Ahad, 24 Oktober 2010

Kembara Perth and the Western Australia - Part 5_Vol. 2_AugustaWhaleWatching

Entry Kembara Perth dan Australia Barat disambung kembali. Entry yang lepas, cuba click sini,adalah berkenaan Cape Leuwin. Dan bagi kali ini aku ingin bercerita pengalaman di Flinder Bay dalam menjejak ikan paus pula. 

Kami bertolak dari Cape Leuwin Lighthouse dalam pukul 9.40am. Kami memang bajet Flinders Bay itu dekat jea dengan lighthouse. So masuk-masuk kereta terus set GPS ke Flinders Bay untuk cari lokasi sebenar. Sementara system tue cari lokasi kami gerak dulu. Apabila dapat result lokasi Flinders  tue kat mana memasing kecut perut. Dalam 48km lagi ke sana? Upss. Macammana bole jauh sangat nie? Rasanya dekat jea. Dah la kitorang kena ada di sana jam 10.00am or bot akan meninggalkan kami. 

Jam di tangan dah tunjuk kol 9.45am. Memang memasing cuak sebab pakej whale watching tour dah bayor. $300 pula tue. Memang memasing suspens. Nak nangis pun ada juga. Tapi kitorang teruskan perjalanan. Drive jea dan memasing senyap. Then dalam 15mins drive kemudian ada satu simpang kanan nak masuk ke tepi laut. Kitorang gamble masuk jea sebab nampak macam ada bot kat tengah laut tue. Signboard Flinders Bay memang takde. Tapi kitorang cekal hati jea la turun dari kereta  mana tau bole join pakej lain. Nak tgk whale jugak. 


Selepas turun dan tanya orang, maka kami memang bernasib baik. Tempat itu adalah sebenarnya Flinders Bay. Adusssss..kena tipu lagi dengan GPS. Ari tue masa nak pegi ke Avon Valley pun GPS silap gak. Cuba click sini. Memang menguji kesabaran betul teknologi ini kadang-kadang. haih. Walaubagaimanapun, kami tetap bersyukur boleh tiba ke destinasi tepat pada masanya dan tidak ketinggalan bot.
 Inilah dia bot yang membawa kami merentasi Southern Ocean

Bole call no itu jika anda berminat untuk berkongsi keterujaan menengok ikan paus.
Tersonyum lebor apabila tiket berada di tangan..

Masa tengok ikan paus nie memang tak banyak tangkap gambor pun. Asyik snap sempat nampak ekor dia aja. So tak banyak gambar yang bole disharekan di sini.Yang banyaknya amek video la. Baru puas moving image. Nways, aku memang ada sea sick yang amat teruk. Even masa aku buat snorkelling dan scuba diving pun berkali2 aku akan muntah dulu. Tak taula kenapa. Makan pil tahan muntah pun tak jalan. Memang nasib badan.

So masa Augusta Whale Watching nie yang berjalan selama 2-3 jam nie, aku muntah tiga (3) kali ok. Kesian kan. Tapi nak buat macammana. Memang kepala pusing setiap kali bot berhenti untuk skodeng ikan paus. Dan vomitting adalah satu kaedah untuk melegakan sistem badanku ketika itu.

Sedikit info berkenaan Ikan Paus yang ada semasa tour. Jumlah keseluruhan ikan yang ada masa kami di situ dalam 5 ekor. Mereka adalah dari spesis Humpback Whale. Semuanya banyaknya show off ekor la. Ada tue siap bole tido lagi. Tak taula, kitorang yang diarah jerit oleh pakcik pemandu bot untuk memeriahkan suasana masa tue langsung dia tak amek pot. Terapung jea dia tido. Tapi yang lain ok la.. berpusing2 sambil show off ekor dan menyembur air bagai. Agak jakun sebab aku memang tak penah tengok ikan paus sebelum ini. Selama nie dekat Animal Planet,NGEO or Discovery Channel sahaja. So bila dah ada depan mata, memang teruja. Kalo bawak anak kecik mesti lagi mest kot. :)

Kalo korang ada di area Augusta dalam Jun-August, ambillah peluang untuk tengok ikan ini dari Flinders Bay.

Or jika September-December, bole terus ke Dunsborough sebab ikan-ikan itu melepak kat sana pula.

Sedikit paparan video:

Setelah puas muntah dan melihat aksi-aksi kuak lentang ikan paus bagai, dalam nak dekat pukul 1 teangahari kami pulang ke persisiran pantai. Walaupun aku agak sengsara dengan kepeningan bot, tapi puas sebab dapat tengok ikan-ikan besar itu..begitu juga hanjinh-hanjing laut seperti mengejar kami apabila bot ami berpusing untuk balik ke pantai. Comel sangat anjing2 itu..
excursion time, mike!

Alright then, penulisan kembara akan disambung kemudian. Selepas whale watching, kami terus ke Margerate River Cheese Factory, pusing-pusing pekan dan Choc Factory. 
Till then, tunggu...

:)




11 ulasan:

  1. soalan saya:

    KENAPA MUNTAH TIGA KALI ADA (TIGA) DALAM KURUNGAN tapi IKAN LIMA EKOR TAKDE LIMA DALAM KURUNGAN?

    sekian soalan.

    BalasPadam
  2. ahahhaha

    susah ayen aku nak jawab soklan ko neh..

    ada sape2 tahu jawapannya? ;)

    BalasPadam
  3. wahhh, bestnya kak mas. udah berjalan2 ke perth. siap drive sendiri kat sana. cam balik kg jek. hehehe

    saya juga mabuk laut kuat. perlu tidur kalau ada atas kapal atau free. nnt kepala pusing keliling :D

    BalasPadam
  4. @Yaty:

    perth yg paling dekat ngan Malaysia yaty. bila ada peluang, nak honeymoon ke ajak la 'dak yang' ke sana. kalo drive sendiri berganda2 jimatnya. nanti entry akhir pasal kembara perth nanti akak elaborate brapa kos keseluruhan. memang berganda murah kalo pegi sendiri dari melalui agen.

    kesian kan kite, masuk2 laut nie. orang lain releks jea..

    BalasPadam
  5. Bessnya! akk lom smpi sana lg...

    BalasPadam
  6. bestnyer mas kau gie jalan-jalan...jealous betul la tgk...

    BalasPadam
  7. @Kak CT:

    bole la pegi kak, banyak promo skrg ke sana..

    BalasPadam
  8. @lyn:

    bole pujuk husband ko ke sana..Qistina mesti happy jumpe ikan paus nanti..

    BalasPadam
  9. @pencacai alim:

    walaupun diduga dgn kesesatan bagai, tp sronok juge..:)

    BalasPadam