Ahad, 27 September 2015

Been TWO years and still counting.. Thank You Allah SWT

TODAY, 27th September 2015.
Baru menjalani kehidupan berumah tangga selama 2 tahun. Masih dua tahun jagung. Sebenarnya, masih di peringkat mengenali pasangan dan dalam proses menyesuaikan diri di antara satu sama yang lain.


Daneen Adeena hadir pada 24 September 2014, setelah setahun kami berumahtangga, menambahkan cabaran dan kemanisan hidup berumahtangga kami. Walaupun anak baru seorang, tapi aku akui, bukan mudah seperti yang dibayang-bayangkan. Its totally beyond my imagination. PATIENCE, TOLERANCE and EFFECTIVE COMMUNICATION are vital in any relationship, especially in marriage.

Semoga rumah tangga kami dilindungi Allah SWT dan dilimpahi kebahagiaan, kesabaran, kemanisan, dan dikurniakan cahayamata-cahayamata yang soleh dan solehah.

Orang kata, bila kita doa untuk dapatkan anak yang soleh dan solehah, kita WAJIB MENYOLEH dan MENYOLEHAHKAN diri kita sendiri dahulu. Semoga ada perubahan yang positif ke atas diri kami suami isteri dari semasa ke semasa dan seterusnya bersedia untuk mendidik anak-anak di zaman yang amat mencabar sekarang. InshaAllah.

Terima kasih Allah di atas pemberian suami dan anak di sisi sekarang. Alhamdulillah.


Jom throwback dulu apa yang jadi 2 tahun yang lepas di SINI :-)
Selamat menonton DI SINI
Bila tengok balik video kahwin ni, rasa ada sedikit sayu juga sebab dah nak masuk 2 tahun usia perkahwinan, album kahwin kami yang sebenar masih belum kami dapat. Kami harap, individu yang diamanahkan untuk menyiapkannya dengan material dan kualiti yang sebenar dapat membuat sesuatu. Ini adalah amanah orang. Apa-apapun, kami dah maafkan kamu namun, kami masih berharap album dan frame itu siap satu hari nanti. Jangan lupa yea..