Jumaat, 28 September 2012

NorthIndiaBackpacking 11: Delhi - Sarojini and Bhopal Shatabdi

Hi semua,

Apa yang best duduk di sini, di Sri Iskandar, aku ada banyak masa terluang di waktu malam untuk karang entry! Maklumla..nak tgk tv, astro mmg xde..limited choices, geng nak lepak minum ke ape ke mmg tak mandang juge. Makanya, update entry la korjenye aku di sini.. :-)

Ini adalah sambungan entri dari
SINI.

Flight balik ke New Delhi dari Srinagar akan berlepas jam 7pagi. Makanya seawal jam 5 pagi kami dah bangun untuk bersiap. Jam 5.30am kami gerak dari hotel dan terus ke airport. Perjalanan mengambil masa dalam 20 minit. Sampai di airport, security memang agak ketat sebab kena scan dalam 4 kali la kot peringkatnya. Memang leceh, tapi nak buat macammana, deme takut kot la ada org yang bawak bom ke apa ke masuk naik kapal.


Perjalanan dari Srinagar ke Delhi mengambil masa dalam sejam suku. Itu kalo melalui udara, kalo ikut jalan darat..berbelas jam.. larat tak larat jea kalo nak cuba. Kalo nak cuba pun berbaloi kot, sebabnya scenery yang ada memang ohsem bila nak masuk Jammu nanti. Teringat cerita 3 idiots, macam tue la pemandangannya. aku hanya ada 12 hari untuk cover kashmir-delhi-agra-jaipur, jadinya kalo nak naik train bagai utk ke kashmir memang makan masa laa.. kalo korang nk cover kashmir jea utk 10 hari ke, elok la try jalan darat.. memang cantik kot sepanjang jalan dari Jammu-Kashmir-Ladakh tue..


Sampai di New Delhi, kami terus ambil taxi ke Ajantha Hotel. Hotel nie aku book sebab ada kawan  yang penah duduk di sini. Selain dari itu, lokasinya dekat juga dengan New Delhi Railway Station. Kami memang cari hotel yang dekat dengan stesen keretapi sebab akan amek train jam 6 pagi untuk ke Agra esok pagi.


Setelah selesai check in hotel, kami amek tuk tuk utk ke Sarojini Market. Sebelum amek tuk tuk aku tanye dulu ngan orang hotel berapa range tambang kalo dari hotel ke Sarojini Market. Deme kate paling mahal bole letak adalah dalam 80 rupee. Tp biasenya 50-60 rupee laa. Jadinya first tuk tuk yang aku tahan dia letak 120 rupee. Over kan? then aku kate aku tahu rate kat situ yang dia tak bleh nak tipu, aku ckp 60 rupee then dia ok terus. Seee? ishh mmg putar alam betol! Perjalanan dari Ajantha ke Sarojini Market nie amek mase dalam 20 minit juge la..



Pasar Sarojini, New Delhi


Ramai orang Malaysia beli kain sari dari sini. Yang dok jual online tue suppliernya yang ini la kot..




Aku tau pasal Sarojini Market nie dari geng2 travel la. Deme kata kain sari memang murah semurah rm18 sepasang. Huhuu lagi bagus fabriknya, lagi mahal la kan. Sebab masa yang agak limited, aku hanya  menuju ke satu kedai jea kat pasar tue. Which is Goyal Textile. Rerakan inform yang rege kat Goyal nie buleh dapat murah. Aku ade banyak order kain sari dari rakan dan family. Pilih-pilih dan terus bayor. Memang banyak juga la aku beli. Banyaknya untuk orang..utk diri sendiri adalah 2 pasang..huhuu


Pelbagai jenis gelang pun..almaklumla..




dekat atas jalan tue ada juga kereta lembu. Sama2lah deme berkongsi dalam satu jalan yg sama

Selesai membeli kami balik semula ke hotel utk simpan semua hasil tangkapan membeli belah then keluar balik utk mencari makan. Last kami makan adalah mase breakfast di atas kapal terbang.. Mau taknye perut menggigil minta makanan. Masa tue Jam dah pukul 4pm kot.. Aku bila dah sampai Delhi nie memang agak particular sket tempat makan yang nak kami tuju. Sebab ramai betul kawan-kawan aku yang kena cirit-birit dekat India nie. Even makan kat restoren pun kena juga.

