Khamis, 18 Julai 2013
Jumaat, 12 Julai 2013
Premier toilet at Cenang Mall
Pantai Cenang Langkawi sudah banyak berubah sejak kali terakhir aku ke sini setahun yang lepas. Sekarang sudah terbina Cenang Mall, pusat membeli belah 2 tingkat yang menempatkan beberapa kedai souvenir dan cafe2 best di situ seperti the Loaf, StarBucks Coffee dan McDonald.
Public Toilet di dalam Cenang Mall ini ada 2 buah. 1 buah di tingkat bawah adalah toilet biasa, yang mana ketika saat2 aku begitu memerlukannya, toilet itu ditutup atas sebab tiada air. Ketika aku di sana, Langkawi telah dilanda banjir dan hampir kesemua hotel di sana bekalan airnya ada masalah.
Pilihan lain yang ada adalah Premier toilet di tingkat 2 Cenang Mall yang bayaran masuknya RM1. Bila dah terdesak, pengunjung yang ada memang tiada pilihan la untuk guna juga Premier toilet yang disediakan.
Cuma yang aku pelik, ada pula bekalan air di tingkat 2 Cenang Mall ini kan. Tingkat 1 atau bawah takde la pula. Satu lagi, disebabkan ianya adalah premier toilet dan aku bayar mahal untuk masuk, makanya expectation aku memang tinggi la dengan keadaan dalaman toilet tersebut.
Namun, agak hampa sebab takda bau wangi pun. Aku tak kisah interior dia macammana pun, tapi kalau tak wangi, aku memang kisah. Aku harap kalau lah management team Cenang Mall ini terbaca entry ini, silalah dapatkan "air refreshner Serai" untuk menambah aroma yang segar di dalam toilet premier anda yea. Memang tiada bau hancing di dalam toilet anda namun bila dah dibayar mahal untuk masuk, orang akan mahukan lebih dari itu.
Tandas itu WAJIB bersih, kemas dan wangi. Perfect atmosphere for RM1 toilet fee entrance.
Rabu, 10 Julai 2013
Salam Ramadhan al Kareem
Salam Ramadhan al Kareem bagi semua pembaca Muslim sekalian.
Aku kongsi sedikit di antara amalan yang boleh kita sama-sama amalkan bagi mencapai BONUS Ramadhan tahun ini.
1) Berniat dalam hati untuk berpuasa di malam hari.
2) Besahur di akhir malam (yang terbaik adalah jaraknya dengan azan subuh selama bacaan 50 ayat al-Quran secara sederhana). Nabi SAW bersabda :
" Perbezaan di antara puasa kami (umat Islam) dan puasa ahli kitab adalah makan sahur" (Muslim, 2/770).
Selain itu, Nabi juga bersabda : "Bersahurlah kamu, kerana pada sahur itu ada barakahnya" ( Al-Bukhari, 4/1923 ; Muslim).
Baginda SAW juga menyebutkan bahawa Malaikat sentiasa meminta ampun
bagi orang yang bersahur. (Riwayat Ahmad, 3/12 ; Hadith Hasan).
Selain makan tatkala itu adalah amat digalakkan kita untuk mendirikan
solat sunat tahajjud, witr dan beristifghar dan lain-lain amalan sebelum
menunaikan solat subuh berjemaah(bagi lelaki).
Adalah amat tidak digalakkan bagi seseorang yang bersahur dengan hanya
makan di sekitar jam 12 malam sebelum tidur. Kebanyakan individu yang
melakukan amalan ini sebenarnya amat merasa berat dan malas untuk bangun
di tengah malam. Ia pada hakikatnya adalah tidak menepati sunnah yang
diajarkan oleh Baginda SAW.
3) Memperbanyakkan bacaan Al-Quran dengan tenang dan tidak tergesa-gesa.
Terdapat ramai ulama silam menyebut tentang kepentingan mendahulukan
membaca al-quran di atas amalan sunat seperti menelaah kitab, membaca
hadith dan lain-lain. Ia adalah salah satu amalan yang paling diambil
berat oleh Nabi SAW ketika baginda membacanya bersama Malaikat Jibrail
as. Hal ini disebut di dalam hadith al-Bukhari.
4) Memperbanyakkan doa semasa berpuasa.
