Sabtu, 5 Mac 2011

Kembara Perth and the Western Australia - Part 6_Vol. 1_Caversham Wildlife Park

Ini adalah sambungan Entri dari SINI.

Telah lama entri mengenai Kembara Perth dan Western Australiaku ini tergendala. Jadinya aku sambung balik catatan kembara hari ketujuhku di sana. Mana tahu dapat menjadi panduan kawan2 yang yang bercadang ingin ke sana dalam masa terdekat atau akan datang.

Jika hari-hari sebelumnya, kami menjelajah ke kawasan yang jauh-jauh, tapi hari ketujuhku di sana dipenuhi dengan agenda di sekitar Perth City. Part 6 ini aku bahagikan kepada 4 volumes.
Volume 1: Caversham Wildlife Park
Volume 2: Jenjalan kaki di Fremantle Town
Volume 3: Jenjalan kaki di Perth City
Volume 4: Jenjalan kaki di Kings Park


Untuk hari ini, Ianya bermula dengan Caversham Wildlife Park. Pagi-pagi lagi dalam jam 8am kami dah kluar rumah untuk ke Whiteman Park, Swan Valley di mana terletaknya Caversham.

Harga tiket masuk dalam AUD22. Kanak-kanak rasanya dalam AUD18. Memang agak mahal tapi maacam2 ada dalam itu. Dari pelbagai jenis burung, binatang ternakan sampaila binatang buas seperti the Tasmania Devil.
Ada banyak sesi bersama binatang diaturkan. Itu yang aku rasa best dalam nie.

Sesi pertama: With kangaroos and wallaby

kangaroo's feeding:
Masa nie pekerja kat sini kasi kita makanan kangaroo dan apa lagi kena serangla dgn binatang-binatang itu. berebut2 diorang. Semuanya memang sangat jinak. kalo dah kenyang tue memang berbaring jea la diorang..

ngeee..
Sesi kedua: Show @ Molly's Farm
Aku rasa show yang memang best. First dia tunjuk macammana pekerja kat situ menggunakan anjing untuk mengawal kambing2 biri kat sini untuk masuk kandang. Then, bagaimana bulu kambing yang fluffy itu dicukur. Sian juga tengok tapi takpe..dalam 3 bulan tumbuh balik bulu mereka.
Bagaimana susu lembu diperah pun ditunjukkan. Boleh buat praktikal lagi masa tue. Kalo bawak budak2 memang diorang akan sangat suka.
kawasan ternakan..


Sheering sheep..


5 dollar per sheep. Jadi la.



Memang rakus anak2 kambing nie..

Perah jangan tak perah. Teknik kena betul baru susu itu boleh keluar..

Sesi ketiga: Wombatt and Possum Show
wombatt itu pasrah ..

possummm!
Sesi keempat: With Koala
Masa kami kat sana, hampir semua koala tengah tido. tak kira la korang panggil macammana pun, dia buat dek jea tido. Mana tak nye, diorang memang tido 20jam sehari. ok, ini fakta. bukan auta.

Tapi nasib baik, ada seekor yang awake. so bole la nak tgk koala in action. Binatang ini sangat fussy pasal makanan. Hanya makan daun eucalypt. Daun jenis nie sgt rendah dlm memberi tenaga so pasai tue, koala nie tido utk simpan tenaga dia. Satu lagi, kalo daun ini telah disentuh/dipegang mende lain, manusia sentuh ke apa, dia takkan makan dah daun tue. Mengada kan?




Alright then, for more info about Caversham Wildlife Park, boleh click SINI

Tempat ini buka dari jam 8.30am-5.30pm.

Kami spend masa di sini sampai jam 11am. Then, kami terus ke Fremantle City untuk meneruskan perjalanan..:)

Till next time..

13 ulasan:

  1. wah, ingatkn kcik je wombat...rupanye bsar gak. my son suka tngok gmbar2 nih ;D

    BalasPadam
  2. @so shy lady:

    agak besor juge. huhu

    BalasPadam
  3. semakin jeles dgn kak mas. bebas kesana kemari. wooo. nk dukung koala juga

    BalasPadam
  4. hehee

    mane ade bebas sgt dik,,, ;)

    BalasPadam
  5. huhuhu... geram tgk kanggaru... dapat buat bbq mesti sedap.... huhu...


    cisss... selamba je wombat tu... ades..

    BalasPadam
  6. tak kena gigit ker dgn binatang2 tu?
    hehehe

    BalasPadam
  7. @abg jonni:

    agak sedap kot daging kangaroo. sebab ada restaurant dalam wildlife park tue jual burger daging kangaroo..huhuhu sian dia.

    sian kt wombatt tue sebenarnya ;)

    BalasPadam
  8. @h4ni3:

    hehee gigit2 sayang ade la sket kak ;)

    all de animals r good. nanti bawak la ziyyad ke sanan. mesti dia sukerrr sgt2 :)

    BalasPadam
  9. seminggu tu lama. mesti puas hati ko jalan2 kat sana kan?

    BalasPadam
  10. @GB:

    tempat dia besor GB, so seminggu memang tak cukup..

    x puas sebab ade tempat best lain yg dekat situ aku x sampai lagi..

    BalasPadam
  11. tolong seludop wombatt tu masok bag untok pakcik?

    BalasPadam