Jadinya, aku skip makan kt restoren2 yang ade kat situ dan opt utk makan fastfood. Kami terjumpa Dominos dan terus masuk dan cari makanan vege. Memang mentadarah le juga masa tue. itu makan sekali untuk dinner nanti..huhuuu tak penah rasa sekebulur petang itu..



Muka aku ada macam Mathuri Dixit ke?? hahhaaa

memang licin aku makan vege masala nie

Kawan aku order yang ini..licin juga

Tak cukup yang 2 atas itu, kami amek juga vege pizza..kenyang sampai ke pagi..
Balik dari makan, hari dah gelap.. Punye lama menikmati makanan di Dominos.. Selepas makan, kami terus balik ke hotel untuk rehat dan berkemas. Selepas ini kami akan meneruskan perjalanan ke wilayah Agra dan Jaipur..Makanya, kami akan travel dengan satu beg shj. Segala barang shopping dan beg besar kami tinggal di Ajantha hotel untuk simpanan sebelum berlepas ke Agra esok paginya.. Malam itu, tidur sgt awal juga sebab dalam jam 4 pagi nak bangun demi mengejar keretapi jam 6 pagi..

Keesokkan harinya, jam 5.00 pagi, kami bergerak ke stesen keretapi dengan berjalan kaki. Perjalanan ambil masa dalam 10 minit kot. Walaupun baru 5 pagi, sepanjang perjalanan kami ke sana suasananya agak sibuk la..So idokle rasa takut org nak kaco ke apa kan. 


Sampai di stesen, kami terus menuju ke platform yang ramai mat2 saleh nie. Kami beli tiket first class, Bhopal Shatabdi Express dari Cleartrip. Just untuk info, ada satu komplot menipu yang sering berlaku di stesen kretapi nie. Modus operandinya, ada lelaki lengkap beruniform atau berkemeja kemas (sepertinya keje kat stesen tue) akan approach kita dan bgtau train delay la apa la.. Then nak kita beli alternative tiket train/taxi dari deme dengan harga yang paling murah. Modus operandinya memang tersusun sbb boleh menyakinkan kita yang train memang delay or cancel tau. Sila berhati2 yea jika anda berada di India ini yang penuh dengan putar belit alam.
Kaki Berangan pun terkena tau!

Oh yea, masa menunggu train sampai, beg aku zip atasnya telah berjaya dibuka oleh pencopet. aku tak sedar pun, alih2 barang aku jatuh. Mafla yang dibawa dan diletak di bahagian atas beg lesap. Adoi, ada aje yang panjang tangan menyeluk beg rupanya. dah la itu Lily Riani yang punya..Naseb baik dia x marah.. Moral of the story, sila berhati2 yea..




Perjalanan dari Delhi ke Agra mengambil masa dalam 2 jam lebih. Bila dengor 2 jam tue rasanya macam lama jea kan? Tapi sepanjang 2 jam itu memang tak terasa sangat sebabnya makanan yang dihidang tak putus-putus datang. Memang makan besar kami breakfast pagi itu. Bagus juga sebab kami tak sure   lunch nanti pukul brapa dan di mana.

Pemandangan yang ada sepanjang jalan pun memang boring la.. Since kami gerak pepagi buta, maka banyakla manusia2 yang menyahut seruan "morning call" deme di semak-semak yang ada berhampiran dengan landasan keretapi. haihhh sabor jea la.. tah mana toilet deme pun aku tak tau..elok jea memasing mencangkung lalu melepaskan hajat deme. Tangan pegang botol mineral. Untuk beristinjak mungkin ..kikikikiiii Memang jgn harapla nak nampak pemandangan best sepanjang perjalanan dengan keretapi dari Delhi ke Agra nanti yea.. Tepi landasan pun penuh dengan sampah sarapnya. Sabor jea la..





memula tea dan biskut ala2 tiger sampai..berserta dengan bunga ros tau!

Lepas tue roti dan hash brown sampai..


Abis makan roti,  cornflakes berserta susu segar lembu suam sampai.. semua aku telan. Susu dia mmg sedap!


Yang ini datang last skali, vege ape tah namanya. tapi sedap juga!!


Muka kekenyangan...
Kami sampai di Agra Chant dalam jam 9.30 am. Ada apa dekat Agra nie? Harusla ada Taj Mahal. Makanya expectation aku memang tinggi la bila sampai ke daerah Agra nie. Malangnya bila aku menjejak kaki ke stesen Agra Chant, aku tengok keadaan hidup orang2 di sana lagi la daifnya. Kesian bila menengoknya.. Tiket nak masuk Taj Mahal tue dan lain-lain tourist attractions memang sangat mahal dan banyak kot di salurkan pada Agra Development Authority, tapi mana la duit itu dilaburkan agaknya. Haihh, rasa macam nak panggil Sivaji The Boss dtg sini kasi up sket kawasan Agra nie. Agak2 Rajnikant nak layan?


homeless...?
So mana Taj Mahalnya??

