Rabu, 19 Ogos 2009

Kursus Biro Tata Negara_Kem Ulu Sepri_13-17Ogos2009

am out of coverage from 13-17 august for attending BTN course.

Di saat wabak H1N1 yang kembali mengganas negara sekarang (setakat nie dah ada 67 kes fatality) ..sempat lagi aku kene attend BTN kat Kem Ulu Sepri, Rembau BTN.

Keje di ofis mmg byk yang ditinggalkan demi menghadiri kursus kenegaraan tersebut. Hati berkecamuk memikirkan banyak bende sepanjang kursus tersebut. jika tak kerana utk pengesahan jawatan aku sekarang, jgn haraple aku nk gie. Dah la line Maxis langsung takde kat sane. Sangat MELELAHKAN jiwa dan ragaku. haih....

Nways, setelah menghadiri kursus tue, ade sketla semangat patriotik itu timbul di dalam jiwaku yang selama ini agak berhaluan kiri. Tetibe terasa sayu dihati mengenangkan peritnya untuk mengecap dan mencapai kemerdekaan 52 tahun dahulu. Betapa perit dan jerihnya geng datuk Onn Jaafar dan Tunku Abdul Rahman berserta UMNO and de geng (ketika early 50's.. kalo nk harap Umno yang sekarang nie mmg hampeh, berkeparat memanjang) berkorban ape saje yang ada berusaha utk memerdekakan tanah melayu.

dan seterusnya, aku rasa bertuah menjadi seorang MELAYU. UMNO actually kene bangkit. Thers nothing wrong with the party. ITS JUST THE PEOPLE WHO DWELLS IN IT>Kene buang segale sifat materialistik serta keparat mereka demi mengembalikan semula kepercayaan semua orang Melayu terhadap UMNO. dan sesungguhnya, aku sangat setuju dengan langkah kerajaan sekarang supaya SEMUA AHLI UMNO perlu menghadiri Kursus Biro Tata Negara tersebut. Supaya dengan itu, setiap ahli dapat menghargai betapa murninya pengorbanan UMNO seketika dulu dan bagaimana generasi umno sekarang menjahanamkan segale usaha generasi awal Umno. Ceh tetibe jea citer pasal politik. poyo pule rasenye.

BTN kali nie dihadiri seramai 120++ kot. Majoritinya dari FELDA (sumernye anak2 ikan) dan juge Kementerian Kesihatan (kebanyakkan nurse2 dan pegawai sains). Tp secara amnya, peserta dari JPBD yang sentiasanya tertonjol keberkalibarnya. haha

Kursus tamat pada 17hb Ogos 2009 pada jam 1.00 tengahari.
gambar semasa dikursus akan di update setelah masalah mengeluarkan file dari memory card kamera dapat diatasi...

hehe..akhirnya prob memory card camere dapat di atasi ;). Disebabkan penggunaan kamere tidak dibenarkan sepanjang kursus, makanya gambor yg diambil pun amatlah sedikit.

pantang bebudak nih nampak kamere

dah nk abis dah..

Cheezzz: Baz, Mas, Moon, kak Faizu


Mas n Munira aka Moon




Adik-adik manis JPBD


Adik2 FELDA group aku: Fikri, Firdaus, Faizal, Azlan and Ikhsan








5 ulasan:

  1. Faizu tu kawan akak... hahaha... kecilnya dunia.

    BalasPadam
  2. fuhhhh..semangat sungguh.....harapnya semangat tu bertahan forever n ever:)

    BalasPadam
  3. hehee..mmg pun, kak faizu skang kat state perak...ate, dunia planning nie kecik kak..pusing2, muke tue gak yg kite akan jumpe ;)

    kak as, hehehe skang nie semangat tue ade lagi..tp tak tau sampai bile..heeheh biasele, hangat2 taik ayam ;)

    BalasPadam