Jumaat, 19 Oktober 2012

#TSDayOut: Asian Water Sport Village, Puchong


Dua minggu yang lepas, aku dan DanArif berkesempatan untuk join #TSDayOut di Asian Water Sport Village di Puchong. Itu adalah kali pertama aku join program dari Tourism Selangor. Hasilnya: BEST SANGAT!

Lokasinya terletak di Taman Tasik Prima Puchong. Iye tasik itu luasnya amat besor kome. Spot yang paling dalam adalah 60 meter katanya. Kalo konfiden sangat nak buat aktiviti di situ TANPA life jacket, memang mencari nahas la. Pemakaian life jacket adalah WAJIB di situ.

Selain dari aktiviti berenang dan kayak, ada banyak tube2 yang extreme untuk dicuba di situ. Di antaranya macam Banana boat, Evo Pro, Storm, Graphic Deck, Turbo Blast dan ada yang lain lagi kot..


Kalo nak berjemur pun buleh di sini. Tapi memang burn la wehh

Terjatuh2 aku naik tiub yang itu..

Sain otograp ke bang?

MEMANG TERBANG OKEH!!



Itu dia pemenangnya..
Masuk Harian Metro!
Partner in CRIME?
Pakej yang ada di Asian Sport Water Village ni kalo tak silap, untuk 6 jam dengan unlimited ride adalah dalam rm38. Pada aku memang berbaloi la. Sangat teruja untuk cuba semua tube sebenarnya. Tapi aku tak cuba yang buleh terbang tue.. Tak konfiden dengan diri sendiri masa tue. Macam susah jea nak buat. Tapi sebenarnya sedang jea, cuma HOLD TIGHT.

Hari esoknya, bangun dari tidur, memang sakit badan. Jadinya sebelum memulakan sebarang aktiviti di Asian Sport Village itu, buatlah sedikit REGANGAN!  
Untuk VIDEO semasa hari kejadian, buleh klik ke SINI. Thnx syg sebab rajin buat video. i memang pandai bab2 interprem neh ;)

p/s: Thanx to Tourism Selangor sebab organise aktiviti sebegini. Harap2 next time ada peluang nak join event2 yang lain!

Khamis, 11 Oktober 2012

NorthIndiaBackpacking 13: Agra - Tomb of I'timād-ud-Daulah a.k.a Baby Taj

Sudah seminggu lamanya aku tak update. Sejak balik dari KL 2 minggu lepas, aku ada bawak stok DVD yang best untuk dihabiskan. Well, harusla malamku di Sri Iskandar terisi sejak itu selain mengapdate entry2 travel yang tak habis-habis ini. Memang melekakan. Then last week, aku balik Kuala Kangsar utk jumpe opah di sana. Aku pinjam skali DVD drama korea Jewel in the Palace pula... Maka bertambahla koleksi dvd yang perlu ditengok sampai habis ;).

Walaubagaimanapun, sebab aku dah janji dengan diri sendiri untuk habiskan SEMUA travelogue tertunggak, maka aku gagahkan diri juge mengarang sedikit demi sedikit. Buat sikit2..lama-lama mesti buleh habis!!

Ini adalah sambungan dari SINI.


The facade of Baby Taj
Alright, setelah puas menikmati keajaiban dunia, Taj Mahal, kami meneruskan perjalanan ke Makam I'timād-ud-Daulah ataupun lagi glemer dipanggil sebagai Baby Taj. 

Baby Taj nie dibina oleh NurJahan, bini Mughal Emperor ke-4, Jahangir. Nak ikutkan NurJahan nie mak sedara Mumtaz Mahal (Shah Jahan bina Taj Mahal utk dia). Bila bapak dia, Mirza Gyias Beg meninggal dunia, maka NurJahan nie bina la makam nie untuk memperingati beliau.  Jadinya Baby Taj nie adalah memperingati datuk kepada Mumtaz Mahal.
ade plak couple deting bawah pokok tue..
ceiling dia pun ukiran macam nie tau!! plus, its marble!


Terletak di tebing kiri sungai Yamuna,  kawasan makam ini keluasannya meliputi kira-kira 23 meter persegi, dan dibina di atas platform yang satu meter tingginya. Di setiap sudut bangunan nie ada menara heksagon, yang tingginya dalam 13 meter. Tiket masuk ke Baby Taj ini dalam 250 rupee.

Kalo kita tengok sepintas lalu, pelik juga, kenapa la deme panggil Baby Taj, sebabnya bentuk fizikalnya idokle sama. Tapi bila tengok detailnya, material yang dipakai utk pembinaan nie, dari marbles dan batu2 permata yang lain, maka mungkin sebab tue kot di sebut2 baby taj. Moreover aku rasa, interior dan exterior decoration lagi halus dan indah kalo nak dibandingkan dengan Taj Mahal sendiri.




dome ceiling yang diukir dan dilukis warna warni. Yg biru tue batu Lapis lazuli kot



Seperti yang aku dah inform, dinding makam nie dibina dari marmar putih dari Rajasthan diselaputi dengan hiasan batu-batu berharga seperti cornelian, yasper, lapis lazuli, onyks, dan topaz. Batu2 tersebut dibentuk menjadi imej pokok2 Cypress dan botol wain, ada juga hiasan yang lebih terperinci seperti buah-buahan yang dipotong dan bentuk pasu bunga. Cahaya matahari boleh tembus ke dalam melalui  jaringan marmar putih yang diukir halus. Serious, memang aku impressed dengan ukiran2 yang ada. Sangat detail dan berwarna warni kot. Kalo saiznya besar macam Taj Mahal, memang aku rasa bleh dpt title Wonders of the World juga nie..


