Setelah puas bermain ski dan baling-baling snowball di Gulmarg, kami terus balik ke rumah papa Yousef di Anchari Residence. Malam itu dan esok harinya aku decide untuk duduk di hotel milik kawan CS aku yang lain iaitu, Mr. Shafi Dug. Jadinya balik dari Gulmarg, aku terus berkemas barang dan semua benda untuk berpindah ke Hotel Mount Inn di Pekan Srinagar.
Kami bersama Rubina, Anak sulung papa yousef yang juga miss chef bagi keluarga ini. |
With Mama |
With lovely choti, Turmina.. |
Perasaan untuk meninggalkan rumah keluarga Papa Yousef, Mama, Rubina dan Turmina memang agak berat. Maklumlah, deme memang menjaga makan minum kami berserta memberi tempat tidur yang selesa sepanjang kami di sana. Terima kasihla pada deme sekeluarga.
Perjalanan diteruskan ke Boulevard Road.. |
Setelah selesai sesi good bye dengan family papa yousef, kami naik tuk tuk untuk sampai ke Hotel Mount Inn di Boulevard Road, Pekan Srinagar dan perjalanan mengambil masa lebih kurang 30 minit. Bila dah sampai ke hotel bajet tersebut, ada satu drama Hindustan telah berlaku aku rasa. Hahaaa. Malas aku nak elaborate panjang kat sini, tapi jika anda berhajat untuk membuat CouchSurfing di Srinagar Kashmir nie, maka berhati-hati dengan Mr. Shafi nie yea. Dia ni hero hindustan. Adoi.. Nways, walaupun dia bajet hero hindustan, hati dia baik tau. Banyak tolong aku masa aku menginap di hotel dia tue. Dah la kasi duduk free utk 2 malam. ;)
Selesai check in di Mount Inn, hari dah semakin petang. Tapi kami sempat aje jenjalan melihat panorama di sekitar Jalan Boulevard. Hotel Mount Inn ni memang dekat jea dengan Dal Lake, berjalan dalam 200 meter atau 5 minit perjalanan maka sampailah ke Dal Lake.
Tu dia pintu pagar rumah-rumah yang ada di situ..Dahsyat kan |
Pemandangan sekitar di pinggiran Dal Lake |
Walaupun hari sudah lewat petang, suasana di Dal Lake memang senantiasa sibuk. Tasik Dal ini merupakan salah satu medium perhubungan air yang utama di Srinagar nie. Orang masih mengangkut barang dan menggunakan Dal Lake utk pergi dari Point A ke Point B.
Hari semakin gelap dan kami balik ke hotel untuk berehat. Sebelum sampai di hotel, kami tangkap roti sebuku dari salah satu kedai yang ada untuk santapan dinner kami malam itu. Sampai di hotel, owner hotel, Shafi dah tunggu kami. Borak lama juga la ngan dia sebab dia nak tau aku dah buat apa / sampai mana jea kt Kashmir ni. Harusla panjang ceritanya kan sebab banyak tempat best yang aku dah cover.
Shafi ni sebelum nie ada juga kasi CSer dok hotel dia, tapi aku adalah Muslim pertama yang dia offer. Sebelum ni ramai yang dari Europe, makanya dia agak eksaited bila kami adalah Muslim macam dia. Memacam cerita yang dia bawak keluar, dan hari makin larut malam. Sebelum tidur, dia kata nak masakkan kami lunch utk esok hari. Yay! Dah dapat makan free utk esok hari ;). Malam itu kami tidur dengan nyenyaknya, mungkin sebab kepenatan..
Siang hari esoknya, pagi itu hujan lebat mula turun. Dah hampir 5 hari aku kat bumi Kashmir ni, baru rasa hujan. Bila hujan turun nie, maka terbantutla agenda aku nak tour pekan srinagar. Bukannya sebab takde payung nak berjalan sana sini, tapi sejuknya tue yang aku tak tahan.. Sekali dihembus angin, aishhh gigil. Hampir separuh hari kami dok berehat dalam bilik hotel. Ok juga sebab ada heater utk memanaskan badan.
Dalam jam 11 pagi, hujan dah muda reda, dan kami keluar la kejap bersiar-siar di tepi Dal Lake..
Shafi ni sebelum nie ada juga kasi CSer dok hotel dia, tapi aku adalah Muslim pertama yang dia offer. Sebelum ni ramai yang dari Europe, makanya dia agak eksaited bila kami adalah Muslim macam dia. Memacam cerita yang dia bawak keluar, dan hari makin larut malam. Sebelum tidur, dia kata nak masakkan kami lunch utk esok hari. Yay! Dah dapat makan free utk esok hari ;). Malam itu kami tidur dengan nyenyaknya, mungkin sebab kepenatan..
