Khamis, 11 Oktober 2012

NorthIndiaBackpacking 13: Agra - Tomb of I'timād-ud-Daulah a.k.a Baby Taj

Sudah seminggu lamanya aku tak update. Sejak balik dari KL 2 minggu lepas, aku ada bawak stok DVD yang best untuk dihabiskan. Well, harusla malamku di Sri Iskandar terisi sejak itu selain mengapdate entry2 travel yang tak habis-habis ini. Memang melekakan. Then last week, aku balik Kuala Kangsar utk jumpe opah di sana. Aku pinjam skali DVD drama korea Jewel in the Palace pula... Maka bertambahla koleksi dvd yang perlu ditengok sampai habis ;).

Walaubagaimanapun, sebab aku dah janji dengan diri sendiri untuk habiskan SEMUA travelogue tertunggak, maka aku gagahkan diri juge mengarang sedikit demi sedikit. Buat sikit2..lama-lama mesti buleh habis!!

Ini adalah sambungan dari SINI.


The facade of Baby Taj
Alright, setelah puas menikmati keajaiban dunia, Taj Mahal, kami meneruskan perjalanan ke Makam I'timād-ud-Daulah ataupun lagi glemer dipanggil sebagai Baby Taj. 

Baby Taj nie dibina oleh NurJahan, bini Mughal Emperor ke-4, Jahangir. Nak ikutkan NurJahan nie mak sedara Mumtaz Mahal (Shah Jahan bina Taj Mahal utk dia). Bila bapak dia, Mirza Gyias Beg meninggal dunia, maka NurJahan nie bina la makam nie untuk memperingati beliau.  Jadinya Baby Taj nie adalah memperingati datuk kepada Mumtaz Mahal.
ade plak couple deting bawah pokok tue..
ceiling dia pun ukiran macam nie tau!! plus, its marble!


Terletak di tebing kiri sungai Yamuna,  kawasan makam ini keluasannya meliputi kira-kira 23 meter persegi, dan dibina di atas platform yang satu meter tingginya. Di setiap sudut bangunan nie ada menara heksagon, yang tingginya dalam 13 meter. Tiket masuk ke Baby Taj ini dalam 250 rupee.

Kalo kita tengok sepintas lalu, pelik juga, kenapa la deme panggil Baby Taj, sebabnya bentuk fizikalnya idokle sama. Tapi bila tengok detailnya, material yang dipakai utk pembinaan nie, dari marbles dan batu2 permata yang lain, maka mungkin sebab tue kot di sebut2 baby taj. Moreover aku rasa, interior dan exterior decoration lagi halus dan indah kalo nak dibandingkan dengan Taj Mahal sendiri.




dome ceiling yang diukir dan dilukis warna warni. Yg biru tue batu Lapis lazuli kot



Seperti yang aku dah inform, dinding makam nie dibina dari marmar putih dari Rajasthan diselaputi dengan hiasan batu-batu berharga seperti cornelian, yasper, lapis lazuli, onyks, dan topaz. Batu2 tersebut dibentuk menjadi imej pokok2 Cypress dan botol wain, ada juga hiasan yang lebih terperinci seperti buah-buahan yang dipotong dan bentuk pasu bunga. Cahaya matahari boleh tembus ke dalam melalui  jaringan marmar putih yang diukir halus. Serious, memang aku impressed dengan ukiran2 yang ada. Sangat detail dan berwarna warni kot. Kalo saiznya besar macam Taj Mahal, memang aku rasa bleh dpt title Wonders of the World juga nie..


Selain dari bapa Nur Jahan or atuk kepada Mumtaz Mahal yang disemadikan di sini, saudara-mara deme yang lain pun banyak yang dikebumikan di sini. 


Selesai tour Baby Taj, kami meneruskan perjalanan ke Agra Fort. Dalam perjalanan tue, kami melalui satu perkampungan "khemah" penduduk yang berhampiran di situ. Sangat daif sebenarnya. Kenapala benda ni buleh ada di daerah Agra yang ada Taj Mahal tue???