Akan di sambung kemudian.. sabo yea..

Khamis, 27 September 2012

NorthIndiaBackpacking 10: Kashmir - Srinagar

Ini adalah sambungan entry dari SINI.

Setelah puas bermain ski dan baling-baling snowball di Gulmarg, kami terus balik ke rumah papa Yousef di Anchari Residence. Malam itu dan esok harinya aku decide untuk duduk di hotel milik kawan CS aku yang lain iaitu, Mr. Shafi Dug. Jadinya balik dari Gulmarg, aku terus berkemas barang dan semua benda untuk berpindah ke Hotel Mount Inn di Pekan Srinagar. 

Kami bersama Rubina, Anak sulung papa yousef yang juga miss chef bagi keluarga ini.
With Mama
With lovely choti, Turmina..
Perasaan untuk meninggalkan rumah keluarga Papa Yousef, Mama, Rubina dan Turmina memang agak berat. Maklumlah, deme memang menjaga makan minum kami berserta memberi tempat tidur yang selesa sepanjang kami di sana. Terima kasihla pada deme sekeluarga.

Perjalanan diteruskan ke Boulevard Road..
Setelah selesai sesi good bye dengan family papa yousef, kami naik tuk tuk untuk sampai ke Hotel Mount Inn di Boulevard Road, Pekan Srinagar dan perjalanan mengambil masa lebih kurang 30 minit. Bila dah sampai ke hotel bajet tersebut, ada satu drama Hindustan telah berlaku aku rasa. Hahaaa. Malas aku nak elaborate panjang kat sini, tapi jika anda berhajat untuk membuat CouchSurfing di Srinagar Kashmir nie, maka berhati-hati dengan Mr. Shafi nie yea. Dia ni hero hindustan. Adoi.. Nways, walaupun dia bajet hero hindustan, hati dia baik tau. Banyak tolong aku masa aku menginap di hotel dia tue. Dah la kasi duduk free utk 2 malam. ;)

Selesai check in di Mount Inn, hari dah semakin petang. Tapi kami sempat aje jenjalan melihat panorama di sekitar Jalan Boulevard. Hotel Mount Inn ni memang dekat jea dengan Dal Lake, berjalan dalam 200 meter atau 5 minit perjalanan maka sampailah ke Dal Lake.

Tu dia pintu pagar rumah-rumah yang ada di situ..Dahsyat kan

Pemandangan sekitar di pinggiran Dal Lake


Walaupun hari sudah lewat petang, suasana di Dal Lake memang senantiasa sibuk. Tasik Dal ini merupakan salah satu medium perhubungan air yang utama di Srinagar nie. Orang masih mengangkut barang dan menggunakan Dal Lake utk pergi dari Point A ke Point B.



Hari semakin gelap dan kami balik ke hotel untuk berehat. Sebelum sampai di hotel, kami tangkap roti sebuku dari salah satu kedai yang ada untuk santapan dinner kami malam itu. Sampai di hotel, owner hotel, Shafi dah tunggu kami. Borak lama juga la ngan dia sebab dia nak tau aku dah buat apa / sampai mana jea kt Kashmir ni. Harusla panjang ceritanya kan sebab banyak tempat best yang aku dah cover. 

Shafi ni sebelum nie ada juga kasi CSer dok hotel dia, tapi aku adalah Muslim pertama yang dia offer. Sebelum ni ramai yang dari Europe, makanya dia agak eksaited bila kami adalah Muslim macam dia. Memacam cerita yang dia bawak keluar, dan hari makin larut malam. Sebelum tidur, dia kata nak masakkan kami lunch utk esok hari. Yay! Dah dapat makan free utk esok hari ;). Malam itu kami tidur dengan nyenyaknya, mungkin sebab kepenatan..

Siang hari esoknya, pagi itu hujan lebat mula turun. Dah hampir 5 hari aku kat bumi Kashmir ni, baru rasa hujan. Bila hujan turun nie, maka terbantutla agenda aku nak tour pekan srinagar. Bukannya sebab takde payung nak berjalan sana sini, tapi sejuknya tue yang aku tak tahan.. Sekali dihembus angin, aishhh gigil. Hampir separuh hari kami dok berehat dalam bilik hotel. Ok juga sebab ada heater utk memanaskan badan.