Sepanjang waktu kita sedang menjalani ibadah puasa, ia adalah sentiasa
merupakan waktu yang sesuai dan maqbul untuk kita berdoa, sebagaimana di
tegaskan oleh Nabi S.a.w :-
ثلاثة حق على الله أن لا يرد لهم دعوة : الصائم حتى يفطر والمظلوم حتى ينتصر والمسافر حتى يرجع
Ertinya
: Tiga yang menjadi hak Allah untuk tidak menolak doa mereka, orang
berpuasa sehingga bebruka, orang yang dizalimi sehingga dibantu, dan
orang bermusafir sehinggalah ia pulang" (Riwayat Al-Bazaar,
Sebuah hadis lain yang hampir sama maksudnya menyebutkan :-
ثلاثة لا ترد دعوتهم : الصائم حتى يفطر والإمام العادل ودعوة المظلوم
Ertinya
: Tiga yang tidak ditolak doa mereka, orang berpuasa sehingga berbuka,
pemerintah yang adil dan doa orang yang dizalimi" ( Riwayat At-Tirmizi,
Ibn Majah, Ibn Hibban dan Ibn Khuzaimah ; Hadis Hasan menurut Imam
At-Tirmidzi dan Ibn Hajar, sohih menurut Syeikh Ahmad Syakir)
5) Memperbanyakkan doa ketika hampir berbuka
Ini kerana tahap maqbul tatkala itu semakin hebat berdasarkan hadith Nabi s.a.w :
إن للصائم عند فطره لدعوة ما ترد
Ertinya
: Sesungguhnya bagi orang yang berpuasa itu tatkala wkatu
berbukanya,adalah waktu doa yang tidak ditolak ( Riwayat Ibn Majah ;
Sohih)
6) Menyegerakan berbuka puasa selepas kepastian masuk waktu maghrib.
Berdasarkan hadith Nabi SAW :
لا يزال الناس بخير ما عجلوا الفطر
Ertinya : "Sentiasalah umatku berada dalam kebaikan sepannjang kamu menyegerakan berbuka" ( Riwayat Al-Bukhari, 4/1957).
Berbuka juga perlu didahulukan sebelum menunaikan solat maghrib, malah
jika pada hari tersebut tahap kelaparan kita agak luar biasa, lebih baik
kita berbuka dan makan sekadar kelaparan tidak mengganggu solat Magrhib
kita.
Disebutkan bahawa tidaklah Nabi SAW menunaikan solat Maghrib kecuali
setelah berbuka walaupun hanya dengan segelas air. (Abu Ya'la dan
al-Bazzar : hadith Hasan).
7) Adalah
digalakkan pula untuk berbuka dengan beberapa biji rutab ( kurma basah)
atau tamar (kurma kering) sebagai mengikuti sunnah, dan jika tiada keduanya mulakan dengan meneguk air.
كان رسول الله صلى الله عليه وسلم يفطر على رطبات قبل أن يصلي فإن
لم تكن رطبات فعلى تمرات فإن لم تكن حسا حسوات من ماء
Ertinya
: Rasulullah s.a.w berbuka dengan kurma basah (rutab) sebelum solat dan
sekiranya tiada rotab, maka tamar dan jika tiada, baginda meminum
beberapa teguk air" ( Riwayat Abu Daud, Ahmad & At-Tirmidzi)
Sambil memboca doa berbuka yang sohih dari nabi iaitu
ذهب الظمأ وابتلت العروق وثبت الأجر إن شاء الله
" Zahaba az-Zama u wabtallatil ‘uruq wathabatal ajru InsyaAllah"
Ertinya
: "Telah hilanglah dahaga, telah basah urat leher dan telah tetap
mendapat pahalanya InshaAllah " Riwayat Abu Daud, 2/2357 : Hadith Hasan
menurut Albani). Atau doa-doa makan yang biasa.
8) Amat disunatkan untuk menyedeqahkan harta bagi mempersiapkan juadah berbuka untuk orang ramai terutamanya orang miskin. Nabi SAW bersabda :
من فطر صائما كان له مثل أجره غير أنه لا ينقص من أجر الصائم شيئا
Ertinya
: Barangsiapa yang memberikan juadah berbuka buat orang yang berpuasa
maka baginya pahala seperti orang yang berpuasa itu tanpa kurang sedikit
pun" ( Riwayat At-Tirmidzi, 3/807; Hadith Hasan menurut Imam
At-Tirmidzi).
Disebut dalam sebuah hadis lain
ومن أشبع صائما سقاه الله من حوضي شربة لا يظمأ حتى يدخل الجنة
Ertinya
: Barangsiapa yang mengenyangkan seorang yang berpuasa ( berbuka),
Allah akan memberinya minum dari telagaku ini dengan satu minuman yang
tidak akan haus sehinggalah ia memasuki syurga " (Riwayat Al-Baihaqi ;
Ibn Khuzaymah dalam Sohihnya : rujuk juga Tuhaftul Ahwazi, )
9) Menunaikan solat sunat terawih pada malam hari secara berjemaah
buat lelaki dan wanita atau boleh juga dilakukan secara bersendirian.