Kalo nak compare kedaifan di antara Jaipur dan Agra nie, Agra memang lagi sadis la. Kemana la allocation utk buat housing yang buleh Agra Development Authority contribute? Agra Development Authority amek 500rupee kot untuk setiap tiket masuk foreigner ke Taj Mahal. Setiap tahun dalam 200,000 org foreigner juga la datang sini..Banyak tue untung sebenarnya..
 
Sedih tengok keadaanya di sini


On the way ke Agra Fort, kami singgah ke seberang Yamuna River untuk dapatkan gambor Taj Mahal dan 2 bangunan lain dari sisi yang berbeza. Tempat nie memang bersebelahan jea ngan Mehtab Bagh Garden. Bila dah sampai ngan entrance taman tue, Tak payah masuk taman tue, just terus menuju ke hujung jalan dan akan jumpe satu tempat yang pemandangannya cantik.
Di sebelah kiri tue Mehtab Garden, so kome jalan jea terus utk sampai ke tempat rahsia itu
TADAAAA!!!
Dah habis bergambor melompat bagai di sana (gambo tue aku simpan utk diri sendiri la), kami meneruskan perjalanan ke Agra Fort. Masa tue cuaca memang sangat panas. Adoi..memang spoil mood. Check suhu kat jam 37 celcius. huiiii. Baby nie body sistem dia lain sket, kalo terlalu sejuk, hidung dia bleh berdarah, kalo terlalu panas pon, lagi laju darah dia keluar. Kesian aku tengok. Bila kami sampai di pintu masuk Agra Fort, aku tgk rupanya lebih kurang sama dengan Red Ford di Delhi. Entrance fee dalam 250 rupee juga. Bhayya teksi cakap, kalo masuk pun, dalamnya lebih kurang sama ngan fort2 lain di Delhi. Jadinya, kami skip masuk Agra Fort itu. Just ambil gambor di luar Agra Fort jea..
AGRA Fort


Jam dah nak masuk pukul 4 lebih dan baru terasa perut menangis minta nasi..huhuhuhu last kami makan masa dalam keretapi dari delhi ke Agra. Mau tak menggigil perut..Kami cari restoren yang di suggest oleh bhaiya taxi dan memasing order satu pinggan beriayani ayam. Bila sampai 2 pinggan nasi tue, alamak..terasa banyak gile kot sebab bukit dia tinggi juga la. Tapi bile dah start makan sambil borak2..hmmm licin jugak dua2 pinggan tuh. Memang dahsyat sungguh selera nak makan masa tue. Sedap plak tue, padahal nasi dan ayam jeaaaa. Rempah beriayani dia memang terbaik la.. Dan yang paling penting, TAK CERETTTTTT!!!
Beriayani Ayam yang begitu mengeyangkan lagi sedap!!

Akan di sambung kemudian..

33 ulasan:

  1. motif nak kata tak cirit?? hahaha... sedap lak tgk beriyani tu.

    BalasPadam
  2. Hai....rindu plak kat India ni... rasa nak pg lagi la.

    BalasPadam
    Balasan
    1. ye ke janggellllllllllllll???

      Padam
    2. Dia rindu kat bhaijan jaipur tue ;)

      Padam
    3. Ye mmg teringin nak pi lagi... rasa rindu dengan cabarannya kekeke. ada brani???

      Padam
  3. Beza kaya n miskin. Mcm kt negara kita gaks sebenonyer. Per2 hal pon gambo last paling besh.. Kikiki

    BalasPadam
    Balasan
    1. Malaysia adalah jauh lebih baik dr India kak..

      insaf bila balik negara sendiri

      Padam
  4. wow!! menariknya.after dis nak kemana plaks. maybe bleh join travelling together hehehe.blogwalking traveller nyer blog.love.