Siang hari esoknya, pagi itu hujan lebat mula turun. Dah hampir 5 hari aku kat bumi Kashmir ni, baru rasa hujan. Bila hujan turun nie, maka terbantutla agenda aku nak tour pekan srinagar. Bukannya sebab takde payung nak berjalan sana sini, tapi sejuknya tue yang aku tak tahan.. Sekali dihembus angin, aishhh gigil. Hampir separuh hari kami dok berehat dalam bilik hotel. Ok juga sebab ada heater utk memanaskan badan.
Dalam jam 11 pagi, hujan dah muda reda, dan kami keluar la kejap bersiar-siar di tepi Dal Lake..
Walau hari hujan, aktiviti di Dal Lake nie masih diteruskan. Terutamanya bagi Shikara rides la.. Syiok aku tengok decoration2 yang ada pada setiap shikara yang ada. Beriya tau deme berhias. Kalah tau kereta berhias Kakak COCO untuk foto celen Biqque dan Chawanna. huhuhuuuu
Tengahari tue, Shafi masakkan lunch untuk kami. Sweet sungguh mamat nie. Aku mengaku, dia agak charming tengahari tue. Hahaa. Lauk pun simple jea, ayam masak kurma dan gulai sayur. Jadila.. Kawan dia yang dah menetap kat Sydney, kebetulan ada masa tu pun join kami juga sebab eksaited. Kikikii. Sambil makan tue, panjang juga la cerita kami. Shafi nie selain Mount Inn, dia ada lagi 3 hotel lain. Tapi dia suka dok kat hotel yang paling cikai dia nie la, sebab banyaknya backpackers yg akan duduk. Itu yang dia suka tue, memcam orang dia boleh jumpa.
Selepas lunch, dia bawak kami pergi ke kedai pakcik dia, sebab aku memang nak cari shawl bagai. Lama juga kami memilih kain-kain yang berkenan di hati dan hasil tangkapan idokle sebanyak mana sebab ingatkan nak melabur banyak kat tanah besar Yindia lagi lepas nie. huhuhuuu
Habis aktiviti shopping di pekan Srinagar, aku sambung lepak tepi tasik sambil menghirup udara segar di situ sambil memerhatikan orang-orang yang ada..
Selepas Magrib, aku keluar lagi ke kawasan yang sama untuk melihat aktiviti malam di situ. Shafi pesan supaya berhati-hati sebab malam di sini memang agak berbahaya bagi pompuan keluar berjalan-jalan. Tapi sebab aku berdua dengan Baby, makanya, selamatla kot..InshaAllah
Angin malam di situ memang sampai ke sum-sum tulang juga la. Sangat sejuk. Dalam pada sejuk tue, masih ramai lagi yang berniaga shawl, pashmina di tepi pejalan kaki di Boulevard Road di situ. Dalam reramai tue, ada salah sorang yang berani untuk approach kami. Memula tue macam nak jual shawl2 pada kami, tp bila kami inform yang kami dah abis shopping2 nie, dia pun takde la nak mendesak suruh beli juga. Itu yang bestnya kalo kat Kashmir nie. Penjual2 kat sini idokle terdesak suruh beli juga berbanding kalo di Delhi dan Agra.
Borak panjang juga kami cerita pasal macammana dia nak survive hidup di Srinagar nie especially masa musim sejuk yang memang tidak memberangsangkan. Hidup diorang memang susah, siang belajar..malam kena kerja juga sejuk2 macam tue. Tapi rata-rata orang Kashmir nie, English deme memang power la. Mungkin deme nie di-train ckp dari kecik kot, walaupun deme nie pendayung sampan Shikara sekalipun.
Kedai-kedai di depan Hotel Mount Inn |
Si penjual Jalanan yang educated. Dia dah ada MBA okeh! |
Selesai ronda-ronda di Boulevard Road, kami terus balik ke hotel dan sambung borak pula ngan Shafi. Maklumlah, itu adalah malam terakhir kami di bumi Kashmir. Terasa sedikit sayu nak meninggalkan bumi Kashmir nie sebenarnya. Bukan sahaja Kashmir nie sangat cantik, tapi orang-orangnya juga melayan kami macam keluarga deme. Sangat terkesan di hati juga sebenarnya. Tapi nak buat macammana, perjalanan harus diteruskan dan tanah besar India menanti kami untuk keesokkan harinya.
Dengan Shafi Dug dan salah seorang pekerja dia |
Malam itu kami tidur awal sebab flight balik ke Delhi esoknya dalam pukul 7am..
Akan di sambung kemudian
Akan di sambung kemudian
Seronoknya menjelajah sambil menimba pengalaman. :)
BalasPadamAlhamdulillah :)
PadamBila ada peluang tue saya jalan jea..
satu catatan perjalanan yang baik. jauh perjalana luas permandangan. Kashmir masih di dalam wish list saya :)
BalasPadamTq.. Kashmir mmg tmpt idaman saya sblm ini. Harap2 boleh repeat lagi next time
PadamWah semakin rancak apdet secara tetiba...mungkin telah mendpat penyuntik semangat gamaknya! AUMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMM!