Selain dari bapa Nur Jahan or atuk kepada Mumtaz Mahal yang disemadikan di sini, saudara-mara deme yang lain pun banyak yang dikebumikan di sini. 


Selesai tour Baby Taj, kami meneruskan perjalanan ke Agra Fort. Dalam perjalanan tue, kami melalui satu perkampungan "khemah" penduduk yang berhampiran di situ. Sangat daif sebenarnya. Kenapala benda ni buleh ada di daerah Agra yang ada Taj Mahal tue???


Kalo nak compare kedaifan di antara Jaipur dan Agra nie, Agra memang lagi sadis la. Kemana la allocation utk buat housing yang buleh Agra Development Authority contribute? Agra Development Authority amek 500rupee kot untuk setiap tiket masuk foreigner ke Taj Mahal. Setiap tahun dalam 200,000 org foreigner juga la datang sini..Banyak tue untung sebenarnya..
 
Sedih tengok keadaanya di sini


On the way ke Agra Fort, kami singgah ke seberang Yamuna River untuk dapatkan gambor Taj Mahal dan 2 bangunan lain dari sisi yang berbeza. Tempat nie memang bersebelahan jea ngan Mehtab Bagh Garden. Bila dah sampai ngan entrance taman tue, Tak payah masuk taman tue, just terus menuju ke hujung jalan dan akan jumpe satu tempat yang pemandangannya cantik.
Di sebelah kiri tue Mehtab Garden, so kome jalan jea terus utk sampai ke tempat rahsia itu
TADAAAA!!!
Dah habis bergambor melompat bagai di sana (gambo tue aku simpan utk diri sendiri la), kami meneruskan perjalanan ke Agra Fort. Masa tue cuaca memang sangat panas. Adoi..memang spoil mood. Check suhu kat jam 37 celcius. huiiii. Baby nie body sistem dia lain sket, kalo terlalu sejuk, hidung dia bleh berdarah, kalo terlalu panas pon, lagi laju darah dia keluar. Kesian aku tengok. Bila kami sampai di pintu masuk Agra Fort, aku tgk rupanya lebih kurang sama dengan Red Ford di Delhi. Entrance fee dalam 250 rupee juga. Bhayya teksi cakap, kalo masuk pun, dalamnya lebih kurang sama ngan fort2 lain di Delhi. Jadinya, kami skip masuk Agra Fort itu. Just ambil gambor di luar Agra Fort jea..
AGRA Fort


Jam dah nak masuk pukul 4 lebih dan baru terasa perut menangis minta nasi..huhuhuhu last kami makan masa dalam keretapi dari delhi ke Agra. Mau tak menggigil perut..Kami cari restoren yang di suggest oleh bhaiya taxi dan memasing order satu pinggan beriayani ayam. Bila sampai 2 pinggan nasi tue, alamak..terasa banyak gile kot sebab bukit dia tinggi juga la. Tapi bile dah start makan sambil borak2..hmmm licin jugak dua2 pinggan tuh. Memang dahsyat sungguh selera nak makan masa tue. Sedap plak tue, padahal nasi dan ayam jeaaaa. Rempah beriayani dia memang terbaik la.. Dan yang paling penting, TAK CERETTTTTT!!!
Beriayani Ayam yang begitu mengeyangkan lagi sedap!!

Akan di sambung kemudian..

Selasa, 2 Oktober 2012

NorthIndiaBackpacking 12: Agra - Taj Mahal

Yay!

Last weekend aku balik  Key Ell!!! Arggh amat merindui katil empukku dan sesi gaduh2 sayang ngan Ana!! Nways, aku sambung kembara bumi India aku dengan gigihnya walau macam dah datang penyakit malas sikit2..

Ini adalah sambungan dari SINI.

Sejurus selepas kami turun dari keretapi, punya la ramai ulat taxi datang mengekor kami hingga la ke kioks taxi yang offer standard rate. Di sana, aku tangkap sorang driver taxi yang buleh bawak aku tour Agra dari pagi sampaila ke petang. Dia charge 500 rupee, dalam rm32. Ok sangat la tue, dia memang standby jea ikut kami ke mana juga kami pegi.

Selepas check in di The Tourist Resthouse, Agra, kami memulakan perjalanan kembara Agra ke Taj Mahal.

