Jumaat, 6 Disember 2013

Adoi.. Terdelete Gambor la pula..

Pada suatu petang yang dingin lagi hujan, aku telah mendapat alert dari handphone yg mengatakan storage hp makin sedikit. Makanya aku pun membuat sedikit cleaning di dalam hp, especially mendelete kebanyakan gambo di galery folder aku. Folder gambo whatapps aku kosongkan, dan juga gambo2 di dalam folder picassa. Sebenarnya aku tak sure macammana gambar yang aku upload di blogspot automatically ada juga di dalam pix galery di hp. Banyak pula tu. Makanya aku pun delete la semuanya.

And guess what?

Aku terlupa yang hp aku ada sync dengan blogspot and apparently, bila aku delete gambo di galery pic hp aku, makanya gambo di entry2 blogspot aku juga TERDELETE sekali. MALAPETAKA sangat kan???

Aku rasa inilah balasannya SEBAB DAH LAMA TAK HAPDET BLOG!!!

Padan muka aku.

haihhh.

Minta maaf kepada pembaca blog (jika ada) yang tak dapat tgk semua pix yang dah ilang tu. Aku rasa aku tak mampu nak upload balik dalam blogspot ni. Banyak kot..huhuuu. Makanya, gunakanlah kekreativitian masing-masing utk imagine suasana sebenar setiap gambo yang ilang tu.. Ya ampun. Tension guek.