Ini adalah entry sambungan dari SINI.
Untuk sehari dua ini, aku akan update pasal Temasek. Dah berkurun jadi draft sebenarnya. Tapi terasa rajin nak tambah menambah pula malam ni.
Basically, bagi memenuhi hasrat hati aku melihat Singapore ini secara dekat, aku telah memilih untuk membeli Singapore Tourist Pass yang valid untuk 48 jam. Harga Pass dalam $63. Memang agak mahal macam harga nak masuk Universal Studio, tapi macam2 ada dalam pakej pass itu.
Dengan pass ini, dalam masa 48 jam=2 hari penuh, aku boleh naik 3 jenis bas, city sightseeing tour, original tour, dan heritage tour which cover approx 50++ stations dan offer pelbagai jenis tourist spots. Itu baru sikit actually. Water cruise dan bubble bee water taxi pun free. Selain itu, dapat juga admission fee untuk 13 tempat menarik seperti museum2,malay heritage+chinese centre, taman botani+free transfer ke Sentosa Island etc. memang banyak tak ter-list.
Tapi yang paling bestnya, dapat juga tiket free untuk naik Singapore Flyer dan join Duck Tour. Itu yang paling mahal la kira. Sebab nak ikutkan, even the single ticket for flyer itu dalam $29 dan Duck Tour pula $33.
So memang berbaloi-baloi kalo beli Tourist Pass yang berharga $63 and cover for ALL.
Inilah dia pengangkutan utama aku di sana selain MRT. Ala-ala KL Hop On Hop Off la. Bezanya, Singapore punya ada tempat duduk kat tingkat atas. Kalo korang tengok route dia memang cover hampir SEMUA tempat di Singapore. Asal rasa nak turun jea, turun jea di stesen yang ditetapkan. Frequency bus dalam 25 minutes. PUNCTUAL ok, kalo tak kena tinggal dan tunggu next bus. Aku suka dok kat tingkat atas, berangin dan lagi best kalo tangkap gambo.
Kalau berminat, boleh cuba click DUCK AND HIPPO di sini. Information yang sangat banyak di sana dan sangat-sangat membantu bagi sesiapa yang ada plan untuk ke sana!
to be continued..
dulu kitorg naik bas camni gak kat sentosa..
BalasPadamlamaaa... 5 yrs ago.. masa tu US pun takde lagi..
ntah bila nak pegi lagi, sedare mara dah mengajak, tapi memikirkan rumah diorang pun kecik jer, cam tak sampai hati lak nak menompang tido lelama n reramai
@h4ni3:
BalasPadamhmm takpe, Hotel 81 banyak kat sana. boleh stay lama kat situ sebab harga berpatutan especially masa bukan peak hour...
kak mas, we all pun ade plan nk gi sane end of this year. thanx for d info :)
BalasPadamwah~~saya jeles~~
BalasPadam@yaty:
BalasPadamok, my pleasure. beli la pass itu. berbaloi-baloi.
@bujal:
BalasPadamjgn jeles...u pun bole buat juge..
amboi berbas 2 tingkat.makcik tak merasa lagi naik daouble decker ke, orang panggil. he he, jaga sikit terbang dibuatnya dah lah tak berbumbung.
BalasPadamjimat gile amik tourist pass tu!!
BalasPadam@kak ina DDC:
BalasPadamhehehhe takkan bole diterbangkan angin..saya berat kak..;)
@GB:
BalasPadamwhen it comes to dollar n cent, yes SANGAT JIMAT LAGI BERBALOI..:)
wah, gud info nih. thanks for sharing ye
BalasPadamKalau unccle naik bas tu, uncle bawak sama layang-layang....
BalasPadam