Dalam jam 11 pagi, hujan dah muda reda, dan kami keluar la kejap bersiar-siar di tepi Dal Lake..




Walau hari hujan, aktiviti di Dal Lake nie masih diteruskan. Terutamanya bagi Shikara rides la.. Syiok aku tengok decoration2 yang ada pada setiap shikara yang ada. Beriya tau deme berhias. Kalah tau kereta berhias Kakak COCO untuk foto celen Biqque dan Chawanna. huhuhuuuu

Tengahari tue, Shafi masakkan lunch untuk kami. Sweet sungguh mamat nie. Aku mengaku, dia agak charming tengahari tue. Hahaa. Lauk pun simple jea, ayam masak kurma dan gulai sayur. Jadila.. Kawan dia yang dah menetap kat Sydney, kebetulan ada masa tu pun join kami juga sebab eksaited. Kikikii. Sambil makan tue, panjang juga la cerita kami. Shafi nie selain Mount Inn, dia ada lagi 3 hotel lain. Tapi dia suka dok kat hotel yang paling cikai dia nie la, sebab banyaknya backpackers yg akan duduk. Itu yang dia suka tue, memcam orang dia boleh jumpa.

Selepas lunch, dia bawak kami pergi ke kedai pakcik dia, sebab aku memang nak cari shawl bagai. Lama juga kami memilih kain-kain yang berkenan di hati dan hasil tangkapan idokle sebanyak mana sebab ingatkan nak melabur banyak kat tanah besar Yindia lagi lepas nie. huhuhuuu

Habis aktiviti shopping di pekan Srinagar, aku sambung lepak tepi tasik sambil menghirup udara segar di situ sambil memerhatikan orang-orang yang ada..





Selepas Magrib, aku keluar lagi ke kawasan yang sama untuk melihat aktiviti malam di situ. Shafi pesan supaya berhati-hati sebab malam di sini memang agak berbahaya bagi pompuan keluar berjalan-jalan. Tapi sebab aku berdua dengan Baby, makanya, selamatla kot..InshaAllah

Angin malam di situ memang sampai ke sum-sum tulang juga la. Sangat sejuk. Dalam pada sejuk tue, masih ramai lagi yang berniaga shawl, pashmina di tepi pejalan kaki di Boulevard Road di situ. Dalam reramai tue, ada salah sorang yang berani untuk approach kami. Memula tue macam nak jual shawl2 pada kami, tp bila kami inform yang kami dah abis shopping2 nie, dia pun takde la nak mendesak suruh beli juga. Itu yang bestnya kalo kat Kashmir nie. Penjual2 kat sini idokle terdesak suruh beli juga berbanding kalo di Delhi dan Agra.

Borak panjang juga kami cerita pasal macammana dia nak survive hidup di Srinagar nie especially masa musim sejuk yang memang tidak memberangsangkan. Hidup diorang memang susah, siang belajar..malam kena kerja juga sejuk2 macam tue. Tapi rata-rata orang Kashmir nie, English deme memang power la. Mungkin deme nie di-train ckp dari kecik kot, walaupun deme nie pendayung sampan Shikara sekalipun.

Kedai-kedai di depan Hotel Mount Inn

Si penjual Jalanan yang educated. Dia dah ada MBA okeh!



Selesai ronda-ronda di Boulevard Road, kami terus balik ke hotel dan sambung borak pula ngan Shafi. Maklumlah, itu adalah malam terakhir kami di bumi Kashmir. Terasa sedikit sayu nak meninggalkan bumi Kashmir nie sebenarnya. Bukan sahaja Kashmir nie sangat cantik, tapi orang-orangnya juga melayan kami macam keluarga deme. Sangat terkesan di hati juga sebenarnya. Tapi nak buat macammana, perjalanan harus diteruskan dan tanah besar India menanti kami untuk keesokkan harinya.

Dengan Shafi Dug dan salah seorang pekerja dia
Malam itu kami tidur awal sebab flight balik ke Delhi esoknya dalam pukul 7am..

Akan di sambung kemudian

Selasa, 25 September 2012

NorthIndiaBackpacking 9: Kashmir - Gulmarg

Salam semua..

