Oleh yang demikian, adalah afdhal bagi kite as a Muslim untuk mengamalkan bacaan Doa Akhir Tahun dan disusuli dengan Doa Awal Tahun.
Doa Akhir Tahun dibaca 3 kali pada akhir waktu Asar atau sebelum masuk waktu magrib pada akhir bulan Zulhijjah. Bagi sesiapa yang membaca doa ini, Syaitan berkata:
"Kesusuhan bagiku dan sia-sialah pekerjaanku menggoda anak Adam pada setahun ini, Allah ampunkan dosanya setahun."
Berikut merupakan Doa Ahir Tahun
Maksudnya:
Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka.
Wahai Tuhan, apa yang telah aku lakukan dalam tahun ini daripada perkara2 yang Engkau tegah daripada aku melakukannya dan aku belum bertaubat daripadanya. Sedangkan Engkau tidah redha dan tidak melupakannya. Das aku telah melakukannya di dalam keadaan di mana Engkau berupaya untuk menghukumku, tetapi Engkau mengilhamkanku dengan taubat selepas kebenarianku melakukan dosa-dosa itu semuanya. Sesungguhnya aku memohon keampuananMu, maka ampunnilah aku. Dan tidaklah aku melakukan yang demikian daripada apa yang Engkau redhadinya dan Engkau menjanjikannku dengan pahala atas yang sedemikian itu. Maka aku memohon ampunMu.
Wahai Tuhan! Waha yang Maha Pemurah! Wahai yang maha Agung dan wahai Yang Maha Mulia agar Engkau menerima taubat itu dariku dan janganlah Engkau menghampakan harapanku kepadaMu Wahai YAng Maha Pemurah. Dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad, ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan mengurniakan kesejeahteraan ke atas mereka.
Barangsiapa yang membaca doa akhir tahun ini, maka syaitan akan berkata:
"Hampalah kami di sepanjang tahun ini".
Doa Awal Tahun dibaca 3 kali selepas maghrib pada malam satu Muharram. Sesiapa yang membaca doa ini, Syaitan berkata:
"Telah amanlah anak Adam ini daripada godaan pada tahun ini kerana Allah telah mewakilkan dua malaikat memeliharanya daripada fitnah Syaitan:
Berikut merupakan Doa Awal Tahun
Maksudnya:
Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka.
Wahai Tuhan, Engkaulah yang kekal abadi, yang Qadim, yang awal dan ke atas kelebihanMu yang besar dan kemurahanMu yang melimpah dan ini adalah tahun baru yang telah muncul di hadapan kami. Kami memohon pemeliharaan dariMu di sepanjang tahun ini dari syaitan dan pembantu2nya dan tentera2nya dan juga pertolongan terhadap diri yag diperintahkan melakukan kejahatan dan usaha yang mendekatkanku kepadaMu Wahai Tuhan Yang Maha Agung dan Maha Mulia.
Wahai Tuhan Yang Maha pengasih dari mereka yang mengasihi dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad. Nabi yang ummi dan ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan kesejahteraan ke atas mereka.
Entry tamat
0 comments:
Catat Ulasan