    BalasPadam
    Balasan
    1. aftert this dah tak gi mana2 sgt..simpan duit ;)

      Padam
  5. Meronta ronta hati nak gi lawat Taj Mahal..Baby Taj ni...Agra Fort..
    Tapi saya masih skeptikal la pasal India ni..heheheh..nak nak masa tgk dokumentari Scam City kelmarin, mereka bongkarkan scam kpd tourist di India..:)

    BalasPadam
    Balasan
    1. well, India adalah LUBUK PUTAR ALAM..

      memang kena sentiasa berhati2 kalo kt sana. deme mmg licik!

      Padam
  6. best tgk ko berjalan-jalan mas...lepas nie trip ke mana pula?

    BalasPadam
    Balasan
    1. lepas nie aku berehat kejap Lyn..hehee ade projek besar yg lain ;)

      Padam
  7. best lah. entah bila la kc nak sampai tempat ni.

    BalasPadam
  8. Salam
    Apa kabor Pahnya di Kuala? Kuala tang mane?

    Bestnya tengok Mas mengembara ke Baby Taj. Sebelah kaya sebelah miskin, sebelah kebulur sebelah muntahkedarah..ini menunjukkan adanya ciri-ciri rasuah yang kuat...


    Nasi beriyani mengancam le, besor-besor yek...& tak chery berry tu yang nak dengar :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Opahnye di bukit chandan :)

      Itula..rasuah kuat kt sana..black money bak kate Sivaji the boss :)

      Padam
  9. colleague akak yang baru balik dari office di delhi pun kata, bertuah dok mesia. kat sana cukupla tiga tahun keje, masa balik melompat riang.

    akak pun desk officer utk urusan trade negara tu, haish, jangan dicalonkan nama dok sana sudah ahahhahahahah

    BalasPadam
    Balasan
    1. huhuhu kalo pi keja sana...menangisla saya... ;)

      Padam
  10. jelajah tambah ilmu..
    salam kenal

    BalasPadam
    Balasan
    1. salam kenal

      jauh perjalanan, membuatkan otak kite cerdas. :-)

      Padam
  11. my view pasal baby taj: tak pegi pun takpe.. kan? masa kat agra fort entrance, husband tiba2 masuk habuk kat mata so xde mood nak masuk. so kami pun x masuk agra fort. tapi rasanya Agra org dtg utk Taj Mahal je, area2 lain tak menarik pun & sgt daif. Tempat rahsia tu pun kami sampai jgk.. ;)

    BalasPadam
    Balasan
    1. pada i, bagi sesiapa yang appreciate building architecture and carving ornaments, KENA pegi Baby Taj nie. Detailings dia lain dari Taj Mahal. itu yang i suka. :-)

      Agra nie, selain dari Taj Mahal dan baby Taj, kene lajak ke Fatehpur skali kot :-)

      Padam
  12. Salam,
    Cantik gambar2 ni .. Tq atas perkongsian

    BalasPadam
  13. waaaaaaaaaaaaaaa....
    cantik tangkap gambo
    pandai cari sudut
    pandai cari makan
    supaya tak cerry berry
    hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. yay! lega sebab x cherry.. ;)

      :-))

      Padam
  14. woohhhooo.... superb superb..!!! foto cantik, trip cantik, owner blog lagi cantik..

    when is the big day my dear...???

    BalasPadam
    Balasan
    1. aitt sumer canteq? :-)

      the big day? wowwww InshaAllah,bila tiba masanya nanti :-)

      Padam
  15. Next time dtg sini, ko plak dating bawah pokok tepi baby taj ni ye..hahahaha... jgn lupe ajak aku skali detinggggg

    BalasPadam
    Balasan
    1. hehee wokeh Na, next time ek..

      oh maiii sanggupkah untuk menghadapi putar alam india sekali lagi??

      Padam