Yay!
Last weekend aku balik Key Ell!!! Arggh amat merindui katil empukku dan sesi gaduh2 sayang ngan Ana!! Nways, aku sambung kembara bumi India aku dengan gigihnya walau macam dah datang penyakit malas sikit2..
Sejurus selepas kami turun dari keretapi, punya la ramai ulat taxi datang mengekor kami hingga la ke kioks taxi yang offer standard rate. Di sana, aku tangkap sorang driver taxi yang buleh bawak aku tour Agra dari pagi sampaila ke petang. Dia charge 500 rupee, dalam rm32. Ok sangat la tue, dia memang standby jea ikut kami ke mana juga kami pegi.
Selepas check in di The Tourist Resthouse, Agra, kami memulakan perjalanan kembara Agra ke Taj Mahal.
First destinasi kami adalah Taj Mahal. Siapa yang tak penah tau pasal Taj Mahal? Kalo tak tau sila gugel yea.. Tak dapat teman nak kabor semua dalam entry ini. Panjang berjela nanti gamoknye..
Entrance fee untuk Taj Mahal nie keseluruhannya adalah 750 rupee. Itu merangkumi 2 fee iaitu 250 rupee utk Archaeological Society of India (ASI) dan selebihnya 500 utk Agra Development Authority (ADA). Jadinya kalo korang pegi Taj Mahal dulu dan beli kedua-dua tiket nie, untuk masuk ke tempat2 tourist attraction lain akan di exempted kan dari bayar fee ASI. Hanya bayar utk ADA shj. Tapi tiket tue valid kalo pergi pada hari yang sama la..
Berada di pintu gerbang Taj Mahal. Pintu gerbang jea tue.. Great gate (Darwaza-i rauza) |
Tue dia, ukiran dia.. |
Terasa ingin ku penggal kepala2 yg interprem. tp tak buleh nak buat apa sebab memang ramai orang.. |
Taj Mahal ni dibina dalam tempoh 22 tahun (1631-1653) di bawah pemerintahan Shah Jahan bagi membuktikan cinta sejatinya pada bini ketiga beliau Mumtaz Mahal. Agak2 bini pertama dapat ape? Seramai 20,000 pekerja telah dikerah untuk menyiapkan makam ini dan perbelanjaannya memakan 32 juta rupee, dlm RM1.8juta laa. Pembinaan monumen ni adalah mengikut seni bina Islam. Salah satu tapak warisan dunia Unesco, kebanggaan bagi senibina Islam yang diiktiraf sedunia.
Ada banyak cerita hikayat yang ada berkaitan pembinaan Taj Mahal ini. Menurut salah satu mitos yang agak skeri, Shah Jahan telah mengerat tangan pengukir dan arkitek supaya mereka tidak akan mampu untuk membina sebuah bangunan yang indah macam Taj lagi dan mata mereka juga dikorek supaya mereka tidak akan dapat menyaksikan apa-apa yang lebih besar dan lebih cantik daripada monumen ini sepanjang hayat mereka. Sejauh mana kebenarannya, Wallahualam la kan. Nama pun mitos..
Ada banyak cerita hikayat yang ada berkaitan pembinaan Taj Mahal ini. Menurut salah satu mitos yang agak skeri, Shah Jahan telah mengerat tangan pengukir dan arkitek supaya mereka tidak akan mampu untuk membina sebuah bangunan yang indah macam Taj lagi dan mata mereka juga dikorek supaya mereka tidak akan dapat menyaksikan apa-apa yang lebih besar dan lebih cantik daripada monumen ini sepanjang hayat mereka. Sejauh mana kebenarannya, Wallahualam la kan. Nama pun mitos..
Taj Mahal telah dibina menggunakan bahan-bahan dari seluruh India dan Asia dan lebih 1,000 gajah telah digunakan untuk mengangkut bahan-bahan binaan. Marmar putih telah dibawa dari Makrana, Rajashtan, jasper dari Punjab, jed dan kristal dari China. Turquoise dari Tibet dan Lapis lazuli dari Afghanistan, manakala nilam datang dari Sri Lanka dan carnelian dari tanah Arab. In all, 28 jenis batu berharga telah digunakan bagi bersatu dengan marmar putih yang ada sebagai asasnya.
