Rabu, 20 Oktober 2010

Ada Apa Dengan Jogja: Of Course la ada Duta SO7 and his lovely family

Satu ketika dulu dalam early 2000s ada satu band dari Indonesia yang telah menggegarkan Malaysia dengan lagu-lagu hits yang memang aku kira memberi nafas baru dalam arena muzik tempatan waktu itu. Kalau korang masih ingat, album yang memperlihatkan kejayaan artis Indonesia di sini bermula dengan Kisah Klasik Untuk Masa Depan milik Sheila On 7 pada tahun 2001.
 
Album yang menyelitkan lagu Sephia itu itu dijual melebihi 70,000 unit untuk tempoh empat bulan di negara ini. Ini adalah satu jumlah yang cemerlang pada ketika album artis tempatan kita sukar mencatat jualan yang tinggi selain Siti Nurhaliza. Nak ikotkan Sephia ini menjadi lagu kegilaan ramai dan laris apabila radio swasta memainkan lagu berkenaan berkali-kali dalam jangka masa beberapa jam sahaja. Aku ingat lagi masa tue aku masih si awal tahun persekolahaku di UIA dan Sephia menjadi lagu yang paling popular ketika itu berdasarkan melodi promosi yang besar-besaran dari Stesen Radio Swasta Era masa itu. Dan situlah permulaan segala-galanya.

Selepas itu ada lagu Dan, Seberapa Pantas, Bapak-bapak, Buat Aku Tersenyum dan banyak lagi la. Kalau nak kira peminatnya di Malaysia ini memang tak ingat punya ramai sungguh. Termasuklah seorang kawan baikku,Ayu yang begitu setia dengan Sheila Gangs. Sehinggakan SO7 ini memang dah macam kawan dia juga la.

So masa aku ikut Ayu ke Jogja April lepas, ada juga rezeki dan kesempatan untuk berjumpa secara dekat dengan penyanyi utama SO7, Duta bersama isteri dan 2 anak mereka. Adoi, Duta ni nak ikotkan tua setahun jea dari aku, tapi anak dia dah dua orang ok. Sangat maju perkembangan dia dalam berkeluarga nie ;).
Perjumpaan malam itu berlangsung di Momento Cafe. Kat situ ada satu menu yang memang best iaitu ChocoMelt bersama Aiskrim. Memang menggemukkan tapi sungguh mengasyikkan. Cokelat dia dalam tue memang banjir..

Menengok dia secara dekat, damned, dia memang cute. Patutla ramai gila peminat dia. Di samping sikap peramah dan sungguh friendly apabila melayan teman-teman peminatnya. Very down to earth, begitu juga dengan Isterinya, Adel. Sangat peramah dan begitu menghargai peminat-peminatnya. Memang tak rugi bagi sesiapa yang meminati SO7. 

Effort dia untuk berjumpa kitorang di Momento selepas berjam-jam driving dari Jakarta setelah selesai jadi juri bintang kecil Indonesia memang aku hargai. Mana nak dapat artis pujaan yang sanggup datang jumpa peminatnya tanpa memikir penat lelah driving sendiri naik kereta comel merah diorang tue. To All Sheila Gangs, memang berbaloi2 korang setia dengan SO7sejak dulu lagi.


 Anak-anak dia pun comel, Aisya dan Ayman. Cuba tengok si Ayman betul2, macam pelakon the Six Senth tue kan,  si Haley tu kan? Mana taknya, isterinya Adel itu pun sangat comel dan cantik lagi sempoi.



 Kereta dia pun comel kan?

 Malam itu memang manis :)))
Malam itu dapat dengar Lagu Hari Bahagia, single terbaru dia yang belum release (Masa itu bulan april) lagi dalam hp bini dia. Best juga melodinya dan liriknya aku tau, ayu ko memang 'bahagia' kan?hehee

Nways, special thanks to Ayu, sebab kalo bukan sebab dia, tak tau la bile bole jumpa secara in person dengan Duta dan juga keluarga bahagianya ini. :)

17 ulasan:

  1. mari I buat pembetulan:

    Sheilagank bukan sheila gangs hehe cam gangster plak :P

    dan lagunya -Hari Bersamanya- tapi aku tetap bahagia :P thankyou ya sudi join.. semoga ko juga mendpt bahagia yang ko cari [pada waktu itu.. unexpected plan for u to join us! lebiu *muahxx*]

    BalasPadam
  2. owh ok :)

    SheilaGank

    Hari Bersamanya ek..ekekeke konfiden jea aku Hari Bahagia..keh keh keh. Mesti sebab mase tue aura bahagia ko melaupau kot ;)

    Kak Raina nie mesti bantai gelak kan aku kalo dia bace mende neh.. ;B

    BalasPadam
  3. sonoknyer jumper selebriti kannns.. ehehe

    BalasPadam
  4. macam mana dia bole dtg dr jauh jumpa mas?sedara ke?

    BalasPadam
  5. NO WAY!!!!!!!!!!!
    omigod...cemana ko boleh jumpa dia????

