Selasa, 23 Jun 2015

Manisnya Cinta di Kappadokiyya 4: Cappadocia Green Tour_2_Ihlara Valley

Dari Derinkuyu Underground City, kami meneruskan perjalanan ke Ihlara Valley. Perjalanan amek masa dalam 30 minit juga la sebab lembah ini terletak di wilayah Aksaray. Ihlara Valley terletak berhampiran dengan Gunung Hasan dan Gunung Melendiz (dua daripada tiga gunung berapi Cappadocia). Kalau tengok stuktur ngarai ini macam grand canyon kat US nun. Cewahhh, macam pernah sampai sana pulak kan, padahal aku tgk gombo jea penah. Nak ke sana bebetul, tunggu dulu untuk projek-projek akan datang. huhuuu. Ada rejki lebih, InshaAllah sampailah sana satu hari nanti. Kan En. Suami? eh

Nways, tinggi canyon ni kira-kira 100 meter jugak la dan telah wujud sejak beribu-ribu tahun yang lalu. Ada sungai yang menyusuri kawasan lembah Ihlara ini, iaitu Sungai Melendiz. Panjang trekking yang tersedia di Ihlara Valley ini kalau tak silap dalam 14 kilometer. Bermula dari Kampung Ihlara sampaila ke Selime Monanstry. 


Adalah dipercayai bahawa lembah ini menempatkan lebih daripada empat ribu kediaman dan seratus gereja gua dihiasi dengan lukisan dinding. Kira-kira lapan puluh ribu orang pernah tinggal di Ihlara Valley.



Terdapat 4 pintu masuk ke Ihlara Valley ni. Yang pertama adalah pada permulaan lembah di Kampung Ihlara. Yang keduanya adalah di kilometer ke-4. Kitorang masuk dari pintu kedua ini la. Dari pintu masuk tu, aku dah nampak rangkaian tangga yang maha tinggi untuk turun ke lembah. Lebih dari 300 anak tangga juga la. Nasib baik turun je kan. Aku tanya gak kat guide kami, nanti nak kuar kitorang kena naik tangga mcm ni juga ke..huhuhuuu naseb baik tak payah. Tapi semua tu tak penting sebab permandangan yang ada kat point itu memang cantik sangat aku rasa. Seriously, memang lain dari apa yang ada di Goreme. 

Pintu masuk ketiga ialah Belisirma. Ia terletak di tengah-tengah (km 7) Ihlara Valley. Nak ikutkan kami trekking dalam 4km sahaja sampai ke Belisırma ini la. Sepanjang perjalanan nak sampai ke KM.7 ni, kita akan dihidangkan dengan  pandangan unik gereja-gereja dalam gua serta keindahan alam semula jadila. Kami tempuh kebun-kebun anggur (masa kami pi ni winter..mmg takde la daun dan buahnye..ada ranting jek), pokok pistachio di samping menyusuri sungai Mendendiz. Ok bunyi air sungai tu memang mengasyikkan. Tak rasa penat pun. Kalo ada rezeki boleh la jumpa binatang-binatang lain macam burung helang, kambing biri-biri, rama-rama dan sewaktu dengannya. Malas nak cerita lebih-lebih, korang layan la gambo-gambo ni dulu.


Sampai di Belisirma, kami makan tengahari yang kosnya dah masuk dalam harga pakej ke sini. Sedap juga nasik goreng dan ayam panggang yang telah dimarinated. Ada beberapa pilihan selain dari ayam, seperti trout, meatball n vegetarian food. Habis jea makan, kami terus naik van menuju ke checkpoint terakhir Ihlara Valley di Selime Monastry. Kalo nak trekking lagi 7km ke sana pun boleh sebenarnya. Tapi sendiri-sendiri la. Since kami ikut tour dan rasanya trekking 4km sebelum tu dah cukup best dah rasanya.

Akan di sambung kemudian..

1 ulasan:

  1. Salam

    I've read something about your free & easy umrah and I would like to know more as I am planning to do the same next year. Do you mind sharing with me your email address so that I can PM you?

    BalasPadam