Ia berdasarkan hadith riwayat An-Nasaie yang sohih. Boleh juga untuk
menunaikannya separuh di masjid dan separuh lagi di rumah, terutamanya
bagi sesiapa yang ingin melengkapkan kepada 20 rakaat.
10) Bersiwak (iaitu menggunakan kayu sugi tanpa air dan ubat gigi). Ia juga sohih dari Nabi SAW dari riwayat al-Bukhari.
11) Amaran bagi berbuka di siang ramadhan tanpa uzur :
Nabi SAW bersabda dalam hadith sohih ancaman berat dengan digantung di
dagunya dengan terbalik hingga darah mengalir bagi individu cuai. (lihat
Al-Muntaqa min At-Tarhib wa targhib).
Info dari http://www.zaharuddin.net/
Isnin, 8 Julai 2013
Shipping ZALORA so fast!
hi,
aku just nak kongsi pengalaman pertama aku beli barang dari ZALORA
Ada seorang insan berhati pemurah telah beri aku voucher rm50 untuk beli apa saja dari ZALORA ni. Then aku tanpa berlengahnya, teruslah menggodek-godek apa yang ada di website itu.
Yay, aku dah dapat apa yang aku nak, iaitu cardigan. hehee bolehlah nak pakai semasa berpeleseran di pulau Langkawi katanya. Apa yang menarik, sampai aku nak kongsi di blog ini adalah, betapa cepatnya proses penghantaran ZALORA ini. Aku tak sure, depa ni memang selalu cepat macam ini ataupun aku yang bernasib baik. So, ini rentetannya:
3 July, 12.10pm : Order confirmed.
3 July, 3.32pm : Order has been shipped by FOOD PANDA
3 July, 10.30pm : Arrived at doorstep!!Seriously? Laju benor kan?? Harapnya ZALORA kekalkanlah prestasi yang sebegini ok. Good job!
inilah dia cardigan yang telah dibeli dengan suksesmya ;) |
Jumaat, 5 Julai 2013
BLACK OUT (AGAIN??)
Selendangmu mengibar di pantai
menyambut tetamu pulau
setiamu menjadi lagu
nyanyian ombak pagi
rambutmu menjadi jalur hitam
terapung di laut malam
air matamu dingin embun
jatuh di tujuh telaga
dendam tujuh keturunan
melengkung tujuh tanjung
putihlah pulau ini
disimbah darah suci
Mahsuri
sumpah itulah yang telah menghidupkan Langkawi
kerana tanpamu
Langkawi tidak sebegini
menyambut tetamu pulau
setiamu menjadi lagu
nyanyian ombak pagi
rambutmu menjadi jalur hitam
terapung di laut malam
air matamu dingin embun
jatuh di tujuh telaga
dendam tujuh keturunan
melengkung tujuh tanjung
putihlah pulau ini
disimbah darah suci
Mahsuri
sumpah itulah yang telah menghidupkan Langkawi
kerana tanpamu
Langkawi tidak sebegini
~Zurinah Hassan~
Selasa, 2 Julai 2013
Lost In Transition ;)
Salam and hi to all,
Aiseh, punyalah lama aku tak update blog yang ini.
Sejak bulan april yang lepas?? ishh apa la yang nak jadi ni.
Bebanan kerja semakin banyak di pejabat. Begitu juga persediaan aku untuk akhir bulan September nanti! Masa begitu cepat berlalu!!
Semua itu membuatkan progress blog terabai. Ya ampun!
Disebabkan sisa penyakit malas itu masih menebal dalam jiwa, maka layanlah cerita bergambar seperti di bawah :-)
Sekian untuk hari ini, :-)
Aiseh, punyalah lama aku tak update blog yang ini.
Sejak bulan april yang lepas?? ishh apa la yang nak jadi ni.
Bebanan kerja semakin banyak di pejabat. Begitu juga persediaan aku untuk akhir bulan September nanti! Masa begitu cepat berlalu!!
Semua itu membuatkan progress blog terabai. Ya ampun!
Disebabkan sisa penyakit malas itu masih menebal dalam jiwa, maka layanlah cerita bergambar seperti di bawah :-)
Itu dia, boot baru katanya.. Strolling Hong Kong with new boot. AZABBBB |
Gloomy day at Hong Kong.. Kami nak langit biru..... |
Bersama "guardian" kami ;). Iya kami menetap di Chungking Mansion, Kowloon |
Retis sangat kan...baru keluar dalam Surat Khabar Kosmo katanya! |
Enjoying bus ride at Nanning? |
Yulong River, Guilin Rakit time!! |
Cave exploration sgt huhhh |
i love u guysss!!! |
Endian Halal Restaurant, Guilin |
YAY!! |