Sgt besar dan sepertinya dipanggang di waktu tengahari.. |
Ukiran ayat Al-Quran di dinding Mar Mar Taj Mahal |
Tidak lama selepas siap pembinaaan Taj Mahal, Shah Jahan telah digulingkan oleh Aurangzeb anaknya sendiri dan diletakkan di bawah tahanan rumah berdekatan Agra Fort. Selepas kematian Shah Jahan, Aurangzeb mengebumikannya di makam sebelah isterinya.
Menjelang abad ke-19 lewat, sebahagian besar bangunan telah rosak teruk. Pada masa pemberontakan India 1857, Taj Mahal telah dirosakkan oleh tentera British dan pegawai-pegawai kerajaan, semua batu-batu berharga di dinding telah dipahat keluar dan disonglap secara besar-besaran.
Menjelang abad ke-19 lewat, sebahagian besar bangunan telah rosak teruk. Pada masa pemberontakan India 1857, Taj Mahal telah dirosakkan oleh tentera British dan pegawai-pegawai kerajaan, semua batu-batu berharga di dinding telah dipahat keluar dan disonglap secara besar-besaran.
Pada akhir abad ke-19, gebenor British Lord Curzon telah mengarahkan satu projek pemulihan terhadap Taj Mahal nie dan restoration projek siap pada tahun 1908.
HUGE right? |
Yamuna River.. |
Gembiranya abang polis tue kan? |
Bila dah nak sampai tengahari tue barula biru sket langit tue.. |
Di sekitar bangunan Taj Mahal ini terdapat dua bangunan besar sandstone yang agak unik dibina. Kedua-dua bangunan itu memang sama, dibina supaya dilihat seperti reflection. Bangunan di sebelah barat adalah masjid dan sebuah lagi disebut Jawab yang mungkin telah digunakan sebagai rumah tumpangan.
Bermain dengan color.. |
West Gate of Taj Mahal.. |
Ada tiga pintu utama untuk masuk ke Taj Mahal ini, South, East dan West Gate. Sepanjang nak gate yang ada memang banyak cenderamata yang dijual. Siap kena tarik-tarik lagi dari penjual. Punyalah nak suruh orang beli juga.. Aku beli souvenir di West Gate.. Tangkapan idokle banyak sangat waktu tue sebab kalo aku travel memang kurang membeli pun. Duit dah banyak abis utk transport and accommodation. Satu lagi jenuh nak bawak ke hulu ke hilir. So pepahamla yea kalo x banyak barang yang aku beli setiap kali travel tue..
So destinasi seterusnya kami ke Baby Taj..
Akan disambung kemudian..
firsttt!!!
BalasPadamyay!!!
Padamok dah abes baca... teruk kan org tentera zaman dulu. keje nak menjahanamkan rete orang je. nasib baik ade org yg jenis sayangkan benda2 bersejarah spy anak didik masa depan dpt melihatnya kembali. tp yg baru takkan sama dgn yg asal.
Padamtak sempat kami nk beli souvenirs kat west gate tu sbb panas yg amat seperti dipanggang ayam golek2 guling2 tu. balik tido lagi bagus! hahah
cantik!! berangan kjap bila la bole sampai ni..
BalasPadamlps nie buleh la buat plan ke sana..:-)
Padamnk komen jugak! senang tak ko beli ticket msuk sini? jgn lupa tips tak bleh bawak masuk tripod!!
BalasPadamnak beli tiket masuk masa ni x que panjang sangat, yg foreigner punye line idokle panjang.
Padamtp tang tak buleh bawak memacam tue memang leceh laa...
tak paham, ape motif deme x kasi bawak masuk tripod. ko tau?
Tak nak kasi rosak itu marble2 yg cun lah kot.
PadamAnyways I agree bab pic no 3 tu. Mmg rasa nak penggal2 kepala yg menyibuk kat depan tu kan? Hahaha! Lagi stress bila ada yg selamba je dah nampak kita pegang kamera tgh try fokus, dia pi selamba berdiri depan kita, kepala dia depan2 kamera. Rasa nak hantuk je kepala mamat tu.
rosak le sgt marble yg keras itew hahaha! cis! tah pape.
Padamlangit cam tak best kan awal2? nyampah! tengahari baru nak panas menggelitis. ramai nyer ya Allah mcm deepavali lak. geram jer. hahaha!
@RaW: marble tahan tripod rasanya..hehee. Kan masalah btol nk amek shot frame gateway tue...kene masuk sesudah subuh kot baru xde orang..
