Berada di sempadan sana! |
Dalam masa 12 jam dari sekarang, kita akan meninggalkan tahun 2011.
Ada apa dengan Tahun 2011?
Tahun 2011 bagi aku adalah tahun PENGEMBARAAN.
Bermula dengan bulan Februari, aku ke Temasik dalam 4 hari. Begitu banyak pengalaman manis di sana. Berjumpa dengan orang berhati mulia memberi bantuan di saat-saat yang amat diperlukan.
Bulan September, Aku ke Korea Selatan. 10 hari aku berkelana di sana. Satu negara yang agak besar bagiku. Aku cuma sempat pergi ke beberapa tempat tapi aku puas sebab sampai juga ke Pulau Jeju. Satu tempat yang sangat cantik. Kembara bersama orang yang jauh lebih banyak beza umurnya, tidak begitu serasi aku kira. Entah, itu bagi aku.
Bulan Disember, aku ke Krabi Thailand. Moment indah sebabnya, aku pergi dengan teman-teman rapatku. Sangat bahagia. And yes, aku beli FIN di sana..harga baek punya, kalo di KL melampau mahal. di sini, still masih mampu dibeli.hehehee lepas nie kalo berenang, laju ok..lallalalalalala, kalo nak menyelam pun lebih mudah!
Tahun 2011 bagi aku adalah tahun PENYEMBUHAN.
Agak-agak kenapa aku kerap dan cuba cari masa untuk kembara? Bila berjalan, kita akan lihat perkara baru yang di luar dari rutin seharian. Kita akan berfikir mengenai perkara-perkara baru. Dan secara tidak langsung, dapat mengalihkan perhatian kita dari memikirkan perkara-perkara yang "melelahkan" terutamanya yang berkaitan dengan hati dan perasaan.
Mahu kata berjaya sembuh seratus peratus mungkin belum lagi. Tapi, 75% aku positif tentang itu.
Mungkin Tahun 2012 memberi sinar baru. Aku rasa aku sudah lebih terbuka untuk lembaran baru. Who knows..?
Tahun 2012, Tahun ?
Certain things still blur but will be enlighten from time to time.. |
We wait and see.