AUD1.27
Setelah puas bergambor di sana, kami meneruskan perjalanan ke Lancelin. Perjalanan ke sana mengambil masa dalam 2 jam setengah. Dalam pada tue sempat gak brenti tengah2 jalan utk tangkap gambor lagi dan lagi..Maklumla jalan tue sape yg punya..? kitorang yg punya..
Perjalanan diteruskan ke Pekan Lancelin. Kami sampai di Lancelin dalam pukul 10.45am dan kami agak kesesatan mencari padang pasir putihnya. Then kami terus ke Tourist Information centre yang dikendalikan oleh seorang staff yang agak warga emas dan dia bagitau di mana harus kami sewa board and direction ke tempat sandboarding tue. Very much informative and helpful.
Kami sewa board di Kedai Lucky 7 bersebelahan tourist information centre dengan harga AUD10 sepapan. Jumlah keseluruhan board yang kami sewa 4. 2 utk board aksi duduk dan 2 utk pose berdiri. Deposit kene letak dalam AUD200, in case kalo jadi apa2 pada board, maka lesapla duit itiew.
Setelah selesai segale urusan sewa, kami terus menuju ke padang pasir berbukit utk aktiviti sandboarding..Inila pun kali pertama buat bersandboarding. Nak daki bukit pasir yg amat tinggi tue punya la seksa. amek masa gak la nak sampai atas. tp bila dah sampai..MashaAllah, permandangan punye la cantik. Waduh..bole nampak laut biru disebelah sana.. tp bile tgk bawah, ade sedikit gayat la..tp ada aku kesah. redah jea la..apelagi..memasing menjadi kanak2 ribena la.....gelongsor!!!!!
Cantik kan view dari atas tue? Setelah gelongsoran pertama, sanggup naik turun balik..rasenya sempat la juge buat dalam 7 kali gelongsor. memang puas hati walaupun matahari agak terik la waktu tue.
Satu tips, kalo nk sewa board jangan beli yang utk berdiri punye. susah actually nk turun..tak smooth. Lebih best dan puas guna board for sitting. Laju je turun bawah.
check it out: http://www.youtube.com/watch?v=moOmspGiO3k
Aktiviti di Lancelin tamat dalam jam 12.15pm. Sampai tengahari kami di sana..mmg agak terbakar la kulit nie, walaupun cuacanya sejuk..Selepas memulangkan board yang disewa, alhamdulillah takde ape2 jadi pada board so dapat balik duit deposit, kami terus berangkat ke Avon Valley..
Perjalanan ke Avon Valley kami jangka amek mase dalam 2 jam lebih. Sepanjang perjalanan, permandangan lebih menarik dari journey ke cervantes. Ini kerana kami dah masuk area2 lembah yang banyak gak la bukit2 hijau yang cantik dan sedap mata memandang. Ada banyak juga la dusun/ladang pokok limau oren. i believed its tangerine. Sumenya nampak tengah berbuah. Begitu juga pokok olive.
http://www.youtube.com/watch?v=FtMJ6IQ77WM
Setelah 2 jam lebih perjalanan, GPS yang kami guna membawa kami hingga ke satu jalan yang tak boleh nak masuk langsung. Nama Jalan tue, Pickett Road. Yang peliknya, jalan ke kawasan tue adalah memang private property and a no-through road. Sgt pelik sbb macammana GPS bole suggest jalan tue. Even in Google Map pun sama. Tue yang lagi pelik. Dan sesungguhnya kami hilang punca. Sesat? mungkin. Dah la waktu tue dah pukul 2pm lebih. Sayang perjalanan ke sini amek mase 2 jam but we came to an unthrough road.
Last-last kami patah balik cari main road, Chittering Road dan ia membawa kami ke Bullsbrook. Kami singgah ke gas station dan bertanye arah jalan ke sana. Budak cashier yang jage tue pun bila ditanya pasal avon valley dia 'agak blur'. Then kami sebut pasal 2 historic town in avon valley area, the Toodyay and York. Baru dia dapat tangkap and dia inform Toodyay Town is about 45mins drive from Bullsbrook and York lagi jauh la, dalam sejam ke dua jam. So kami decide ke Toodyay Town.
Dari Bullsbrook kami drive terus ke Toodyay Town. Sampai sana dah pukul 3pm lebih. Banyak bangunan sejarah di sana, and its just a small town. Kami jenjalan dalam town kurang dari sejam and decide untuk balik ke Perth. Dalam kotak fikiranku, kenapela receptionist kat Cervantes Pinnacle Motel tue suggest kami untuk ke Avon Valley, kononya banyak tempat best dan menarik bole explore tp yang kami jumpa hanya Toodyay...
Yup, dalam hati ade rase ketidakpuasan sket la. Rasa tak puas jea spend banyak masa untuk ke Avon Valley tapi tak banyak mende bole buat bile berada di sana. Sepanjang perjalanan balik ke Perth memasing dah keletihan dan kami sampai Wilson, Perth dalam pukul 7++pm. Tido malam tue dalam kol 10.00pm kot.
*******************************
Nota: Bile dah balik KL, aku masih tak puas hati lagi pasal Avon Valley tue. bole? heheheh..sebab kat mane2 pamplet suggest utk ke sana, tp bile kami di sana rase cam takde ape2 pun. google punye google..SEBENARNYA memang banyak mende bole dibuat di sana. its just dat tak sangka plak kawasan Avon Valley tue sebenarnya sangat luas dan besar. Its consist of altogether 7 towns(Toodyay one of it) and each town area offers different attraction activities. Adussss....sayang yea. Mungkin masa yang kami allocate dalam 3 jam utk cover seluruh avon valley tue sgt tidak mencukupi.
Di antara aktiviti/tempat yg bole dikunjungi di Avon Valley sebenarnya:
1. Oliomio Olive and Lavender Farm (Sebenarnya kami lalu oliomio nie..tp x singgah :(. Dalam tue ada lavender and olive farm. Dedua tengah blooming actually. Siap ade taman yang menarik dalam tue..)
2. York Town : York town nie nak ikotkan lagi besar dan menarik dari Toodyay. Locationwise dalam sejam dari sana Toodyay.Memacam tempat menarik bole pegi bile kat York nie sebenarnya. Such as The York Mill, Mount Brown Lookout , Yenyenning Lakes, Cloud Base Paragliding etc.
3. Northam Town : Dalam 20-30 mins dari Toodyay. Pun memacam sebenarnye bole buat, such as Windward Balloon Adventures, Mount Ommanney Lookout, Old Railway Station Museum - Northam, Northam Flour Mill etc
4. Beverly: Beverley Aeronautical Museum
hmmm sayang kan..sebenarnya banyak benda boleh dibuat and cover kawasan yang sangat luas untuk diexplore. Setengah hari mmg tak cukup sebenarnya. Takpela, next time kalo ade peluang ke sini lagi, harus pergi ke tempat nie..
nota hari ketiga tamat.
hehe..ade 4 hari lagi nih..to be continued!
mas, aku nak jeles ni. boleh? hehehe
BalasPadamtak yah fid..jom tahun depan?
BalasPadambeen there done that.. ihiks
BalasPadam@en_me:
BalasPadamsaye x abis explore lagi..;(