Isnin, 9 Februari 2015

Buah Hati Pengarang Jantung, Princess Daneen Adeena

Hi hi hi,

Lama sungguh tidak mencoret di sini. Sejak-sejak dah ada baby daneen ni, memang blog aku dah ke laut. Sangat tak menang tangan langsung untuk update. Malas pun iye juga sebenarnya :-)


Alhamdulillah, aku telah selamat melahirkan seorang puteri seberat 3.37kg pada 24 September 2014 di Hospital Selayang. Nama yang dipilih untuk puteri sulung kami ini adalah Daneen Adeena. Jenuh juga nak mencari nama yang sesuai untuk si kecik ni sebab kena make sure maksudnya ada, dan baik.  Daneen membawa maksud puteri dan Adeena adalah pious. Dalam Islam, nama yang diberi adalah satu doa untuk anak kita kan. Semoga membesar menjadi anak yang solehah hendaknya. InshaAllah.

Daneen Adeena yang berusia sehari masa ini..
Sebelum Daneen lahir lagi, aku dah berniat untuk susukan baby aku sendiri. Alhamdulillah, walaupun aku c-sect, aku dapat susukan Daneen sejurus selepas dia dilahirkan. Nasib baik susu kolostrum itu keluar walaupun tak banyak. Walaupun agak kekok masa memula tu tapi rasa sangat puas bila tengok dia minum dengan penuh selera. :-)

Namun, perjalanan breastfeeding aku tidaklah selancar yang aku harapkan. Seawal umur 5 hari, selepas Daneen menangis tanpa henti selama 2 malam, atas nasihat doktor, aku terpaksa top up dengan susu formula. Aku teruskan juga breastfeeding  dan akan top up formula dalam 1-2 oz bila perlu. 



Daneen semasa mummy masih dalam pantang. Yang baby berdiri tu mummy dia ;)
By the time umur Daneen sebulan lebih, susu aku dah semakin banyak, especially selepas habis pantang. Alhamdulillah susu aku cukup untuk dia sehinggalah aku mula kerja.


Daneen diusia 2 bulan :-)
Selepas cuti bersalin aku habis, aku hantar Daneen ke rumah pengasuh di taman yang berhampiran. Lega sangat akhirnya dapat juga cari pengasuh yang meyakinkan untuk Daneen. Dan makcik yang jaga Daneen tu pun dah biasa handle EBM sebab cucu yang dia jaga sekarang pun diberi minum EBM. Aku bekalkan 18oz setiap hari untuk Daneen, dan kalo aku lambat balik and sampai jam 6.30pm onwards, maka terpaksalah mak cik tu top up juga dengan formula dalam 3oz. Iya, Daneen ni nafsu minum memang agak banyak. Bertabahla aku sekarang sebab sekali minum pun dah 4oz. huhuuu. Terpaksa mempergigihkan aktiviti pengepaman di kala pepagi buta, tengahari, petang dan malam.

Pada aku, kalau susu yang dibekalkan tak cukup (selepas usaha yea bukan x buat apa-apa), aku redha top up dengan formula. Lantakla orang nak cakap apa pun, daripada biarkan baby daneen berlapor kan. Aku bukan spesis mak-mak yg sanggup tgk baby nangis. cukupla aku seksa dia masa umur 3/4 hari dulu, mujur tak jadi apa2 pada daneen ketika itu.



Daneen yang hampir 3 bulan di kala ini :-)
Menjadi seorang ibu di kala ini, memang merubah hidup aku 360. Kalau dulu, kalo mercun meletup tepi telinga pun aku x bleh sedar dari bangun, tapi sekarang bunyi merengek sket dari daneen pun aku buleh sedar. Lega sangat, mmg automatik kot macam tu. Dia bangun untuk menyusu sekarang pun dalam 2 ke 3 kali sepanjang malam. So far, dia belum pernah demam lagi. Cuma selsema tu ada la kenkadang. Dengan cuaca yang tak menentu sekarang, mmg senang kena virus selsema ni. Kesian kat baby bila hidung tersumbat. Sekarang aku pakai nasal relief, Sterimar. Memang berjaya untuk melegakan hidung daneen ketika selsema yang teruk.

Daneen semasa 24th Dec, 3 bulan
Daneen, 3 months ++ and mummy
Daneen on 24th Jan, genap 4 bulan ketika ini
Daneen 4++ months
Sekarang umur Daneen dah 4 bulan lebih. Sekejap je rasanya dia membesar. Progress sekarang sudah mula meniarap. Mulut pun dah start pandai nak bercakap dengan kita. Geram betul.  Tetiap hari berdoa semuga dia dilindungiNya. InshaAllah.