    BalasPadam
  6. @en me:

    seronok juge la..x penah pun sebelum ini..:)

    BalasPadam
  7. @amy:

    ehehehe dia sempat balik umah mandi dulu da..

    BalasPadam
  8. @akak Gorjes:

    dia bukan sedara saya kak. tp duta nie memang jenis yang menghargai peminat dia..tak kira la org malaysia or indonesia sendiri.

    BalasPadam
  9. @GB:

    heheee semuanya rezeki. kebetulan dia baru sampai ke jogja dan kami ada di sana, so terus decide nak meminum kejap kat momento. walaupun baru first time jumpa, dia tue memang peramahla. bagi kawan aku yang dah selalu jumpa dgn dia ni lagi la..

    pepehal pun, sejak itu, aku pun bole minat kat dia..bole? hehheheeee

    BalasPadam
  10. Ni yg akk jelez banget...hahhaa...encem tak????

    BalasPadam
  11. @kak CT: x hensem tapi amat amat cute.. Peribadinya tidak merasakan dirinya superstar. itu yg mahal tue. :)

    BalasPadam
  12. :)
    org disana humble-humble belaka.
    kerana kesusahan yg pernah dilalui.

    mungkin.

    humble+hensem+cute=wow!

    yg iklas,
    ayen [malas lg nk login]

    hahahaha!

    BalasPadam
  13. @ayen:

    aku setuju dengan ko.. pasal itu diorang walau seglemer mana pun tetap humble dan peramah dan sanggup jugala jumpa peminat setia yg dtg dari Malaysia nie.

    Susah nak cari artis macam nie zaman sekarang..

    BalasPadam
    Balasan
    1. salam...akak nak tya...cmna nak jmpe dorg cuz i was planning to go to jakarta on my next trip...aritu pg sana,tp xde kwn2 yg taw cmna nak jmpe dorg...da lama sgt da berangan nak jmpe...can share x?..

      Padam
  14. wah keren.. saya aja yg indonesian belu pernah dudk bareng mas duta T_T
    terma kasih ceritanya.. fotonya juga..

    BalasPadam
  15. Assalamualaikum wr wb.

    Sebelumnya saya mohon maaf jika Tuan/ Puan/ Abang/ Akak kurang berkenan. Salam perkenalan nama saya Jati dari syarikat pelancongan Ganesha Jogja Tour & Travel. Kami adalah perusahaan pelanjongan khususnya dalam pakej pelancongan Jogja. Bilamana tuan/puan, abang/akak hendak melancong kat Jogja sila bole kol / whatsapp saya. Insya Allah saya bagi quotation menarik dengan harga yang berpatutan.

    Kami bole bagi harga yang berpatutan dengan pelayanan maksimal kerana semua kami handle langsung dari Jogja. Jika tuan/puan, abang/akak hendak melawat ke Jogja jangan sungkan whatsapp saya +628985101301 atau kol +62 85104919010, bole juga email kat ganeshabantul@yahoo.com. Tanya2 dulu tidak mengapa.. 

    Selain pakej pelancongan Jogja kami juga melayani paket pelancongan luar kota seperti Solo, Dieng, Bali, Lombok, Bromo, Karimunjawa dan lain-lain. Ada juga sewa kereta / van / minibus dengan harga yang berpatutan. Harga bole kami sesuaikan dengan bajet Tuan/ Puan/ Abang/ Akak sekalian.

    Berikut contoh pakej pelancongan dari kami:

    Jogja 4D3N Tour (FULL BOARD / ALL IN)
    Kasongan (pottery production), parangtritis beach, manding (leather arts), borobudur temple, lava tour merapi (exploring the rest of merapi eruption using jeep), chocolate kotagede, masjid mataram kotagede (oldest mosque in Jogja), pusat kerajinan silver kotagede, kraton (sultan palace), tamansari watercastle, cave tubing goa pindul, indrayanti beach, bukit bintang
    Price start from: RM 482

    All package types include:
    • Private Car AC (Toyota Avanza / Grand Livina for 2-6 pax, isuzu elf 11 seats for 7-11 pax, isuzu elf 16/17 seats for 12-16 pax, medium bus 31-33 seats for 17-33 pax, bigbus 44-54 seats for more than 33 pax)
    • Hotels 3 nights *2/*3/*4 (+breakfast)
    • Driver
    • Driver Meals
    • Parking fees
    • Tour guide (by request)
    • Entrance ticket’s stated in itinerary
    • Dinner and lunch based itinerary
    • Documentation (by request)

    Exclude:
    • Airport taxes
    • Personal expences (laundry, pulsa, shopping dll)
    • Additional menu for dinner / lunch (if included)
    • Driver, driver’s assistant, guide tips (optional)

    Note:
    Harga dapat berubah sewaktu-waktu
    Harga tidak berlaku bagi high season

    Banyak lagi pakej yang lain seperti Jogja + Solo, Jogja + Dieng, Jogja + Semarang dan lain2. Sila jangan sungkan kol saya di +6285104919010 / whatsapp saya di +628985101301 (FREE). Atas perhatiannya kami ucapkan banyak2 terimakasih.

    Wassalamualaikum Wr Wb

    BalasPadam