Padam@biqque: pagi2 memang matahari xde..kelam jea..tp bile dh tengahati panas menyengat plak. 37 celcius kot hari tue...tp awan biru...
Saya pun macam Mas tak beli banyak2 masa travel. Dapat sampai ke tempat tu pun dah syukur sangat sangat.
BalasPadamKesian orang dulu2 kan, tangan kena potong, mata kena korek, lepas tu anak gulingkan bapak....tapi yang dapat lihat keindahan senibina itu ialah orang lain/kita.
Mitos potong tangan korek mata itu terhasil mungkin utk menyindir Shah Jahan.
Itula..i rase mungkin deme nk sindir shah jahan tue kot.. Sgt mewah belanja dia dulu2
PadamI rasa Aurangzeb tu anak dia dari bini pertama dia kot...sebab kat bini ketiga je yg dia melebih-lebih. Bini pertama dia tak bagi apa2 kot, fasal tu anak dia gulingkan dia.
Padamcantik gambar! aku pn ada rasa nk pengal kepala org masa duk kt situ, sb kepala deme masuk dlm gambar hahahaha... tp memang amat maha besar la Taj Mahal tu, terkagum pada saat dan ketika itu, Eiffel tower masih tidak boleh buat aku ternganga seperti mana Taj Mahal buat aku melopong hahahahha
BalasPadamSerious..aku pon tergamam. Sgt besar saiznya..selama nie tgk gambo jea...bile dh sampai haaa harus trgamam. Dh la simetri. Ade gak yg masuk gate lain tp kuat gate lain..huhuuu
Padambestnyer dah sampai TM!!!
BalasPadamMoh pegi sane!!
Padamadakah batu2 berharga yg dah disonglap tu di restored sama??
BalasPadamBatu2 tue aku tak rase depa ganti balik..mahal kot nk beli balik...
Padambest dah sampai sana
BalasPadamakak..lum lagi
nanti la...
hehe
(mood berjalan cuti tak mari lagi nih...)
Akak takpe kalo x smpai sini lagi sbb akak dh smpai mexico!! Hehejeee
PadamSalam Mas
BalasPadamHuh..jeles nyer akak nengok gambor2 miker....
aish...tak tau ler bila boleh sampai sini..
betul kata Anash tu...
mood jalan2 tak muncul2....
akak dah pegi yang lagi jauh..
Padamitu yang x heran tue kot nk jalan2 lagi :-)
awuuu..syabbass betty!! ai is jelesnyeee.. hahaha
BalasPadamcantik gambor!
thnx!! ;-)
PadamBest kan TAJ Mahal!
BalasPadammemang layak jdi salah satu keajaiban doniya!
Padamsubhanallah, lawanya tempat ni...mmg keajaiban dunia...
BalasPadamcantek gambar ko dek... macam postcards... keep up the good work!
mmg santik taj mahal nie...yg kagumnya pasal saiz dia la..besar giler!
Padamtak aci... tak ramai orang.... tak aci tak aci tak aci..
BalasPadamheheeee ;)
Padamwah sgt comprehensive cerita sejarah :) bagus2.. kami dah sampai sana pun tak amik tau sgt details dia.. kat sini baru bole baca haha.
BalasPadamoh btw baru perasan kat bloglist tu, tukar aa letak http://travelogue.ilyani.net baru relevant... ilyani.net tu personal blog, xyah la letak, malu i.. haha :P
heheee fyi, i dah lama follow ur blog. masa cari2 info pasal kashmir dulu..siap masuk forum indiamike.com tue ape tah..tp masalahnye tak jumpe yg travelogue tue dulu...heheee
Padamaaaaaak .. *terpinga* haha. sbb tgk kat your side bar tu my travelogue link x updated, baru sedar ada error kat my blog feed (sblm ni x amik tau pon sbb nobody added my link :P). so boleh tak tolong test, remove link tu & add semula.. and see if the feed retrieved.
BalasPadamtravelogue tu actualy baru stat awal tahun ni je, sbb liat nak update, so ada separate travel journal rasa semangat sikit hehe.. wlaupun niat utk simpan story2 utk sendiri je supaya x ditelan zaman, esok2 senang nak cerita kat cucu2 haha (oh xpayah cerita, suruh diorg baca blog je.)