Isnin lepas aku dah lapor diri di tempat kerja baru.
Bertemu dengan YDP Majlis, orangnya nampak sempoi dan humble. Aku rasa bakal bos aku nie best orangnya! Alhamdulillah. Terima kasih sebab kasi chan padaku untuk tangguh 2 minggu lagi. Saya akan berjumpa Tuan untuk next OSC meeting yea.
Unit OSC Majlis: Wow first time bertemu eye to eye! Ada beberapa dah add aku di FB sebelum ini. Tengok gambor memang familiar la masa first time jumpa di sana. Semuanya PERAMAH. Yes! Ini yang aku nak! Thnx to Safiyah sebab bawak aku reronda setiap bahagian dan introduce dengan semua orang di sana.
Unit aku di sana teamnya kecik jea. Tapi aku rasa macam best! Harap-harap banyak benda aku akan belajar di sana. Dan harap-harap team baru aku di sana akan beri kerjasama penuh utk aku dan sama-sama kita kerja dengan lebih tekun selepas ini. Jangan risau, saya tidak garang. Sama-sama kita bangunkan Sri Iskandar! Ceh ayat YB sangat! ;)
Part di mana untuk tinggal pun alhamdulillah dah settle. Aku akan bermastautin di Bandar U untuk 2-3 tahun ini. Hanya 7 mins drive to workplace. Heaven rite? Tinggal berdua dengan housemate baru aku. Orang KL juga. Kebetulan. Tapi dia dah duduk Sri Iskandar 8 bulan sensorang. Memang cekal sungguh dia! Nways, new room rental commitment, RM150. Murah tak? Harus aku cut expenses lango' aku yang lain lepas nie. Sebelum ni dok ngan parents, x kuar duit untuk rental bagai. Ha sekarang, rasakan!
Di Sri Iskandar ada tesco, kedai-kedai makan yang HIDUP di waktu malam, Secret Recipe pon ada! dan yang paling baru, McD DriveTru pon dah bukak. Aku tengok tengah malam kat parking McD tue penuh aje. Ni mesti student UiTM and UTP yang buat penuh neh. Oh maiiii... best kot!
Lagi 2 minggu aku akan start bekerja di sana..
Aku rasa aku suka Sri Iskandar!
Back to my family root some more. Ayah dan mak saya berasal dari Kampung Tua Batu 16, Lambor Kanan. Dalam 15 mins drive from Sri Iskandar. Klik here for more info. Iye, saya dari keturunan yang tak buleh makan ikan Tapah. Kalo makan badan jadi gatal! Pakcik saya (adik ayah) penah termakan ikan Tapah dan kena carik batu geliga utk surutkan kegatalan. Perak sangat kan :-)
Till then..
Kakcik pun dengar tentang lagenda ikan Tapah tu, tapi kakcik tak tahu sama ada kakcik boleh makan ikan tu atau tidak... :)
BalasPadamItula..cer try.. :)
PadamItula..cer try.. :)
PadamAkak.. Tahniah ! saya pun akan mula kerja di MD Lenggong, Perak 2 minggu lagi. Skrang masih di KL.. So, nanti mesyuarat pemantauan OSC , kite jumpa la k.. Pas ni, boleh selalu lepak sesama kat IPoh nanti ngan moon.. hehe
BalasPadamAlright, kerapla kite lepak kat eypoh nanti. Jom meriahkan perak! :)
PadamSelamat bekerja di lokasi, persekitaran dan bersama rakan sekerja baru !
BalasPadamThnx wak jan!
Padamrasai lorh! hahaha baru ko tau bila kene byr rental ye. hahaha
BalasPadamselamat bekerja! auummm!
Uhuhuuu memacam nk kena bayar neh ;)
PadamUntung larr .. KC teringin nak p Sri Iskandar. tapi belum ada chan lagi. All the best to you, Mas.
BalasPadamNanti kak chik bleh la tour sri iskandar. Sy bwk jenjalan :)
Padammas. perak tengah ok. syl belajar uitm kat situ dulu. take care ya.
BalasPadamkisah ikan tapah.. family syl pun takleh makan. pernah 2-3 org yg cuba makan. badan jadi gatal dan kulit jadi berbelang. jenuh pi berubat sana sini. so, kami lain2 memang tak berani nak try makan. hehe..
Aikkk camna org sarawak pun x bleh mkn ikan tapah nie? Pelik juga nie... Mmg ade asal dr perak ke dulu2?
Padamla orang perak berpenyakit gatal ke? meh sini mak esah nak ubatkan hahahaha!
BalasPadamahhahha perak tengah jaa.. Org tepeng slamattt ;)
Padamohh pernah dengar citer ikan tu tapi rasa macam dah tak ujud... rupanya masih ujud gitu.. haaa, jgn makan tau..
BalasPadamall the best @ new place..!!
siyesli ko mmg takleh makan ikan tu? oh my....
BalasPadamanyway...selamat bergumbira di sana ya...!!!
nak tgk wyg dekat jusco pengkalan,xjauh mana dah.heheh
BalasPadampertukaran demi kebaikan berganda
BalasPadaminsyallah
selamat berjuang di tempat baru
Aummmmmmmmmmmmmm juga
BalasPadammbekkk mbekkk mbekkkkk!
PadamOSC adalah best....so, u don't have to worry much...cuma mungkin penat sket nak melayan public n kalo dapat ydp cerewet....tang hal lelain tu seronok sangat.......:O)
BalasPadamlagha mas.. lagha.. bukan lango :P
BalasPadamgonna miss u bibeh. jom swim besok! :P