Khamis, 28 Mei 2015

Manisnya Cinta di Kappadokiyya 1: Kayseri - Goreme

Assalammualaikum dunia..

Diam tak diam, dah setahun lebih masa berlalu dari trip terakhir kami. Iye lama sungguh tak pegi travel jauh-jauh ni. Di antara sebab-sebab yang nyata, balik dari Turki dan umrah Januari tahun lalu, aku disahkan mengandung. Alhamdulillah. Dan 9 bulan selepas itu, lahirlah Daneen Adeena. Bila tengok Manisnya Cinta di Cappadocia kat Astro First beberapa bulan lepas, teringatlah pula saat-saat manis berbulan madu di sana tahun lepas. Chewahh..heheee



Jadi, terkeluarlah post untuk hari ini..hahahaaa. aku tak sure, adakah aku akan habiskan cerita travel di Cappadocia ni, tapi aku try la mulakan dulu yea. Kalo korang tgk history aku, kebanyakan cerita kembara aku ni tak habis kecuali masa kembara ke India. Yang lain, Australia ke, Korea ke, China ke, Vietnam ke, Hong Kong ke, Indonesia ke, semua tak habis lagi..huhuuu apa la nak jadi dengan blog aku ni kan. Blog suami aku pun dah terbengkalai sekarang. kikikii

Nways, aku dan suami akan buat satu mega trip bulan Oktober ini, InshaAllah. Suami aku dulu ada janji nak bawak aku ke sana masa dia tackle aku dulu. Dalam kad hari raya tahun 2012. haaa siap kasi duit raya matawang sana lagi. 
Haaa ke mana kita? kikikiki biarlah rahsia :D. So sebelum tu, dalam masa 3-4 bulan ini, aku harap dapatlah aku abiskan entry turki aku ini, walaupun dalam masa yang sama tengah study untuk trip yang akan datang.

Oklah, sambung balik citer pasal Cappadocia atau the right pronunciation is  Kappadokiyya :-)


Dari Istanbul, kami menaiki AtlasJet untuk ke Kayseri. Jarak dari Kayseri ke Goreme, Kappadokiyya ni dalam sejam lebih perjalanan. Kalau naik AtlasJet ni, korang akan dapat free shuttle dari Kayseri Airport ke Pekan Goreme, tapi kena alert dengan bas shuttle tu sebab kami hampir2 terlepas naik sebab tak perasan. 





Erciyes Mountain. penat aku rotate kat file asal..tp masuk blogspot masih macam gini. ntah menyampah, tak tau kenapa. lantaklah :p

Ketika kami naik bas tersebut, memang tak ramai penumpang. Dan yang lagi best, kesemua penumpang yang lain turun dari bas bila sampai pekan Kayseri. Maka tinggallah aku dan suami sahaja di dalam bas itu di sepanjang perjalanan ke Goreme. Mungkin sebab boring, driver bas tu ajak kitorang dok dekat dengan dia kat depan bas. Siap kasi coklat free nak elak kitorang ngantuk. So dia ada la member nak borak-borak.

Sepanjang perjalanan dari Kayseri, kami dihidang dengan permandangan yang menarik. Boleh nampak Erciyes aka "Erjiyes" Mountain yang tinggi tu dan gunang ganang yang lain. Bila masuk daerah Kappadokiyya lagi menarik sebab kabus tebal and bila penglihatan dah clear sikit, semua pokok di sepanjang jalan ada ice. Hampir semua pokok pokak frosting. Suhu masa tu dalam -5 Celcius. Memang satu benda yang baru bagi aku la dan sedikit teruja. :-). Jom layan gambo.

tanah tandus menuju Central Anatolia
Frosting Tree...
Di antara pekan-pekan yang dilalui
Apabila sampai di Goreme, kami terus check-in hotel. Bila dah sampai Goreme ni memang teringin la kan kenkonon nak duduk dalam hotel gua. SO kitorang memang mencari-cari juga la di Booking.com dan Agoda. Mana yang boleh offer yang paling murah dan location yang bebetul dekat dengan town dan within walking distances. Akhirnya kami pilih Cave Life Pension yang memang terletak di tengah pekan Goreme. Masa kami pergi tu dalam bulan Januari, so mmg off season. Harga pun murah dalam 30++ euro/nite kalo x silap. Dan yang paling kelakarnya, kami adalah satu-satunya guest mereka sepanjang kami menginap di situ. Haa pelik bin ajaib kan. Nak kata hotel ni x best..pada aku mmg best sebab view dia mmg superb. murah pun murah kalau nak dibandingkan dengan cave hotel yang lain.. 
Pekan Goreme. Yay kami diturunkan di sini
MEmang tidak beroperasi masa kami di sini. Gila nak naik musim2 sejuk beku mcm sekarang?
Front of Cave Life Pension
Bilik Double Room Kami
OKla..ada feel dalam gua tak?
Selfie dilupa Jangan :D
Ada balkoni bilik ini..Haa pemandangan dia best tak?

Dengan staff hotel yang melayan kami yang satu-satunya guest dia sepanjang 2 malam kami di sana.
TO BE Continued..

1 ulasan:

  1. wahhh...bestnya Turki...mesti ajak hubby pegi Cappadocia nie...

    BalasPadam