Oh mai, terasa begitu lama aku meninggalkan travelogue North India aku..huhuhu mood utk menyambung entry sebelum ini tetiba hilang entah ke mana. Punya la susah aku nak kumpul semangat untuk menulis kembali pasal itu. And yes, malam ini mood sudah datang dan rajin benor tangan aku untuk menaipnya. :-)

Tapi awas, entri ini banyak sangat gambornya pun..

Ini adalah sambungan entri dari SINI

Aku teruskan hari keempat aku di bumi kashmir ke Gulmarg. 

Perjalanan ke Gulmarg dari Srinagar agak senang sebenarnya. Signboard yang ada memang banyak membantu.
Pengangkutan Awam, Bas juga ada yang terus ke Gulmarg. Buleh amek bas seumpama ini, cumanya masa perjalanan tue konfem lebih dari 2 jam la gamoknye. Al maklumla nak naik gunung berliku-liku atas sana..

Pekan Baramulla yang di tempuh. Indian Army memang merata-rata di mana-mana daerah di Kashmir nie..
Entrance ke Gulmarg
Salji yang memakin cair dan bila tengok bebetul agak kotor juga. Perlu hati2 sebab jalan memang licin
Gulmarg ni lokasinya dalam 2 jam dari pekan Srinagar. Berada di daerah Baramulla, tempat ni memang agak famous la berbanding 2 tempat yang aku pergi sebelum ini, Pahalgam dan Sonamarg. Mungkin sebab faktor jarak yang paling dekat dengan Srinagar dan juga natural terrain yang tersedia cantik di situ. 



Gulmarg nie pada musim salji memang laku la. Ramai orang meluncur salji kat sana. Gondola yang ada utk naik ke kawasan gunung adalah yang kedua tertinggi di doniya nie. Harusla orang datang nak naik kan.

Malangnya masa aku pi sana, gondola tu tengah dalam tempoh selenggara. CES sgt tau!! baru berangan nak naik atas sana sambil tgk banjaran himalaya! haih..nampak gaya memang kena datang balik ke kashmir nie. Saje je kan..

Walau tak berkesempatan naik gondola deme yang tinggi tue, aku sempat juga la berguling2 di kaki gunung di gulmarg tue. Walaupun Salji yang ada pun banyak yang nak cair, tp cukup untuk buat aktiviti skiing kat sini.

Walaupun tergolek 3 kali, gaya kena menten macam tak jadi apa2

Bukan senang okeh nak skiing nie. 3 kali juga la aku jatuh terguling. Semuanya sebab terover laju dan tak tau nak break macammana. Menjatuhkan diri adalah tindakan yang mulia dari terlanggar orang lain dan membuatkan org lain juga jatuh. ye dak? hahaaa



Oh yea, untuk trip hari itu, aku suruh juga uncle ghulam untuk bawak anak2 dia follow kami. Jadinya dia bawak Tabu dan Ahmad sebagai peneman kami. Untuk aktiviti skiing di Gulmarg, rate dalam RM 15 utk 30 minit. Murah kan? termasuk equipment tau!! Mana nak dapat dalam doniya nie aktiviti skiing 15 hengget jea kan? Hanya di Kashmir tau! heheee
yay!
Tabu kata dia tak penah segembira hari itu. Serious, dia tak penah buat aksi ini seumur hidup dia!


The jumper..hahaa


Permandangan yang ada di sana memang seumpamanya macam gambo dekat Swiss la. Luas saujana mata memandang luas tempat ini dengan dilitupi salji. Sejuk memang sejuk, tapi sebab aktiviti skiing yang aku buat sedikit sebanyak membantu dalam memanaskan badan. Penat pun satu hal juga. Perlu ada stamina juga. Almaklumla, makcik kan macam dah tua skit, makanya terasa agak mengah juga la berskiing masa tue..

Untuk info lebih pasal aktiviti di Gulmarg ini, sila klik SINI.






Hampir 3 jam kami bercanda di sana dan setelah puas, kami decide utk balik ke Srinagar. On the way balik, kami singgah untuk piknik di tepi jalan. Sangat syahdu tau..Dengan background pokok pine dan juga penuh salji di tepi jalan, kami bentang tikar piknik Uncle Ghulam dan susun semua lauk yang ada. Lauk lunch hari itu agak meriah sebab Isteri uncle ghulam buat juga masakan daging kambing..Sedap sangat..


Memang sedap dan mengeyangkan..


Miss them somehow..


Anak bongsu Uncle Ghulam, si comel penambat hati..

Akan di sambung kemudian..