"listen to your heart..
before.., you tell him Good Bye.."
Memaparkan catatan dengan label music. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label music. Papar semua catatan
Isnin, 11 April 2011
Ahad, 6 Mac 2011
Khamis, 10 Februari 2011
Selasa, 1 Februari 2011
Rabu, 20 Oktober 2010
Ada Apa Dengan Jogja: Of Course la ada Duta SO7 and his lovely family
Satu ketika dulu dalam early 2000s ada satu band dari Indonesia yang telah menggegarkan Malaysia dengan lagu-lagu hits yang memang aku kira memberi nafas baru dalam arena muzik tempatan waktu itu. Kalau korang masih ingat, album yang memperlihatkan kejayaan artis Indonesia di sini bermula dengan Kisah Klasik Untuk Masa Depan milik Sheila On 7 pada tahun 2001.
Album yang menyelitkan lagu Sephia itu itu dijual melebihi 70,000 unit untuk tempoh empat bulan di negara ini. Ini adalah satu jumlah yang cemerlang pada ketika album artis tempatan kita sukar mencatat jualan yang tinggi selain Siti Nurhaliza. Nak ikotkan Sephia ini menjadi lagu kegilaan ramai dan laris apabila radio swasta memainkan lagu berkenaan berkali-kali dalam jangka masa beberapa jam sahaja. Aku ingat lagi masa tue aku masih si awal tahun persekolahaku di UIA dan Sephia menjadi lagu yang paling popular ketika itu berdasarkan melodi promosi yang besar-besaran dari Stesen Radio Swasta Era masa itu. Dan situlah permulaan segala-galanya.
Selepas itu ada lagu Dan, Seberapa Pantas, Bapak-bapak, Buat Aku Tersenyum dan banyak lagi la. Kalau nak kira peminatnya di Malaysia ini memang tak ingat punya ramai sungguh. Termasuklah seorang kawan baikku,Ayu yang begitu setia dengan Sheila Gangs. Sehinggakan SO7 ini memang dah macam kawan dia juga la.
So masa aku ikut Ayu ke Jogja April lepas, ada juga rezeki dan kesempatan untuk berjumpa secara dekat dengan penyanyi utama SO7, Duta bersama isteri dan 2 anak mereka. Adoi, Duta ni nak ikotkan tua setahun jea dari aku, tapi anak dia dah dua orang ok. Sangat maju perkembangan dia dalam berkeluarga nie ;).
Perjumpaan malam itu berlangsung di Momento Cafe. Kat situ ada satu menu yang memang best iaitu ChocoMelt bersama Aiskrim. Memang menggemukkan tapi sungguh mengasyikkan. Cokelat dia dalam tue memang banjir..
Menengok dia secara dekat, damned, dia memang cute. Patutla ramai gila peminat dia. Di samping sikap peramah dan sungguh friendly apabila melayan teman-teman peminatnya. Very down to earth, begitu juga dengan Isterinya, Adel. Sangat peramah dan begitu menghargai peminat-peminatnya. Memang tak rugi bagi sesiapa yang meminati SO7.
Effort dia untuk berjumpa kitorang di Momento selepas berjam-jam driving dari Jakarta setelah selesai jadi juri bintang kecil Indonesia memang aku hargai. Mana nak dapat artis pujaan yang sanggup datang jumpa peminatnya tanpa memikir penat lelah driving sendiri naik kereta comel merah diorang tue. To All Sheila Gangs, memang berbaloi2 korang setia dengan SO7sejak dulu lagi.
Anak-anak dia pun comel, Aisya dan Ayman. Cuba tengok si Ayman betul2, macam pelakon the Six Senth tue kan, si Haley tu kan? Mana taknya, isterinya Adel itu pun sangat comel dan cantik lagi sempoi.
Kereta dia pun comel kan?
Malam itu memang manis :)))
Malam itu dapat dengar Lagu Hari Bahagia, single terbaru dia yang belum release (Masa itu bulan april) lagi dalam hp bini dia. Best juga melodinya dan liriknya aku tau, ayu ko memang 'bahagia' kan?hehee
Nways, special thanks to Ayu, sebab kalo bukan sebab dia, tak tau la bile bole jumpa secara in person dengan Duta dan juga keluarga bahagianya ini. :)
Isnin, 30 Ogos 2010
I am SO INTO Maher Zain!
I am listening to his album for couple of months already and still, i am so into all of his songs.
Beautiful nasyeed, perfect composition of melody, thoughtful lyrics, and soothing voice..
AN AWESOME ALBUM and superfine!
Memang tak rugi beli album dia. Lagu Open your Eyes, Awaken, Hold My Hand, Thank You Allah, For the Rest Of My LIfe, InshaAllah, Allahi Allah Kiya Karo, and Always be there are my favourites. Such a long list, isn't it?
open you eyes..
Kesimpulan: Sila-lah beli albumnya dan dengar lagu2nya sampai lebam!