First destinasi kami adalah Taj Mahal. Siapa yang tak penah tau pasal Taj Mahal? Kalo tak tau sila gugel yea.. Tak dapat teman nak kabor semua dalam entry ini. Panjang berjela nanti gamoknye.. 

Entrance fee untuk Taj Mahal nie keseluruhannya adalah 750 rupee. Itu merangkumi 2 fee iaitu 250 rupee utk Archaeological Society of India (ASI) dan selebihnya 500 utk Agra Development Authority (ADA). Jadinya kalo korang pegi Taj Mahal dulu dan beli kedua-dua tiket nie, untuk masuk ke tempat2 tourist attraction lain akan di exempted kan dari bayar fee ASI. Hanya bayar utk ADA shj. Tapi tiket tue valid kalo pergi pada hari yang sama la..

Berada di pintu gerbang Taj Mahal. Pintu gerbang jea tue.. Great gate (Darwaza-i rauza)
Tue dia, ukiran dia..

Terasa ingin ku penggal kepala2 yg interprem. tp tak buleh nak buat apa sebab memang ramai orang..

Taj Mahal ni dibina dalam tempoh 22 tahun (1631-1653) di bawah pemerintahan Shah Jahan bagi membuktikan cinta sejatinya pada bini ketiga beliau Mumtaz Mahal. Agak2 bini pertama dapat ape? Seramai 20,000 pekerja telah dikerah untuk menyiapkan makam ini dan perbelanjaannya memakan 32 juta rupee, dlm RM1.8juta laa. Pembinaan monumen ni adalah mengikut seni bina IslamSalah satu tapak warisan dunia Unesco, kebanggaan bagi senibina Islam yang diiktiraf sedunia.

Ada banyak cerita hikayat yang ada berkaitan pembinaan Taj Mahal ini. Menurut salah satu mitos yang agak skeri, Shah Jahan telah mengerat  tangan pengukir dan arkitek  supaya mereka tidak akan mampu untuk membina sebuah bangunan yang indah macam Taj lagi dan mata mereka juga dikorek supaya mereka tidak akan dapat menyaksikan apa-apa yang lebih besar dan lebih cantik daripada monumen ini  sepanjang hayat mereka. Sejauh mana kebenarannya, Wallahualam la kan. Nama pun mitos..





Taj Mahal telah dibina menggunakan bahan-bahan dari seluruh India dan Asia dan lebih 1,000 gajah telah digunakan untuk mengangkut bahan-bahan binaan. Marmar putih telah dibawa dari Makrana, Rajashtan, jasper dari Punjab, jed dan kristal dari China. Turquoise  dari Tibet dan Lapis lazuli dari Afghanistan, manakala nilam datang dari Sri Lanka dan carnelian dari tanah Arab. In all, 28 jenis batu berharga telah digunakan bagi bersatu dengan marmar putih yang ada sebagai asasnya.



Sgt besar dan sepertinya dipanggang di waktu tengahari..

Ukiran ayat Al-Quran di dinding Mar Mar Taj Mahal
Tidak lama selepas siap pembinaaan Taj Mahal, Shah Jahan telah digulingkan oleh Aurangzeb anaknya sendiri dan diletakkan di bawah tahanan rumah  berdekatan Agra Fort. Selepas kematian Shah Jahan, Aurangzeb mengebumikannya di makam sebelah isterinya.

Menjelang abad ke-19 lewat, sebahagian besar bangunan telah rosak teruk. Pada masa pemberontakan India 1857, Taj Mahal telah dirosakkan oleh tentera British dan pegawai-pegawai kerajaan, semua
batu-batu berharga di dinding telah dipahat keluar dan disonglap secara besar-besaran.

Pada akhir abad ke-19, gebenor British Lord Curzon telah mengarahkan satu projek pemulihan terhadap Taj Mahal nie dan restoration projek siap pada tahun 1908.


HUGE right?
Yamuna River..

Gembiranya abang polis tue kan?



Bila dah nak sampai tengahari tue barula biru sket langit tue..


Di sekitar bangunan Taj Mahal ini terdapat dua bangunan besar sandstone yang agak unik dibina. Kedua-dua bangunan itu memang sama, dibina supaya dilihat seperti reflection. Bangunan di sebelah barat adalah masjid dan sebuah lagi disebut  Jawab yang  mungkin telah digunakan sebagai rumah tumpangan.


Bermain dengan color..

West Gate of Taj Mahal..
Ada tiga pintu utama untuk masuk ke Taj Mahal ini, South, East dan West Gate. Sepanjang nak gate yang ada memang banyak cenderamata yang dijual. Siap kena tarik-tarik lagi dari penjual. Punyalah nak suruh orang beli juga.. Aku beli souvenir di West Gate.. Tangkapan idokle banyak sangat waktu tue sebab kalo aku travel memang kurang membeli pun. Duit dah banyak abis utk transport and accommodation. Satu lagi jenuh nak bawak ke hulu ke hilir. So pepahamla yea kalo x banyak barang yang aku beli setiap kali travel tue..

So destinasi seterusnya kami ke Baby Taj..


Akan disambung kemudian..