BalasPadamAte. Iyele gamoknye yeop, hehee
PadamKashmir is my dream destination. Bestnya tgk Mas jln2.
BalasPadamNnt kak chik joinla kak Yan ke kashmir..berbaloi2 kak..
Padamehem2, laju je komen hapdet belog sejak duduk di Kampor. ni asik guna perkataan deme je sekarang ni...dah jadi org parit ke? hehehe
BalasPadamaku rasa pintu pagar tu agak bombastik...mcm..WAHH gitew...
ha, cer kabor nape ko cakap si Shafi ni charming dalam perengggan ke berapa entah....kang ada yg jeles.kekeke...aik kebetulan pule kita dua ada gmbr stranger letak tangan kat bahu arini...coincidence...cik abe tak jeles ke? kuang3... =P
Hehee sbb malam xde aktiviti ape kt sini, maka harusla rajin aku mrngarang2 neh... Weh aku kan mmg org lambor #tetiba ;)
PadamCharming mase dia masak tuh. Gigih kottt. Itu aje.
Kt india nie fesyennye letak tgn atas bahu kalo nk bergambo. Hehee takde nye si dia nk jeles2 kot..hehee
tersedak tetiba
BalasPadamtengah syok baca pasal kashmir
leh terkeluar potocelen kete berhias ????
hai...pandai buat lawak dah??? hahaha !!!
iye..akak pun nak tya soklan sama macam fatt tadi
charming?
heheh
MBA jual tudung tepi jalan? that's down to earth person, ok?
yang tak lepas SPM kat sini pun belum tentu nak buat that kind of job..kan?
jauh perjalanan luas permandangan besar pemikiran...
takde maknenya, walau macammana charming pon shafi nie, hati i tetap pada si DIA.. heheee
Padamkat Kashmir ni kan kak, kalo selagi takde PHD, memang x laku kak..nak masuk kerajaan lagi susah..so memang ramai yang kalo ade degree n master jea possibility nk jobless itu mmg tinggi..
sungguh tak tahan....!!! bila la dapat jejak kaki ke sana..???
BalasPadampegi jea kak..berbaloi2
Padamwah! jeles
BalasPadamJom jom moh kite ke sana..
PadamGigih meng-update nampaknya... bagus2.. teruskan usaha anda :)
BalasPadamBaiklah.. :)
Padamhaaa, terdetik aku nk sambung bace dan komen.. gigih berani jugak ko travel ber-2..
BalasPadamKashmir selamat..jgn riso..
PadamPintu pagar dah macam ala ala istana..hahaha
BalasPadamArgghhhhh..cantik gila Dal Lake...
Saya sebenarnya tgh study your trip ni...2013 maybe nak ke sini! :)
Wahh 2013 nak pegi????
BalasPadamNak ikot... Sila la pegi. Kalo nk contact number org sana inform saya k..
wak pun terasa kepingin mau pegi kashmir jugakkk.. eeeeEE
BalasPadamJika teringin..silalah plan bebetul ke sana..berbaloi2
Padamnostalgia ni trip ni.
BalasPadamhehe
kalau aku local kat sana
mesti keja aku ialah buat hiasan pagor!
:D
Masyuk kot ayen kalo bisnes buat pagar kat sana. Mmg tinggi. Kalo kt malaysia ni allow 5 kaki jaa ;)
Padamtiba2 landing kat blog ni.. and I have to comment sebab KAMI PUN DAH JUMPA CS SHAFI YANG SAMA HAHAHA. so surprise tgk muka dia kat page ni.
BalasPadamThis is our story: http://travelogue.ilyani.net/lhasa-restaurant-and-meeting-cser-shafi/
tapi tak duduk hotel dia sbb ada jemputan kat houseboat lain..
oh, btw, CouchSurfing rocks! ;D
Wowww really??? Kecik nye doniya. Nways dia memang host yang budiman kan kan kan. Full of stories n sgt kelakor!!
Padamye, sangat baik tapi sayang plan asik tukar2 masa tu. mula2 plan nak duduk 1 mlm kat houseboat kat dal gate tu & next day rumah shafi tapi last minit jadik kesian ngan tuan houseboat tu lepas visit rumah family dia jadi duduk 2 mlm (bole pulak mcm tu =.= ). then ada CS host Delhi kami Mr Bashir suruh duduk houseboat abg dia pulak kat Hazratbal.
Padamcantik area Anchari Residence.. rasanya kami tak sampai sana kot. lucky you to have lived dengan locals in village.. lagi rasa real kan.
travelogue.ilyani.net
ha ah, rasa bertuah sebab aijaz invite i utk dok ngan famili dia walaupun dia dkt delhi..huhuhu
Padamwalaupun kampung, tp sgt cantik...